Thursday 30 January 2014

Bab 6


“SELAMAT pengantin baru Adawiyah. Aku tak sangka kau bertemu jodoh dengan Faris.” Maria memeluk Adawiyah yang kelihatan anggun dengan baju pengantin berwarna kuning air itu. Terserlah kecantikannya apabila dimekap oleh mak andam. Faris yang berada di sebelah tersenyum gembira.
            “Terima kasih.” Adawiyah memaniskan mukanya walaupun dia tidak gembira. Dijelingnya Faris yang berada di sebelah.
            “Terima kasih Maria. Jemputlah makan.” Faris bersuara. Tangannya seraya memeluk pinggang isterinya. Muka Adawiyah mula berubah warna.
            ‘Mamat ni biar betul. Nak main peluk-peluk pulak dah ke. Kan ramai orang ni.’ Adawiyah menjegilkan matanya kepada Faris. Mahu ditepis takut dilihat oleh tetamu yang ramai itu. Beberapa orang tetamu sudah tersenyum-senyum melihat Faris dan Adawiyah. Pasangan bahagia.
            Maria yang melihat keadaan itu meminta diri untuk menjamu selera. Dia mengangkat ibu jarinya kepada Adawiyah. Sempat dibisikkannya ke telinga Adawiyah, “Romantik siot suami kau. Siap la kau malam ni.” Muka Adawiyah yang sudah merah bertambah merah.
            Faris yang berada di sebelah turut mendengar walaupun Maria hanya berbisik. Dia tersengih gembira. Adawiyah yang perasan wajah Faris yang tersengih itu, mencubit tangan suaminya. Faris mengaduh kesakitan namun pelukannya masih tidak dilepaskan.
            “Sakitlah sayang. Nakal sayang ni.” Faris bersuara manja.
            Adawiyah membuat lagak seperti hendak termuntah dengan kata-kata Faris. “Boleh lepas tak? Orang tengoklah. Tak malu ke?”
            “Nak malu apanya. Kita kan dah sah jadi suami isteri.” Faris tersenyum mendengar kata-kata Adawiyah.
            “Lepaslah, panas ni. Tak tahu panas ke Encik Faris?” Adawiyah masih lagi berbisik kepada Faris. Bibirnya berpura-pura tersenyum apabila uminya menoleh ke arah mereka berdua.
            “Aik? Encik Faris? You should call me abang or something more sweet sayang. Besides, abang rasa sejuk sangat sekarang ni.” Faris berbisik ke telinga Adawiyah. Lagak mereka seperti pasangan bahagia yang sedang bergurau sahaja.
            “Ah, whatever. Just let me go.” Adawiyah masih cuba melepaskan tangan Faris tapi jika dilihat oleh orang lain ibarat seperti Adawiyah sedang mengusap tangan suaminya yang melingkar di pinggangnya.
            “No, unless…” Faris sudah tersenyum meleret.
            “Unless what?” Adawiyah menyoal sedikit kasar. Malu rasanya apabila dilakukan sebegini rupa di hadapan orang ramai.
            “Call me baby or abang. Sayang kena panggil abang macam tu lain kali kalau bercakap dengan abang, boleh. Then I’ll let you go.” Faris sudah tersengih-sengih apabila melihat wajah Adawiyah yang berubah pucat. ‘Senang betul muka dia berubah warna. Tadi merah, sekarang putih pulak. Huh, hebat jugak bini aku ni.’
            “Never in my lifetime.”
            “Then, we’ll stay like this until the ceremony is over. Lagipun, abang memang suka kalau kita macam ni. Boleh peluk sayang lama-lama.” Faris semakin mengeratkan rangkulannya sehingga Adawiyah bergerak makin rapat dengannya. Nafas Faris dapat dirasa di belakang telinganya. Adawiyah sudah mula gelisah.
            “Okay, I’ll do it.”
            “Then, do it.” Faris tersenyum. Adawiyah memejamkan matanya lalu dia menarik nafas perlahan-lahan. Gayanya seperti baru lepas bersenam sahaja.
            “Okey, abang boleh tolong lepas tak? Malulah orang tengok.” Adawiyah melembutkan suaranya.
            “Dengan berat hati sayang.” Faris melepaskan rangkulannya dan satu ciuman hinggap di pipi Adawiyah. Adawiyah segera berlari meninggalkan suaminya yang sudah ketawa. Malu  beb. Tetamu yang menyaksikan aksi mereka sebentar tadi ketawa. Riuh sebentar majlis itu dengan ketawa mereka. Adawiyah sudah berlari ke dapur mencari uminya. Malu.
            “Drama korea apalah yang adik buat tadi ya? Umm… jeleslah alang rasa. Macam tak sabar je nak kahwin.” Alang yang berada di dapur mengusik adiknya yang sudah cemberut. Uminya pula hanya ketawa.
            “Umi, tengok alang ni. Selalu sangat kacau adik.” Adawiyah sudah mengeluarkan suara manjanya menandakan yang dia sudah merajuk.
            “Tak payah pujuk umi. Nanti, biar suami dia pujuk je.” Sekali lagi alang mengacaunya. Adawiyah menunjukkan penumbuk ke muka abangnya.
            “Hish, apa pengantin buat macam tu. Dah, pergi keluar cepat. Tetamu datang nak tengok awak, yang datang dapur ni buat apa. Kenapa ditinggalnya suami sorang kat luar tu. Dah pegi teman suami kamu tu.” Puan Mariam menolak tubuh anaknya yang sedang merajuk itu untuk keluar namun Adawiyah mengeraskan badannya.
            “Hah, tu Faris datang. Faris mari pujuk isteri kamu ni. Dia merajuk dengan alang ni. Tak kuasa alang nak pujuk.” Alang memanggil Faris yang sedang tersengih di hadapan pintu dapur. Adawiyah menjeling suaminya dan alangnya.
            “Tak kuasalah nak layan.” Adawiyah menghentakkan kakinya tanda protes dan keluar dari dapur. Dari jauh dia terdengar suara umi, alang dan Faris mentertawakannya.

