Friday 19 September 2014

Bab 15



“JERRY, macam mana dengan rancangan kita tu? Berjaya tak?” Sarah bertanya kepada lelaki upahannya. Suasana di kelab malam yang agak bising menyebabkan dia terpaksa menjerit sedikit supaya Jerry mendengar.
“Beres Hana, kau jangan bimbang la. Ni Jerry okey. Takkan kau tak kenal aku lagi.” Jerry sudah ketawa. Kepalanya sudah terhenjut-henjut mengikut alunan muzik yang bising itu.
“Bagus, sekarang aku nak tahu apa dah jadi dengan diaorang. Aku nak kau pastikan yang diaorang betul-betul berpisah. Aku nak sampai bercerai, kau faham tak?” Hana mengarah. Air setan di tangannya diteguk perlahan. Dendamnya pada Adawiyah masih membakar dirinya. Dia ingat lagi bagaimana dia dimalukan di majlis perkahwinan mereka. Faris yang dikejarnya selama ini sudah dirampas oleh Adawiyah. Faris langsung tidak melihat betapa dia mencintainya. Dia sudah mengikut Faris dari zaman mereka masih belajar namun dia tetap memilih Adawiyah yang baginya sangat kolot itu. Baginya Faris tetap miliknya. Dia akan lakukan apa sahaja untuk memastikan Faris menjadi miliknya.
“Relax bos. Sekarang ni aku dah tanya orang aku dan dia cakap Faris nampak serabut sekarang kat tempat kerja dia tu. Bini dia dah lari balik kampung la. Kau jangan risau Hana.” Hana ketawa mendengar jawapan Jerry.
“Tu yang aku nak tapi tu baru sikit Jerry. Bila-bila masa diaorang boleh berbaik. Aku nak kau suruh orang kau ikut diaorang dan make sure kau update aku.”
“Yes bos tapi kau dah lupa ke upah aku? Mana upah aku yang kau janji nak bagi tu?” Jerry sudah tersengih seperti kerang busuk. Hana megeluarkan sekeping sampul surat dari dalam begnya dan melempar ke atas meja di hadapan Jerry.
“Nah, ini lima ribu tapi kau akan dapat lebih lagi tapi ingat kau jangan beritahu sesiapa pasal ni. Kalau tak, siap kau.” Hana mengugut Jerry.
“Kau jangan risaulah Hana. Selagi kau bagi aku apa yang aku patut dapat, aku akan zip mulut aku ni. Bukannya kau tak kenal aku. Dah lama aku buat kerja ni.” Jerry menunjuk gaya zip di mulutnya. Hana tersenyum puas.
“Satu lagi aku nak tanya, siapa betina yang kau ada dalam gambar dengan Faris tu?”
“Oh, aku dah siasat pasal tu. Betina tu client dia je. Masa dia nak jatuh tu, aku terus tangkap gambar diaorang. Kau jangan risau, diaorang dah tak jumpa dah. Daripada kau risaukan orang yang tak penting tu, apa kata kita balik rumah aku untuk  meraikan kejayaan kita ni.” Tangan Jerry sudah bermain-main dengan dada Hana yang terdedah. Sebelah lagi sudah mengusap betis Hana yang gebu itu.
Hana membiarkan sahaja tindakan Jerry itu. “Malas aku. Kau ni asyik nak tu aje. Tak ada benda lain ke dalam kepala hotak kau tu? Aku letih la.”
“Ala Hana, jomlah. Aku tak puas lagi la semalam. Kau tidur rumah aku je la malam ni. Semalam kau balik awal sangat. Tak sempat kita nak second round. Malam ni kau relax je, aku yang akan buat semua. Jomlah.” Jerry masih lagi memujuk Hana.
Dia sudah mula mencium leher Hana yang panjang itu. Nafsunya melonjak dengan tiba-tiba melihat Hana yang hanya memakai tube yang menampakkan lurahnya dan mini skirt yang betul-betul singkat. Dari tadi dia memerhati Hana yang sedang menari dengan beberapa orang lelaki sebelum Hana datang bercakap dengannya. Baginya, Hana ini memang murah namun dia suka kerana dia boleh menggunakan wanita ini sepuas hatinya. Buktinya, semasa Hana sedang menari tadi, beberapa orang lelaki asyik merabanya tetapi dia membiarkan sahaja dan masih menari.
