SEMENJAK
Adawiyah mengandung, sudah bermacam-macam makanan yang dia telah mengidam untuk
makan tetapi dia bernasib baik kerana dia tiada alahan mengandung. Yang malangnya,
Faris pula yang terpaksa menanggung alahan itu. Apabila ditanya kepada uminya,
Puan Mariam memberitahu bahawa sememangnya abahnya juga terpaksa menanggung
alahan mengandung semasa uminya
mengandungkan abang-abangnya. Nasib baiklah semasa mengandungkan Adawiyah,
uminya sendiri yang mengalami alahan mengandung.
Pagi
ini sahaja sudah lima kali Faris berulang-alik ke tandas kerana ingin muntah.
Semua makanan yang dimakannya pagi tadi habis dikeluarkan sehingga sudah tiada
apa yang tinggal di dalam perutnya. Faris pula sudah lembik kerana keletihan
dan kelaparan. Adawiyah pula terpaksa memohon cuti kerana ingin menjaga
suaminya yang sakit itu. Mujur Farhan memahami dan membenarkan dia cuti
walaupun dia baru sahaja bercuti.
Adawiyah
mengurut kepala Faris dengan minyak cap kapak supaya dapat menghilangkan rasa
mual yang dialami Faris. Kasihan dia melihat Faris yang lemah dan tidak berdaya
itu. Muka Faris juga sudah berubah pucat. Disuruh makan ubat tidak mahu kerana
takutkan ubat. Akhirnya Adawiyah yang terpaksa mengurut dan menjaga suaminya
itu. Disebabkan keadaannya seperti itu, Faris mengambil kesempatan untuk
bermanja dengan Adawiyah. Dia langsung tidak membenarkan Adawiyah
meninggalkannya walaupun sesaat. Setiap kali dia ingin tidur, pasti dia akan
menyuruh Adawiyah mengurut kepalanya terlebih dahulu.
“Abang,
sayang rasa abang kena pergi klinik la. Kalau tak nak pergi klinik, abang makan
ubat ya.” Adawiyah memujuk Faris yang sedang tidur di atas ribanya.
“Tak
nak. Abang tak suka ubat. Pahit.” Faris merengek. Ditutup mukanya dengan tapak
tangan tanda merajuk.
“Ya
la. Tak payah makan ubat tapi abang kena makan sikit. Nanti kalau perut abang
kosong, kena gastrik pula.” Adawiyah mengambil bubur yang berada di tepi katil
untuk disuap kepada Faris. Faris menggeleng lalu menutup mulutnya.
“Tak
nak. Kalau makan nanti muntah pula. Abang dah letih la nak muntah.”
“La…
takkan dah letih kot. Kata nak anak setahun sorang. Kalau macam ni la kan
abang, mengandung setahun seorang pun sayang sanggup. Yalah, sayang mengandung
tapi abang yang kena alahan. Kan bagus tu macam sharing is caring kan. Sayang bawak
baby, abang tanggung alahan tu.” Adawiyah mengusik Faris.
“Hah?
Kalau macam ni tak jadi la setahun sorang. Kita rancang ya. Paling ramai pun
lima orang dah la anak kita. Tak sanggup abang nak kena macam ni tiap-tiap
tahun. Mati la abang.” Faris menggelengkan kepalanya. Tidak dapat
dibayangkannya keletihan mengalami alahan ini. Sebelum ini, dia hanya melihat
Tengku Maisara dan mamanya sahaja yang mengalami alahan seperti ini sedangkan
papanya dan Tengku Afzarizal langsung tidak pernah mengalami perkara sebegini.
“Aik,
macam tu pulak. Bukan abang ke yang cakap nak dua orang setahun la, sorang
setahun la. Baru kena sikit macam ni dah mengalah.” Perli Adawiyah.
“Kira
cancel la sayang. Bukan senang rupanya nak ada anak ni. Kalau nak anak setahun
sekali, boleh mati abang nak tanggung alahan ni.” Faris sudah menggeleng.
Adawiyah pula hanya ketawa mendengar kata-kata suaminya.
