Monday 29 September 2014

Bab 18


“ENCIK Faris, Cik Hana dari Teguh Holdings dah datang.” Fatin selaku setiausaha Faris memaklumkan kepada Faris. Faris memberi arahan supaya membenarkan Sarah untuk masuk ke dalam pejabatnya.
“Welcome to Royal Holdings Cik Sarah. How are you?” Faris menegur Sarah yang baru sahaja masuk ke dalam pejabatnya. Dia mempelawa Sarah ke arah sofa yang berada di penjuru pejabatnya.
“Well, I’m fine. Thank you sebab sudi jumpa I walaupun you busy.”
“Oh, tak ada masalah. You are our client after all. Mestilah kami akan layan Cik Sarah dengan baik. So, what can I do for you?” Faris bertanya.
“Well, sebenarnya I nak buat satu projek perumahan kat KL and I ingat nak gunakan khidmat syarikat you since I was very satissfied with your work for our previous project. So, what do you think?” Sarah mengangkat keningnya meminta persetujuan.
“Well, itu satu berita gembira untuk syarikat kami. Kami memang berbesar hati untuk mulakan projek ini dengan syarikat you tapi I kena tengok kertas kerja dulu.” Faris memberi senyuman kepada Sarah.
“That’s a good news to me. I akan hantar proposal tu esok tapi I ingat nak minta tolong you something la. Boleh tak?” Sarah memandang Faris. dia berharap sangat Faris mahu menolongnya dan meluangkan masa dengannya.
“Yes, sure. What can I do for you?”
“Well, sekarang ni I akan tinggal di KL sebab I akan uruskan cawangan kat sini so, I nak minta tolong you boleh tak you carikan apartmen untuk I sebab sekarang ni I tak ada tempat tinggal lagi.”
“Oh, habis tu sekarang you tinggal kat mana?”
“I tinggal kat hotel for the time being sampai la I jumpa tempat tinggal yang sesuai untuk I. I tak biasa sangat dengan KL ni jadi I tak tahu tempat mana yang sesuai untuk I tinggal. Sebab tu I minta tolong you. I hope you don’t mind.” Sarah tersenyum.
“No problem Cik Sarah. I boleh tolong carikan. So, sekarang ni kita akan jumpa selalu la since you dah kerja kat sini dah.”
Sarah mengangguk. Hatinya berbunga mendengar Faris berkata yang mereka akan selalu berjumpa. Memang itu yang diharapkannya. Sebab itulah dia bersungguh-sungguh meyakinkan papanya supaya bekerjasama dengan syarikat Royal Holdings untuk projek terbaru mereka. Dia juga meminta supaya ditukarkan ke Kuala Lumpur supaya boleh bertemu dengan Faris. Nasib baik papanya bersetuju apabila dia berkata mahu menguruskan cawangan mereka di Kuala Lumpur memandangkan papanya dan abang sepupunya telah menguruskan syarikat mereka di Pulau Pinang.
“So, macam mana dengan janji you hari tu? Masih valid ke?” Sarah bertanya sambil tersenyum.
“Janji? Janji apa ya Cik Sarah? I lupa la.” Faris kebingungan. Dia sudah terlupa dengan janjinya dengan Sarah. Wajah sarah bertukar hampa.
“Your promise yang you akan belanja I lunch bila I datang KL.” Sarah mengingatkan tentang janji mereka. Faris mengangguk dan ketawa.
“Hahaha. Sorry, I boleh terlupa pula. Sure, no problem. Hari ni I belanja you lunch. Nanti, I suruh secretary I panggil Tajul sekali. Kita boleh lunch sma-sama.” Faris berdiri dan bergerak ke arah mejanya untuk memanggil setiausahanya melalui interkom.
“No, stop.” Cepat-cepat Sarah menghalang. Faris baru sahaja menekan butang interkom berpusing memandang Sarah. Dia menjongketkan keningnya seperti bertanya kenapa.
“I just nak lunch dengan you je kalau you tak kisah la.” Sarah bersuara lambat-lambat. Dahi Faris berkerut mendengar permintaan Sarah.
“Oh… dengan I je? Well, it’s fine… with me.” Lambat-lambat Faris menjawab. Pelik dia rasa dengan permintaan Sarah namun cepat-cepat dia padamkan rasa tidak sedap hatinya. Dia harus profesional.
“Thank you.” Sarah tersenyum gembira. Harapannya untuk makan bersama Faris akhirnya berjaya.

“WHAT a beautiful restaurant. Thanks for bringing me here.” Sarah memandang Faris dengan gembira. Dia melihat sekeliling restoren yang kelihatan santai itu. Kagum dengan reka bentuk dan hiasan dalaman restoren itu.
“For your information, restoren ni bukan je cantik tapi makanan kat sini memang sedap. I regular customer kat sini kalau you nak tahu.” Faris mula bercerita.
“Really? Then, you kena suggest la makanan yang paling sedap kat sini.”
“Well, lamb steak kat sini yang terbaik punya. You takkan dapat kat tempat lain punya. I memang suka makan steak kat sini tapi yang selalu I order, lamb steak. Kalau you makan, ypu akan rasa seolah-olah steak tu macam cair dalam mulut you sebab sos dia memang best. Trust me.” Faris memberi cadangan. Sarah hanya ketawa melihat kesungguhan Faris bercerita mengenai keenakan makanan itu.
“Sure, I’ll try that one.” Mereka makan dengan gembira. Kadang-kadang mereka ketawa apabila berbual mengenai kerja dan kehidupan mereka.
Tanpa mereka sedari ada sepasang mata yang sedang memerhati mereka dari tadi.
“Hello bos. Aku nampak target dengan seorang perempuan tengah makan kat restoren ni. Nampak mesra betul. Bos nak I buat apa?” Sudin menelefon Jerry untuk melaporkan kepada ketuanya.
“Perempuan mana tu?” Jerry bertanya.
“Kalau tak silap aku la bos. Perempuan ni yang taget jumpa kat Pulau Pinang hari tu.” Sudin masih ingat lagi wanita cantik itu yang dilihatnya ketika dia mengekori Faris ke Pulau Pinang.
“Bagus, aku nak kau follow diorang ke mana pun diorang pergi. Kau jangan lupa ambil gambar macam hari tu. Aku nak biar gambar tu nampak macam diorang ada affair. Kau faham tak?” Jerry memberi arahan.
“Okey bos.” Sudin menamatkan panggilan. Dia mengambil gambar Faris dan Sarah yang sedang ketawa. Dia sengaja mengambil beberapa keping shot yang sama supaya boleh dipilih oleh ketuanya. Dia tahu sangat bahawa orang yang mengupah mereka itu sangat cerewet jadi dia perlu buat kerja dengan baik.
“Sarah, I dah call kawan I and dia cakap ada satu apartmen yang kosong kat tempat dia. I rasa you mesti suka apartmen ni sebab tempat tu sesuai dengan you.” Faris memberitahu setelah dia mendapat panggilan daripada sahabatnya sebentar tadi. Dia juga sudah tidak memanggil Sarah dengan panggilan Cik lagi setelah Sarah tidak membenarkannya memanggilnya begitu.
“Wow, cepatnya. I baru cakap tadi and now you dah jumpa apartment yang sesuia dengan I. Not bad.” Sarah memuji Faris.
“Tak adalah, kawan I memang ramai yang buat bisnes ni so, mudahlah kalau I nak beli rumah or apartmen. Diorang boleh uruskan dengan cepat. So, you nak pergi tengok sekarang ke? I boleh bawakkan?”
“Sure, why not.”

“DIORANG buat apa kat apartmen ni? Kenapa pergi berdua je?” Tanya Hana kepada Sudin.
“Aku rasa yang perempuan ni nak beli apartmen la Cik Hana sebab aku tengok diorang jumpa seorang lelaki yang nampak macam pekerja yang urus apartmen tu.” Sudin memberitahu.
“Aku rasa kita boleh gunakan gambar ni Hana. Kita manipulasi Adawiyah dan cakap kat dia yang suami dia dah tidur dengan kekasih dia dari Pulau Pinang tu. Kita buat macam diorang masuk dalam apartmen tu berdua je. Macam mana?” Jerry memberi cadangan.
“Bagus, aku suka. Aku nak kau hantar gambar ni sekarang jugak kat betina sial tu.” Arah Hana kepada Sudin. Sudin mengangguk lalu memasukkan gambar itu ke dalam sampul surat dan beredar dari rumah Jerry.
“Kan aku dah cakap Hana, kau tak payah nak buat kerja gila sampai nak membunuh bagai. Tengok la. Sekarang ni, kita dah boleh kacau mereka.” Jerry duduk di sebelah Hana yang sedang menghisap rokok itu.
“Tapi aku tak puas hati jugak dengan kerja kau. Kenapa aku tak dapat satu pun gambar betina tu?”
“Sabarlah Hana. Orang aku cakap, doktor tu jarang keluar. Dia cuma pergi kerja dan balik rumah je. Kalau keluar pun dia keluar dengan Faris je. Tu yang susah sikit nak dapat gambar dia keluar dengan mana-mana lelaki. Lagipun, kerja dia bukan macam suami dia yang kena selalu keluar jumpa client tak kira lelaki ke perempuan. Doktor tu duk dalam pejabat dia pastu check orang je.”
“Alasan. Aku tak kira, aku nak kau perangkap ke apa ke asal betina tu nampak macam perempuan tak guna kat mata Faris.” Hana berkata sebelum meneguk air haram di hadapannya.