“Ala, aku period la hari ni.” Hana memberi alasan.
“Apa yang peliknya Hana. Bukan kita tak pernah buat masa kau period. Lagipun, aku lagi suka kalau kau period. Lagi syok. Jomlah. Malam ni aku akan buat kau rasa macam ada dalam syurga je.” Jerry masih tidak berputus asa. Dia menarik Hana keluar dari kelab itu.
Hana hanya tersenyum dan mengikut Jerry masuk ke dalam keretanya. Dia tidak kisah kalau Jerry ingin menidurinya sekalipun kerana Jerry bukanlah lelaki pertama yang pernah ditidurinya. Semasa belajar di luar negara dahulu, sudah berpuluh lelaki ditidurinya sehingga dia sendiri tidak ingat berapa orang lelaki yang pernah bersamanya. Sebut sahaja bangsa apa, semuanya dia pernah rasa. Baginya, tidak penting kepada siapa dia serahkan badannya, yang penting hatinya tetap milik Faris. Hana tersenyum gembira. Malam ini dia betul-betul akan meraikan kejayaannya.

“ABANG Is, jangan lupa kirim salam kat Kak Adawiyah dengan keluarga dia tu. Jangan lupa bawa balik budu sekali. Baby Mai ni dah suka makan budu tu sejak tok ma kak Adawiyah bagi Mai makan budu. Best giler.” Tengku Maisara sudah berpesan.
“Ya la mak buyung oiii. Dah la sebut pasal budu tu. Masuk kali ni dah sepuluh kali dah Mai ingatkan abang. Letih dah abang nak dengar. Kalau wish good luck kat abang supaya berjaya kak Adawiyah tu bagus jugak.” Bebel Faris.
Tengku Maisara tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. “Hahaha… sorry abang. Okey, good luck. Jangan lupa bawa balik kakak ipar Mai ya tapi budu pun jangan lupa jugak.” Tengku Maisara masih mengusik abangnya.
“Hish, budak ni kan. Abang karate kan sini baru tahu.” Faris sudah menyekeh kepala adiknya.
“Abang ni kan, tak baik la ketuk kepala adik sendiri. Lain kali, kalau abang gaduh dengan kak Adawiyah, Mai tak nak tolong dah.” Tengku Maisara sudah merajuk.
“Ye la. Abang minta maaf intan payung. Tak payah nak merajuk la. Buruk abang tengok.” Giliran Faris pula mengusik adiknya.
“Bie… tengok abang ni, dia kacau I.” Tengku Maisara mengadu kepada suaminya yang berada di sisinya.
“Ala, abang Is gurau je tu. Janganlah merajuk.” Tengku Afzarizal sudah memujuk isterinya. Faris mencebik melihat Tengku Maisara yang sudah tersenyum apabila dipujuk suaminya.
“Hish, dah mula la drama merajuk budak ni. Geli abang menengoknya.” Faris sudah buat gaya geli gelemannya.
“Eeeee…. Geramnya. Pergilah masuk tu, malas dah teman abang kat sini. Bie, jom balik. Dah la, tak payah kita teman mamat poyo ni kat sini. Kita tinggal dia kat KLIA ni sorang-sorang. Menyesal datang hantar abang.” Tengku Maisara menjeling kepada abangnya. Ditarik tangan suaminya supaya meninggalkan KLIA itu. Faris hanya menjelir kepada adiknya. Dia tahu adiknya bukanlah benar-benar merajuk dengannya. Faris pula sudah berdebar-debar untuk berjumpa isterinya. Dia berdoa semoga isterinya akan memaafkannya dah berhenti merajuk kerana dia tidak boleh duduk senang memikirkan isterinya.

