“DOKTOR
Adawiyah, ada surat untuk doktor.” Suraya memberitahu.
“Siapa
yang bagi Su?” tanya Adawiyah sambil membelek sampul surat yang tiada nama
pengirim. Hanya namanya sahaja yang berada di atas sampul surat itu.
“Entah
la doktor, saya tak kenal. Dia pakai topi dan cermin mata hitam. Saya tak
nampak sangat muka dia. Dia bagi sampul surat ni kat saya dan suruh bagi kat
doktor. Lepas tu, dia pergi macam tu je. Tak sempat nak tanya nama.”
“Thanks
Su. Awak boleh keluar.”
Setelah
Suraya keluar dari biliknya, Adawiyah membelek sampul surat di hadapannya itu.
Dia masih berfikir siapa yang memberinya sampul surat itu. Tiba-tiba telefonnya
berbunyi. Adawiyah memandang nombor pemanggil itu. Dia pasti nombor itu adalah
nombor lelaki yang menelefonnya untuk memfitnah suaminya. Adawiyah tidak
mempedulikan nombor itu. Dia tidak mahu berurusan dengan lelaki yang tidak
dikenalinya itu. Tidak lama kemudian, telefonnya berhenti berdering. Kemudian,
ada satu mesej pesanan ringkas pula diterimanya. Dia membuka mesej itu untuk
membaca mesej itu.
Hei doktor bodoh. Kenapa kau tak jawab call aku hah?
Kau tak nak tahu ke hal sebenar tentang suami kau? Dulu, aku dah bagi bukti
yang suami kau main kayu tiga tapi kau tu bodoh sangat nak jadi isteri solehah
sampai kau boleh maafkan suami kau. Kau dah tengok gambar yang aku hantar?
Tengoklah, suami kau masih main kayu tiga di belakang kau. Kan aku dah cakap,
kau tak nak percaya. Sekarang kau terima je la nasib kau diperbodohkan suami
sendiri.
Adawiyah
menekan butang delete dan memadam mesej tersebut. Tangannya ingin membuka
sampul surat itu namun dia segera berhenti. Dia tahu dia tidak boleh percayakan
lelaki yang dia tidak kenal itu. Dia tahu Faris tidak akan menipunya. Dia tidak
mahu menyimpan perasaan curiga kepada suaminya sendiri. Adawiyah mengambil
sampul surat itu dan menyimpannya ke dalam laci. Dia tidak mahu melukakan
hatinya dengan perkara yang tidak betul itu. Dia juga tidak mampu untuk
membuang gambar itu jadi biarlah gambar itu berada di dalam lacinya sahaja.
Habis
sahaja shifnya Adawiyah segera pulang ke rumah. Dia mahu bertanya sesuatu
kepada suaminya. Dia tidak mahu salah faham antara mereka berdua terus terjadi.
Nasihat uminya masih diingat dan disimpan rapi di hatinya.
Tiba
sahaja di rumah, Adawiyah melihat Faris juga baru sahaja tiba di rumah.
Adawiyah menyalami tangan suaminya dan Faris mencium dahi Adawiyah dan
memeluknya.
“Abang,
janganlah peluk. Abang bau masamlah. Pergilah mandi dulu.” Adawiyah menolak
lembut suaminya.
“Amboi,
sedap ya mengata abang masam. Oh, mari sini nak bagi bau masam kat dia jugak.”
Faris mengangkat ketiaknya dan menggesel-gesel ketiaknya ke badan Adawiyah.
Adawiyah cuba mengelak namun dia tidak berjaya dan akhirnya mereka berdua
ketawa gembira.
“Aduhhh…
ada sinetron indonesia di sini ya pak. Pantasan saya kedengar bunyi brisik dari
dalem rumah. Ternyata bapak sama ibu lagi bikin sinetron ya. Cerita apa pak?
Waduhhh… bibik minat sekali sama sinetron Indonesia pak.” Tengku Maisara
berlakon seperti bibik Indonesia. Faris hanya mencebik manakala muka Adawiyah
sudah mula merah.
Adawiyah
menolak Faris supaya menjauhinya tetapi Faris langsung tidak berganjak. Masih
berlagak selamba seperti tadi.
“Bau
busuk apa ni pak? Bau seperti orang tidak mandi aja sih.” Tengku Maisara
berpura-pura menutup hidungnya seperti berbau sesuatu yang busuk.
“Ooo..
bau busuk ya? Nah, ambik ni bau wangi bapak kasi sama bibik indon ini ya.”
Faris menarik kepala Tengku Maisara dan menguncinya di bawah ketiaknya.
Menjerit Tengku Maisarah meminta tolong.
“Waduhh..
busuk bangat pak. Ampunkan saya pak. Lepasin saya pak. Saya mau pingsan pak.”