Thursday 25 September 2014

Bab 17



SEMENJAK Adawiyah mengandung, sudah bermacam-macam makanan yang dia telah mengidam untuk makan tetapi dia bernasib baik kerana dia tiada alahan mengandung. Yang malangnya, Faris pula yang terpaksa menanggung alahan itu. Apabila ditanya kepada uminya, Puan Mariam memberitahu bahawa sememangnya abahnya juga terpaksa menanggung alahan mengandung  semasa uminya mengandungkan abang-abangnya. Nasib baiklah semasa mengandungkan Adawiyah, uminya sendiri yang mengalami alahan mengandung.
Pagi ini sahaja sudah lima kali Faris berulang-alik ke tandas kerana ingin muntah. Semua makanan yang dimakannya pagi tadi habis dikeluarkan sehingga sudah tiada apa yang tinggal di dalam perutnya. Faris pula sudah lembik kerana keletihan dan kelaparan. Adawiyah pula terpaksa memohon cuti kerana ingin menjaga suaminya yang sakit itu. Mujur Farhan memahami dan membenarkan dia cuti walaupun dia baru sahaja bercuti.
Adawiyah mengurut kepala Faris dengan minyak cap kapak supaya dapat menghilangkan rasa mual yang dialami Faris. Kasihan dia melihat Faris yang lemah dan tidak berdaya itu. Muka Faris juga sudah berubah pucat. Disuruh makan ubat tidak mahu kerana takutkan ubat. Akhirnya Adawiyah yang terpaksa mengurut dan menjaga suaminya itu. Disebabkan keadaannya seperti itu, Faris mengambil kesempatan untuk bermanja dengan Adawiyah. Dia langsung tidak membenarkan Adawiyah meninggalkannya walaupun sesaat. Setiap kali dia ingin tidur, pasti dia akan menyuruh Adawiyah mengurut kepalanya terlebih dahulu.
“Abang, sayang rasa abang kena pergi klinik la. Kalau tak nak pergi klinik, abang makan ubat ya.” Adawiyah memujuk Faris yang sedang tidur di atas ribanya.
“Tak nak. Abang tak suka ubat. Pahit.” Faris merengek. Ditutup mukanya dengan tapak tangan tanda merajuk.
“Ya la. Tak payah makan ubat tapi abang kena makan sikit. Nanti kalau perut abang kosong, kena gastrik pula.” Adawiyah mengambil bubur yang berada di tepi katil untuk disuap kepada Faris. Faris menggeleng lalu menutup mulutnya.
“Tak nak. Kalau makan nanti muntah pula. Abang dah letih la nak muntah.”
“La… takkan dah letih kot. Kata nak anak setahun sorang. Kalau macam ni la kan abang, mengandung setahun seorang pun sayang sanggup. Yalah, sayang mengandung tapi abang yang kena alahan. Kan bagus tu macam sharing is caring kan. Sayang bawak baby, abang tanggung alahan tu.” Adawiyah mengusik Faris.
“Hah? Kalau macam ni tak jadi la setahun sorang. Kita rancang ya. Paling ramai pun lima orang dah la anak kita. Tak sanggup abang nak kena macam ni tiap-tiap tahun. Mati la abang.” Faris menggelengkan kepalanya. Tidak dapat dibayangkannya keletihan mengalami alahan ini. Sebelum ini, dia hanya melihat Tengku Maisara dan mamanya sahaja yang mengalami alahan seperti ini sedangkan papanya dan Tengku Afzarizal langsung tidak pernah mengalami perkara sebegini.
“Aik, macam tu pulak. Bukan abang ke yang cakap nak dua orang setahun la, sorang setahun la. Baru kena sikit macam ni dah mengalah.” Perli Adawiyah.
“Kira cancel la sayang. Bukan senang rupanya nak ada anak ni. Kalau nak anak setahun sekali, boleh mati abang nak tanggung alahan ni.” Faris sudah menggeleng. Adawiyah pula hanya ketawa mendengar kata-kata suaminya.
“Mengarut betul la abang ni. Orang lain yang anak sampai berbelas-belas tu hidup lagi, ni anak baru sorang pun dah cakap macam tu. Manja betul la Encik Faris kita ni.” Adawiyah menarik hidung suaminya. Faris sudah menyeringai kesakitan.
“Aduh sayang. Sakit… sakit… lepaslah. Abang gurau je. Tak… tak… tak mati la.” Adawiyah melepaskan tangannya. Faris menggosok hidungnya yang sudah merah itu.
“Kuat juga sepit ketam isteri abang ni ya. Tengok, dah macam clown  dah hidung abang ni.” Faris menunjuk ke arah hidungnya. Adawiyah hanya mencebik sahaja. Tahu benar yang suaminya hanya ingin bermanja.
Bilik mereka tiba-tiba diketuk dari luar. Faris memandang muka Adawiyah sambil memberi isyarat bertanya siapa yang mengetuk pintu bilik mereka. Adawiyah hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Adawiyah menolak lembut kepala suaminya yang berada di atas ribanya dan bangun untuk membuka pintu bilik mereka.
“Oh, Mai. Akak ingat siapa tadi.” Adawiyah tersenyum sebaik sahaja melihat adik iparnya itu.
“Hehehe… Mai mengganggu ke?” Tengku Maisara sudah menjulurkan kepalanya ke dalam bilik Adawiyah. Dilihatnya ada ‘mayat hidup’ sedang berbaring lemah di atas katil. Dia tersengih lebar melihat wajah abangnya yang sudah pucat itu.
“Eh, tak la. Nak masuk tengok abang Is ke? Masuk la. Tak payah la julur kepala macam tu.” Pelawa Adawiyah. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, Tengku Maisara menerima pelawaan kakak iparnya. Memang dia berniat untuk masuk ke dalam bilik mereka kerana dia ingin mengusik abangnya yang sudah dua hari bercuti gara-gara ‘terjangkit’ alahan mengandung ini.
Tengku Maisara mendekati abangnya yang sedang memejam matanya sambil mengurut-urut kepalanya. Sesekali dahi Tengku Faris berkerut menahan sakit kepala.
‘Kuat jugak alahan dia ni ya.’
“Abang, Mai datang ni bang. Mai bawakan nasi dengan sayur keladi, bangunlah bang.” Tengku Maisara mengusik abangnya sambil meniru gaya Bawang Putih ketika memanggil ikan kaloi di sungai. Adawiyah pula sudah ketawa.
Faris membuka matanya dan menjeling Tengku Maisara. “Ada apa mak buyung sorang ni datang sini? Ada hajat apa ye?” Dalam sakit-sakit, masih sempat lagi dia mengutuk adiknya seorang itu.
“Amboi, sesedap rasa ibarat maggi cukup rasa je ya abang Is panggil Mai mak buyung. Sedar la sikit, awak tu pun dah jadi pak buyung. Ada ke orang lain mengandung tapi dia yang lebih-lebih pulak muntahnya. Tu la, lembik sangat. Manja je lebih.” Giliran Tengku Maisara pula membalas kutukan abangnya.
“Mak buyung oiii… ni bukan manja atau lembik. Ini dipanggil sayangkan isteri. Sebab abang sayang kat Kak Adawiyah la abang sanggup tanggung alahan ni. Abang bagi dia rehat sebab dia kan bawa Faris Junior. Mesti la kena rehat. Takkan abang nak biar dia tanggung sorang-sorang.” Faris mempertahankan dirinya. Tengku Maisara mencebik manakala Adawiyah pula hanya menggeleng.
“Yalah tu, macamlah kita percaya sangat apa yang dia cakap tu. Ingat alahan ni boleh pilih ke siapa nak kena? Cakap je la abang pun terpaksa tanggung kan. Semalam bukan main kita dengar orang tu merungut cakap letih la, nak mati la.” Ajuk Tengku Maisara. Ingat lagi dia ketika mereka makan malam sekeluarga, Faris mengadu betapa seksanya dia rasa.
”Hish, budak ni. Kita cakap betul tak nak percaya. Abang ni tough tau tak… uwekkk…” Faris berlari masuk ke dalam tandas. Adawiyah mengekori suaminya untuk membantu suaminya. Ditepuknya belakang Faris perlahan supaya suaminya dapat muntah dengan mudah. Tengku Maisara pula sudah ketawa terbahak-bahak di luar.
“Hahahah… tu la, nak menipu sangat. Kan dah kena. Nak tunjuk tough la kononnya tapi akhirnya uwekkkk… hahaha… uwekkkk…” Tengku Maisara mengajuk abangnya. Langsung tiada simpati di hatinyanmelihat abangnya yang muntah itu sebaliknya hanya rasa lucu sahaja yang dirasainya.
“Apa yang Mai gelak kuat-kuat ni?” Tengku Fatimah bertanya. Kebetulan dia baru sahaja pulang daripada mesyuarat Badan Kebajikan yang ditubuhkannya dan ingin melihat keadaan Faris. Dia terdengar suara Tengku Maisara ketawa.
“Hahahaha… abang Is ni ma. Perasan tough tapi uwekk. Apa la. Lembik betul.” Tengku  Maisara mengesat matanya yang berair akibat terlampau kuat ketawa. Tidak tahan dia melihat abangnya yang sudah lembik dan dipapah oleh Adawiyah ke katil.
“Hish, apa ketawakan abang macam tu. Tak baik la. Awak tu mengandung, jagalah sikit perangai tu. Apalah budak ni.” Nasihat Tengku Fatimah.
“Tak adalah ma. Mai dulu pun kena alahan jugak tapi tak adalah teruk macam ni. Tak adalah Mai perasan tough walaupun hakikatnya tak tough mana pun. Hahaha..” Tengku Maisara masih lagi ketawa. Sakit perutnya mengenangkan abangnya itu.
“Mai, kalau rasa nak sakitkan hati abang baik Mai keluar. Abang tak larat nak gaduh dengan Mai. Kalau nak gaduh, kita gaduh bila abang dah sihat ok. So, pergaduhan tadi to be continued.” Faris bersuara lemah. Adawiyah hanya tersenyum. Sakit-sakit suaminya masih lagi tidak mahu mengaku kalah dan masih mahu bergaduh dengan adiknya itu.
“Hahaha.. tengok tu ma. Tak nak mengaku kalah. Nak continue bagai. Tak ada maknanya. Abang Is dah kalah la. Okeylah, Mai keluar dulu. Da…” Tengku Maisara melambai lalu memberi flying kiss kepada abangnya. Sengaja dia ingin menyakitkan hati abangnya itu.
“Hish, budak-budak ni. Anak nak ada satu pun perangai masih macam budak-budak. Tak faham la mama. Sorang nak jadi mak budak, sorang lagi nak jadi ayah budak tapi perangai masih sama je. Tak matang betul.” Bebel Tengku Fatimah sebelum beredar keluar dari bilik Tengku Faris dan Adawiyah.
“Sayang, mama marah la. Abang tak suka. Mai yang cari pasal dulu, bukan abang. Abang nak merajuk la. Nak mogok tak nak makan.” Faris mula mengadu kepada Adawiyah. Sengaja ingin meraih simpati isterinya.
“Ala… janganlah macam ni. Mai gurau je kan. Mama tu bukannya marah tapi dia nasihat je. Ala, abang ni tu pun nak merajuk. Janganlah merajuk nanti tak hensem.” Adawiyah memujuk Faris seperti memujuk budak kecil.
“Tak nak. Nak merajuk jugak. Tak suka tak suka.” Faris memuncungkan bibirnya.
“Okey, meh sini sayang nak pujuk. Ada satu cara ni, kalau sayang guna mesti abang hilang terus merajuk. Loya nak muntah tadi pun mesti hilang punya.” Adawiyah sudah tersengih.
Faris masih lagi muncung. Sengaja dia pura-pura merajuk. Padahal, dia sengaja ingin bermanja dengan isterinya. Adawiyah pula menarik suaminya supaya mendekatinya dan mencium mulut suaminya sekejap. Faris tercengang. Tidak sangka dia bahawa isterinya sudah seberani itu. Wajah Faris mula bertukar ceria. Dia tersenyum lalu memandang isterinya.
“Ummm… menjadilah sayang. Dah tak merajuk dah. Rasa nak muntah pun dah hilang. Lain kali kalau nak muntah, sayang buat macam ni lagi ya. Baru hilang loya-loya tu. Tapi kan kalau lama sikit lagi tadi, mesti pening-pening pun hilang jugak.” Faris sudah tersengih nakal. Adawiyah pula menjeling manja.