            “JAM sudah menunjukkan 12 malam. Semua tetamu dan saudara-mara sudah pulang. Adawiyah pula sedang mundar-mandir di hadapan pintu biliknya. Faris sudah masuk ke dalam bilik sejak pukul 11 lagi. Letih katanya. Adawiyah pula sengaja mencari alasan untuk menolong saudara-mara mengemas di dapur walaupun dia hanya duduk berbual sahaja dengan saudara-maranya dan langsung tidak melakukan apa-apa kerana dia tidak mahu berduaan dengan Faris di dalam bilik itu.
            “Yang adik duk tawaf depan bilik tu kenapa? Masuklah, Faris dah masuk dari tadi dah.” Alongnya menyoal. Alongnya masih lagi berada di hadapan televisyen selepas menyuruh isteri dan anak-anaknya masuk tidur dahulu. Sengaja dia mahu tidur lewat kerana mahu melihat reaksi adiknya yang tidak keruan sejak dari tadi lagi.
            “Alah, kejap lagi adik masuklah. Along ni sibuk je lah.” Adawiyah memarahi alongnya. Dia tahu alongnya sudah berpakat dengan abang-abangnya yang lain untuk mengenakannya. Buktinya mereka berempat masih belum tidur dan asyik memerhatikan tingkah lakunya dari tadi. Bukan dia tidak perasan achik dan alang yang sedang menahan ketawa.
            “Apa yang adik takut sangat ni? Masuk je lah.” Giliran angahnya pula menyakatnya.
            “Adik tahulah. Angah pergilah masuk bilik angah tu. Kesian kak ngah tidur sorang-sorang.” Adawiyah mahu mengenakan abangnya kembali.
            “Tak apa. Kak ngah tak kisah pun.” Selamba sahaja angahnya menjawab.
            “Dik, jangan risaulah. Faris takkan terkam adik punya. Achik dah bagi tips terbaik punya kat dia.” Syafie sudah terkekek-kekek ketawa. Adawiyah mengetapkan bibirnya.
            “Eeee…. Kotorlah fikiran achik ni. Dia sendiri tak kahwin lagi, ada hati nak nasihat orang.”
            “Dik, kalau adik takut sangat, kitaorang boleh je tidur depan pintu bilik adik malam ni.” Alangnya sudah mula menyakat. Syafie membuat tanda bagus kepada Hambali.
            “Betul tu dik. Lagipun, kitaorang tidur kat luar je malam ni. Maklumlah, bilik bagi kat pasangan yang dah kahwin. Bolehlah kitaorang tidur kat depan bilik adik.” Syafie menambah.
            Adawiyah sudah sebal dengan abang-abangnya. Dia bergerak ke arah abang-abangnya untuk memukul mereka. Namun baru sahaja tangannya ingin memukul achiknya yang sedang ketawa, pintu biliknya dibuka. Faris berdiri di hadapan pintu bilik dan memandangnya dengan pelik.
            “Kenapa tak masuk tidur lagi?” Faris menyoal.
            Adawiyah memalingkan wajahnya kepada abang-abangnya yang sudah menekup mulut mereka untuk mengelakkan daripada ketawa terbahak-bahak. Achik dan alangnya pula sudah berair mata mereka menahan ketawa. Adawiyah bergerak ke bilik umi dan abahnya tanpa pedulikan suaminya yang sedang memerhati. Diketuk bilik uminya dengan kuat.
            “Ada apa ni adik?” tanya uminya setelah membuka pintu.
            “Adik nak tidur dengan umi malam ni boleh?” Adawiyah memujuk uminya.
            “Jangan nak mengarut. Dah, pegi masuk bilik kamu tu. Is, mari ambik isteri kamu ni.” Usai umi berkata, dia menutup pintu biliknya. Adawiyah yang tercengang dengan tidakan uminya memuncungkan mulutnya.
            Abang-abangnya pula sudah ketawa berdekah-dekah. Alongnya ketawa sehingga jatuh dari kerusi. Faris hanya tersenyum melihat tindakan isterinya. Perlahan-lahan dia menapak ke arah isterinya.
            “Jom kita masuk tidur sayang. Abang mengantuklah.” Faris memimpin tangan Adawiyah untuk masuk ke dalam bilik mereka.
            “Eh, abang tidurlah dulu. Adawiyah nak teman dorang tengok tv.” Adawiyah cuba berhelah.
            “Tak payah dengar cakap dia tu Is. Tarik je masuk bilik tu.” Syafie mula mengenakannya setelah tawanya reda.
            “Angahhh…” Adawiyah menjerit perlahan.
            “Dah, jom tidur.” Faris menarik tangan isterinya. Adawiyah cuba untuk melepaskan tangannya namun genggaman Faris yang kuat menyebabkan dia tidak berjaya.Abang-abangnya pula sudah bersorak kegembiraan.
            “Dik, jangan risau angah dengan alang jadi guard malam ni.” Hanbali mengusiknya lagi.
            “Terima kasih semua. Kami tidur dulu ya.” Faris melambaikan tangannya kemudian menutup pintu bilik. Adawiyah dibawanya ke katil.
            “Sayang buka tudung dulu ya. Takkan nak tidur pakai tudung.” Faris mencabut tudung isterinya yang dipakai sejak tadi ketika saudara-mara masih berada di rumah mertuanya dan menyangkutnya pada hujung katil. Adawiyah pula sudah gelisah.
            “Encik Faris tidur la kat atas katil tu. Saya tidur kat bawah je.” Adawiyah memanggil suaminya seperti dahulu. Biarlah panggilan abang itu hanya dilafazkan di hadapan keluarga sahaja.
Adawiyah mengambil bantal dan selimut lalu dia segera berbaring di atas lantai. Adawiyah menutup matanya dan berpura-pura tidur sedangkan hatinya sedang gelisah. Dia mahu berlagak seperti Faris tiada di dalam bilik itu.
            Faris hanya memerhatikan sahaja. Kemudian, Faris mengambil bantal dan meletakkan di sebelah Adwiyah. Dia berbaring di sisi Adawiyah di atas lantai dan memeluk isterinya. Adawiyah terkejut kerana terasa dirinya dipeluk membuka matanya. Dia melepaskan pelukan suaminya seraya berdiri.
            “Encik Faris nak tidur kat bawah ke? Kalau macam tu saya tidur atas katil je lah.” Adawiyah mengambil bantal dan meletakkan di atas katil. Baru sahaja dia ingin baring, Faris turut mengambil bantal dan meletaknya di sebelah Adawiyah.
            “Encik Faris ni kenapa? Encik Faris nak tidur kat atas ke kat bawah?” Adawiyah yang sudah mula geram dengan perangai  suaminya.
            “Abang akan tidur kat mana pun sayang tidur. Kan tempat isteri sepatutnya di sisi suami.”
            “Encik Faris boleh tak jangan buat perangai macam ni. Tolonglah. Saya tak sedia lagi.”
            “I know. Abang takkan paksa sayang tapi abang cuma nak tidur sebelah sayang je. I promise, I won’t do anything.” Faris bersuara lembut. “Come here. Ke nak abang tarik sayang?” Faris menepuk tempat di sebelahnya yang kosong.
            “Betul ni?” Adawiyah meminta kepastian. Faris mengangguk.        
Adawiyah perlahan-lahan memanjat katil. Sengaja di berbaring membelakangi Faris. Usai dia berbaring, Faris memeluknya dari belakang dan menariknya rapat ke dada lelaki itu. Disebabkan tubuhnya yang kecil, mudah sahaja dia terdorong rapat dengan suaminya.
            “Encik Faris janji takkan buat apa-apa.” Adawiyah mengingatkan suaminya dengan janjinya. Adawiyah cuba melepaskan pelukan suaminya tetapi tenaga perempuannya tidak dapat menandingi tenaga suaminya. Adawiyah menggerakkan badannya apabila Faris bermain dengan rambutnya. Dia meronta-ronta mahu dilepaskan.
            “Ya, abang janj tapi rasanya sayang pun ada janji dengan abang kan yang sayang nak panggil abang dengan panggilan abang. Bukan ke tadi sayang dah janji and you broke your promise so, face it.” Faris mencium rambut Adawiyah yang panjang dan berwarna sedikit keperangan itu. Kemudian, dia mencium leher Adawiyah.
            Adawiyah yang kegelian masih lagi meronta-ronta ingin melepaskan dirinya. Berdiri bulu romanya apabila diperlakukan seperti itu. Dia menjerit perlahan menyuruh suaminya berhenti.
            “Encik Faris, stop it.”
            “No, kenapa abang nak kena berhenti? You broke your promise.” Faris masih lagi mencium leher isterinya.
            “Okey, fine. Abang tolong jangan buat macam tu. Please…” Adawiyah merayu.
            “Okey tapi dengan syarat sayang kena tidur dengan abang. Always. Dan jangan belakangkan abang macam ni. Abang tak suka. Dalam Islam pun kan ada hukum yang menyebut bahawa berdosa kalau isteri tidur membelakangkan suami dan menolak permintaan suami. Abang baru je suruh sayang laksanakan yang first tu, yang lagi satu abang akan tunggu sampai sayang ready. Okey?” Faris memusingkan badan isterinya.
            Dipeluknya Adawiyah dan dibawa ke dadanya. Tangannya yang satu lagi mengusap belakang Adawiyah. Adawiyah makin tidak selesa. Nafas suaminya dapat dirasa di atas kepalanya. Adawiyah mula merengek. “Abang…”
            “Shhh… tidurlah sayang. Ke nak abang buat macam tadi?” Belum sempat Adawiyah membantah, Faris mencelah. Adawiyah berhenti meronta. Dia mendiamkan dirinya. Tidak berani lagi membantah kerana dia bimbang suaminya akan bertindak di luar pertimbangannya. Sekejap sahaja Adawiyah terlena di dalam pelukan suaminya.

