Monday 19 May 2014

Bab 13


SETELAH menghantar Adawiyah ke KLIA, Faris memandu ke pejabatnya. Kepalanya masih pusing memikirkan perubahan isterinya. Mengapa Adawiyah merajuk dengannya sedangkan mereka baik-baik sahaja sebelum itu.
            “Kenapa Adawiyah jadi macam tu ya. Tadi pun tak nak cakap dengan aku. Mesti ada benda yang tak kena ni. Aku kena cari tahu. Tapi aku nak tanya siapa ya? Try tanya Mai la. Mana tau dia tahu apa-apa ke. Budak tu kan kaki kepoh, semua benda dia tahu. Mesti dia tahu punya.” Faris mengeluarkan telefonnya dan menelefon adiknya itu.
            “Mai, kat mana ni?” Faris bertanya setelah panggilannya disambung.
            “Waalaikumussalamwarahmatullahiwabarakaaaatuh.” Tengku Maisara mengusik abangnya dengan sengaja memberi salam.
            “Hehehe… Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.” Faris tersengih sendiri. Termalu dia dengan kegelojohannya itu.
            “Ooo.. pandai jugak bagi salam rupanya cik abang kita ni. Ada apa kekanda yang boleh adindamu ini bantu?” Tengku Maisara masih lagi mengusik abangnya.
                        “Wahai adindaku, di manakah gerangan tuan hamba sekarang?” Faris juga mahu menyambung gurauan adiknya. Layan je la.
            “Oh, adinda di pejabat wahai kekanda. Tidakkah  kekanda mahu masuk ke pejabat. Sudah pukul berapa ini wahai kekanda. Lama bebeno kekanda menghantar isteri tercinta ke KLIA. Ada drama air mata ke kat sana?”
            “Hish, susah betul la nak cakap bahasa diraja ni. Tak payah berkanda dinda la mak buyung. Ni, abang on the way nak ke office dah ni. Dalam sepuluh  minit lagi, abang sampai. Abang nak cakap something dengan Mai so, make sure masa abang sampai tu, Mai dah ada dalam bilik abang. No excuse.”
            “Patik menjunjung perintah tuanku.”
            “Bagus, okey, bye.”
            “Babai.” Tengku Maisara menamatkan panggilan.
            Faris melajukan lagi keretanya, dia mahu sampai ke pejabatnya dengan lebih cepat. Dia mahu memahami perkara sebenarnya tentang masalah dia dan Adawiyah.
            “HAH, Mai cakaplah. Dia ada cakap apa-apa ke kat Mai?” Faris bertanya.
            “Tak adalah bang. Mai tak tahulah. Mai pun pelik la dengan korang berdua ni. Boleh ke bergaduh tak ada sebab. Abang pun satu, takkan abang tak ingat apa yang abang buat. Kot-kot abang ada buat salah tapi abang tak ingat ke.” Tengku Maisara cuba mengorek kembali ingatan abangnya.
            “Tak ada la. Cuma yang balik lambat tu je la. Tapi masa abang cakap dia okey je. Takkan sebab tu pun dia nak merajuk sampai balik kampung kot.” Faris menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kebelakangan ini dia kerap benar menggaru kepala walaupun tidak gatal. Lama-lama boleh botak dia dibuatnya.
            “Hmmm… Mai rasa ada something wrong somewhere ni. Kak Adawiyah bukan jenis mudah merajuk pun. Masa minah sengal tu peluk abang kat wedding korang pun dia relax je.”
            “Minah sengal? You mean Hana?”
            “Ya la. Hanna Montana wannabe tu la.” Tengku Maria sudah membuat wajah ingin muntah setelah menyebut nama wanita itu.
            “Buat la muka macam tu. Terikut baby dalam perut tu baru tahu.” Faris mengugut adiknya.
Tengku Maisara segera memaniskan mukanya. Simpang malaikat 44 anaknya berperangai macam dia. Biarlah anaknya berperangai seperti suaminya, Tengku Afzarizal yang tenang dan pendiam namun romantis. Tengku Maisara tersengih seorang diri mengingatkan suaminya itu.