“BIE, kereta Datin Ruby kan. Buat apa dia datang rumah kita ya?” Tengku Maisara bertanya kepada suaminya semasa mereka memarkirkan kereta di garaj. Tengku Afzarizal memandang nombor plat kereta itu dan mengangguk. Memang dia hafal nombor plat kereta Datin Ruby kerana Datin Ruby merupakan kawan rapat mummynya.
“Jom  kita masuk.” Tengku Maisara menarik tangan suaminya setelah mereka mengunci kereta.
Apabila masuk sahaja ke dalam rumah, mereka melihat Datin Ruby dan anaknya, Hana sedang berbual mesra dengan Tengku Fatimah. Sesekali kedengaran mereka ketawa. Tengku Maisara memandang ke arah Hana yang duduk di sebelah Datin Ruby. Seperti biasa, Hana masih dengan pakaian zaman paleolitiknya itu.
‘Hish, nak kata miskin, kaya- raya minah ni. Takkan la nak beli baju yang tertutup sikit pun tak boleh. Baju asyik tak cukup kain je. Tersesat zaman ke ape minah ni. Ni bukan zaman paleolitik la. Ni zam moden dah, kain pun dah cukup. Buat mata aku berbulu je.’ Bebel Tengku Maisara dalam hati.
“Bie, watch your eyes.” Tengku Maisara memberi amaran kepada suaminya. Tengku Afzarizal hanya tersenyum. Faham benar dia dengan maksud isterinya. Dia sendiri pun tidak mahu melihat tubuh Hana. Buat tambah dosa je.
“Mai, Zal dah balik. Jom duduk dulu. Minum sekali dengan kami.” Tengku Fatimah yang perasan akan kepulangan anak menantunya memanggil.
“Oh, tak apa la mama. Rizal nak pergi main golf kejap lagi dengan client dia ni. Mai nak kena tolong dia bebrsiap.” Tengku Maisara berhelah. Tengku Afzarizal hanya menggeleng melihat perangai isterinya.
“You pergilah sayang. Tak baik kita tak layan tetamu. Biar I naik sorang je. Lagipun, I pun tak nak tengok Hana yang boleh buat dosa I bertingkat-tingkat naik tu.” Tengku Afzarizal memujuk isterinya. Tengku Maisara mengangguk. Dalam malas, dia terpaksa melangkah kerana  tidak mahu menderhakai kata suami.
“Hai Mai. You dari mana ni? Auntie kata you keluar dengan Is ya.” Hana bertanya apabila Tengku Maisara melabuhkan punggungnya di atas sofa.
“Ya, I teman abang Is pergi KLIA. Kenapa?” Tengku Maisara menjawab malas. Bosan betul dia apabila terpaksa berdepan dengan wanita ini. Sesak nafasnya.
“Ooo… dia kena outstation ya. Kenapa you yang temankan? Wife dia mana? Tak reti nak teman suami ke?” Hana tersenyum sinis.
Tengku Maisara mula panas apabila mendengar kata-kata sinis Hana. Pantang betul dia kalau orang mengata kakak ipar kesayangannya.
‘Kalau bukan  sebab aku mengandung, dah lama aku terajang minah sengal ni.’ Tengku Maisara berbixara sendiri.
“Hana, tak baik cakap macam tu.” Datin Ruby menegur anaknya. Sebenarnya dia tidak kisah kalau anaknya ingin mengutuk Adawiyah sekalipun kerana dia juga membenci Adawiyah yang telah menyebabkan anaknya itu patah hati tetapi disebabkan Tengku Fatimah berada bersama mereka, dia perlu berpura-pura menegur anaknya.
“Sorry, I tak bermaksud apa-apa. Just asking.” Hana masih lagi tersenyum.
“Tak apa, kami faham. Adawiyah balik kampung dia. Katanya nak jumpa nenek dia sebab nenek dia rindukan dia.” Tengku Fatimah menjawab. Sememangnya dia tidak berkenan dengan kata-kata Hana tapi dia tidak mahu berlaku pergaduhan antaranya dengan Datin Ruby. Jadi, dia cuba bersabar. Lagipun, dia tahu kalau tidak pasti Tengku Maisara akan mengamuk kepada Hana.