            TEPAT jam lima pagi, Adawiyah membuka matanya. Sudah menjadi kebiasaanya untuk bangun awal. Pada waktu inilah dia menghadap yang Maha Esa. Pada waktu ini jugalah dia memohon keampunan, mengadu dan memohon pertolongan dari sang Pencipta, Allah SWT.
            Adawiyah cuba bangun namun terasa badannya sangat berat untuk bangun. Dilihatnya tangan Faris yang masih melingkari pinggangnya. Dia menolak tangan lelaki itu dengan perlahan-lahan supaya tidak mengejutkan suaminya yang sedang nyenyak tidur. Sesekali tidur Faris terganggu dan badannya bergerak. Adawiyah berhenti dari menolak tangan suaminya dan terdiam. Hampir lima minit barulah Adawiyah berjaya menolak tangan suaminya daripada memeluknya. Terjongket-jongket dia berjalan ke almari untuk mengambil tuala dan baju. Baru sahaja dia ingin membuka pintu bilik air, Faris tersedar dari tidurnya.
            “Sayang, nak pergi mana tu?” tanya Faris. Suaranya kedengaran serak kerana baru sahaja bangun dari tidur. Dia menggosok matanya beberapa kali.
            “Oh, mak kau tidur lagi. Hah, tidur, tidur.” Adawiyah terlatah kerana terkejut. Faris yang sudah sedar sepenuhnya ketawa perlahan.
            “Sayang, nak mandi ya?” Faris berjalan ke arah isterinya dan menggosok belakang isterinya.
            “Ummm…”
            “Okey, jom mandi sekali. Alang-alang abang dah bangun ni.”
            “Encik… eh, silap. Abang, janganlah macam ni.” Adawiyah mula kalut. Mati dia kalau suaminya benar-benar mahu mandi dengannya. Dia tak sanggup memperlihatkan badannya kepada suaminya. Malu.
            “Ummm… yalah, abang gurau je. Sayang nak kiamullail ke? Kita buat sekali ya. Sayang mandi dulu, lepas tu tunggu abang. Kita berjemaah ya.” Faris menggosok kepala isterinya.
            Adawiyah hanya mengangguk dan menapak masuk ke dalam bilik air. Sepuluh minit kemudian dia keluar dari bilik air dengan berpakaian lengkap. Faris pula mengambil giliran untuk mandi. Tidak lama selepas itu, Faris keluar dengan hanya bertuala.
            Adawiyah yang sedang membentangkan sejadah terkejut. Merah mukanya melihat suaminya yang seksi itu. Dia segera memusingkan badannya kerana terkejut. Faris tersengih melihat reaksi isterinya.
            ‘Pemalu jugak isteri aku ni.’ Faris tersenyum sendirian.
            “Jom, sayang. Kita tahajjud dulu ya. Lepas tu kita solat sunat taubat, hajat and witir ya.” Faris sudah berdiri di atas sejadah. Adawiyah hanya menggangguk. Pagi itu, julung-julung kalinya Adawiyah diimamkan oleh suaminya sendiri.
            Mereka membaca Mathurat bersama sementara menunggu azan Subuh berkumandang. Merdu suara Faris membaca Mathurat. Adawiyah masih mengingati suara lelaki ini ketika membaca doa di sekolah dahulu. Masih lagi sama tetapi semakin garau suaranya. Lebih berkelakian dan lebih baik bacaannya daripada dahulu. Betapa dia merindui zaman sekolahnya.
            Siapa sangka akibat perbuatan nakalnya pada zaman sekolah dahulu, dia akhirnya dipaksa berkahwin dengan lelaki ini. Lelaki yang pernah mengetuk tangkai hatinya pada zaman remajanya. Namun, dia mengakui bahawa lelaki ini adalah cinta pertamanya tetapi apabila menginjak dewasa, dia hanya menganggap cintanya pada lelaki ini suatu ketika dahulu hanyalah cinta monyet. Dia tidak menyangka kerana cinta monyetnya out, lelaki ini menyuruhnya bertanggungjawab. Bertanggungjawab untuk apa? Untuk cinta monyet itu?
            “Sayang, jom solat subuh. Dah habis azan tu.” Faris mematikan lamunan Adawiyah. Adawiyah sekali lagi mengangguk. Entah kenapa dia lebih senang mengangguk sahaja daripada bercakap. Malas berbicara dengan lelaki ini.
            Usai solat Subuh, Faris memberi tangannya untuk disalam Adawiyah. Adawiyah teragak-agak untuk bersalam dengan Faris tetapi dia tidak mahu Faris menunggu terlalu lama. Sudah tanggungjawabnya sebagai isteri untuk menyalami tangan suami. Setelah dia mencium tangan suaminya, Faris menarik badannya dan mencium dahinya lama. Adawiyah cepat-cepat bangun setelah Faris melepaskan badannya.