            “EH Jerry kau buat kerja apa ni hah? Bodoh betul la kau ni. Kau kata yang diorang tu bergaduh. Ni apa semua ni? Aku tengok betina sial tu masih hidup gembira dengan Faris. Kau ni kan memang tak guna la.” Hana mengamuk. Habis barang di dalam rumah Jerry dibalingnya. Jerry pula hanya mengelak daripada menjadi sasaran balingan Hana.
“Relaks la Hana. Jangan gelabah boleh tak?” Jerry masih lagi berlagak tenang walhal dia sendiri sudah cuak melihat Hana yang sedang mengamuk itu.”
“Relaks kau cakap? Hei jantan, aku bayar kau mahal-mahal bukan nak suruh kau relaks tau tak. Aku bayar kau supaya kau hancurkan rumah tangga diorang tu, faham? Sekarang ni, diorang tengah bahagia, senang lenang nak dapat anak. Tu kau kata relaks?, senang lenang nak dapat anak. Tu kau kata relaks?” jerkah Hana. Marah betul dia apabila melihat Faris dan Adawiyah yang keluar daripada hospital dengan gembira.

HANA baru sahaja keluar daripada hospital setelah melawat sahabatnya yang kemalangan. Kebetulan dia terserempak dengan Faris dan Adawiyah yang juga baru sahaja keluar dari hospital itu. Faris dan Adawiyah pula langsung tidak perasan akan kehadirannya. Mereka sedang asyik ketawa sahaja. Hana sengaja berjalan di hadapan mereka supaya mereka menyedari kehadirannya.
“Eh, Is tak sangka jumpa you kat sini. What a coincidence or perhaps a fate.” Hana berlagak manja di hadapan Faris. dia sengaja mencelah di antara Faris dan Adawiyah. Dia menolak Adawiyah ke tepi dan memeluk tangan Faris.
“I miss you Is. Kenapa dah lama you tak jumpa I?” Hana melentokkan kepalanya di atas bahu Faris. Dia tersenyum sinis melihat wajah Adawiyah yang sudah berubah melihat perlakuannya. Fikirnya dia telah menang dan berjaya menyakitkan hati Adawiyah tetapi ternyata dia salah apabila Faris menarik tangannya dengan kasar dan memarahinya.
“Apa ni Hana? Boleh tak you behave? You tak reti ke yang I ni dah jadi suami Adawiyah. What’s wrong with you.”
“Is, kenapa ni? Kenapa you nak marah I? Apa salah I?” Tanya Hana.
Adawiyah hanya memerhati pergaduhan mereka berdua. Dalam hatinya dia ingin menyumpah Hana yang tidak reti bahasa itu namun ditahannya memandangkan dia sedang mengandung. Sangkanya setelah kejadian yang memalukan Hana semasa majlis resepsi perkahwinannya, dia sudah berhenti untuk mengejar Faris tetapi ternyata wanita itu tidak kenal erti putus asa.
“Boleh tak kalau you jangan peluk I macam ni lagi. I hate it. I tak suka. I dah ada isteri and I love her so much. You tak faham ke? I cintakan isteri I. I never love you and I will never love you so I harap you boleh move on. Jangan ganggu hidup I and jangan seksa hidup you. ”
‘Amboi, marah betul suami aku ni sampai translate apa yang dia cakap. Kalau minah sengal ni tak faham lagi tak tahu la. Tapi kan, tak malu ke diorang buat drama swasta kat sini. Hari tu dah buat masa majlis kahwin aku, ni kat tempat kerja aku pulak.’ Adawiyah memebel seorang diri.
“But I love you and I will make sure you will be mine baby.” Hana membuat muka sedih.
‘Ala, baby la pulak. Cik Hana oiii, lelaki yang awak panggil baby tu dah nak jadi bapak baby dah. Tak sesuai yang amat la kalau nak dipanggil baby nya.’ Bisik Adawiyah dalam hati namun matanya masih lagi menyaksikan drama swasta terbitan Hana Sdn Bhd itu.
“Stop it Hana. I hate when you say that. I know you tahu yang benda tu takkan terjadi. Look, I dengan isteri I dah bahagia and we are expecting our baby so I hope you jangan kacau kami lagi. I harap you bahagia and find your truly loved one.” Usai Faris berkata-kata, dia menarik Adawiyah dan beredar dari situ. Hana ditinggalkannya terpinga-pinga.
“What? Aku takkan biarkan korang bahagia. Aku takkan lepaskan kau Faris. kalau aku tak dapat kau, aku akan pastikan tak ada siapa yang akan dapatkan kau.” Hana bermonolog sendiri.

“KAU dengar sini Jeffry, aku tak kira macam mana pun caranya aku nak kau pisahkan diorang. Kalau perlu bunuh Adawiyah tu, kau bunuh je betina sial tu. Aku benci dia. Aku tak nak tengok dia bahagia dengan Faris aku.” Hana sudah mula mengarah.
“Hana, kau dah gila ke? Takkan sampai nak bunuh kot. Kau nak masuk dalam ke? Nak mampus?” Giliran Jerry pula menaikkan suaranya. Geram betul dia dengan perangai Hana yang suka mengarah dan kemudian mengamuk tak tentu pasal  kepadanya.
“Aku tak peduli. Kalau kena masuk lokap pun aku rela daripada tengok betina sial tu bahagia. Dia sedap-sedap gembira dengan Faris tapi aku pulak merana kat sini. Dah bertahun aku ikut Faris tapi dia tak layan aku. Rupa-rupanya sebab betina sial tu. Aku akan pastikan yang aku akan hancurkan dia.” Hana mengepal penumbuk menahan marah.
“Masalahnya, bukan kau sorang je yang masuk dalam la bodoh. Aku pun masuk jugak sebab aku yang buat kerja kotor kau ni. Kau ingat berbaloi ke?” Jerry masih lagi tidak bersetuju.
“Dah tu, kau nak aku buat apa? Tengok je diorang bahagia? Apa kau ingat aku ni tunggul ke tak ada perasaan?”