“Oh, kenapa balik sorang? Ada apa-apa jadi ke?” Hana masih lagi bertanya.
Tengku Maisara sudah tidak boleh menahan kemarahannya. “Tak adalah, bukan dia balik sorang. You salah faham la Hana. Kakak ipar kesayangan I tu merangkap isteri abang I, Tengku Faris Hilman tu balik awal sehari sebab abang Is ada meeting penting semalam. Abang Is bukan pergi outstation tapi dia pergi balik kampung Kak Adawiyah la. Ya la, dia mana boleh tinggalkan isteri kesayangan dia tu, nanti tak boleh tidur. You tahulah abang Is kan cinta sangat-sangat kat Kak Adawiyah.” Tengku Maisara menjawab. Sengaja dia menekankan perkataan isteri itu supaya Hana faham.
Berubah wajah Hana mendengar kata-kata Tengku Maisara namun dia segera memaniskan mukanya, dia tidak mahu sesiapa mengesyaki yang bukan-bukan kepada dirinya.
“I see. I ingat Adawiyah merajuk dengan Faris and lari balik kampung. Maklumlah perempuan kolot macam dia tu biasanya kalau merajuk lari balik kampung macam drama-drama Melayu typical tu.” Hana sengaja menekankan perkataan kolot pula. Biar Tengku Maisara sakit hati dengannya. Dia sebenarnya bukan suka snagat dengan Tengku Maisara tetapi disebabkan Tengku Maisara merupakan adik lelaki yang dicintainya, terpaksalah dia berpura-pura baik di hadapan Tengku Maisara.
‘Dia panggil kakak ipar aku kolot? Wah, dah lebih dah minah ni. Memang nak kena penumbuk sulung aku macam ni.’ Tengku Maisara sudah panas hati.
“Eh, mana ada. Diorang bahagia sangat-sangat. You ni merepek la.” Tengku Maisara cuba mengawal suaranya supaya tidak kendengaran seperti hendak marah. Kemudian, dia tenampak kesan merah di leher Hana. Dia tersenyum. Dia sudah jumpa peluang untuk mengenakan perempuan itu.
“Eh, Hana. Kenapa leher you merah tu? Kena gigit nyamuk ya? Besar betul ya nyamuk kat rumah you tu.” Tengku Maisara tersenyum sinis.
Hana yang terkejut meraba-raba lehernya. Rasanya dia sudah menutup kesan love bite itu. Tengku Fatimah turut melihat ke arah leher Hana apabila mendengar kata-kata anaknya. Dia menggelengkan kepalanya. Bukan dia tidak kenal dengan kesan merah seperti itu. Wajah Datin Ruby pula sudah merah. Geram betul dia dengan anak tunggalnya itu. Dia tidak kisah jika Hana mahu tidur dengan mana-mana lelaki tetapi jangan sampai memalukan dirinya.
Hana pula sudah menyumpah Jerry di dalam hati. Padahal dia sudah mengingatkan Jerry supaya jangan meninggalkan kesan di tempat yang boleh dilihat tetapi lelaki itu masih tidak mendengar kata-katanya.
“Oh, ni memang kesan nyamuk pun. I baru balik camping hari tu, mungkin ni kena gigit hari tu la.” Hana cuba menegakkan benang yang basah.
“Rajin pula you pergi camping ya. Setahu I you ni paling pantang pergi tempat-tempat macam tu.” Tengku Maisara masih menyindir Hana.
“Oh… er… kawan ajak so, I nak try la.” Hana cuba untuk tersenyum namun senyuman itu jelas nampak kekok. Tengku Maisara bersorak dalam hati kerana berjaya memalukan Hana di hadapan mummynya sendiri.

“ASSALAMUALAIKUM umi, abah. Apa khabar?” Faris yang baru sahaja tiba dari Lapangan Terbang Sultan Ismail dengan menaiki teksi menyalami ibu dan bapa mertuanya.
“Alhamdulillah, sihat. Kenapa tak telefon kata dah sampai? Boleh abah pergi ambil.” Encik Sulaiman bertanya.