Tuesday 28 January 2014

Bab 5



            “ADIK, umi dengan abah ada benda nak cakap sikit dengan adik.” Ujar Puan Mariam lembut.
            Ketika itu, dia sedang menonton filem Hindustan bersama abang-abangnya. Mereka semua berpaling memandang ibu bapa mereka.
            “Ada apa umi. Cakaplah.”
            Puan Mariam duduk di sebelah anak bongsunya. Encik Sulaiman pula mengambil tempat di hadapan anaknya. Puan Mariam memegang tangan anaknya dan mengusapnya lembut.
            ‘Aik, macam serius je aku tengok. Hish, nak bincang pasal apa ni.’
            “Adik, abah harap adik faham dan terima apa yang abah dan umi buat ya. Kami buat ni untuk kebaikan adik.” Encik Sulaiman memulakan bicara.
            Adawiyah yang tidak faham itu hanya menganggukkan kepalanya. Dipandang wajah abang-abangnya yang berubah serius.
            “Adik, minggu lepas ada orang datang merisik adik. Kami dah terima pun. Bulan depan kahwin ya, tak payah tunang.” Puan Mariam memandang anaknya.
            Adawiyah terkejut dengan berita itu. Dipandangnya wajah umi dan abahnya memohon pengertian. Otaknya dirasakan seperti tidak dapat berfikir. Dia berasa dunianya gelap sahaja. Berita yang dikhabarkan umi dan abahnya sangat mengejutkannya. Siapa yang datang merisiknya?
            “Hah, kena kahwin?”
            “Adik, abah tahu adik terkejut lagi tu tapi percayalah cakap abah. Abah buat semmua ni untuk kebaikan adik. Abah berkenan sangat dengan budak tu. Baik budinya, selalu datang jenguk umi dengan abah. Pandai mengaji. Abah tahu dia boleh jadi suami yang terbaik untuk adik.” Encik Sulaiman memujuk anaknya.
            Adawiyah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia memang lemah kalau abahnya sendiri yang memujuk tapi perkahwinan ni bukan perkara kecil. Dia belum bersedia untuk berkahwin. Kenapa umi dan abahnya tidak berbincang dengan dia dahulu. Siapa lelaki yang merisik dia? Kusut kepalanya memikirkan hal itu. Dipandang wajah abang-abangnya meminta bantuan. Mereka hanya menjongketkan bahu mereka dan tersengih-sengih. Fuh, tak boleh harap punya abang.
            “Umi, abah kenapa tak bincang dengan adik dulu?”
            “Sayang, umi dan abah bukan tak nak bincang tapi kami yakin ini yang terbaik untuk adik. Umi tahu anak umi ni baik. Anak umi mesti ikut cakap umi kan. Umi nak tengok anak umi bahagia. Umi nak tengok adik kahwin sebelum umi tutup mata.” Sayu kedengaran suara Puan Maimun. Adawiyah sudah tidak dapat menahan air matanya.
            “Umi jangan cakap macam tu. Adik sayang umi tapi adik tak kenal sape lelaki tu. Boleh tak kalau umi bagi adik kenal-kenal dulu dengan dia. Bolehlah..” Adawiyah masih cuba memujuk uminya. Dipegang tangan uminya yang kelihatan sedih.
            “Dia budak baik adik. Dia cakap dia kenal adik lama dah. Adik dengan dia satu sekolah dulu. Dia selalu datang sini tanya pasal adik. Adik sihat tak? Adik gembira tak? Dia cakap dia nak dahulukan kami. Tu yang dia minta dengan kami sendiri tu untuk merisik adik. Kami setuju je.” Abah pula yang menjawab.
            Adawiyah mula berfikir. Satu sekolah? Kalau satu sekolah, seingatnya hanya Faris sahaja yang pernah berjanji untuk menjadikannya isteri. Apakah lelaki itu akan mengotakan janjinya.  Tapi Faris tidak mengenali kampungnya. Siapa lagi ya?
            “Siapa dia tu abah?” Adawiyah bertanya. Dalam hatinya dia berdia semoga bukan nama Faris yang disebut abahnya.
            “Tengku Faris Hilman bin Tengku Hamid.” Abahnya mejawab. Dihulurnya gambar Faris kepada Adawiyah. “Budak dalam gambar tu adik. Adik ingat lagi tak dia?”
            Terlopong mulut Adawiyah mendengarnya. Abang-abangnya berebut ingin melihat gambar itu. Adawiyah berasa dunianya kosong. Dia berharap nama yang didengarinya salah. Betulkah? Faris sudah mengotakan janjinya tapi bukankah dia berhak menolak lamaran itu.
            “Wah, bertuah la adik. Angah kenal dia ni. Usahawan berjaya ni. Dah banyak kali nama dia masuk surat khabar. Umur muda tapi dah jadi CEO syarikat besar. Hebatlah adik.” Salahudin mengacau adiknya. Adawiyah memberikan jelingan mautnya kepada abangnya itu.
            “Yalah adik. Along pernah baca artikel tentang dia ni. Along pun pernah deal dengan syarikat dia. Bagus orangnya. Jujur dik.” Uwais menambah perisa.
            “Huh, nampaknya kahwin adik kita dulu la achik.” Alang pula bersuara.
            “Hmmm… kena minta hantaran juga kita ni sebab adik langkah bendul. Dua orang ni adik. Kena minta serba tiga la ni.” Achik pula mengusik.
            Adawiyah menunjuk buku limanya untuk menumbuk abang-abangnya yang sudah ketawa terbahak-bahak. Bukannya nak tolong adik sendiri tapi nak mengenakan adiknya adalah.
            “Tengoklah dulu abah. Biar adik fikir dulu.” Adawiyah mengeluh perlahan.
            Umi dan abahnya sudah senyum gembira.
            “Umi harap adik faham tindakan kami. Adik fikir-fikirkanlah ya. Buat istikharah tu. Umi harap sangat adik setuju. Kami dah terima pinangan mereka tapi kalau adik tak setuju, kami redha.” Nasihat uminya.
            “Adik jaga nama keluarga kita ya. Abah harap adik jangan malukan kami.” Abah pula bersuara. Kata-kata abahnya kedengaran seperti ugutan sahaja di telinganya walaupun sebenarnya dia tahu abahnya bukan bermaksud begitu.
            “Adik masuk bilik dahulu ya.”
            Adawiyah berjalan lemah menuju ke biliknya. Abang-abangnya masih galak mengusiknya. Mereka menyanyikan lagu Selamat Pengantin Baru sambil tergelak. Adawiyah mengetap bibirnya menahan geram. Sampai sahaja di dalam biliknya, dia menutup pintu dengan kuat sebagai tanda protes. Makin kuat kedengaran abang-abangnya ketawa.
            Masuk sahaja dalam biliknya, dia mencapai iPhone. Dihubunginya nombor Faris. Dia mahu membasuh lelaki itu cukup-cukup. Marah betul dia pada Faris yang pandai-pandai membuat sesuatu tanpa memikirkan dirinya selepas tiga kali berdering, panggilannya dijawab.
            “Hello.”
            “Tak payah nak hello hello sangatlah. Hello Kitty lagi baik.” Adawiyah sudah tidak dapat menahan perasaan marahnya. Disemburnya lelaki itu namun lelaki itu hanya ketawa di hujung talian.
            “So, I assumed yang awak dah tahu pasal lamaran tu.”
            “Ya dan saya tak setuju. Saya nak awak tarik balik lamaran tu. Jangan nak pandai-pandai buat keputusan sendiri boleh tak encik.” Dimarahnya lelaki itu sepuas hatinya.
            “Kenapa saya kena buat macam tu? Awak bagi saya lima alasan. Then, saya akan pertimbangkan permintaan awak.” Faris sengaja bermain-main. Dia tahu Adawiyah sedang marah tetapi dia tidak kisah. Bukan main gembira dia apabila mendapat panggilan daripada wanita itu setelah tiga bulan mereka tidak berhubung.
            “Pertama, saya tak suka awak. kedua, saya benci awak. Ketiga, saya tak pernah setuju dengan lamaran awak ni. Keempat, saya tak kenal awak. Kelima, saya tak pernah cintakan awak. Awak yang sepatutnya beri penjelasan kepada saya kenapa awak meminang saya.” bersungguh-sungguh Adawiyah memberikan alasan.
            “Okey, awak dengar ya sayang. Alasan saya pula, pertama, saya suka awak. Kedua saya tahu awak tak bencikan saya, in fact awak sayang saya. Ketiga, kalau awak tak setuju pun, umi dan abah awak dah setuju so, kita tetap akan kahwin. Keempat, kita dah lama kenal sayang. Dari zaman sekolah lagi. Awak nak tipu siapa? And the last one is I know you love me. You have confessed ten years ago and I love you too.” Faris sengaja mempermainkan Adawiyah.
            Panas telinga Adawiyah mendengar jawapan Faris. Kalaulah lelaki itu ada di hadapannya, sudah pasti dia akan meramas mulut lelaki itu dan menyumbat cili ke dalam mulut lelaki itu.
            “Tolong jangan perasan boleh tak. Awak tak faham lagi ke? Bukan ke saya dah terangkan pada awak dulu. Kenapa awak masih tak reti bahasa ni. Tolonglah, jangan sampai saya hilang hormat pada awak Encik Faris.” Adawiyah melenting.
            “Saya tak kisah dan saya tak ada masa nak fikirkan semua tu. Yang saya tahu bulan depan kita nikah. Fullstop.” Mudah sahaja Faris menjawab.
            “Awak dengar sini ya. Perkahwinan ni tak akan terjadi. Awak dengar betul-betul cakap saya ni. Saya akan pastikan perkahwinan ni tak terjadi.” Adawiyah menjerit kepada Faris.
            Faris terpaksa menjauhkan telefonnya. Kuat juga suara Adawiyah menjerit.
            “Saya tahu perkahwinan ni akan terjadi. Saya tahu awak takkan bantah cakap umi dan abah awak. Saya kenal awak Adawiyah.”
            “Fine, kalau itu yang awak nak tapi saya akan pastikan awak menyesal kahwin dengan saya. Trust me.” Ugut Adawiyah.
            “And I’ll make sure you going to love me so much sayang.” Usai mengatakan hal itu, Faris memutuskan panggilan.
            Adawiyah melemparkan iPhone nya ke atas katil. Marah betul dia dengan sikap Faris. Apa salahnya sehingga Faris mengganggu hidupnya sebegini rupa. Apa dosanya pada Faris. Aghhhh…. Dia rasa seperti mahu menangis. Dipeluk bantal peluknya dan air matanya tumpah di situ. Dia tidak mungkin mengecewakan umi dan abahnya tetapi dia tidak mahu meneruskan perkahwinan ini. Akhirnya, dia terlena dalam keadaan menangis.
           
            Keesokan harinya Adawiyah bangun seawal lima pagi. Selesai menunaikan solat sunat tahajud, taubat dan hajat, dia membaca Al-Quran sementara menunggu azan Subuh. Dia selalu membaca Al-Quran di saat hatinya gelisah kerana dia akan menjadi lebih tenang. Dia sudah membuat keputusan untuk mengikut sahaja permintaan umi dan abahnya. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Biarlah dia tidak bahagia, asalkan umi dan abahnya bahagia. Inilah sahaja caranya untuk dia membalas jasa umi dan abah yang telah membesarkannya. 
            Selesai solat Subuh, Adawiyah ke dapur untuk menyediakan sarapan. Dia mengeluarkan bahan-bahan dari dalam peti sejuk. Dia akan memasak nasi lemak kegemarannya. Setelah hampir satu jam berada di dapur, Adawiyah telah siap memasak. Dia segera menghidangkan makanan tersebut kerana keluarganya akan pulang dari surau sebentar lagi. Dia sengaja tidak mahu mengikuti mereka ke surau hari ini. Dia mahu berada di rumah sendirian.
            Sepuluh minit kemudian, ahli keluarganya sudah pulang ke rumah. Mereka menjamu selera bersama.
            “Wahh, bakal pengantin kita masak lah. Nak test skill ke adik?” angahnya mengusik. Adawiyah buat-buat tidak dengar sahaja kata-kata abangnya itu.
            “Umi, abah adik setuju dengan perkahwinan ni. Tapi adik nak buat kecil-kecil je. Buat kenduri kesyukuran cukuplah. Semuanya umi dengan abah uruskanlah. Adik ikut je.” Adawiyah menjawab. Dia tidak mahu tahu langsung mengenai hal perkahwinan itu.

            Puan Mariam dan Encik mengucapkan syukur serentak. “Alhamdulillah.”