Tengku Maisara memukul tangan Faris supaya melepaskannya. Adawiyah hanya
menggelengkan kepala melihat telatah sumi dan adik iparnya. Dia berjalan masuk
ke dalam rumah. Malas mahu mengacau dua beradik itu.
“Ibu,
tolongin aku bu. Jangan ninggalin aku sama suami ibu. Dia jahat bangat bu.”
Tengku Maisara masih lagi menjerit namun Adawiyah hanya mengangkat ibu jarinya
kepada Tengku Maisara sebelum kembali masuk ke dalam rumah. Kedengaran riuh
rendah di luar rumah dengan suara Faris dan Tengku Maisara yang sedang
bergurau.
Malam
itu, setelah selsesai solat isyak berjemaah. Adawiyah menarik tangan suaminya
supaya mengikutinya ke katil. Faris hanya menuruti sahaja kemahuan Adawiyah.
“Sayang,
ada apa ni? Kenapa sayang nampak macam sedih je.” Faris mengusap pipi Adawiyah.
“Abang,
boleh tak kalau sayang tanya abang something but you have to promise me you
would never lie to me.” Adawiyah menggenggam tangan suaminya.
“Okay,
I promise. Lagipun, sayang kan tahu yang abang takkan tipu sayang. Trust me
okay.” Faris membalas genggaman isterinya seperti memberi keyakinan kepada
isterinya.
“Abang
pergi mana tadi?” Tanya Adawiyah setelah menarik nafas.
“Pergi
kerjalah. Nak pergi mana lagi.” Faris menjawab sambil mengerutkan dahinya.
Pelik dengan soalan isterinya.
“Betul?
Tak pergi mana-mana dah lepas tu?” Adawiyah masih meminta kepastian.
“Pergi
lunch dengan client je la. Lepas tu tak adalah.” Jawab Faris setelah berfikir
lama.
“Okay,
sayang percayakan abang.” Adawiyah tersenyum lega. Betullah tindakannya tifak
melihat gambar yang dikirim lelaki itu. Jika tidak, pasti dia akan menjeruk
rasa sekali lagi sedangkan suaminya langsung tidak bersalah.
“Tapi
kenapa sayang tanya abang macam tu. Something happen again? Orang tu kacau
sayang lagi ke?” Teka Faris. Tekaannya yang tepat itu menyebabkan Adawiyah
terkejut. Kalau boleh dia tidak mahu suaminya tahu mengenai hal itu kerana dia
sudah membuat keputusan untuk tidak mempercayai lelaki itu lagi.
“Emm..
tak.. tak… ada.” Tergagap Adawiyah menjawab.
“I
know you are hiding something from me. Terus-terang dengan abang. Kan kita dah
janji tak nak tipu-tipu lagi kan.” Faris merenung mata Adawiyah tajam. Adawiyah
mula rasa gelisah.
“Dia
call tadi tapi sayang tak jawab. Lepas tu, dia hantar sms. Dia kata abang
curang.” Lambat-lambat Adawiyah menjawab.
“You
know it’s not true right.” Tanya Faris tegas. Matanya masih lagi tajam melihat
Adawiyah. Adawiyah mengangguk. Terasa sangat bersalah kerana mencurigai
suaminya.
“You
know I love you more than anything right?” tanya Faris lagi. Sekali lagi
Adawiyah mengangguk.
Adawiyah
menarik tangan suaminya dan mencium tangan suaminya. “Sayang minta maaf. Bukan
sayang tak percayakan abang tapi sayang cuma nakkan kepastian tu je. I do trust
you.”
Faris
mengeluh perlahan. Pening dia memikirkan siapa yang ingin merosakkan rumah
tangganya. Pening juga dengan sikap Adawiyah yang sukar untuk mempercayainya
itu. Mungkin kerana keadaan isterinya yang berbadan dua itu menyebabkan dia
sukar untuk berfikir dengan rasional. Patutlah, rakan-rakannya sentiasa
mengeluh setiap kali isteri mereka hamil. Kalau dahulu, dia berasa pelik kerana
sepatutnya rakan-rakannya gembira kerana akan mendapat anak tetapi sekarang
baru dia tahu kenapa mereka mengeluh.
“Abang
maafkan tapi lain kali kalau lelakitu buat apa-apa, terus beritahu abang. Faham
tak? Jangan nak simpan sorang-sorang. Kalau tak, abang tak nak maafkan sayang
dah.” Ugut Faris. Sengaja dia mengenakan isterinya begitu supaya lain kali
isterinya tidak mudah percaya dengan orang lain. Adawiyah mengangguk lagi.
“APA?
Lelaki tu kacau kak Adawiyah lagi?” Tengku Maisara terkejut dengan kata-kata
abangnya itu.
“Ya,
berapa kali abang nak ulang? Kan abang dah cakap tadi. Susah nak faham betul la
mak buyung sorang ni.” Faris menjawab. Dia melonggarkan tali lehernya yang
diikat di lehernya.