“Relaks la Hana. Aku ada rancangan baik punya. Apa kata kali ni kita hantar gambar doktor tu pulak kat Faris. kita tengok Faris boleh tahan ke kalau isteri dia main kayu tiga. Kau percaya la cakap aku. Kalau kita asyik cucuk jarum, lama-lama diorang akan bergaduh jugak. Diorang takkan bahagia punya. Kau jangan gelabah sangat la.” Jerry sudah mula merancang pelan jahatnya dengan Hana. Hana bersetuju dengan cadangan Jerry. Inilah masanya untuk dia melakukan sesuatu untuk meruntuhkan rumah tangga mereka tetapi dia tidak mahu dipersalahkan jadi dia akan lakukan secara halus. Akhirnya, Hana dan Jerry sama-sama ketawa dengan terbahak-bahak.

Monday 22 September 2014

Bab 16



“UMI nak masak apa hari ni?” Adawiyah menegur uminya yang sedang menyiang ikan keli. Tok man nya pula sedang sibuk memotong bawang.
“Ni hah, abah kamu beli ikan keli tadi, jadi umi ingat nak masak ikan keli masak merah la. Dah lama tak makan. Kenapa?” Puan Mariam masih sibuk menyiang ikan tanpa memandang Adawiyah yang sedang bertenggek di sebelahnya.
“Sedapnya umi. Terliur la adik macam ni. Dah lama adik nak makan ikan keli ni. Kat KL tak boleh makan sebab keluarga abang tak makan ikan keli ni. Diorang geli” Adu Adawiyah.
“Kalu nok make gak, mari la tulung tok ma ni. Tulung tumis bawe dulu biar cepat siap. Nanti tok laki mung ngan abah mung nok make. Pukul berapo doh ni. (Kalau nak makan, mari la tolong tok ma ni. Tolong tumis bawang dulu biar cepat siap. Nanti suami kau dan abah kau nak makan. Pukul berapa dah ni.)” tok ma sudah menyerahkan bawang yang sudah dikisarnya kepada Adawiyah untuk ditumis.
“Memang masuk dapur nak tolong la. Kesian umi dengan tok ma buat kerja. Biar adik tolong ya. Hari ni chef Adawiyah yang masak makanan untuk tengah hari ni. Nak test skill la. Dah lama tak asah ni.” Adawiyah sudah menyising lengan bajunya.
“Dah lama tak test skill? Adik tak pernah masak ke untuk Faris?” Puan Mariam memandang anaknya. Tangan anaknya berhenti menyiang ikan yang ada di dalam sinki.
Adawiyah tersengih. Tertangkap sudah. Tu la, siapa suruh mulut tu becok sangat mengaku yang tak pernah masak untuk suami.
“Bukan tak nak masak umi tapi sebab adik kan kerja. Lagipun, rumah tu dah ada pembantu. Jadi, adik tak masak la. Lagipun, mama tak bagi adik buat kerja-kerja macam ni. Dia kata biar pembantu je yang buat.” Adawiyah menunduk. Habislah dia. Confirm kena basuh dengan tok ma dan uminya.
“Hish, budok-budok zame loni meme la. Mung tahu dok Adawiyah weh. Ore tino ni ngaji setinggi mano pun keno masuk dapur jugok. Tok pehe la aku. Patut la ghama budok-budok loni nikoh tok lamo. Cera-bera. (Hish, budak-budak zaman sekarang ni memang la. Kau tahu tak Adawiyah oii. Orang perempuan ni belajar setinggi mana pun kena masuk dapur juga. Tak faham aku. Patut la ramai budak-budak sekarang kahwin tak lama. Bercerai-berai.)” Tok ma sudha pun membuka kitab ceramahnya yang memang Adawiyah tahu takkan habis sehinggalah petang Nanti. Adawiyah sudah mula membuat muka.
“Tengok tu. Tok ma nasihat bukannya nak dengar. Adik, apa yang tok ma cakap tu betul. Sepatutnya adik kena memasak untuk Faris. Memang la rumah Faris tu ada pembantu tapi, sebagai isteri adik kena la siapkan makanan untuk dia setiap hari. Air tangan isteri tu kan pengikat kasih antara suami isteri. Kalau adik sibuk sangat sekalipun paling tidak, adik siapkan air untuk dia minum sebelum pergi kerja.” Nasihat Puan Mariam panjang lebar.
“Adik faham umi. Ya, adik mengaku yang adik ni memang tak jalankan tanggungjawab adik sebagai seorang isteri dengan betul. Adik tahu adik salah. Mulai hari ini, adik janji yang adik akan siapkan makanan suami adik ya.” Adawiyah insaf.
Dia mengaku, sebagai seorang isteri dia tidak melakukan tanggungjawabnya dengan sempurna. Faris sekalipun tidak pernah merungut dan menerimanya seadanya. Sepatutnya dia sedar semua tu. Memang benar dia seorang yang bekerjaya tetapi diakuinya tanggungjawab sebagai seorang isteri merupakan keutamaannya berbanding tanggungjawab sebagai seorang doktor namun tanggungjawab sebagai doktor menuntutnya untuk lebih memberi perhatian kepada kerjanya berbanding suaminya. Sepatutnya dia bersyukur kerana Faris seorang suami yang baik tetapi dia boleh pula mencurigai suaminya.
“Adik, umi dan tok ma bukan nak marah adik tapi kami nak adik sedar tanggungjawab adik. Kalau suami tak kata apa-apa, bukan bermakna kita boleh buat tak tahu je. Ingat, syurga isteri terletak di bawah tapak kaki suami. Dah la adik balik sini sebab merajuk dengan dia, tapi dia tak marah pun. Dia siap datang nak pujuk adik. Umi tak nak tau adik buat macam ni lagi. Cukuplah sekali ni je. Lain kali, jadikan ini sebagai pengajaran. Jangan asyik nak lari dari masalah. Adik fikir dan nampak salah Faris je, salah adik yang tak jalankan tanggungjawab adik yang satu tu, adik tak nampak.” Adawiyah mengangguk tanda memahami nasihat uminya.
“Doh la tu Yam wei. Dia pehe doh tu. Sambung la sie ike tu. Hari ni kito suruh dio masok. Biar dio masok ko tok laki dio. (Dah la tu Yam oii. Dia faham dah tu. Sambung la siang ikan tu. Hari ni kita suruh dia masak. Biar dia masak untuk suami dia.)” Tok ma menyebelahi Adawiyah. Adawiyah pula hanya mengangguk-angguk tanda setuju.
Puan Mariam mengeluh dan kembali menyambung menyiang ikan. Walaubagaimanapun, dia masih tidak berhenti menasihati Adawiyah.
“Yalah mak. Dah, pergilah masak. Kejap lagi abah dan Faris balik. Biasanya waktu macam ni dah nak habis dah khutbah Jumaat.”
“Okey bos.” Adawiyah tersenyum sambil menabik kepada uminya. Dia nekad mulai hari ini dia akan menjadi seorang isteri yang bertanggungjawab seperti uminya. Dia juga tidak akan sekali-kali meragui kejujuran suaminya lagi. Itu tekadnya.