“Tak apalah, abah. Tak nak susahkan abah dengan umi. Lagipun, teksi banyak.” Faris menjawab. Matanya melilau mencari isterinya di sekitar rumah itu.
“Ish, apa susahnya. Dekat je pun. Kalau pergi dengan kereta sepuluh minit dah sampai.” Puan Mariam mencelah. Dia perasan menantunya itu asyik memandang ke sekeliling rumahnya.
‘Cari isteri dialah tu.’ Puan Mariam tersenyum sendiri.
“Yalah Is. Lagipun, abah tak kisah la.” Encik Sulaiman menambah.
“Yalah abah. Lain kali kalau Is balik sini, Is telefon  abah ya suruh ambil Is kat airport.” Faris menjawab namun seperti tadi, matanya masih melilau di sekeliling rumah.
“Kamu cari siapa tu Faris?” Tanya Puan Mariam. Kesian pula dia melihat menantunya yang sudah seperti kucing hilang anak itu.
“Tok Ma mana umi? Tak nampak dari tadi pun.” Faris berbohong. Tidak mahu kelihatan seperti keterlaluan sangat dia sedang mecari Adawiyah.
“Oh, tok ma kamu ke? Dia pergi rumah Pak Ngah kamu teman Adawiyah. Katanya nak pergi cari pauh kat situ. Maklumlah, rumah Pak Ngah kamu tu kan dah macam dusun buah dah.” Abah menjawab bagi pihak umi.
‘Laaa… tak ada kat rumah rupanya isteri aku ni. Ingat boleh jumpa terus. Ni nak lari dari aku ke apa. Sayang, balik la cepat. Abang rindu.’ Keluh Faris sendirian.
“Dah la Is. Pergi naik dulu, rehat la. Tengah hari nanti kita makan sama-sama. Kejap lagi balik la Adawiyah tu.” Puan Mariam memerhati sahaja menantunya yang kelihatan sedih.
Faris hanya mengangguk. Diangkat beg pakaiannya untuk dibawa masuk ke dalam rumah.
“Adawiyah oiii.. slow la sikit bowok muto ni. Nok kecing tok ma ni. (Adawiyah oiii… perlahan la sedikit tunggang motor ni. Nak terkencing tok ma ni)” Dari jauh kedengaran suara tok ma menjerit. Kedengaran Adawiyah gelak sambil melajukan lagi motorsikal itu.
Faris yang baru sahaja hendak masuk rumah, tidak jadi meneruskan langkah. Dia berpusing ke belakang dan melihat isterinya yang sedang ketawa di atas motorsikal itu.
“Hish, apolah budok ni. Letih aku suruh bowok muto slow tapi tok dengar. Menyesal aku ikut budok ni naik muto, tokse doh aku naik muto dengan budok ni. (Hish apalah budak ni. Letih aku suruh perlahankan motor tapi tak dengar. Menyesal aku ikut bonceng motor dengan budak ni, tak nak dah aku bonceng motor dengan budak ni.)” Bebel tok ma setelah turun dari motorsikal. Adawiyah pula hanya tersengih seperti kerang busuk. Dia tidak perasan suaminya yang berada di hadapan pintu rumah itu.
“Kenapa mak?” tanya Puan Mariam.
“Ni hah, anok bongsu mung ni. Ado ko bowok muto supo denge minoh rempit. Aku ni doh la tuo, kalu mati kejut atah muto tu. Lagu mano? (Ni hah, anak bongsu kau ni. Ada ke bawa motor macam minah rempit. Aku ni dah la tua, kalau mati terkejut atas motor tu. Macam mana?)” Encik Sulaiman pula sudah tersenyum mendengar bebelan ibunya.
“Adik, kenapa bawak motor macam tu. Kan umi dah pesan kalau nak bonceng tok ma bawak perlahan. Nakal la adik ni.” Puan Mariam memarahi anaknya.