            “Woi, dah la berangan tu. Tolonglah abang ni. Nak pecah kepala fikir ni. Tak boleh fokus kerja abang ni kalau macam ni.” Faris melambai-lambai tangannya di hadapan muka adiknya. Orang tengah bincang hal serius, boleh pulak dia berangan.
            “Apa kata kita tanya kak Maria.” Tengku Maisara memberi cadangan.
            “Buat apa tanya dia?”
            “Dia kan bff Kak Adawiyah. Mesti kak Adawiyah cerita kat dia. Orang perempuan ni biasanya kalau ada masalah dia akan cerita pada bestfriend dia tau.”
            “Ya tak ya jugak kan. Tapi Mai, takkan dia nak beritahu abang. Mesti Kak Adawiyah suruh dia rahsiakan.” Faris menggaru kepalanya sekali lagi.
            “Ala, yang tu serah kat Mai la. Pandai la Mai goreng Kak Maria tu.”
            “Kalau macam tu, Mai call dia ajak lunch sekali tengah hari ni. Abang belanja.” Faris sudah bersemangat. Dia mesti mencari punca Adawiyah merjuk dengannya. Kalau dia perlu mengugut Maria pun dia sanggup. Faris sudah berangan menjadi Sherlock Holmes.

            “KAK Maria, sihat?” Tengku Maisara berbasa-basi. Maria yang baru sahaja sampai memandang pelik dua beradik di hadapannya itu.
            “Alhamdulillah, sihat. Kenapa tiba-tiba ajak akak lunch ni? Macam ada something je ni.” Maria merenung dua beradik itu. Tengku Maisara dan Faris pula hanya menggeleng-gelengkan kepala mereka.
            “Kita makan dulu la. Mesti kau lapar kan Maria. Order je, aku belanja.” Faris pula bersuara.
            “Oh, bagus jugak. Dah kau kata nak belanja ni, aku makan je la ya. Tapi aku tahu, kau nak belanja aku ni, mesti kau nak apa-apa dari aku. Tapi tak apa, aku makan dulu. Kejap lagi aku tahu la apa yang korang nak dari aku ni.” Maria berterus-terang.
            Faris dan Tengku Maisara berpandangan sesama mereka. Betullah kata Adawiyah bahawa Maria ni jenis cakap je apa yang dia fikir. Tak tapis langsung. Tak pakai water filter agaknya budak ni.
            “Yalah. Makan dulu ya.” Faris memanggil pelayan untuk mengambil pesanan mereka.
            “Akak nak makan apa?” Tengku Mai bertanya.
            Maria membelek menu di tangannya. “Umm… for appetizer, I want mushroom soup,  for main course I want chicken chop. Kasi yang besar tau ayam tu dik. Lebih sikit la kentang tu. Abang ni bayar, dia kaya. Mahal sikit pun tak apa. Dessert pula bagi akak kek cheese leleh ya. Air carrot juice. Okay, tu aje.”
            Tengku Maisara dan Faris berpandangan sesama mereka. ‘Minah ni tak makan berapa hari dah ni.’ Faris bertanya sendirian.
            Maria pula hanya senyum memandang mereka. “Ala, kau yang nak belanja aku kan, so aku nak makan puaas-puas la. Bila lagi nak tunggu suami bff aku belanja aku.” Faris hanya mengangguk sahaja. Pening dia melihat perangai sahabat karib isterinya itu. Patutlah mereka berdua boleh buat kerja gila semasa zaman sekolah mereka dahulu.
            Selesai makan, Tengku Maisara memulakan bicara. “Kak Maria, nak tanya sikit boleh tak?”
            “Akak dah tahu dah. Memang korang nak something kan. Takkan belanja free aje. Kalau Mai tu akak tak pelik la nak belanja akak tapi kalau kau, Faris memang pelik la. Aku dah boleh agak dah mesti has prawn behind noodles ni.”
            Tengku Maisara sudah tergelak mendengar kata-kata Maria manakala Faris tidak memahami maksud Maria itu. “Prawn behind noodles?”
            “Ada udang di sebalik batu la abang. Kak Maria tukar ada udang di sebalik mi. Lawak la kak Maria ni. Terbaik punyalah.” Maria mengenyitkan matanya kepada Tengku Maisara.
            “Hah, cakaplah nak apa?” Maria bertanya.