“WAH… Sedapnya bau lauk hari ni. Siapa yang masak ni?” Encik Sulaiman mencium bau makanan yang dihidangkan di atas meja. Ikan keli masak merah, singgang ikan, kangkung goreng belacan, ulam raja, kerabu betik dan budu berjaya menaikkan selera Encik Sulaiman.
“Anak bongsu abang la. Dia masak special untuk abah dan suami dia. Duduklah.” Puan Mariam menarik kerusi untuk suaminya manakala Adawiyah menarik kerusi untuk suaminya.
“Thanks sayang.” Faris tersenyum kepada isterinya.
Pertama kali dia dapat merasakan air tangan isterinya tidak sabar pula dia ingin menjamah hidangan yang ada di hadapan. Matanya tertancap pada satu  hidangan yang berada betul-betul di hadapannya. Direnung lauk itu dengan pelik.
‘Makanan apa macam ni? Pelik je aku tengok ikan ni. Ikan apa ni? Tak pernah aku tengok pun’ Faris mengerutkan dahinya. Dilihat uminya suidah menyedok makanan itu ke dalam pinggan abah. Adawiyah pula baru sahaja selesai menyendukkan nasi ke dalam pinggannya.
“Abang nak lauk apa? Try lauk ni ya.” Adawiyah mencedok lauk yang dilihat Faris tadi. Faris membulatkan matanya dan menggelengkan kepalanya kepada Adawiyah. Adawiyah pula tidak memahami maksud suaminya. Adawiyah turut menggelengkan kepalanya meminta penjelasan. Faris pula masih menggelengkan kepalanya. Adawiyah mengerutkan dahinya kerana tidak memahami maksud suaminya.
“Ni gapo pulok budok duo ore ni dok main geleng-geleng ni. Pening aku kelih. Make-make la Parih weh. Adawiyah bubuh la lauk ko tok laki tu. (Ni apa pulak budak dua orang ni dok main geleng-geleng ni. Pening aku tengok. Makan-makan la Faris oii. Adawiyah bagi lauk kat suami tu.)” Adawiyah mengangguk. Diturutnya arahan suaminya.
Lauk yang menakutkan Faris itu akhirnya selamat juga berada di dalam pinggangnya. Setelah membaca doa, semua orang mula makan. Faris pula hanya menguis-nguis nasinya. Dia memerhati keluarga isterinya yang begitu selera makan lauk pelik yang dilihatnya. Isterinya sendiri juga asyik menambah ikan pelik itu ke dalam pinggannya. Faris hanya mampu memandang kerana dia tidak berani untuk makan ikan itu. Sepanjang hayatnya, itulah kali pertama dia nampak ikan yang pelik seperti itu. Dia rasa geli untuk mencuba makanan itu.
‘Laju betul isteri aku makan. Sedap sangat ke? Hish, geli aku nak makan.’
“Parih, bakpo tok make nyo? Lauk tok sedak ko tok make lauk kampung? Make lauk ore putih jah ko? (Faris, kenapa tak makan? Lauk tak sedap ke tak makan lauk kampung? Makan lauk orang putih je ke?)” Berderet-deret soalan tok ma kepada Faris. Malangnya, sepatah pun apa yang ditanya tok ma itu tida difahami Faris.
“Hah? Apa tok ma?” Adawiyah pula sudah ketawa melihat suaminya yang kebingungan. Kesian pula melihat suaminya yang serba salah itu. Lupa pula dia yang suaminya tidak pernah makan ikan keli. Patutlah suaminya menggelengkan kepala kepadanya semasa dia meletakkan lauk ikan keli itu ke dalam pinggan suaminya.
“Payoh weh kecek denge budok Kolo Lupo ni. Tok pehe sokmo. Oyak gak ko dio Man. Ore putih panggil gapo tuh? Tra lik? Alik? Hish, tok reti aku. (Susah la cakap dengan budak Kuala Lumpur ni. Asyik tak faham. Beritahu la kat dia Man. Orang putih panggil apa tu? Tra lik? Alik? Hish, tak reti aku.)” Tok ma menggaru kepalanya.
“Translate tok ma.” Adawiyah membetulkan kata-kata tok ma nya sambil ketawa terkekek-kekek.
“Ya la mak. Tok ma tanya, kenapa tak makan? Lauk tak sedap ke?” Encik Sulaiman menerangkan kepada menantunya.
“Eh, tak adalah. Sedaplah abah. Siapa kata tak sedap pula.” Faris menjawab.
Dia menggaul nasinya. Dicubitnya sedikit ikan keli itu. Dipandang Adawiyah meminta simpati isterinya. Adawiyah pula hanya tersenyum sahaja. Sengaja dia ingin mengenakan suaminya.
‘Biar dia belajar makan ikan keli. Lain kali tak adalah asyik geli dengan ikan ni.’  Detik Adawiyah dalam hati.
“Makanlah Is. Apa tengok-tengok isteri tu? Nak suruh isteri suap ke?” Puan Mariam pula bertanya.
Faris menggeleng laju. Disuapnya juga ikan itu ke dalam mulutnya. Dipejamnya mata rapat-rapat kerana takut akan termuntah apabila mengunyah ikan itu. Perlahan-lahan Faris mengunyah ikan keli tetapi ketika dia mengunyah ikan itu, dia terasa seperti makan ayam sahaja dan bukan ikan keli. Dia berbisik ke telinga Adawiyah.
“Sayang,  ikan apa ni? Kenapa rasa macam ayam?”
Adawiyah turut berbisik kepada suaminya supaya tidak memalukan suaminya di hadapan keluarganya. Nasib baik abang-abangnya tidak pulang ke kampung pada waktu itu, kalau tidak pasti suaminya sudah diusik oleh abang-abangnya kerana tidak mengenali ikan keli.
“Ikan keli la abang. Memang ikan ni rasa macam ni. Sedap kan?”
Faris mengangguk. Nasi yang hanya dikuis tadi habis licin dimakannya. Dia makan sehingga tiga pinggan. Belum pernah dia makan ikan keli tetapi tidak disangka ikan keli yang dikatakan tidak sedap dan rasa seperti longkang oleh keluarganya sebenarnya sangat sedap. Faris langsung tidak menyentuh lauk lain. Dia hanya makan nasi bersama ikan keli masak merah sahaja. Adawiyah hanya tersenyum setiap kali suaminya memintanya untuk menambah nasi. Siapa sangka Faris yang berlidah Inggeris itu boleh makan makanan kampung.

Friday 19 September 2014

Bab 15



“JERRY, macam mana dengan rancangan kita tu? Berjaya tak?” Sarah bertanya kepada lelaki upahannya. Suasana di kelab malam yang agak bising menyebabkan dia terpaksa menjerit sedikit supaya Jerry mendengar.
“Beres Hana, kau jangan bimbang la. Ni Jerry okey. Takkan kau tak kenal aku lagi.” Jerry sudah ketawa. Kepalanya sudah terhenjut-henjut mengikut alunan muzik yang bising itu.
“Bagus, sekarang aku nak tahu apa dah jadi dengan diaorang. Aku nak kau pastikan yang diaorang betul-betul berpisah. Aku nak sampai bercerai, kau faham tak?” Hana mengarah. Air setan di tangannya diteguk perlahan. Dendamnya pada Adawiyah masih membakar dirinya. Dia ingat lagi bagaimana dia dimalukan di majlis perkahwinan mereka. Faris yang dikejarnya selama ini sudah dirampas oleh Adawiyah. Faris langsung tidak melihat betapa dia mencintainya. Dia sudah mengikut Faris dari zaman mereka masih belajar namun dia tetap memilih Adawiyah yang baginya sangat kolot itu. Baginya Faris tetap miliknya. Dia akan lakukan apa sahaja untuk memastikan Faris menjadi miliknya.
“Relax bos. Sekarang ni aku dah tanya orang aku dan dia cakap Faris nampak serabut sekarang kat tempat kerja dia tu. Bini dia dah lari balik kampung la. Kau jangan risau Hana.” Hana ketawa mendengar jawapan Jerry.
“Tu yang aku nak tapi tu baru sikit Jerry. Bila-bila masa diaorang boleh berbaik. Aku nak kau suruh orang kau ikut diaorang dan make sure kau update aku.”
“Yes bos tapi kau dah lupa ke upah aku? Mana upah aku yang kau janji nak bagi tu?” Jerry sudah tersengih seperti kerang busuk. Hana megeluarkan sekeping sampul surat dari dalam begnya dan melempar ke atas meja di hadapan Jerry.
“Nah, ini lima ribu tapi kau akan dapat lebih lagi tapi ingat kau jangan beritahu sesiapa pasal ni. Kalau tak, siap kau.” Hana mengugut Jerry.
“Kau jangan risaulah Hana. Selagi kau bagi aku apa yang aku patut dapat, aku akan zip mulut aku ni. Bukannya kau tak kenal aku. Dah lama aku buat kerja ni.” Jerry menunjuk gaya zip di mulutnya. Hana tersenyum puas.
“Satu lagi aku nak tanya, siapa betina yang kau ada dalam gambar dengan Faris tu?”
“Oh, aku dah siasat pasal tu. Betina tu client dia je. Masa dia nak jatuh tu, aku terus tangkap gambar diaorang. Kau jangan risau, diaorang dah tak jumpa dah. Daripada kau risaukan orang yang tak penting tu, apa kata kita balik rumah aku untuk  meraikan kejayaan kita ni.” Tangan Jerry sudah bermain-main dengan dada Hana yang terdedah. Sebelah lagi sudah mengusap betis Hana yang gebu itu.
Hana membiarkan sahaja tindakan Jerry itu. “Malas aku. Kau ni asyik nak tu aje. Tak ada benda lain ke dalam kepala hotak kau tu? Aku letih la.”
“Ala Hana, jomlah. Aku tak puas lagi la semalam. Kau tidur rumah aku je la malam ni. Semalam kau balik awal sangat. Tak sempat kita nak second round. Malam ni kau relax je, aku yang akan buat semua. Jomlah.” Jerry masih lagi memujuk Hana.
Dia sudah mula mencium leher Hana yang panjang itu. Nafsunya melonjak dengan tiba-tiba melihat Hana yang hanya memakai tube yang menampakkan lurahnya dan mini skirt yang betul-betul singkat. Dari tadi dia memerhati Hana yang sedang menari dengan beberapa orang lelaki sebelum Hana datang bercakap dengannya. Baginya, Hana ini memang murah namun dia suka kerana dia boleh menggunakan wanita ini sepuas hatinya. Buktinya, semasa Hana sedang menari tadi, beberapa orang lelaki asyik merabanya tetapi dia membiarkan sahaja dan masih menari.
“Ala, aku period la hari ni.” Hana memberi alasan.
“Apa yang peliknya Hana. Bukan kita tak pernah buat masa kau period. Lagipun, aku lagi suka kalau kau period. Lagi syok. Jomlah. Malam ni aku akan buat kau rasa macam ada dalam syurga je.” Jerry masih tidak berputus asa. Dia menarik Hana keluar dari kelab itu.
Hana hanya tersenyum dan mengikut Jerry masuk ke dalam keretanya. Dia tidak kisah kalau Jerry ingin menidurinya sekalipun kerana Jerry bukanlah lelaki pertama yang pernah ditidurinya. Semasa belajar di luar negara dahulu, sudah berpuluh lelaki ditidurinya sehingga dia sendiri tidak ingat berapa orang lelaki yang pernah bersamanya. Sebut sahaja bangsa apa, semuanya dia pernah rasa. Baginya, tidak penting kepada siapa dia serahkan badannya, yang penting hatinya tetap milik Faris. Hana tersenyum gembira. Malam ini dia betul-betul akan meraikan kejayaannya.