“Tak adalah umi. Adik dah tunggang slow dah tadi tapi tiba-tiba dekat nak sampai rumah, tok ma kata adik bawa slow macam siput sedut. Tu la pasal adik bawak motor laju tu.” Adawiyah ketawa berdekah-dekah. Tok manya pula sudah masuk ke dalam rumah melalui pintu dapur. Mulutnya masih tidak berhenti-henti membebel. Adawiyah pula masih lagi ketawa di sisi motorsikal abahnya itu.
“Dah la tu adik. Pergi naik. Faris dah sampai dah. Hah, tu ada kat depan pintu tu.” Encik Sulaiman menunjuk ke arah Faris.
Adawiyah yang sedang ketawa berhenti ketawa tiba-tiba. Dia memandang ke arah suaminya yang sedang merenungnya. Adawiyah masih tidak bergerak. Tiba-tiba dia berasa takut hendak berjumpa suaminya. Malu dengan perangainya yang merajuk tak tentu pasal dan takut kerana perlu memberitahu suaminya tentang kandungannya ini.
“Hah, tegak macam patung cendana apa lagi tu. Pergilah salam dengan Faris tu.” Arah Puan Mariam. Adawiyah masih tidak bergerak. Dia tidak berani mendekati suaminya itu.
“Adik…” Sekali lagi Puan Mariam memanggil.
Perlahan-lahan Adawiyah berjalan ke arah suaminya. Tangan suaminya dicapai dan dicium. Faris tersenyum dan mencium dahi isterinya. Gembira kerana isterinya sudah berada di hadapan matanya.
“Abang letih la. Jom masuk bilik, tolong picit bahu abang. Semalam, tak ada orang nak urut la.” Faris bersuara.
Adawiyah serba salah. Dia tidak mahu berduaan dengan Faris. Dia tidak bersedia lagi tetapi apabila melihat uminya merenungnya dan mengingatkan janjinya kepada uminya semalam, dia mengangguk lemah. Faris memimpin tangan Adawiyah ke dalam bilik Adawiyah.
Masuk sahaja di dalam bilik, Adawiyah melepaskan pegangan tangan Faris dan bergerak ke arah meja solek. Dia tidak mahu bertentang mata dengan Faris. Faris mengeluh melihat reaksi isterinya. Dia fikir isterinya itu sudah tidak memarahinya, ternyata dia salah. Faris meletakkan beg pakaiannya di sebelah katil dan mendekati isterinya.
“Jangan dekat. Kalau awak dekat, saya…”
“Saya apa sayang? Sayang nak jerit ke? Jeritlah kalau nak suruh umi dengan abah dengar. Tok ma pun ada kan, baguslah.” Faris memotong ayat isterinya. Suka betul dia melihat muka Adawiyah yang kelihatan serba salah itu.
“Saya bukan nak jerit la. Saya pukul awak kalau awak dekat dengan saya.” Adawiyah menyembunyikan rasa malunya. Mudah betul Faris menangkap apa yang ada di dalam fikirannya.
“Pukul la kalau sayang nak pukul abang kalau sayang rasa lepas pukul abang sayang akan lega dan sayang akan maafkan abang.” Faris masih lagi bergerak mendekati Adawiyah.
Adawiyah bangun dan bergerak untuk masuk ke dalam tandas namun ruang bilik mereka yang agak sempit itu menyukarkan dia untuk berlari masuk ke dalam tandas. Belum semapt dia hendak masuk ke dalam tandas, Faris terlebih dahulu menangkapnya dan memeluk pinggangnya.
“Lepaslah. Saya tak nak awak pegang saya.” Adawiyah cuba menolak pautan Faris namun seperti biasa, tenaganya mana boleh melawan tenaga Faris yang memang lebih kuat darinya.
“Sayang, abang akan lepaskan sayang tapi dengan syarat sayang dengar dulu apa yang abang nak cakap. Kita selesaikan masalah kita sekarang ya. Abang dah tak larat tengok sayang bermasam muka dengan abang. Abang rindu Adawiyah abang yang manja, yang comel. Abang tak boleh kalau sayang bermasam dengan abang.” Faris memujuk.