Sunday 26 January 2014

Bab 4


SEPERTI biasa, Adawiyah sibuk memeriksa pesakitnya. Tiba giliran pesakit yang kelapan hari ni, Adawiyah membetulkan duduknya. Pintunya diketuk dari luar sebelum pesakit dipanggil masuk. Faris masuk ke dalam biliknya dan dengan selamba duduk di hadapannya.
‘Dia ni lagi. Tak ada orang lain ke yang datang hah? Buat spoil mood aku je la.’
Adawiyah tetap memberikan senyuman kepada Faris. Etika kerja perlu dipatuhi. Jangan kerana masalah peribadi, dia harus mengabaikann etika kerjanya. Lagipun, sekarang waktu bekerja. Dia tidak boleh mencampur adukkan tugasnya dengan urusan peribadinyaa. Dia tahu dia perlu profesional. Diamatinya wajah Faris hari ini. Tampak segak dengan kemeja hitam dan tali leher putih. Rambutnya yang lebat disisir rapi. Huh, kalaulah tidak terkenangkan Faris pernah mengugutnya, memang dia akan jatuh hati sekali lagi pada lelaki itu.
“Ada apa yang boleh saya bantu?” seperti biasa, Adawiyah bertanya kepada pesakitnya.
“Saya sakit.”
Adawiyah mengamati wajah putih bersih Faris. Tiada tanda-tanda demam. Sihat sahaja Faris pada pandangan matanya. Mungkin sakit dalaman agaknya.
“Sakit di bahagian mana tu encik?” Adawiyah masih lagi bertanya. Dia mula memakai stetoskop untuk memeriksa Haris.
Lelaki itu diam walaupun Adawiyah bertanya. Adawiyah meletakkan stetoskop di dada Faris yang sasa itu untuk memeriksa degupan jantungnya. Biasa sahaja. Seperti orang sihat. Tiada tanda-tanda sakit. Kemudian dia mencatat sesuatu pada fail. Dia meminta Faris menghulurkan tangannya untuk diperiksa kadar tekanan darah. Faris hanya menurut. Faris memerhati Adawiyah yang sedang melakukan kerja.
Tangan Faris terpaksa disentuhnya untuk memasang alat terrsebut. Hatinya berdebar semasa tangan mereka bersentuhan seperti ada kejutan elektrik sahaja namun diteruskan kerjanya. Dia tidak mahu kelihatan tidak profesional di mata Faris. Setelah diperiksa, tekanan darah Faris juga normal. Tiada tanda-tanda sakit. Sekali lagi dia mecatatkan sesuatu pada fail.
“Encik ada rasa apa-apa perubahan tak kebelakangan ini?” Adawiyah mula memandang Faris.
“Ada, saya tak boleh tidur lena kebelakangan ini. Makan pun tak ada selera. Kerja pun saya tak boleh nak fokus.” Faris menjawab.
“Ummm… encik ada rasa sakit tak pada bahagian anggota badan?” Adawiyah menulis semua simptom-simptom yang Faris nyatakan tadi pada fail.
“Ada.”
“Sakit apa ya?”
“Sakit hati.”
Adawiyah yang sedang menulis,  berhenti menulis. Dia memandang wajah Faris lama. Rasa geram bertandang di hatinya. Dia terasa seperti dipermainkan oleh lelaki itu tapi lelaki itu masih berwajah serius. Kalau diikutkan hatinya, mahu sahaja dia menumbuk wajah lelaki itu. Lelaki itu memang telah merugikan masanya.
“Encik, saya rasa encik ni dah tersilap doktor sebenarnya. Sepatutnya encik berjumpa dengan doktor psikatari.” Dapat didengari nada marah di dalam suaranya.
“Awak tak nak tanya ke kenapa saya sakit hati?”
Faris tidak mempedulikan kata-kata Adawiyah. Lain yang dikata, lain yang dijawab.
‘Oh, kau nak main-main dengan aku ya? Fine, let’s play along.’
Setelah menarik nafas. Adawiyah memberanikan dirinya memandang mata Faris.
“Okey, kenapa encik sakit hati?”
“Saya sakit hati sebab awak rapat dengan Farhan. Saya tak nak awak rapat dengan dia atau dengan mana-mana lelaki. Saya sakit hati sebab awak buat tak endah dengan saya. You make me like I’m not exist. Awak tak jawab call saya walaupun saya pernah bagi awak amaran supaya awak jawab call saya. Saya sakit hati dengan semua yang awak buat pada saya.” Tenang Faris menjawab.
Dia tidak kisah kalau Adawiyah ingin mentertawakannya. Dia mahu Adawiyah tahu apa yang dirasanya. Dia mahu Adawiyah menjadi miliknya. Dia tidak mahu Adawiyah menjadi milik Farhan atau mana-mana lelaki.
Adawiyah terkejut dengan pengakuan Faris tetapi dia berpura-pura tidak mempedulikan kata-kata lelaki itu.
“Boleh saya tahu siapa encik pada saya? Adik saya, abang saya, ayah saya, boyfriend saya, tunang saya or perhaps suami saya? Apa hak encik untuk mengawal diri saya?” sinis Adawiyah bertanya.
“I may not be one of those but I’ll make sure I will be your husband.” Tegas Faris.
Terpempan Adawiyah mendengarnya namun dia tetap tidak mahu kalah.
“No, you won’t.” Adawiyah menggelengkan kepalanya dan menyandar pada kerusinya.
“Yes, I will. Bukan awak dulu sukakan saya?” Faris mengenakan Adawiyah kembali.
“Look, it just puppy love okay. Every teenagers have that kind of feeling. Now we have grown up. Just forget about it.” Pujuk Adawiyah. Sebenarnya dia ingin memujuk Faris supaya tidak mengungkit kisah lalu kerana dia masih malu setiap kali mengenangkan hal tersebut.
“No. not for me. Once, you have confessed to me, you must take the responsibilities.”
“What responsibilities?” Adawiyah meninggikan suaranya. Geram betul dia dengan lelaki yang tidak faham bahasa seperti Faris.
“You must marry me. You told me last few years that you love me so, you must marry me.” Faris masih bertegas.
“Saya dah tak ada apa-apa perasaan pada awak, percayalah.” Rayu Adawiyah.
Tetapi entah mengapa, hatinya berasa sakit apabila dia berkata begitu.
“Then, you will love me again. I’ll make sure you will confess to me again with all your heart.”
Berdebar hati Adawiyah mendengar luahan Faris. Apa yang Faris hendak daripadanya? Mereka baru sahaja bertemu seminggu yang lalu setelah lapan tahun tidak berjumpa. Sekarang, lelaki itu telah mengganggu hidupnya. Pening kepalanya. Apa tujuan Faris melakukan seperti itu.
“Maafkan, saya Encik Faris. Saya rasa encik tak sakit apa-apa. so, saya rasa encik boleh keluar. Saya ada pesakit lain. Encik dah mengganggu masa saya bekerja. We have nothing to talk anymore.” Adawiyah berdiri membelakangi Faris. Dia tidak mahu Faris melihat wajahnya yang sudah merah. Jantungnya berdegup kencang seperti ada ribut taufan sahaja di dalam hatinya.
Faris berdiri. Sakit hatinya mendengar kata-kata Adawiyah.
“Dengar sini Rabiatul Adawiyah bt Haji Sulaiman, saya akan pastikan awak jadi milik saya. Apa pun awak cakap, saya tahu awak masih cintakan saya. Saya boleh rasakan melalui sinar mata awak. Awak pegang janji saya Adawiyah, selepas ini awak tak akan jumpa saya lagi. Awak hanya akan jumpa saya setelah awak sah menjadi isteri saya. Saya akan buat awak jatuh cinta pada saya sekali lagi.”
Selesai mengucapkan kata-katanya, Faris keluar dari bilik Adawiyah. Terduduk Adawiyah mendengar kata-kata Faris.
“Dia dah gila. Tengku Faris Hilman bin Tengku Hamid dah gila. I hate you!!!” ujar Adawiyah. Tetapi entah kenapa air matanya berlinangan. Dia tidak tahu kenapa hati berdebar dan sakit dalam masa yang sama. Perasaan yang sama yang pernah dia rasakan sepuluh tahun lalu. Kenapa dia merasakan semua ini. Kenapa???