“Ala…
orang tanya je pun. Apalah abang Is.” Tengku Maisara memuncungkan bibirnya.
“Tak
payah nak buat mulut itik awak tu kat sini ya. Tak ada tali nak tolong ikat ni.
Kita tengah bincang masalah abang, bukan nak buat sesi ikat mulut itik kat
sini.” Faris memerli Tengku Maisara. Tengku Maisara menjeling abangnya.
“Nasib
baik kita nak tolong. Karang tak nak tolong baru tahu.” Ugut Tengku Maisara.
“Gurau
sikit pun tak boleh. Manja betul la mak buyung ni. Memang orang mengandung ni
emosi tak stabil ye. Asyik nak marah, nak merajuk, lepas tu tak boleh fikir
rasional. Asyik ikutkan perasaan je.” Bebel Faris. Tengku Maisara ketawa
mendengar bebelan abangnya itu.
“Hai,
abang Is. Tuju kat siapa tu? Kat Mai ke kat isteri tercinta kat hospital tu.”
“Kat
semua perempuan mengandung la.” Dalih Faris. Padahal memang dia tuju pada
isterinya.
“Ya
ke?” Sekali lagi Tengku Maisara mengenakan abangnya.
“Dah
dah. Kita nak selesaikan masalah mamat mana yang nak kacau rumah tangga abang
ni, tak payah nak melalut la.”
“Ye
la bos. Abang Is rasalah, siapa yang nak kenakan abang Is?” Tengku Maisara
bertanya sambil menyonteng sesuatu di atas kertas.
“Entah
la. Abang mana ada musuh. Mungkin jugak lelaki yang sukakan Kak Adawiyah tu
sebab yang selalu call dia tu lelaki. Abang rasa mungkin Farhan kot sebab dia
kan memang dah lama sukakan kakak ipar Mai tu.” Teka Faris.
“Tak
mungkinlah abang. Mai rasa tak sebab kalau tak, takkan dia nak call abang masa
kak Adawiyah pengsan hari tu. Lagipun, Doktor Farhan tu baik orangnya. Takkan
dia nak buat benda macam tu. Dia kan abang Kak Maria. Mana mungkinlah abang.”
Tengku Maisara tidak bersetuju dengan pendapat abangnya.
“Dah
tu Mai rasa siapa?”
“Mai
rasa ni mesti kerja minah sengal a.k.a Hana tu. Siapa lagi yang berdendam
dengan Kak Adawiyah bagai nak rak kalau bukan minah tu. Kan dia dah cakap hari
tu yang abang milik dia dan dia akan pastikan abang dengan Kak Adawiyah takkan
bahagia.” Terang Tengku Maisara panjang lebar.
“Mungkin
masa tu dia acah je. Ye la, orang tengah marah kan. Lagi pun, yang kacau isteri
abang tu lelaki bukan perempuan. Takkan la tiba-tiba suara Hana tu boleh
bertukar jadi suara lelaki pulak.”
“Abang
yang disayangi oiii. Kenapalah kadang-kadang abang ni lembap sikit ye? Benda
macam tu pun tak boleh nak fikir ke? Kan dia tu kaya-raya, dia boleh upah la
orang untuk kacau korang. Kenapa yang tu tak boleh nak fikir?” Tengku Maisara
mengetuk kepala abangnya dengan pen yang dipegangnya.
“Aduh,
apa ni Mai. Main ketuk-ketuk kepala pulak ni. Okey, katakanlah dia upah orang
kan, masalahnya kita tak ada bukti. Takkan kita nak main tuduh semberono je.
Tak pasal-pasal kena saman. Macamlah Mai tak tahu mama Hana, Datin Ruby tu suka
sangat saman-saman orang ni. Saman orang ni dah macam hobi bagi dia.
Sikit-sikit nak saman, sikit-sikit nak saman. Kalaulah dia tahu kita tuduh anak
dia, buatnya dia saman kita, tak ke buruk reputasi syarikat kita ni. Dah la
Hana tu anak kesayangan dia.”
“Dah
tu kita nak buat macam mana? Suspek yang dicurigai sekarang ni cuma dua orang.
First, Hana a.k.a minah sengal. Second, Doktor Farhan a.k.a pemuja Kak Adawiyah
dalam diam. Tak tahulah kalau ada yang ketiga yang kita tak tahu kan.” Tengku
Maisara menerangkan kepada abangnya.
“Okey,
sekarang kita tunggu dulu. Kita tengok dulu samada dia akan terus kacau kak
Adawiyah atau tak. Kalau dia masih kacau, then kita bertindak tapi kalau dia
dah give up, kita diamkan je hal ni sebab abang tak nak perkara ni dibesarkan.
Abang tak nak mama dan papa tahu pasal ni. Abang tak nak diorang risau.” Terang
Faris. Tengku Maisara mengangguk bersetuju dengan abangnya.