“ABANG Is, jangan lupa kirim salam kat Kak Adawiyah dengan keluarga dia tu. Jangan lupa bawa balik budu sekali. Baby Mai ni dah suka makan budu tu sejak tok ma kak Adawiyah bagi Mai makan budu. Best giler.” Tengku Maisara sudah berpesan.
“Ya la mak buyung oiii. Dah la sebut pasal budu tu. Masuk kali ni dah sepuluh kali dah Mai ingatkan abang. Letih dah abang nak dengar. Kalau wish good luck kat abang supaya berjaya kak Adawiyah tu bagus jugak.” Bebel Faris.
Tengku Maisara tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. “Hahaha… sorry abang. Okey, good luck. Jangan lupa bawa balik kakak ipar Mai ya tapi budu pun jangan lupa jugak.” Tengku Maisara masih mengusik abangnya.
“Hish, budak ni kan. Abang karate kan sini baru tahu.” Faris sudah menyekeh kepala adiknya.
“Abang ni kan, tak baik la ketuk kepala adik sendiri. Lain kali, kalau abang gaduh dengan kak Adawiyah, Mai tak nak tolong dah.” Tengku Maisara sudah merajuk.
“Ye la. Abang minta maaf intan payung. Tak payah nak merajuk la. Buruk abang tengok.” Giliran Faris pula mengusik adiknya.
“Bie… tengok abang ni, dia kacau I.” Tengku Maisara mengadu kepada suaminya yang berada di sisinya.
“Ala, abang Is gurau je tu. Janganlah merajuk.” Tengku Afzarizal sudah memujuk isterinya. Faris mencebik melihat Tengku Maisara yang sudah tersenyum apabila dipujuk suaminya.
“Hish, dah mula la drama merajuk budak ni. Geli abang menengoknya.” Faris sudah buat gaya geli gelemannya.
“Eeeee…. Geramnya. Pergilah masuk tu, malas dah teman abang kat sini. Bie, jom balik. Dah la, tak payah kita teman mamat poyo ni kat sini. Kita tinggal dia kat KLIA ni sorang-sorang. Menyesal datang hantar abang.” Tengku Maisara menjeling kepada abangnya. Ditarik tangan suaminya supaya meninggalkan KLIA itu. Faris hanya menjelir kepada adiknya. Dia tahu adiknya bukanlah benar-benar merajuk dengannya. Faris pula sudah berdebar-debar untuk berjumpa isterinya. Dia berdoa semoga isterinya akan memaafkannya dah berhenti merajuk kerana dia tidak boleh duduk senang memikirkan isterinya.

“BIE, kereta Datin Ruby kan. Buat apa dia datang rumah kita ya?” Tengku Maisara bertanya kepada suaminya semasa mereka memarkirkan kereta di garaj. Tengku Afzarizal memandang nombor plat kereta itu dan mengangguk. Memang dia hafal nombor plat kereta Datin Ruby kerana Datin Ruby merupakan kawan rapat mummynya.
“Jom  kita masuk.” Tengku Maisara menarik tangan suaminya setelah mereka mengunci kereta.
Apabila masuk sahaja ke dalam rumah, mereka melihat Datin Ruby dan anaknya, Hana sedang berbual mesra dengan Tengku Fatimah. Sesekali kedengaran mereka ketawa. Tengku Maisara memandang ke arah Hana yang duduk di sebelah Datin Ruby. Seperti biasa, Hana masih dengan pakaian zaman paleolitiknya itu.
‘Hish, nak kata miskin, kaya- raya minah ni. Takkan la nak beli baju yang tertutup sikit pun tak boleh. Baju asyik tak cukup kain je. Tersesat zaman ke ape minah ni. Ni bukan zaman paleolitik la. Ni zam moden dah, kain pun dah cukup. Buat mata aku berbulu je.’ Bebel Tengku Maisara dalam hati.
“Bie, watch your eyes.” Tengku Maisara memberi amaran kepada suaminya. Tengku Afzarizal hanya tersenyum. Faham benar dia dengan maksud isterinya. Dia sendiri pun tidak mahu melihat tubuh Hana. Buat tambah dosa je.
“Mai, Zal dah balik. Jom duduk dulu. Minum sekali dengan kami.” Tengku Fatimah yang perasan akan kepulangan anak menantunya memanggil.
“Oh, tak apa la mama. Rizal nak pergi main golf kejap lagi dengan client dia ni. Mai nak kena tolong dia bebrsiap.” Tengku Maisara berhelah. Tengku Afzarizal hanya menggeleng melihat perangai isterinya.
“You pergilah sayang. Tak baik kita tak layan tetamu. Biar I naik sorang je. Lagipun, I pun tak nak tengok Hana yang boleh buat dosa I bertingkat-tingkat naik tu.” Tengku Afzarizal memujuk isterinya. Tengku Maisara mengangguk. Dalam malas, dia terpaksa melangkah kerana  tidak mahu menderhakai kata suami.
“Hai Mai. You dari mana ni? Auntie kata you keluar dengan Is ya.” Hana bertanya apabila Tengku Maisara melabuhkan punggungnya di atas sofa.
“Ya, I teman abang Is pergi KLIA. Kenapa?” Tengku Maisara menjawab malas. Bosan betul dia apabila terpaksa berdepan dengan wanita ini. Sesak nafasnya.
“Ooo… dia kena outstation ya. Kenapa you yang temankan? Wife dia mana? Tak reti nak teman suami ke?” Hana tersenyum sinis.
Tengku Maisara mula panas apabila mendengar kata-kata sinis Hana. Pantang betul dia kalau orang mengata kakak ipar kesayangannya.
‘Kalau bukan  sebab aku mengandung, dah lama aku terajang minah sengal ni.’ Tengku Maisara berbixara sendiri.
“Hana, tak baik cakap macam tu.” Datin Ruby menegur anaknya. Sebenarnya dia tidak kisah kalau anaknya ingin mengutuk Adawiyah sekalipun kerana dia juga membenci Adawiyah yang telah menyebabkan anaknya itu patah hati tetapi disebabkan Tengku Fatimah berada bersama mereka, dia perlu berpura-pura menegur anaknya.
“Sorry, I tak bermaksud apa-apa. Just asking.” Hana masih lagi tersenyum.
“Tak apa, kami faham. Adawiyah balik kampung dia. Katanya nak jumpa nenek dia sebab nenek dia rindukan dia.” Tengku Fatimah menjawab. Sememangnya dia tidak berkenan dengan kata-kata Hana tapi dia tidak mahu berlaku pergaduhan antaranya dengan Datin Ruby. Jadi, dia cuba bersabar. Lagipun, dia tahu kalau tidak pasti Tengku Maisara akan mengamuk kepada Hana.
“Oh, kenapa balik sorang? Ada apa-apa jadi ke?” Hana masih lagi bertanya.
Tengku Maisara sudah tidak boleh menahan kemarahannya. “Tak adalah, bukan dia balik sorang. You salah faham la Hana. Kakak ipar kesayangan I tu merangkap isteri abang I, Tengku Faris Hilman tu balik awal sehari sebab abang Is ada meeting penting semalam. Abang Is bukan pergi outstation tapi dia pergi balik kampung Kak Adawiyah la. Ya la, dia mana boleh tinggalkan isteri kesayangan dia tu, nanti tak boleh tidur. You tahulah abang Is kan cinta sangat-sangat kat Kak Adawiyah.” Tengku Maisara menjawab. Sengaja dia menekankan perkataan isteri itu supaya Hana faham.
Berubah wajah Hana mendengar kata-kata Tengku Maisara namun dia segera memaniskan mukanya, dia tidak mahu sesiapa mengesyaki yang bukan-bukan kepada dirinya.
“I see. I ingat Adawiyah merajuk dengan Faris and lari balik kampung. Maklumlah perempuan kolot macam dia tu biasanya kalau merajuk lari balik kampung macam drama-drama Melayu typical tu.” Hana sengaja menekankan perkataan kolot pula. Biar Tengku Maisara sakit hati dengannya. Dia sebenarnya bukan suka snagat dengan Tengku Maisara tetapi disebabkan Tengku Maisara merupakan adik lelaki yang dicintainya, terpaksalah dia berpura-pura baik di hadapan Tengku Maisara.
‘Dia panggil kakak ipar aku kolot? Wah, dah lebih dah minah ni. Memang nak kena penumbuk sulung aku macam ni.’ Tengku Maisara sudah panas hati.
“Eh, mana ada. Diorang bahagia sangat-sangat. You ni merepek la.” Tengku Maisara cuba mengawal suaranya supaya tidak kendengaran seperti hendak marah. Kemudian, dia tenampak kesan merah di leher Hana. Dia tersenyum. Dia sudah jumpa peluang untuk mengenakan perempuan itu.
“Eh, Hana. Kenapa leher you merah tu? Kena gigit nyamuk ya? Besar betul ya nyamuk kat rumah you tu.” Tengku Maisara tersenyum sinis.
Hana yang terkejut meraba-raba lehernya. Rasanya dia sudah menutup kesan love bite itu. Tengku Fatimah turut melihat ke arah leher Hana apabila mendengar kata-kata anaknya. Dia menggelengkan kepalanya. Bukan dia tidak kenal dengan kesan merah seperti itu. Wajah Datin Ruby pula sudah merah. Geram betul dia dengan anak tunggalnya itu. Dia tidak kisah jika Hana mahu tidur dengan mana-mana lelaki tetapi jangan sampai memalukan dirinya.
Hana pula sudah menyumpah Jerry di dalam hati. Padahal dia sudah mengingatkan Jerry supaya jangan meninggalkan kesan di tempat yang boleh dilihat tetapi lelaki itu masih tidak mendengar kata-katanya.
“Oh, ni memang kesan nyamuk pun. I baru balik camping hari tu, mungkin ni kena gigit hari tu la.” Hana cuba menegakkan benang yang basah.
“Rajin pula you pergi camping ya. Setahu I you ni paling pantang pergi tempat-tempat macam tu.” Tengku Maisara masih menyindir Hana.
“Oh… er… kawan ajak so, I nak try la.” Hana cuba untuk tersenyum namun senyuman itu jelas nampak kekok. Tengku Maisara bersorak dalam hati kerana berjaya memalukan Hana di hadapan mummynya sendiri.