            “Akak, kak Adawiyah ada cerita apa-apa tak kat akak?” Tengku Maisara memulakan projek Sherlock Holmesnya dan abangnya.
            “Ada, banyak. Macam-macam cerita. Cerita apa yang korang nak dengar? Cerita masa dia mula-mula period ke?” Maria menjawab. Dia tahu maksud mereka berdua ini. Adawiyah sudah memberitahunya bahawa dia sudah pulang ke kampungnya. Pasti mereka berdua mahu tahu kenapa Adawiyah tiba-tiba mahu pulang ke kampungnya. Dia sengaja mahu melihat sejauh mana Faris bersungguh untuk memujuk kawan baiknya itu.
            “Ala, yang tu tak payah la cerita kak. Yang lain tak ada ke? Yang terbaru ke?” Tengku Maisara masih berdalih.
            “Ooo… ada, dia cerita yang dia balik kampung…” Faris dan Tengku Maisara pula sudah bersungguh mahu mendengar. Bulat mata dua beradik itu.
            “Nak jumpa umi dan abah dia la.” Maria menyambung lagi.
            “Biar aku terus terang je la Maria. Aku dah tak sabar dah nak tahu hal sebenar ni. Kepala aku dah nak pecah fikir.” Faris pula bersuara setelah mendiamkan diri dari tadi.
            “Hal sebenar apa?” Maria masih berpura-pura tidak tahu.
            “Kau tahu tak kenapa Adawiyah marah aku? Dia ada cakap apa-apa kat kau masa kau hantar dia balik hari itu?”
            “Oh, hal tu ya. Aku dah agak dah mesti kau nak tanya benda tu. Adawiyah tak ada beritahu kau apa-apa ke?” Maria sudah mula serius.
            “Tak, dia diam je. Aku tak tahu apa salah aku. Tolong aku.” Faris merayu.
            Maria mengeluh. Dia sudah berjanji untuk merahsiakan hal ini daripada Faris tetapi dia tidak mahu rumah tangga sahabatnya musnah memandangkan keadaan Adawiyah yang sedang beremosi. Pasti dia tidak boleh berfikir dengan betul.
            “Kak Maria tolonglah. Kesian abang Is, takkan akak nak tengok diorang bermasam muka lama-lama. Akak nak tengok kawan baik akak sedih ke?” Giliran Tengku Maisara pula memujuk.
            “Faris aku dah janji dengan Adawiyah tapi aku tak nak rumah tangga korang berantakan. Baru sangat kot kalau nak gaduh pun. Macam ni la, lepas aku cerita kat kau apa yang dia beritahu aku, aku rasa baik kau balik kampung dia dan pujuk dia.”
            “Yes, I will. Memang aku nak buat macam tu tapi sekarang ni aku perlu tahu apa yang buat dia marah kat aku tu.”
            “Macam ni ceritanya. Masa kau call dia kata kau tak jadi balik pagi tu, dia memang sedih tapi dia faham dengan kerja kau tapi lepas tu dia dapat call dari seorang lelaki ni. Dia kata orang tu selalu kacau dia and hantar sms tentang kau. Selalu buruk-burukkan kau kat Adawiyah tapi dia tak layan dan tak percaya sampailah lelaki tu hantar gambar kau berpeluk dengan seorang perempuan kat Pulau Pinang tu.” Faris mengerutkan dahinnya mendengar cerita Maria.
            “Wait, berpeluk? Bila masa aku ada peluk perempuan lain ni? Seingat aku, aku tak ada peluk sesiapa pun.” Faris menafikan cerita Maria.
            “Entah-entah gambar super imposed tak.” Tengku Maisara mencelah.
            “Tu la. Akak pun fikir macam tu tapi Adawiyah cakap mustahil sebab lelaki tu ambil gambar tu dengan phone dan gambar tu baru je diambil. Dia cakap tak sempat punya kalau nak edit gambar tu.”
            “Kau tahu siapa perempuan yang aku peluk dalam gambar tu?”
            Maria berfikir-fikir seketika. “Adawiyah ada tunjuk gambar tu kat aku.  Kalau tak silap aku la, perempuan tu tinggi, rambut panjang sampai takat pinggang rasanya. Masa tu dia pakai kemeja putih dengan skirt paras lutut warna hitam. Nampak macam sofistikated la.”