Adawiyah yang meronta-ronta minta dilepaskan berhenti meronta. Dia diam dan memandang mata suaminya. Setelah Adawiyah mendiamkan diri, Faris melepaskan isterinya dan memimpin Adawiyah ke katil. Adawiyah didudukkan ke atas katil dan dia melutut di hadapan isterinya. Tangan isterinya digenggam kemas. Dia merenung ke dalam mata isterinya cuba untuk menyelami hati isterinya.
“Abang minta maaf dengan sayang sebab abang dah buat sayang sakit hati and abang marah sayang hari tu. Abang salah, abang tahu abang tak patut marah syang. Abang dah tahu semuanya. Maria dah ceritakan pada abang.” Faris bersuara setelah lama mereka berdua berdiam diri.
‘Hah, Maria beritahu? Apa punya kawan la. Aku dah suruh rahsiakan benda ni.’ Bebel Adawiyah dalam hati.
“Sayang jangan marahkan Maria. Dia tak nak bagitahu sebenarnya tapi abang yang paksa dia beritahu abang. Lagipun dia buat semua ni sebab dia nak tengok kita happy. Dia tak nak sayang sedih dan masih salah faham dengan abang.” Faris menyambung.
‘Aik, macam mana dia tahu apa yang aku fikirkan ni? Dia dah jadi Park Soo Ha macam dalam cerita I Hear Your Voice tu ke? Ke dia pergi menuntut ilmu kat Gunung Ledang semalam’
“Sayang, abang akan terangkan semuanya. Abang tak nak sayang salah gaham lagi dengan abang. You know I love you very much right. Sayang tahu yang abang takkan menduakan sayang. You the only girl who can shake my heart and make me dreaming about for so many years.” Faris menggenggam tangan Adawiyah lebih erat. Adawiyah hanya mendiamkan diri. Hatinya tersentuh mendengar pengakuan suaminya tetapi dia mengeraskan hatinya supya tidak tewas dengan pujukan suaminya itu. Dia tidak mahu ditipu suaminya.
“Perempuan yang sayang nampak dalam gambar tu, client abang. Dia hampir terjatuh masa kami nak balik, jadi abang sambutlah dia. Mana tahu dengan abang-abang sekali jatuh tergolek kat situ. Abang tak tahu siapa yang ambil gambar kami masa tu. Kalau sayang tak percaya, sayang boleh tanya Tajul. Dia pun ada kat situ. Kan abang pergi Pulau Pinang dengan dia. Dia boleh buktikan apa yang abang cakap ni betul. Abang tak tahu siapa yang sakit hati dengan kita dan nak hancurkan kita sampai ambil gambar macam tu. Abang betul-betul tak menduakan sayang.” Pujuk Faris lagi.
“Habis, kenapa awak balik lambat? Bukan awak pergi dating dengan dia ke?” setelah sekian lama berdiam diri, Adawiyah bersuara. Faris tersenyum gembira mendengar suara isterinya itu. Akhirnya isterinya memberi tindak balas positif walaupun masih tidak sepenuhnya.
“Masa tu memang abang nak balik tapi client abang tu tiba-tiba je masa dia nak bangun tu, kaki dia terseliuh so, kami hantar dia pergi klinik dulu. Takkan abang nak abaikan je orang sakit kan. Lagipun dia client abang. Mana boleh abang buat tak tahu je. Masa hantar dia pergi klinik tu la, flight abang terlepas so, abang kena ambil next flight. Nasib baik ada yang kosong, kalau tak mungkin abang tak boleh balik hari tu.” Faris bercerita.
“Ya ke?” Adawiyah meminta kepastian.
“Ya. Takkan abang nak tipu isteri kesayangan abang ni. Lagipun, buat apa abang sibuk nak cari perempuan lain kat luar tu kalau depan abang ni dah ada perempuan yang palin cantik dalam dunia ni.” Faris mencuit hidung isterinya.
Adawiyah menepis lembut. Matanya berkaca mendengar penjelasan suaminya. Memang benar kata Maria dan uminya bahawa dia tidak sepatutnya bertindak terburu-buru. Sepatutnya dia bertanya dahulu kepada Faris. Dia terasa berdosa dengan suaminya. Pasti suaminya letih terpaksa melayan sikapnya.