“ASSALAMUALAIKUM umi, abah. Apa khabar?” Faris yang baru sahaja tiba dari Lapangan Terbang Sultan Ismail dengan menaiki teksi menyalami ibu dan bapa mertuanya.
“Alhamdulillah, sihat. Kenapa tak telefon kata dah sampai? Boleh abah pergi ambil.” Encik Sulaiman bertanya.
“Tak apalah, abah. Tak nak susahkan abah dengan umi. Lagipun, teksi banyak.” Faris menjawab. Matanya melilau mencari isterinya di sekitar rumah itu.
“Ish, apa susahnya. Dekat je pun. Kalau pergi dengan kereta sepuluh minit dah sampai.” Puan Mariam mencelah. Dia perasan menantunya itu asyik memandang ke sekeliling rumahnya.
‘Cari isteri dialah tu.’ Puan Mariam tersenyum sendiri.
“Yalah Is. Lagipun, abah tak kisah la.” Encik Sulaiman menambah.
“Yalah abah. Lain kali kalau Is balik sini, Is telefon  abah ya suruh ambil Is kat airport.” Faris menjawab namun seperti tadi, matanya masih melilau di sekeliling rumah.
“Kamu cari siapa tu Faris?” Tanya Puan Mariam. Kesian pula dia melihat menantunya yang sudah seperti kucing hilang anak itu.
“Tok Ma mana umi? Tak nampak dari tadi pun.” Faris berbohong. Tidak mahu kelihatan seperti keterlaluan sangat dia sedang mecari Adawiyah.
“Oh, tok ma kamu ke? Dia pergi rumah Pak Ngah kamu teman Adawiyah. Katanya nak pergi cari pauh kat situ. Maklumlah, rumah Pak Ngah kamu tu kan dah macam dusun buah dah.” Abah menjawab bagi pihak umi.
‘Laaa… tak ada kat rumah rupanya isteri aku ni. Ingat boleh jumpa terus. Ni nak lari dari aku ke apa. Sayang, balik la cepat. Abang rindu.’ Keluh Faris sendirian.
“Dah la Is. Pergi naik dulu, rehat la. Tengah hari nanti kita makan sama-sama. Kejap lagi balik la Adawiyah tu.” Puan Mariam memerhati sahaja menantunya yang kelihatan sedih.
Faris hanya mengangguk. Diangkat beg pakaiannya untuk dibawa masuk ke dalam rumah.
“Adawiyah oiii.. slow la sikit bowok muto ni. Nok kecing tok ma ni. (Adawiyah oiii… perlahan la sedikit tunggang motor ni. Nak terkencing tok ma ni)” Dari jauh kedengaran suara tok ma menjerit. Kedengaran Adawiyah gelak sambil melajukan lagi motorsikal itu.
Faris yang baru sahaja hendak masuk rumah, tidak jadi meneruskan langkah. Dia berpusing ke belakang dan melihat isterinya yang sedang ketawa di atas motorsikal itu.
“Hish, apolah budok ni. Letih aku suruh bowok muto slow tapi tok dengar. Menyesal aku ikut budok ni naik muto, tokse doh aku naik muto dengan budok ni. (Hish apalah budak ni. Letih aku suruh perlahankan motor tapi tak dengar. Menyesal aku ikut bonceng motor dengan budak ni, tak nak dah aku bonceng motor dengan budak ni.)” Bebel tok ma setelah turun dari motorsikal. Adawiyah pula hanya tersengih seperti kerang busuk. Dia tidak perasan suaminya yang berada di hadapan pintu rumah itu.
“Kenapa mak?” tanya Puan Mariam.
“Ni hah, anok bongsu mung ni. Ado ko bowok muto supo denge minoh rempit. Aku ni doh la tuo, kalu mati kejut atah muto tu. Lagu mano? (Ni hah, anak bongsu kau ni. Ada ke bawa motor macam minah rempit. Aku ni dah la tua, kalau mati terkejut atas motor tu. Macam mana?)” Encik Sulaiman pula sudah tersenyum mendengar bebelan ibunya.
“Adik, kenapa bawak motor macam tu. Kan umi dah pesan kalau nak bonceng tok ma bawak perlahan. Nakal la adik ni.” Puan Mariam memarahi anaknya.
“Tak adalah umi. Adik dah tunggang slow dah tadi tapi tiba-tiba dekat nak sampai rumah, tok ma kata adik bawa slow macam siput sedut. Tu la pasal adik bawak motor laju tu.” Adawiyah ketawa berdekah-dekah. Tok manya pula sudah masuk ke dalam rumah melalui pintu dapur. Mulutnya masih tidak berhenti-henti membebel. Adawiyah pula masih lagi ketawa di sisi motorsikal abahnya itu.
“Dah la tu adik. Pergi naik. Faris dah sampai dah. Hah, tu ada kat depan pintu tu.” Encik Sulaiman menunjuk ke arah Faris.
Adawiyah yang sedang ketawa berhenti ketawa tiba-tiba. Dia memandang ke arah suaminya yang sedang merenungnya. Adawiyah masih tidak bergerak. Tiba-tiba dia berasa takut hendak berjumpa suaminya. Malu dengan perangainya yang merajuk tak tentu pasal dan takut kerana perlu memberitahu suaminya tentang kandungannya ini.
“Hah, tegak macam patung cendana apa lagi tu. Pergilah salam dengan Faris tu.” Arah Puan Mariam. Adawiyah masih tidak bergerak. Dia tidak berani mendekati suaminya itu.
“Adik…” Sekali lagi Puan Mariam memanggil.
Perlahan-lahan Adawiyah berjalan ke arah suaminya. Tangan suaminya dicapai dan dicium. Faris tersenyum dan mencium dahi isterinya. Gembira kerana isterinya sudah berada di hadapan matanya.
“Abang letih la. Jom masuk bilik, tolong picit bahu abang. Semalam, tak ada orang nak urut la.” Faris bersuara.
Adawiyah serba salah. Dia tidak mahu berduaan dengan Faris. Dia tidak bersedia lagi tetapi apabila melihat uminya merenungnya dan mengingatkan janjinya kepada uminya semalam, dia mengangguk lemah. Faris memimpin tangan Adawiyah ke dalam bilik Adawiyah.
Masuk sahaja di dalam bilik, Adawiyah melepaskan pegangan tangan Faris dan bergerak ke arah meja solek. Dia tidak mahu bertentang mata dengan Faris. Faris mengeluh melihat reaksi isterinya. Dia fikir isterinya itu sudah tidak memarahinya, ternyata dia salah. Faris meletakkan beg pakaiannya di sebelah katil dan mendekati isterinya.
“Jangan dekat. Kalau awak dekat, saya…”
“Saya apa sayang? Sayang nak jerit ke? Jeritlah kalau nak suruh umi dengan abah dengar. Tok ma pun ada kan, baguslah.” Faris memotong ayat isterinya. Suka betul dia melihat muka Adawiyah yang kelihatan serba salah itu.
“Saya bukan nak jerit la. Saya pukul awak kalau awak dekat dengan saya.” Adawiyah menyembunyikan rasa malunya. Mudah betul Faris menangkap apa yang ada di dalam fikirannya.
“Pukul la kalau sayang nak pukul abang kalau sayang rasa lepas pukul abang sayang akan lega dan sayang akan maafkan abang.” Faris masih lagi bergerak mendekati Adawiyah.
Adawiyah bangun dan bergerak untuk masuk ke dalam tandas namun ruang bilik mereka yang agak sempit itu menyukarkan dia untuk berlari masuk ke dalam tandas. Belum semapt dia hendak masuk ke dalam tandas, Faris terlebih dahulu menangkapnya dan memeluk pinggangnya.
“Lepaslah. Saya tak nak awak pegang saya.” Adawiyah cuba menolak pautan Faris namun seperti biasa, tenaganya mana boleh melawan tenaga Faris yang memang lebih kuat darinya.
“Sayang, abang akan lepaskan sayang tapi dengan syarat sayang dengar dulu apa yang abang nak cakap. Kita selesaikan masalah kita sekarang ya. Abang dah tak larat tengok sayang bermasam muka dengan abang. Abang rindu Adawiyah abang yang manja, yang comel. Abang tak boleh kalau sayang bermasam dengan abang.” Faris memujuk.