            “Hah? Kalau tak silap aku, perempuan yang kau cakap tu Sarah. Client syarikat aku. Mesti ada orang ambil gambar tu masa aku dia terjatuh atas aku. Masalahnya siapa yang nak rosakkan rumah tangga kami?”
            “Sekarang benda tu tak penting abang Is. Abang kena pergi pujuk dia. Selesaikan masalah korang dulu baru fikir pasal lahabau mana yang nak rosakkan rumah tangga korang.” Tengku Maisara menasihati abangnya.
            “Betul tu Faris. Kau jagalah Adawiyah elok-elok. Dia kan tak berapa sihat kebelakangan ni. Kau jagalah dia betul-betul.” Nasihat Maria pula.
            “Aku tahu. Aku rasa bersalah dengan Adawiyah. Mesti dia tertekan kebelakangan ni sampai boleh pengsan. Aku nak pergi jumpa dia petang ni jugak.” Faris meraup mukanya.
            “Kau kena hati-hati sikit. Kau kena jaga perasaan Adawiyah sebab sekarang dia…” Maria terdiam. Dia tidak boleh memberitahu Faris tentang Adawiyah mengandung kerana dia sudah berjanji. Cukuplah dia memungkiri janji untuk tidak memberitahu soal gambar itu. Dia tidak mahu menjadi seorang yang tidak berpegang pada janji.
            “Sebab sekarang dia apa?” tanya Faris curiga.
            “Sebab sekarang kan dia tertekan sangat. Jangan sampai dia pengsan lagi dah la.” Maria menipu.
            “Abang nak pergi jumpa kak Adawiyah bila?” Tengku Maisara bertanya.
            “Petang ni abang ambil flight yang paling awal ke Kelantan. Tak boleh nak biar kakak ipar Mai merajuk lama-lama. Tak tenang jiwa abang.”
            “Mai rasa tak payah la abang. Biar Kak Adawiyah tenangkan fikiran dia dulu. Dia tengah tertekan sangat tu. Kalau abang balik jumpa dia pun, dia takkan dengar punya. Biar dia relax dulu hari ni. Esok atau lusa abang pergi la jumpa dia. Masa tu mungkin dia dah tenang and korang boleh bincang dari hati ke hati” Tengku Maisara memberi cadangan. Maria hanya mengangguk setuju.
            “Betul tu Faris. Aku pun fikir macam tu jugak. Biar la dia tenangkan diri kat sana. Lagipun, kau nak risau apa sebab umi dengan abah dia ada kat sana. Saudara-mara dia ramai yang boleh tolong tengok-tengokkan dia. Lagipun, suasana kat Kelantan tu tak sama dengan KL. Dia boleh relax, tenangkan fikiran. Lagipun, dia ada cakap yang dia nak fikir betul-betul kat kampung tu. Kalau kau pergi jumpa dia sekarang, silap-silap korang makin gaduh. Tunggu la. Kalau tak, family dia pun mungkin pun mungkin akan syak sesuatu.” Tambah Maria.

            Faris mengangguk setuju. Biarlah isterinya berehat. Pasti hati isterinya terluka. Langsung tidak terlintas di hati Faris unutk melukai hati wanita kesayangannya itu apalagi menduakan isterinya. Kepalanya berdenyut memikirkan masalah mereka. Sekarang, dia perlu mencari tahu siapa yang telah mengganggu rumah tangga mereka. Apa yang lelaki itu tidak puas hati dengan mereka. Faris memikirkan siapa yang memusuhinya. Setahu dia, sepanjang hidupnya dia tidak pernah bermusuhan dengan sesiapa. Kalau pesaing syarikatnya, tidak mungkin. Apa yang mereka dapat dengan cuba meruntuhkan rumah tangganya. Lainlah kalau mereka cuba menjatuhkan syarikatnya.

Friday 16 May 2014

Bab 12




            SETIBANYA Faris di rumah, dia segera menuju ke biliknya untuk berjumpa isterinya. Tadi, ketika dia ke hospital, Farhan memberitahunya bahawa isterinya sudah pulang bersama Maria. Faris sudah tidak sabar untuk berjumpa isterinya kerana dia sangat merindui isterinya.