“Adawiyah minta maaf.” Adawiyah menyalami tangan suaminya. Dicium tangan Faris lama. Air matanya menitis di atas tangan Faris. Faris mengelap mata Adawiyah yang sudah penuh dengan air mata dan menarik Adawiyah ke dalam pelukannya.
“Shhh… stop crying. Sayang tak salah. Abang yang salah. Dah jangan nangis. Abang dah maafkan. Lain kali, kalau ada apa-apa, kita mesti beritahu satu sama  lain okay. No more secrets. Kalau tak puas hati, kita bincang and kita perbaiki apa yang kita tak suka.” Faris menggosok belakang isterinya yang masih menangis di dalam pelukannya. Adawiyah mengangguk.
“Dah, jangan nangis. Abang datang jauh-jauh ni bukan nak tengok sayang abang ni menangis. I want to see my sayang happy and smile always.”
Adawiyah meleraikan pelukannya dan memandang mata suaminya. “I’ve got something to tell you.”
“Apa?”
“Abang janji lepas dengar ni, abang takkan marah Adawiyah ya.” Adawiyah masih tidak berani memberitahu hal sebenar kepada Faris.
“Okey, abang janji. Now tell me.”
“I’m pregnant.” Adawiyah menundukkan mukanya. Takut Faris memarahinya kerana merahsiakan perkara itu.
“Oh, pregnant. Ingat apa tadi. Hah, pregnant? You mean mengandung?” Faris bertanya kembali.
Adawiyah mengangguk. Pelik betul dengan suaminya ini. Sejak bila Faris tidak faham bahasa Inggeris sampai perlu translate dalam bahasa Melayu. Faris segera memeluk Adawiyah. Gembira betul dia mendengar berita ini. Patutlah Adawiyah agak sensitif dengannya. Rupanya kerana pembawakan anak.
“Bila sayang tahu?” tanya Faris setelah meleraikan pelukannya.
“Masa Adawiyah pengsan hari tu.”
“And you didn’t tell me?” Faris merenung isterinya. Adawiyah menunduk. Akur dengan kesalahannya.
“Sebab abang tak berkelakuan baik masa tu. So, I think you don’t care about me and our baby even if I tell you.” Perlahan Adawiyah menjawab.
“You know it won’t happen right even in thousand years.” Faris mengusap pipi isterinya. Adawiyah mengangguk.
“Sorry?”
“Apology accepted tapi next time sayang kena beritahu abang dulu. Abang nak jadi orang pertama yang tahu pasal ni, understand?”
“Next time?” Adawiyah mengerutkan wajahnya. Tidak faham dengan maksud suaminya.
“Ya la. Next time bila sayang mengandung lagi. Takkan nak sorang je kot. Abang ni kan kuat. Kalau tak percaya, tengoklah nanti. Setahun sorang kita buat anak. Entah-entah setahun dua orang.” Faris sudah tersengih nakal. Adawiyah mencubit perut suaminya.
“Aduh, sakitlah sayang.” Faris menggosok perutnya.
“Gatal sangat. Ingat senang ke nak buat anak? Macam buat anak patung ke? Ada ke setahun sorang, macamlah kita ni kilang buat anak.” Adawiyah menjeling. Geram dengan sikap selamba suaminya.
“Yalah, memang sayang kilang pun.” Faris mengusik isterinya. Adawiyah membulatkan matanya kepada Faris.
“Kilang cinta abang.” Faris menyambung ayatnya tadi. Adawiyah tersenyum mendengar kata-kata suaminya.

2 comments:

  1. Harrah's Casino, Council Bluffs - MapyRO
    Find bet365 the cheapest and 동해 출장샵 quickest 경상북도 출장샵 way to get from Harrah's Casino, Council 여수 출장샵 Bluffs to Harrah's 세종특별자치 출장마사지 Casino, Council Bluffs to Harrah's Casino, Council Bluffs.

    ReplyDelete