Adawiyah yang meronta-ronta minta dilepaskan berhenti meronta. Dia diam dan memandang mata suaminya. Setelah Adawiyah mendiamkan diri, Faris melepaskan isterinya dan memimpin Adawiyah ke katil. Adawiyah didudukkan ke atas katil dan dia melutut di hadapan isterinya. Tangan isterinya digenggam kemas. Dia merenung ke dalam mata isterinya cuba untuk menyelami hati isterinya.
“Abang minta maaf dengan sayang sebab abang dah buat sayang sakit hati and abang marah sayang hari tu. Abang salah, abang tahu abang tak patut marah syang. Abang dah tahu semuanya. Maria dah ceritakan pada abang.” Faris bersuara setelah lama mereka berdua berdiam diri.
‘Hah, Maria beritahu? Apa punya kawan la. Aku dah suruh rahsiakan benda ni.’ Bebel Adawiyah dalam hati.
“Sayang jangan marahkan Maria. Dia tak nak bagitahu sebenarnya tapi abang yang paksa dia beritahu abang. Lagipun dia buat semua ni sebab dia nak tengok kita happy. Dia tak nak sayang sedih dan masih salah faham dengan abang.” Faris menyambung.
‘Aik, macam mana dia tahu apa yang aku fikirkan ni? Dia dah jadi Park Soo Ha macam dalam cerita I Hear Your Voice tu ke? Ke dia pergi menuntut ilmu kat Gunung Ledang semalam’
“Sayang, abang akan terangkan semuanya. Abang tak nak sayang salah gaham lagi dengan abang. You know I love you very much right. Sayang tahu yang abang takkan menduakan sayang. You the only girl who can shake my heart and make me dreaming about for so many years.” Faris menggenggam tangan Adawiyah lebih erat. Adawiyah hanya mendiamkan diri. Hatinya tersentuh mendengar pengakuan suaminya tetapi dia mengeraskan hatinya supya tidak tewas dengan pujukan suaminya itu. Dia tidak mahu ditipu suaminya.
“Perempuan yang sayang nampak dalam gambar tu, client abang. Dia hampir terjatuh masa kami nak balik, jadi abang sambutlah dia. Mana tahu dengan abang-abang sekali jatuh tergolek kat situ. Abang tak tahu siapa yang ambil gambar kami masa tu. Kalau sayang tak percaya, sayang boleh tanya Tajul. Dia pun ada kat situ. Kan abang pergi Pulau Pinang dengan dia. Dia boleh buktikan apa yang abang cakap ni betul. Abang tak tahu siapa yang sakit hati dengan kita dan nak hancurkan kita sampai ambil gambar macam tu. Abang betul-betul tak menduakan sayang.” Pujuk Faris lagi.
“Habis, kenapa awak balik lambat? Bukan awak pergi dating dengan dia ke?” setelah sekian lama berdiam diri, Adawiyah bersuara. Faris tersenyum gembira mendengar suara isterinya itu. Akhirnya isterinya memberi tindak balas positif walaupun masih tidak sepenuhnya.
“Masa tu memang abang nak balik tapi client abang tu tiba-tiba je masa dia nak bangun tu, kaki dia terseliuh so, kami hantar dia pergi klinik dulu. Takkan abang nak abaikan je orang sakit kan. Lagipun dia client abang. Mana boleh abang buat tak tahu je. Masa hantar dia pergi klinik tu la, flight abang terlepas so, abang kena ambil next flight. Nasib baik ada yang kosong, kalau tak mungkin abang tak boleh balik hari tu.” Faris bercerita.
“Ya ke?” Adawiyah meminta kepastian.
“Ya. Takkan abang nak tipu isteri kesayangan abang ni. Lagipun, buat apa abang sibuk nak cari perempuan lain kat luar tu kalau depan abang ni dah ada perempuan yang palin cantik dalam dunia ni.” Faris mencuit hidung isterinya.
Adawiyah menepis lembut. Matanya berkaca mendengar penjelasan suaminya. Memang benar kata Maria dan uminya bahawa dia tidak sepatutnya bertindak terburu-buru. Sepatutnya dia bertanya dahulu kepada Faris. Dia terasa berdosa dengan suaminya. Pasti suaminya letih terpaksa melayan sikapnya.
“Adawiyah minta maaf.” Adawiyah menyalami tangan suaminya. Dicium tangan Faris lama. Air matanya menitis di atas tangan Faris. Faris mengelap mata Adawiyah yang sudah penuh dengan air mata dan menarik Adawiyah ke dalam pelukannya.
“Shhh… stop crying. Sayang tak salah. Abang yang salah. Dah jangan nangis. Abang dah maafkan. Lain kali, kalau ada apa-apa, kita mesti beritahu satu sama  lain okay. No more secrets. Kalau tak puas hati, kita bincang and kita perbaiki apa yang kita tak suka.” Faris menggosok belakang isterinya yang masih menangis di dalam pelukannya. Adawiyah mengangguk.
“Dah, jangan nangis. Abang datang jauh-jauh ni bukan nak tengok sayang abang ni menangis. I want to see my sayang happy and smile always.”
Adawiyah meleraikan pelukannya dan memandang mata suaminya. “I’ve got something to tell you.”
“Apa?”
“Abang janji lepas dengar ni, abang takkan marah Adawiyah ya.” Adawiyah masih tidak berani memberitahu hal sebenar kepada Faris.
“Okey, abang janji. Now tell me.”
“I’m pregnant.” Adawiyah menundukkan mukanya. Takut Faris memarahinya kerana merahsiakan perkara itu.
“Oh, pregnant. Ingat apa tadi. Hah, pregnant? You mean mengandung?” Faris bertanya kembali.
Adawiyah mengangguk. Pelik betul dengan suaminya ini. Sejak bila Faris tidak faham bahasa Inggeris sampai perlu translate dalam bahasa Melayu. Faris segera memeluk Adawiyah. Gembira betul dia mendengar berita ini. Patutlah Adawiyah agak sensitif dengannya. Rupanya kerana pembawakan anak.
“Bila sayang tahu?” tanya Faris setelah meleraikan pelukannya.
“Masa Adawiyah pengsan hari tu.”
“And you didn’t tell me?” Faris merenung isterinya. Adawiyah menunduk. Akur dengan kesalahannya.
“Sebab abang tak berkelakuan baik masa tu. So, I think you don’t care about me and our baby even if I tell you.” Perlahan Adawiyah menjawab.
“You know it won’t happen right even in thousand years.” Faris mengusap pipi isterinya. Adawiyah mengangguk.
“Sorry?”
“Apology accepted tapi next time sayang kena beritahu abang dulu. Abang nak jadi orang pertama yang tahu pasal ni, understand?”
“Next time?” Adawiyah mengerutkan wajahnya. Tidak faham dengan maksud suaminya.
“Ya la. Next time bila sayang mengandung lagi. Takkan nak sorang je kot. Abang ni kan kuat. Kalau tak percaya, tengoklah nanti. Setahun sorang kita buat anak. Entah-entah setahun dua orang.” Faris sudah tersengih nakal. Adawiyah mencubit perut suaminya.
“Aduh, sakitlah sayang.” Faris menggosok perutnya.
“Gatal sangat. Ingat senang ke nak buat anak? Macam buat anak patung ke? Ada ke setahun sorang, macamlah kita ni kilang buat anak.” Adawiyah menjeling. Geram dengan sikap selamba suaminya.
“Yalah, memang sayang kilang pun.” Faris mengusik isterinya. Adawiyah membulatkan matanya kepada Faris.
“Kilang cinta abang.” Faris menyambung ayatnya tadi. Adawiyah tersenyum mendengar kata-kata suaminya.