            “Abang Is tuuuu… nak pergi jumpa isteri ke?” usik Tengku Maisara yang sedang minum petang bersama suaminya.
            “Sibuk la mak buyung ni. Mestilah. Jeles ke?”
            “Tak ada maknanya. Kak Adawiyah ada dalam bilik. Kesian Mai tengok dia. Pucat betul muka dia masa balik dari hospital tadi. Sakit rindu jugaklah tu kot.” Perli Tengku Maisara.
            Faris hanya tersengih-sengih mendengar kata-kata adiknya. Dia segera berlalu ke biliknya. Perlahan-lahan dia membuka pintu biliknya. Dilihat Adawiyah sedang tidur. Faris mendekati isterinya dan merenung wajah isterinya. Benar kata adiknya bahawa muka Adawiyah memang kelihatan pucat. Kasihan dia melihat isterinya. Terasa bersalah pula kerana memungkiri janjinya untuk pulang awal. Dikucup dahi isterinya perlahan supaya tidak mengejutkan isteri yang sedang tidur. Faris segera ke bilik air untuk mandi. Dia mahu Adawiyah berehat sepuas-puasnya. Dia akan kejutkan isterinya sebentar lagi.
            Setelah Faris masuk ke dalam bilik air, Adawiyah membuka matanya. Dia menangis sekali lagi di situ. Kepalanya pening memikirkan perkara yang belaku. Adakah benar suaminya menduakan dia. Adawiyah tidak mahu percaya tetapi bukti sudah ada di hadapan matanya. Adawiyah segera bangun. Dia tidak mahu berdua-duaan dengan Faris di dalam bilik itu. Nafasnya terasa sesak memikirkan perkara yang berlaku. Dia turun ke dapur untuk menyertai adik iparnya dan birasnya minum petang.
            Setelah selesai mandi, Faris keluar daripada bilik air. Dia mencari Adawiyah kerana isterinya sudah tiada di situ. Dia segera memakai pakaian dan keluar dari biliknya untuk mencari isterinya. Dilihat Adawiyah sedang berbual dengan Tengku Maisara. Dia segera mendapatkan isterinya.
            Faris berjalan ke arah Adawiyah namun Adawiyah yang ralit berbual dengan Tengku Maisara tidak menyedari suaminya sudah berada di belakangnya. Faris memeluk ppinggang Adawiyah dengan mesra. Adawiyah ternyata terkejut dengan tindakan Faris hanya membekukan diri. Dia tidak mahu Tengku Maisara mengetahui tentang kepincangan rumah tangganya. Dia harus berlakon seperti tiada apa yang berlaku.
            “Kenapa sayang tak tunggu abang. Kan abang dah janji nak ambil sayang kat hospital tadi.  Farhan tak beritahu ke?” Faris bertanya namun dia masih tidak melepaskan pelukannya. Tengku Maisara hanya memerhati sahaja aksi manja Faris yang melampau itu.
            Adawiyah pula hanya membisukan diri tanpa menjawab soalan suaminya. Hatinya masih sakit mengingatkan gambar yang dikirim oleh lelaki misteri itu kepadanya. Tiba-tiba Adawiyah berasa geli apabila dipeluk Faris. Dia membayangkan Faris memeluk dirinya sama seperti Faris memeluk perempuan di dalam gambar itu.
            Adawiyah bangun dan melepaskan pelukan Faris. Dia tidak betah berlama di situ. Dia tidak mahu Tengku Maisara perasan perubahan sikapnya.
            “Mai, akak naik dulu ya. Akak nak berehat sekejap.” Maria hanya mengangguk dan memandang Adawiyah berlalu pergi tanpa menghiraukan suaminya yang kelihatan terkejut dengan tindakannya.
            “Kenapa tu?” tanya Tengku Maisara kepada abangnya apabila melihat perubahan sikap kakak iparnya.
            “Entah la. Abang balik-balik dah macam tu.” Faris menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia tidak memahami perubahan sikap isterinya itu.