“Mengarut
betul la abang ni. Orang lain yang anak sampai berbelas-belas tu hidup lagi, ni
anak baru sorang pun dah cakap macam tu. Manja betul la Encik Faris kita ni.”
Adawiyah menarik hidung suaminya. Faris sudah menyeringai kesakitan.
“Aduh
sayang. Sakit… sakit… lepaslah. Abang gurau je. Tak… tak… tak mati la.”
Adawiyah melepaskan tangannya. Faris menggosok hidungnya yang sudah merah itu.
“Kuat
juga sepit ketam isteri abang ni ya. Tengok, dah macam clown dah hidung abang ni.” Faris menunjuk ke arah
hidungnya. Adawiyah hanya mencebik sahaja. Tahu benar yang suaminya hanya ingin
bermanja.
Bilik
mereka tiba-tiba diketuk dari luar. Faris memandang muka Adawiyah sambil
memberi isyarat bertanya siapa yang mengetuk pintu bilik mereka. Adawiyah hanya
mengangkat bahu tanda tidak tahu. Adawiyah menolak lembut kepala suaminya yang
berada di atas ribanya dan bangun untuk membuka pintu bilik mereka.
“Oh,
Mai. Akak ingat siapa tadi.” Adawiyah tersenyum sebaik sahaja melihat adik
iparnya itu.
“Hehehe…
Mai mengganggu ke?” Tengku Maisara sudah menjulurkan kepalanya ke dalam bilik
Adawiyah. Dilihatnya ada ‘mayat hidup’ sedang berbaring lemah di atas katil.
Dia tersengih lebar melihat wajah abangnya yang sudah pucat itu.
“Eh,
tak la. Nak masuk tengok abang Is ke? Masuk la. Tak payah la julur kepala macam
tu.” Pelawa Adawiyah. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, Tengku Maisara
menerima pelawaan kakak iparnya. Memang dia berniat untuk masuk ke dalam bilik
mereka kerana dia ingin mengusik abangnya yang sudah dua hari bercuti gara-gara
‘terjangkit’ alahan mengandung ini.
Tengku
Maisara mendekati abangnya yang sedang memejam matanya sambil mengurut-urut
kepalanya. Sesekali dahi Tengku Faris berkerut menahan sakit kepala.
‘Kuat
jugak alahan dia ni ya.’
“Abang,
Mai datang ni bang. Mai bawakan nasi dengan sayur keladi, bangunlah bang.”
Tengku Maisara mengusik abangnya sambil meniru gaya Bawang Putih ketika
memanggil ikan kaloi di sungai. Adawiyah pula sudah ketawa.
Faris
membuka matanya dan menjeling Tengku Maisara. “Ada apa mak buyung sorang ni
datang sini? Ada hajat apa ye?” Dalam sakit-sakit, masih sempat lagi dia
mengutuk adiknya seorang itu.
“Amboi,
sesedap rasa ibarat maggi cukup rasa je ya abang Is panggil Mai mak buyung.
Sedar la sikit, awak tu pun dah jadi pak buyung. Ada ke orang lain mengandung
tapi dia yang lebih-lebih pulak muntahnya. Tu la, lembik sangat. Manja je lebih.”
Giliran Tengku Maisara pula membalas kutukan abangnya.
“Mak
buyung oiii… ni bukan manja atau lembik. Ini dipanggil sayangkan isteri. Sebab
abang sayang kat Kak Adawiyah la abang sanggup tanggung alahan ni. Abang bagi
dia rehat sebab dia kan bawa Faris Junior. Mesti la kena rehat. Takkan abang nak
biar dia tanggung sorang-sorang.” Faris mempertahankan dirinya. Tengku Maisara
mencebik manakala Adawiyah pula hanya menggeleng.
“Yalah
tu, macamlah kita percaya sangat apa yang dia cakap tu. Ingat alahan ni boleh
pilih ke siapa nak kena? Cakap je la abang pun terpaksa tanggung kan. Semalam
bukan main kita dengar orang tu merungut cakap letih la, nak mati la.” Ajuk
Tengku Maisara. Ingat lagi dia ketika mereka makan malam sekeluarga, Faris
mengadu betapa seksanya dia rasa.