FARIS benar-benar mengotakan janjinya. Dia memang tidak berjumpa langsung dengan lelaki itu sejak tiga bulan yang lalu. Faris juga tidak pernah menelefonnya. Setiap kali dia ke rumah Tengku Hamid untuk memeriksa keadaannya, dia tidak pernah terserempak dengan Faris. Adakah Faris benar-benar berjauh hati dengannya. Nampak sangat Faris mudah berputus asa. Jauh di sudut hatinya, dia berharap Faris akan datang berjumpanya lagi tapi disimpannya perasaan dan keinginan itu jauh-jauh di dalam lubuk hatinya.
Tiada guna dia sukakan Faris kerana Faris sudah banyak berubah. Dia pernah sukakan Faris dahulu kerana kebaikan lelak itu. Dia sering melihat Faris membantu guru-guru. Faris juga menjadi anak emas pengetua sekolah. Setiap kali dia mendengar Faris mengaminkan doa dan mengetuai bacaan Yassin, hatinya selalu berdebar. Faris juga baik dengan semua pelajar. Sikap itulah yang membuatkan dia jatuh hati kepada Faris tetapi lelaki itu sudah jauh berubah sekarang.
Faris yang dia kenali kini suka marah-marah. Sudah banyak kali dia dimarahi lelaki itu. Lelaki itu juga pernah mengugutnya untuk membongkar kenakalannya sepuluh tahun lalu. Dia juga sering memandang wajah Adawiyah dengan pandangan yang menakutkan. Lelaki itu juga tidak segan silu menyentuh belakangnya dan minum air dari gelas yang sama dengannya sedangkan semua itu tidak boleh dilakukan. Mungkin kerana pengaruh budaya barat ketika dia melanjutkan pelajarannya di luar negara.
Adawiyah mengeluh lagi. Kenapa wajah lelaki itu selalu hadir dalam mindanya. Puas ditepis namun dilihatnya juga. iPhone yang berada di hujung meja berbunyi. Adawiyah tersenyum melihat nombor yang tertera. Uminya di kampung menelefon.
“Assalamualaikum umi.”
“Waalaikumussalam, anak umi sihat tak?” Seperti biasa umi pasti akan bertanya tentang kesihatannya. Maklumlah dia merupakan satu-satunya anak perempuan daripada lima beradik dan dia juga merupakan anak bongsu. Masakan umi tidak bimbangkan dirinya.
“Adik sihat umi. Umi dengan abah macam mana? Sihat tak? Adik rindulah nak balik Kelantan jumpa umi dan abah. Rindu sangat.”
“Alhamdulillah, sihat. Abah kamu tu lagi sihat. Makin sihat dari dulu.” Umi berjenaka. Dia tahu Adawiyah memahami maksudnya bahawa suaminya makin tua makin gemuk. Bahagialah katakan.
Ketawa Adawiyah mendengar jenaka uminya.
“Ada apa hal umi call adik. Rindu ek?”
“Ha’ah, umi rindu sangat dengan adik. Siapa tak rindu anak umi yang comel ni. Tok ma kamu pun selalu sebut nama kamu. Rindu sangat tu.”
“Iya? Wahhh.. adik pun rindu kat tok ma. Rindu nak makan masakan tok ma. Singgang ikan dengan budu. Wahhh… bestnya umi.” Adawiyah mula terbayangkan lauk kegemarannya yang sering dimasak neneknya. Kecur air liurnya mengingatkan masakan neneknya.
“Kalau rindu, adik baliklah. Adik balik ya, hujung minggu ni.” Pujuk Puan Mariam.
“Ummm… tengoklah dulu umi. Adik tak boleh janjilah. Adik sibuk sangat sekarang ni. Nak minta cuti pun susah.” Rengek Adawiyah.
“Baliklah sayang. Along, angah, achik, alang semua balik. Balik ya.” Pujuk Puan Mariam lagi.
Mendengarkan hal itu, Adawiyah bersorak kegembiraan.
“Kalau macam tu, adik nak balik jugalah. Tapi kan umi, kenapa semua balik. Macam ada udang di sebalik mi je ni.” Gurau Adawiyah.
“Memang pun. Udang di sebalik mi memang sedap. Adik nak makan ke?” Puan Mariam melayan gurauan anaknya.
“Hahaha… umi ni lawaklah. Okeylah umi, nanti adik balik. Tapi umi jangan lupa suruh abah jemput adik kat airport tau. Adik malas drive. Nanti adik bagitahu bila adik berlepas ok.”
Puan Mariam tersenyum mendengar jawapan anaknya. Mudah benar dia memujuk anak bongsunya ini. Dia tahu Adawiyah memang anak yang baik. Hatinya sangat lembut. Pasti apa yang direncanakan olehnya dan suaminya berjalan lancar. Dia mahu melihat anaknya bahagia. Satu-satunya puteri dalam kehidupannya.
“Baiklah. Jaga diri elok-elok. Nanti umi bagitahu abah.”
“Okey, kirim salam kat abah dengan tok ma tu. Cakap adik rindu sangat. Cakap kat tok ma adik nok make gula singge denge budu (nak makan  gulai singgang dengan budu).” Adawiyah sengaja menggunakan loghat Kelantan.
Neneknya itu hanya tahu bercakap loghat Kelantan. Maklumlah, orang Kelantan sejati. Dia dan abang-abangnya pula dilahirkan di Kelantan tetapi dibesarkan di Kuala Lumpur kerana mengikut abahnya yang bekerja sebagai ustaz di sekolah menengah. Hanya selepas datuknya meninggal lapan tahun lalu, mereka berpindah ke Kelantan untuk tinggal bersama neneknya. Disebabkan itu dia tidak fasih sangat berbahasa Kelantan.
“Yalah, assalamualaikum.” Uminya ketawa di hujung talian.
“Waalaikumussalam.”

Usai bercakap dengan uminya, Adawiyah segera membuka komputernya. Dia ingin menempah tiket kapal terbang secara online.