            “Ni mesti abang Is ada buat apa-apa kat dia ni. Dengan Mai okey je. You must have done something bad that can hurt her. Cuba ingat balik.” Tengku Maisara memandang tajam ke arah abangnya. Marah betul dia sekiranya abangnya sendiri menyakiti hati kakak iparnya yang sudah dianggap seperti kakak kandungnya sendiri.
            Faris menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal sambil berfikir. “Mungkin sebab abang mungkir janji kot. Abang janji nak balik pagi tadi tapi ada emergency sikit so kena tunda la balik petang. Tu yang dia marah tu kot.” Faris tersengih-sengih.
            “Dah tu buat apa lagi kat sini. Pergilah pujuk dia. Kesian dia tau. Masa abang tak ada, nampak sangat Kak Adawiyah sunyi sangat. Ni mesti kes rindu melampau la ni. Tu sebab sampai boleh merajuk kot.” Tengku Maisara membuat andaian. Dia menolak abangnya itu untuk masuk ke dalam biliknya. Tengku Afzarizal hanya menggelengkan kepala melihat perangai isterinya yang masih brutal  walaupun sudah berbadan dua.
            “Yalah, nak pergilah ni mak buyung oiii. Tak payah tolak-tolak la, kan dengan awak tertolak sekali. Tak pasal-pasal ada buah nangka tergolek kat sini.” Faris tergelak  dan segera berlari ke biliknya apabila Tengku Maisara sudah memasamkan mukanya dan seperti sedang mengadu kepada suaminya. Tengku Afzarizal hanya mengusap lembut tangan isterinya untuk memujuk isterinya itu.
            Faris membuka pintu biliknya dan melihat isterinya sedang termenung di balkooni bilik mereka. Faris perlahan-lahan berjalan ke arah isterinya.
            “Jauh termenung?” Faris memulakan bicara. Dia berdiri betul-betul di belakang isterinya sambil memeluk pinggang Adawiyah.
            Adawiyah cuba melepaskan pelukan suaminya tetapi Faris semakin menguatkan pelukannya. Faris tahu bahawa Adawiyah mahu melarikan diri darinya. Perangai Adawiyah yang sama sejak dari zaman sekolah lagi iaitu selalu lari dari masalah. Baginya lebih baik mereka selesaikan masalah itu sebelum berlaku pergaduhan yang lebih besar.
            “Sayang nak pergi mana? Nak lari? Kenapa selalu sangat nak lari kalau ada masalah?” Bertubi-tubi Faris bertanya. Adawiyah hanya membisukan dirinya. Dia malas menjawab.
            Faris mengeluh apabila Adawiyah tidak menjawab soalannya. Inilah kali pertama Adawiyah merajuk dengannya semenjak mereka berkahwin. Dia buntu kerana dia tidak tahu bagaimana untuk memujuk isterinya.
            “Sayang tak nak jawab ke? Kalau tak nak jawab tak apa. kita duduk macam ni sampai sayang jawab soalan abang ya.” Faris menguatkan lagi pelukannya dan meletakkan dagunya di atas bahu Adawiyah. Kadang-kadang dia meniup rambut Adawiyah yang jatuh di atas bahu Adawiyah.
            Adawiyah pula sudah berasa rimas. Inilah taktik Faris yang paling dia tidak suka iaitu mengugut. Adawiyah pasti akan kalah setiap kali Faris mengugutnya. Ada sahaja idea lelaki itu untuk memastikan dia kalah.
            “Lepaslah. Panas ni.” Adawiyah memukul tangan Faris yang berada di pinggangnya.
            “Ummm… baru dengar suara puteri kita ni. Susah betul nak cakap ya. Ada emas ke dalam mulut tu.” Faris mengusik isterinya namun Adawiyah hanya memasamkan mukanya.
            “Kenapa sayang tak nak cakap dengan abang? Sayang merajuk ek?” Faris bertanya seperti budak kecil. Suaranya dihaluskan supaya kedengaran seksi di telinga isterinya.
            Bagi Adawiyah pula dia terasa seperti hendak muntah mendengar suaminya membuat suara sperti itu. ‘Mesti dia cakap dengan perempuan tu macam ni.’
            “Sayang…” Faris memanggil isterinya sekali lagi.
            “Tak ada la. Tak merajuk pun. Boleh lepas tak?”