”Hish,
budak ni. Kita cakap betul tak nak percaya. Abang ni tough tau tak… uwekkk…”
Faris berlari masuk ke dalam tandas. Adawiyah mengekori suaminya untuk membantu
suaminya. Ditepuknya belakang Faris perlahan supaya suaminya dapat muntah
dengan mudah. Tengku Maisara pula sudah ketawa terbahak-bahak di luar.
“Hahahah…
tu la, nak menipu sangat. Kan dah kena. Nak tunjuk tough la kononnya tapi
akhirnya uwekkkk… hahaha… uwekkkk…” Tengku Maisara mengajuk abangnya. Langsung
tiada simpati di hatinyanmelihat abangnya yang muntah itu sebaliknya hanya rasa
lucu sahaja yang dirasainya.
“Apa
yang Mai gelak kuat-kuat ni?” Tengku Fatimah bertanya. Kebetulan dia baru
sahaja pulang daripada mesyuarat Badan Kebajikan yang ditubuhkannya dan ingin
melihat keadaan Faris. Dia terdengar suara Tengku Maisara ketawa.
“Hahahaha…
abang Is ni ma. Perasan tough tapi uwekk. Apa la. Lembik betul.” Tengku Maisara mengesat matanya yang berair akibat
terlampau kuat ketawa. Tidak tahan dia melihat abangnya yang sudah lembik dan
dipapah oleh Adawiyah ke katil.
“Hish,
apa ketawakan abang macam tu. Tak baik la. Awak tu mengandung, jagalah sikit
perangai tu. Apalah budak ni.” Nasihat Tengku Fatimah.
“Tak
adalah ma. Mai dulu pun kena alahan jugak tapi tak adalah teruk macam ni. Tak
adalah Mai perasan tough walaupun hakikatnya tak tough mana pun. Hahaha..”
Tengku Maisara masih lagi ketawa. Sakit perutnya mengenangkan abangnya itu.
“Mai,
kalau rasa nak sakitkan hati abang baik Mai keluar. Abang tak larat nak gaduh
dengan Mai. Kalau nak gaduh, kita gaduh bila abang dah sihat ok. So, pergaduhan
tadi to be continued.” Faris bersuara lemah. Adawiyah hanya tersenyum.
Sakit-sakit suaminya masih lagi tidak mahu mengaku kalah dan masih mahu
bergaduh dengan adiknya itu.
“Hahaha..
tengok tu ma. Tak nak mengaku kalah. Nak continue bagai. Tak ada maknanya.
Abang Is dah kalah la. Okeylah, Mai keluar dulu. Da…” Tengku Maisara melambai
lalu memberi flying kiss kepada abangnya. Sengaja dia ingin menyakitkan hati
abangnya itu.
“Hish,
budak-budak ni. Anak nak ada satu pun perangai masih macam budak-budak. Tak
faham la mama. Sorang nak jadi mak budak, sorang lagi nak jadi ayah budak tapi
perangai masih sama je. Tak matang betul.” Bebel Tengku Fatimah sebelum beredar
keluar dari bilik Tengku Faris dan Adawiyah.
“Sayang,
mama marah la. Abang tak suka. Mai yang cari pasal dulu, bukan abang. Abang nak
merajuk la. Nak mogok tak nak makan.” Faris mula mengadu kepada Adawiyah.
Sengaja ingin meraih simpati isterinya.
“Ala…
janganlah macam ni. Mai gurau je kan. Mama tu bukannya marah tapi dia nasihat
je. Ala, abang ni tu pun nak merajuk. Janganlah merajuk nanti tak hensem.”
Adawiyah memujuk Faris seperti memujuk budak kecil.
“Tak
nak. Nak merajuk jugak. Tak suka tak suka.” Faris memuncungkan bibirnya.