Saturday 25 January 2014

Bab 3


IPHONE milik Adawiyah sudah 3 kali berdering sejak mereka tiba di Restoran Jaya untuk makan tengah hari bersama. Farhan bergilir memandang iPhone itu dan wajah Adawiyah. Dilihatnya Adawiyah tidak mengambil peduli dengan telefon itu. Dibiarkan tetefon itu meraung sendirian.
            “Are you sure you tak nak pick up that call?”
            “What?” Adawiyah yang sedang melihat menu mengangkat mukanya memandang Farhan. “You mean this call?”
            Farhan menganggukkan kepalanya. Dilihatnya lagi skrin telefon wanita itu. ‘Jangan Jawab? Apa punya nama orang tu. Peliknya nama orang tu.’
            Adawiyah menggelengkan kepalanya. Telefon di atas mejanya diangkat dan ditunjukkan kepada Farhan.
            “Look. Saya dah tulis kat sini, Jangan Jawab. So, I cannot pick up this call. Budak-budak je kot ni. Nak main- main kacau oranglah tu.”
            Tidak lama kemudian telefon itu berhenti berdering. Adawiyah meletakkan telefon tersebut kepada mode ‘silent’. Boleh mengganggu ketenteraman orang lain nak makan kalau dibiarkan telefon itu terus berdering. Farhan hanya memerhati perlakuan Adawiyah. Mereka makan tengah hari sambil berbual perihal pesakit-pesakit mereka dan keadaan hospital.
            Selesai makan tengah hari, mereka berjalan pulang ke hospital bersama. Restoren Jaya hanya berada di hadapan hospital mereka jadi, mereka lebih selesa untuk berjalan daripada menggunakan kereta untuk ke restoren tersebut. Bagus untuk kesihatan badan kata Adawiyah sewaktu Farhan bertanya kenapa dia lebih gemar berjalan daripada memandu untuk ke restoren itu keetika mereka baru sahaja berkenalan.
            Mereka berjalan seiring semasa hendak ke bilik masing-masing. Maklumlah, bilik mereka hanya bersebelahan. Beberapa kakitangan hospital yang melihat mereka hanya tersenyum. Mereka suka jika Farhan dan Adawiyah bercinta kerana masing-masing sama cantik dan kacak. Kedua-duanya juga baik dengan semua pekerja sehingga pekerja di hospital itu seakan-akan merestui hubungan mereka walaupun mereka berdua sering menafikan.
            Faris sedang berdiri di hadapan bilik Adawiyah. Matanya tajam merenung Adawiyah yang sedang bergelak ketawa dengan Farhan. Perasaan cemburunya membuak-buak. Panas rasanya hati melihat Adawiyah yang malu-malu apabila dipuji Farhan. Adawiyah masih tidak perasan kehadirannya kerana terlalu rancak berbual dengan Farhan. Faris sudah tidak boleh menahan perasaan cemburunya bergerak menghampiri pasangan itu.
            “Assalamualaikum.” Faris memberi salam.
            Adawiyah terkejut dengan kehadiran Faris berdiri kaku. Farhan pula menjawab salam itu dan bersalaman dengan Faris. Dia memang mengenali Faris kerana mereka sama-sama belajar di luar negara dan hubungan mereka juga sangat rapat.
            “Is, what are you doing here? Kau sakit ke?” Farhan menyoal sebaik sahaja mereka bersalaman.
            “Tak adalah. Aku saje je datang nak jumpa kau. Ingat nak ajak lunch.” Bohong Faris.
Padahal dia datang untuk berjumpa Adawiyah untuk mengajak makan bersama. Seharian dia tidak boleh fokus di pejabat. Ketika mesyuarat pun dia masih teringatkan Adawiyah yang tidak menjawab panggilannya sejak tiga hari lalu sehingga papanya terpaksa  menegurnya kerana kelalaiannya. Tetapi sampai sahaja di hospital itu, dia melihat wanita pujaannya sedang bergelak ketawa dengan rakan karibnya sendiri. Siapa tidak panas.
            “Sorry man. Aku dah makan dengan Adawiyah tadi. Kau dah kenal ke dia ni? Dia ganti papa aku untuk jaga family kau.”
Farhan mengerling Adawiyah di sebelahnya dan senyum. Adawiyah membalas senyuman itu namun senyuman itu mati apabila dia melihat Faris merenung tajam ke arahnya seperti seekor singa ingin menerkam mangsanya. Kecut perut Adawiyah melihat wajah lelaki itu.
“Oh ya ke. Aku tak jumpa lagi dia. Aku ingat girlfriend kau tadi. Nice to meet you.” Faris menundukkan kepalanya sebagai salam perkenalan.
‘Kenapa dia nak tipu?’ Adawiyah terkejut dengan lakonan Faris namun diikutinya lakonan itu. Dia juga berpura-pura menundukkan kepalanya kepada Faris.
Farhan ketawa mendengar jawapan Faris. Ditepuk bahu sahabatnya itu. “I wish man.” Dikerlingnya Adawiyah yang terkejut dengan jawapannya.
Semakin cemburu Faris mendengar jawapan Farhan. Mukanya sudah merah kerana terpaksa menahan amarahnya sejak tadi. Hatinya sudah panas. Kalau diikutkan hati, sudah ditariknya tangan Adawiyah ke dalam dakapannya dan menjerit kepada Farhan ‘She’s mine.’ Adawiyah yang merasakan kehangatan suasana iitu meminta diri untuk ke biliknya. Faris hanya memerhatikan dari hujung matanya dengan perasaan cemburu yang meluap-luap.
Sepuluh minit kemudian, Farhan masuk ke dalam bilik Adawiyah. Adawiyah yang sedang mencatat sesuatu di diarinya tersenyum.
“Dah balik ke kawan doktor tu?” Sengaja Adawiyah bertanya mengenai Faris kepada Farhan. Runsing juga Adawiyah jika lelaki itu masuk ke dalam biliknya. Takkan dia nak menyorok di bawah meja lagi macam sepuluh tahun dahulu.
“Dah. Dia just datang nak ajak kita pergi kenduri kesyukuran family dia.” Farhan duduk di kerusi di hadapan Adawiyah.
“Oh, Tengku Fatimah pun ada cakap hari tu. Bila tu?”
“Tomorrow night.”
“Kalau tak ada hal, saya pergilah kot.” Adawiyah berbohong. Padahal sudah terang-terang bahawa esok dia cuti tapi dia mencipta alasann untuk tidak pergi. Mana mungkin dia mahu terserempak dengan Faris lagi. Buatnya lelaki itu menceritakan perangainya kepada keluarga itu, mesti dia malu.
“Bukan esok awak cuti ke?” Farhan yang memang maklum dengan hari cuti Adawiyah bertanya. “Pergilah, awak kan doktor peribadi keluarga dia. Awak kena tunjukkan muka awak kat sana. Lagipun, mudahlah untuk awak deal dengan family tu lain kali.” Farhan memujuk.
“Tengoklah.” Adawiyah menjawab acuh tak acuh.
Dia berpura-pura menyibukkan dirinya lagi. Farhan keluar dari bilik itu apabila melihat Adawiyah sibuk. Dia tidak mahu mengganggu Adawiyah. Adawiyah mahu keluar makan dengannya tadi pun sudah baik kerana wanita itu jarang mahu keluar dengan lelaki. Nasib baik dia menggunakan alasan untuk berbincang sesuatu bersama, barulah Adawiyah bersetuju untuk makan bersamanya.
Setelah Farhan keluar, iPhone miliknya berdering. Adawiyah tidak sempat melihat nama pemanggilnya dan terus menjawab panggilan itu.
“Hello.”
“Best dapat keluar dengan boyfriend?”
Adawiyah terkejut mendengar suara lelaki. Dilihatnya skrin iPhone nya. Nama Jangan Jawab terpampang di skrin itu. Adawiyah tidak menjawab apa-apa. Menyesal dia kerana tidak melihat nama pemanggil sebelum menjawab panggilan itu.
“Kenapa diam? Dah tak ada suara?” Setelah soalannya tidak dijawab, Faris bersuara lagi. Kali ini lebih sinis bunyinya.
Adawiyah memberanikan dirinya menjawab soalan itu. Ditahan rasa sakit di hati dengan soalan Faris itu.
“Ya, ada apa saya boleh bantu, Encik Faris.” Adawiyah melembutkan suaranya. Dia dapat mendengar suara Faris yang mendengus kasar. ‘Tak apa, api kena lawan  dengan air.’ Pujuk hatinya.
“Ada. Memang saya nak awak tolong saya. Tolong jawab telefon kalau saya call boleh?” Faris masih lagi mengeraskan suaranya. Lagaknya seperti seorang bos kepada pekerja.
 “Oh, saya memang jawab panggilan encik pun. Buktinya sekarang kita tengah bercakap.”
Faris mendengus mendengar jawapan Adawiyah. Kenapa perasaannya tidak tenteram kalau bersama Adawiyah sedangkan sebelum ini dia tidak pernah marah-marah seperti ini. Dia memang dikenali sebagai lelaki paling tenang dalam keluarganya. Tapi kenapa tiba-tiba dia emosi dia mudah berubah-ubah semenjak dia berjumpa Adawiyah lagi.
“Listen here Adawiyah. Don’t play any jokes with me right now. I’m not in a good mood now.” Bentak Faris.
Adawiyah terkejut mendengar lelaki itu menjerit. Dijauhkan telefon dari telinganya. Boleh pekak dia kalau mendengar lelaki itu menjerit. Kuat juga suara lelaki itu. Kecut perutnya. Tak ada lagi sesiapa yang pernah menengkingnya seperti itu. Abahnya sendiri tidak pernah memarahinya seperti itu. Hampir menitis air matanya.