            “Ya la tu. Macamlah kita tak kenal dia tu. Merajuk sebab abang balik lambat ya. Sorry la sayang. Kan abang dah cakap ada emergency.
            ‘Sorry naik lori la. Emergency la sangat kan. Emergency minah Pinang tak nak lepas balik.’ Adawiyah membentak dalam hati.
            “Sayang, say something. Janganlah diam je. Abang minta maaf okey. Janji tak buat dah.” Faris memusingkan badan Adawiyah dan memegang tangannya untuk meminta maaf.
            “Saya nak balik kampung jumpa umi dengan abah esok.” Adawiyah menjawab.    
“Okey, abang teman tapi you have to forgive me first.”
            “Saya nak balik sorang. Awak kan kena kerja esok.”
            “Sayang, kenapa panggil abang macam tu. Sejak bila kita pakai awak saya ni. Call me abang. Abang tak izinkan sayang balik sorang.”
            “Boleh tak awak faham saya? Saya nak balik kampung sorang je. Dah dua bulan saya tak jumpa umi dan abah. Saya perlukan rehat okey. Saya stress dengan semua benda ni.” Adawiyah meninggikan sedikit suaranya.
            “Adawiyah, what’s wrong with you? Takkan sebab abang balik lambat sikit Adawiyah nak lari balik Kelantan. Kalau ada apa-apa kita selesaikan kat sini. Besar sangat ke salah abang sampai nak lari balik Kelantan. Hari tu masa abang suruh ikut pergi Pulau Pinang tak nak. Lepas tu, sekarang bila abang balik boleh pulak nak balik Kelantan. Kenapa ni?” Faris bertanya dengan keras namun dia masih mengawal suaranya. Dia tidak mahu meninggikan suaranya kepada wanita kesayangannya ini.
            “Tak ada apa-apa. Saya nak rehat kat kampung. Farhan cakap saya perlukan rehat and  dia bagi MC tiga hari kat saya. Satu-satunya tempat yang saya boleh berehat sekarang ni hanyalah di kampung. Tolonglah faham saya. Awak nak saya pengsan macam tadi lagi ke?” Adawiyah sengaja membangkitkan isu pengsan itu kerana suaminya langsung tidak bertanya tentang hal itu.
            Faris terkejut mendengar kata-kata isterinya. Dia terlupa bahawa isterinya telah pengsan di hospital. Semuanya kerana sikap Adawiyah yang tiba-tiba berubah itu. Faris melepaskan tangan isterinya dan meraup mukanya.
            “Sayang tak apa-apa kan. Farhan cakap tekanan darah sayang rendah. Kenapa ni? Sayang stress sebab abang ke? I’m sorry again.” Faris melembutkan kembali suaranya. Dia menarik isterinya ke dalam dakapannya. Terasa bersalah kerana menyebabkan isterinya tertekan.
            Air mata Adawiyah yang ditahan sejak tadi tumpah apabila dia dipeluk suaminya. “Saya nak balik kampung.” Sekali lagi Adawiyah meminta dengan tangisannya yang makin laju.
            “Okey, kita balik esok. Dah, jangan nangis lagi. Tak cantik isteri abang ni nangis. Dah la nangis macam budak kecil je.” Faris menggosok kepala isterinya.
            Adawiyah menggeleng kepalanya. Dia mahu bersendirian. Dia mahukan masa untuk berfikir bagaimana dia harus menangani masalahnya bersama Faris. Dia tahu dia tidak boleh berfikir dengan tenang kerana keadaan emosinya yang tidak menentu sekarang ni. Dia perlukan masa.
            “Kenapa?” Faris bertanya.
            “Nak balik sorang.” Adawiyah menjawab dengan esakan yang semakin jelas kedengaran.
            “Tapi…”

            “Tolonglah. Kali ni je…” Adawiyah merayu. Faris mengeluh perlahan. Dia mengangguk lambat-lambat. Faris terpaksa melepaskan isterinya pulang dengan berat hati. Biarlah Adawiyah pulang untuk menenangkan dirinya. Mereka akan berbincang kembali setelah Adawiyah pulang dari Kelantan. Dia tahu pasti ada sesuatu terjadi. Kalau tidak, Adawiyah tidak akan berperangai seperti itu. Itu tekadnya.