“Okey,
meh sini sayang nak pujuk. Ada satu cara ni, kalau sayang guna mesti abang
hilang terus merajuk. Loya nak muntah tadi pun mesti hilang punya.” Adawiyah
sudah tersengih.
Faris
masih lagi muncung. Sengaja dia pura-pura merajuk. Padahal, dia sengaja ingin
bermanja dengan isterinya. Adawiyah pula menarik suaminya supaya mendekatinya
dan mencium mulut suaminya sekejap. Faris tercengang. Tidak sangka dia bahawa
isterinya sudah seberani itu. Wajah Faris mula bertukar ceria. Dia tersenyum
lalu memandang isterinya.
“Ummm…
menjadilah sayang. Dah tak merajuk dah. Rasa nak muntah pun dah hilang. Lain
kali kalau nak muntah, sayang buat macam ni lagi ya. Baru hilang loya-loya tu.
Tapi kan kalau lama sikit lagi tadi, mesti pening-pening pun hilang jugak.”
Faris sudah tersengih nakal. Adawiyah pula menjeling manja.
“EH Jerry kau buat kerja apa ni hah?
Bodoh betul la kau ni. Kau kata yang diorang tu bergaduh. Ni apa semua ni? Aku
tengok betina sial tu masih hidup gembira dengan Faris. Kau ni kan memang tak
guna la.” Hana mengamuk. Habis barang di dalam rumah Jerry dibalingnya. Jerry
pula hanya mengelak daripada menjadi sasaran balingan Hana.
“Relaks
la Hana. Jangan gelabah boleh tak?” Jerry masih lagi berlagak tenang walhal dia
sendiri sudah cuak melihat Hana yang sedang mengamuk itu.”
“Relaks
kau cakap? Hei jantan, aku bayar kau mahal-mahal bukan nak suruh kau relaks tau
tak. Aku bayar kau supaya kau hancurkan rumah tangga diorang tu, faham?
Sekarang ni, diorang tengah bahagia, senang lenang nak dapat anak. Tu kau kata
relaks?, senang lenang nak dapat anak. Tu kau kata relaks?” jerkah Hana. Marah
betul dia apabila melihat Faris dan Adawiyah yang keluar daripada hospital
dengan gembira.
HANA
baru sahaja keluar daripada hospital setelah melawat sahabatnya yang
kemalangan. Kebetulan dia terserempak dengan Faris dan Adawiyah yang juga baru
sahaja keluar dari hospital itu. Faris dan Adawiyah pula langsung tidak perasan
akan kehadirannya. Mereka sedang asyik ketawa sahaja. Hana sengaja berjalan di
hadapan mereka supaya mereka menyedari kehadirannya.
“Eh,
Is tak sangka jumpa you kat sini. What a coincidence or perhaps a fate.” Hana
berlagak manja di hadapan Faris. dia sengaja mencelah di antara Faris dan
Adawiyah. Dia menolak Adawiyah ke tepi dan memeluk tangan Faris.
“I
miss you Is. Kenapa dah lama you tak jumpa I?” Hana melentokkan kepalanya di
atas bahu Faris. Dia tersenyum sinis melihat wajah Adawiyah yang sudah berubah
melihat perlakuannya. Fikirnya dia telah menang dan berjaya menyakitkan hati
Adawiyah tetapi ternyata dia salah apabila Faris menarik tangannya dengan kasar
dan memarahinya.
“Apa
ni Hana? Boleh tak you behave? You tak reti ke yang I ni dah jadi suami
Adawiyah. What’s wrong with you.”
“Is,
kenapa ni? Kenapa you nak marah I? Apa salah I?” Tanya Hana.
Adawiyah
hanya memerhati pergaduhan mereka berdua. Dalam hatinya dia ingin menyumpah
Hana yang tidak reti bahasa itu namun ditahannya memandangkan dia sedang
mengandung. Sangkanya setelah kejadian yang memalukan Hana semasa majlis
resepsi perkahwinannya, dia sudah berhenti untuk mengejar Faris tetapi ternyata
wanita itu tidak kenal erti putus asa.