Faris tersedar selepas Adawiyah tidak mendiamkan diri. “I’m sorry.” Rayunya lembut. Mukanya diraup. Menyesal betul dia kerana menengking Adawiyah. Sepatutnya dia bijak mengawal perasaan cemburunya.
“It’s… okay.” Lambat-lambat Adawiyah menjawab. Hatinya masih terasa dengan tengkingan lelaki itu.
“Look, saya call awak ni nak ajak awak datang ke majlis kesyukuran sempena Mai mengandung. So, saya harap awak datang.”
Suara Faris sudah bertukar lembut. Dia mesti cuba memujuk wanita itu untuk hadir ke majlis itu.
“Maaf, saya tak boleh datang. Saya sibuk sangat.” Adawiyah berhelah.
“I don’t care. You better coming or I tell everyone about what you have done eight years ago.”
Faris memutuskan talian. Adawiyah terkejut mendengar ugutan Faris. Tidak disangka lelaki itu sanggup mengugutnya seperti itu. Menyesal rasanya dia kerana pernah jatuh hati kepada lelaki itu dahulu. Faris sekarang dengan Faris yang dikenalinya sepuluh tahun dahulu sungguh berbeza.
“THANK YOU sebab sudi datang Adawiyah.” Tengku Maisara bersalam dan mencium kedua belah pipi Adawiyah.
“Tak apa. Saya mestilah datang kalau Tengku jemput.” Adawiyah berbasa-basi.
Matanya dialih kepada Faris yang berdiri di sebelah Tengku Maisara. Sakit hatinya melihat lelaki itu. Ugutan lelaki itu masih segar di ingatannya. Petang tadi pun Faris masih menghantar mesej berbaur ugutan kepadanya supaya hadir ke majlis itu. Disebabkan marah kepada lelaki itu, dia sengaja datang ke majlis itu agak lewat.
“Stop calling me Tengku. Just call me Mai. Meet my husband, Tengku Afzarizal.” Tengku Maisara menarik tangannya ke arah seorang lelaki yang sedang bercakap dengan Tengku Hamid.
Adawiyah mengerutkan kepalanya. Pelik dengan kenyataan Tengku Maisara. ‘Bukan Faris ke husband dia?’ Dilihatnya Faris masih tenang di sisi Maisara.
“Bukan ni ke suami Tengku?” Adawiyah menunjukkan ke arah Faris.
Faris mengerutkan dahinya. Tengku Maisara dan suaminya ketawa. Tengku Hamid yang mendengar hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.
“Lawaklah you ni Adawiyah. Tu abang I la, Tengku Faris Hilman. Macam mana you boleh fikir yang abang Is tu suami I. For your information, he still single. Kalau you nak try tackle dia pun boleh. I sokong je.” Tengku Maisara menyambung ketawanya.
Tengku Afzarizal mencuit pipi isterinya yang nakal itu. Faris di sebelah turut ketawa. Tengku Hamid tersenyum. Dia tidak kisah jika apa yang dikatakan anak keduanya itu betul. Hati tuanya juga berkenan dengan Adawiyah yang kelihatan lemah-lembut pada matanya. Siapa tidak berkenan jika wanita yang bertudung labuh dan ayu itu menjadi menantunya. Pasti anak terunanya itu akan bahagia.
Muka Adawiyah mula berubah merah. Malu betul rasanya. Bagaimanalah dia boleh tersalah cakap tadi. Sekarang dia sudah diketawakan oleh keluarga Tengku Hamid.
“Stop it Mai. She’s blushing.” Tegur Faris. Suka benar dia apabila dapat melihat wanita itu malu. Cute.
“I’m sorry Adawiyah. Its just so funny because you orang pertama yang cakap abang Is ni husband I. Selama ni tak pernah ada orang pun yang terfikir macam tu.” Tengku Maisara bersuara setelah ketawanya reda.
“Its okay.” Adawiyah masih malu. Mukanya terasa membahang.
Setelah berbual-bual dan berkenalan dengan ahli keluarga Tengku Hamid, dia meminta diri untuk menjamu selera. Perutnya terasa lapar kerana dia masih belum makan. Faris pula mengekorinya dari sejak dari tadi lagi. Dia berpura-pura tidak menyedari kehadiran lelaki itu walaupun lelaki itu cuba bercakap dengannya dari tadi. Semasa dia mengambil makanan, lelaki itu pandai-pandai meletakkan makanan lain di dalam pinggannya sehingga makanan di dalam pinggannya penuh. Dia hanya diam walaupun lelaki itu mengganggunya.Soalan Faris juga tidak dijawabnya.
‘Buat tak layan je Adawiyah. Buat biasa je. Buat macam dia tak wujud.’ Ujar Adawiyah di dalam hati.
Selesai mengambil makanan, dia mencari meja yang masih kosong. Kemudian, dia ternampak Farhan sedang makan. Dia melangkah dengan cepat ke arah Farhan. Faris masih tidak sedar ke mana arah tuju Adawiyah hanya mengikutnya dari belakang.
“Mind if I join you?” Adawiyah meletakkan pinggannya di sebelah Farhan. Faris yang mengekori dari belakang berhenti mengekori Adawiyah.
Farhan hanya mengangguk. “Saya ingat awak tak datang tadi.”
“I changed my mind.” Adawiyah duduk lalu makan.
Farhan hanya memerhatikan Adawiyah makan. Matanya kemudian jatuh kepada makanan di dalam Adawiyah. Bulat matanya memandang makanan yang banyak di dalam pinggan Adawiyah. Terlampau banyak untuk seorang makan.
“Awak lapar sangat ke?” Farhan bersuara kerana Adawiyah terlalu asyik menjamu selera sehingga tidak menghiraukannya.
“Boleh la,” Adawiyah masih tidak mengangkat mukanya. Dia tahu Farhan maksudkan makanan di dalam pinggannya yang banyak. Dia sendiri bingung bagaimana mahu menghabiskan makanan itu. Semuanya gara-gara dia tidak mahu melayan Faris. Lelaki itu bertindak mengacaunya. Dia juga tahu Faris sedang memerhatikannya dari meja sebelah. Lelaki itu pasti dapat mendengar apa yang diborakkannya bersama Farhan. Kerana itulah dia tidak mahu mengangkat mukanya dan bertekad untuk menghabiskan makanannya. Dia perlu tunjuk kepada lelaki itu bahawa dia tidak akan melayan lelaki itu lagi.
“Banyak betul awak ambil makanan.” Farhan masih cuba  menarik perhatian Adawiyah.
“Bukan saya yang ambil.”
“Habis kalau bukan awak siapa?” pelik Farhan mendengar jawapan Adawiyah.
“Pekerja katering yang perasan handsome manalah tak tau. Dia yang letak makanan dalam pinggan saya banyak macam ni. Dah tak berapa betul agaknya mamat tu.” Perli Adawiyah.
Sengaja dia menguatkan suara supaya Faris mendengar.
‘Padan muka kau. Kau ingat aku takut? Sorry laa..’
Farhan tersenyum mendengar jawapan Adawiyah.
“Dia nak mengurat awak kot. Yalah, awak kan cantik.” Farhan memuji Adawiyah.
Tersedak Adawiyah mendengarnya. Dia terbatuk-batuk. Dah la dia belum mengambil air lagi. Keluar air matanya kerana terbatuk-batuk. Farhan ingin bangun untuk mengambil air untuknya. Baru sahaja Farhan pergi, Faris meletakkan air sirap di tepinya. Kerana terlalu pedih tekaknya, dia mencapai gelas itu lalu diminum dengan rakus.
“Fuh.. lega. Thanks Farhan.” Adawiyah mengangkat mukanya. Tetapi rupanya air itu bukan daripada Farhan tetapi daripada Faris. Sekali lagi dia terbatuk-batuk.
Faris mengurut belakangnya dengan lembut walaupun pandangan lelaki itu tajam menikam wajahnya. Ditepisnya tangan lelaki itu dengan kasar.
‘Apa pegang belakang orang ni. Haramlah.’ Bebel Adawiyah sendirian.
Farhan yang baru sahaja tiba dengan segelas air tersenyum ke arah Faris.
“Kau dah bagi air kat Adawiyah ya.” Farhan meletakkan air yang diambilnya di hadapan Adawiyah. Dia duduk di tepi Faris kerana lelaki itu telah mengambil tempatnya di sebelah Adawiyah.
“Taklah, tu air aku. Tiba-tiba je dia ambik minum.” Selamba Faris menjawab. Air yang masih separuh di dalam gelas itu dihabiskannya.
Merah padam muka Adawiyah. Dipandangnya wajah Faris dengan terkejut. Faris pula dengan selambanya minum menggunakan gelas yang sama dengannya. Farhan melihat dengan terlopong.
‘Gila ke mamat ni? Minum air aku.’
“Encik Faris, tu air saya.” Marah Adawiyah.
“Technically, its mine. Awak ambil gelas saya. So, saya berhak minum dalam gelas tu.” Faris tersenyum sinis. ‘Akhirnya kau cakap jugak dengan aku. Ingatkan kuat sangat.’

Adawiyah menjeling Faris. Disumbatnya makanan yang berada di dalam pinggan ke dalam mulutnya. Dia sudah tidak mahu berlama di situ. Habis makan cepat, boleh balik cepat. Faris tersenyum kemenangan. Dia lebih rela Adawiyah tidak melayannya daripada melayan Farhan. Dia tidak berganjak dari tempat itu dan berpura-pura berbual dengan Farhan. Dia tahu dia sudah menang malam itu. Hahahaha…