“Boleh
tak kalau you jangan peluk I macam ni lagi. I hate it. I tak suka. I dah ada
isteri and I love her so much. You tak faham ke? I cintakan isteri I. I never love
you and I will never love you so I harap you boleh move on. Jangan ganggu hidup
I and jangan seksa hidup you. ”
‘Amboi,
marah betul suami aku ni sampai translate apa yang dia cakap. Kalau minah
sengal ni tak faham lagi tak tahu la. Tapi kan, tak malu ke diorang buat drama
swasta kat sini. Hari tu dah buat masa majlis kahwin aku, ni kat tempat kerja
aku pulak.’ Adawiyah memebel seorang diri.
“But
I love you and I will make sure you will be mine baby.” Hana membuat muka
sedih.
‘Ala,
baby la pulak. Cik Hana oiii, lelaki yang awak panggil baby tu dah nak jadi
bapak baby dah. Tak sesuai yang amat la kalau nak dipanggil baby nya.’ Bisik
Adawiyah dalam hati namun matanya masih lagi menyaksikan drama swasta terbitan
Hana Sdn Bhd itu.
“Stop
it Hana. I hate when you say that. I know you tahu yang benda tu takkan
terjadi. Look, I dengan isteri I dah bahagia and we are expecting our baby so I
hope you jangan kacau kami lagi. I harap you bahagia and find your truly loved
one.” Usai Faris berkata-kata, dia menarik Adawiyah dan beredar dari situ. Hana
ditinggalkannya terpinga-pinga.
“What?
Aku takkan biarkan korang bahagia. Aku takkan lepaskan kau Faris. kalau aku tak
dapat kau, aku akan pastikan tak ada siapa yang akan dapatkan kau.” Hana
bermonolog sendiri.
“KAU
dengar sini Jeffry, aku tak kira macam mana pun caranya aku nak kau pisahkan
diorang. Kalau perlu bunuh Adawiyah tu, kau bunuh je betina sial tu. Aku benci
dia. Aku tak nak tengok dia bahagia dengan Faris aku.” Hana sudah mula
mengarah.
“Hana,
kau dah gila ke? Takkan sampai nak bunuh kot. Kau nak masuk dalam ke? Nak
mampus?” Giliran Jerry pula menaikkan suaranya. Geram betul dia dengan perangai
Hana yang suka mengarah dan kemudian mengamuk tak tentu pasal kepadanya.
“Aku
tak peduli. Kalau kena masuk lokap pun aku rela daripada tengok betina sial tu
bahagia. Dia sedap-sedap gembira dengan Faris tapi aku pulak merana kat sini.
Dah bertahun aku ikut Faris tapi dia tak layan aku. Rupa-rupanya sebab betina
sial tu. Aku akan pastikan yang aku akan hancurkan dia.” Hana mengepal penumbuk
menahan marah.
“Masalahnya,
bukan kau sorang je yang masuk dalam la bodoh. Aku pun masuk jugak sebab aku
yang buat kerja kotor kau ni. Kau ingat berbaloi ke?” Jerry masih lagi tidak
bersetuju.
“Dah
tu, kau nak aku buat apa? Tengok je diorang bahagia? Apa kau ingat aku ni
tunggul ke tak ada perasaan?”
“Relaks
la Hana. Aku ada rancangan baik punya. Apa kata kali ni kita hantar gambar
doktor tu pulak kat Faris. kita tengok Faris boleh tahan ke kalau isteri dia
main kayu tiga. Kau percaya la cakap aku. Kalau kita asyik cucuk jarum,
lama-lama diorang akan bergaduh jugak. Diorang takkan bahagia punya. Kau jangan
gelabah sangat la.” Jerry sudah mula merancang pelan jahatnya dengan Hana. Hana
bersetuju dengan cadangan Jerry. Inilah masanya untuk dia melakukan sesuatu
untuk meruntuhkan rumah tangga mereka tetapi dia tidak mahu dipersalahkan jadi
dia akan lakukan secara halus. Akhirnya, Hana dan Jerry sama-sama ketawa dengan
terbahak-bahak.
No comments:
Post a Comment