Friday 4 April 2014

Bab 11



“Tengku Faris, this is our client, Cik Sarah.” Tajul selaku pembantu Faris memperkenalkan mereka.
            Sarah menghulurkan tangannya untuk bersalam namun ditolak lembut oleh Faris. Faris menundukkan kepalanya sedikit untuk memberi hormat.
            “Oh, sorry.” Sarah menarik kembali tangannya dan memberikan senyuman manis kepada Faris.
            “So, can we start our discussion now?” Faris bertanya. Sarah mengangguk sambil membuka failnya. Tajul pula mengeluarkan fail-fail penting daripada beg bimbitnya.
            Faris menerangkan tentang pembangunan projek perumahan yang akan dibangunkan oleh mereka kepada Sarah. Mereka menghabiskan sepanjang pagi itu untuk membincangkan projek itu. Setelah jam menunjukkan pukul dua petang, mereka telah menamatkan mesyuarat mereka.
            “Well, Encik Faris I berminat dengan proposal you ni. I tak sangka lelaki semuda you ni boleh handle projek besar macam. Looks like world have changed now right. Kalau dulu, I tak yakin yang you mampu handle projek ni tapi sekarang I kagum dengan you.” Sarah memuji setelah mereka bersedia  untuk pulang.
            “Thank you Cik Sarah. I pun tak sangka wanita semuda you mampu menguruskan syarikat gergasi macam ni. Tak sangka kan.”
            “Biasa la. I kan anak tunggal so, memang I la yang kena ambil alih syarikat daddy. Tapi I tak sehebat you Encik Faris.” Sarah tersenyum apabila dipuji Faris. Dia sempat memerhati wajah Faris. Ternyata lelaki itu sungguh tampan. Sarah tahu bahawa dia sudah jatuh hati dengan Faris.
            “You guys dah nak balik ke? Apa kata I belanja you guys lunch? Lagipun, kita dah ada dekat restoren ni.” Sarah masih sayang mahu melepaskan Faris pergi apabila melihat Faris sudah bersiap-sedia untuk beredar.
            Faris memandang wajah Sarah yang penuh berharap. Dia melihat jam tangannya kerana dia perlu mengejar penerbangannya.
            “I’m sorry. Flight kami lagi setengah jam. Kami kena rush. Maybe next time.” Faris menolak lembut pelawaan Sarah.
            Wajah Sarah jelas menunjukkan riak  kecewa. Dia sangat berharap dapat meluangkan masa bersama Faris dengan lebih lama. Inilah pertama kali hatinya tertarik kepada seorang lelaki.
            “Well, then you owe me a lunch okay. Next time kalau I pergi KL, you kena belanja I lunch. Boleh?” Sarah masih lagi berharap.
            “Sure, why not.” Faris bersetuju.
Sarah tersenyum gembira. Tajul dan Faris sudah bersedia untuk berangkat ke lapangan terbang. Sarah menemani mereka sehingga ke kereta yang disewa oleh Faris. Ketika mereka berjalan, tiba-tiba Sarah tergelincir. Hampir sahaja dia terjatuh. Nasibnya baik kerana Faris berada di sebelahnya. Faris sempat menarik pinggangnya untuk mengelakkan dia terjatuh namun tindakannya menyebabkan Sarah jatuh ke atas tubuhnya. Tajul yang berada di situ segera membantu mereka.
Are you okay?” Faris bertanya setelah Sarah berjaya berdiri kembali. Sarah hanya menganggukkan kepalanya.
“Macam mana boleh jatuh ni Cik Sarah?” Tajul yang membantu Sarah bangun tadi bertanya.
“I tergelincir tadi. Maybe sebab I pakai stiletto. I’m really sorry.” Sarah memohon maaf. Dia berasa sangat malu kerana terjatuh di atas Faris. Merah padam mukanya.
“It’s okay. Kami faham.” Tajul menjawab bagi pihak Faris. Faris hanya mengangguk dan menepuk seluarnya yang berdebu akibat terjatuh di atas tanah.
Sarah cuba berjalan ke arah Faris untuk memeriksa keadaan Faris memandangkan dia jatuh di atas Faris tadi. Tiba-tiba..
“Aduh.” Sarah mengaduh kesakitan. Faris dan Tajul memandangnya dengan riak yang risau.
“Kenapa?” tanya Faris.
I don’t know. Tiba-tiba kaki I rasa sakit.” Sarah terduduk kembali. Dia menggosok kakinya yang kelihatan bengkak.
Faris menunduk dan melihat kaki Sarah yang bengkak itu. “I rasa you terseliuh Cik Sarah. Tajul, jom kita hantar Cik Sarah ke hospital.” Arah Faris kepada pembantunya. Tajul mengangguk dan membuka pintu kereta manakala Faris memapah Sarah masuk ke dalam kereta.
“Tak apa ke? I takut you guys miss your flight. I boleh call driver I.” Sarah bertanya apabila mereka sudah berada di dalam kereta.
It’s okay. Lagipun, takkan kami nak biarkan Cik Sarah sakit sorang-sorang kat situ. Kita kan kena tolong-menolong sesama manusia.” Faris memberitahu. Tajul yang sedang memandu hanya mengangguk tanda setuju. Sarah tersenyum gembira. Rupanya berbaloi kakinya sakit. Sekurang-kurangnya dia dapat ditemani Faris.
Faris menghantar mesej kepada Adawiyah mengatakan dia terpaksa pulang lewat kerana ada hal kecemasan dan dia akan pulang menaiki pesawat yang seterusnya.

“ADAWIYAH membaca mesej pesanan ringkas suaminya dengan sedih. Dia tidak tahu kenapa dia berasa sangat rindu dengan suaminya ketika ini.
“Apa yang penting sangat sampai kena balik lewat. Dah la kita rindu kat dia. Entah rindu ke tidak dengan kita.” Tiba-tiba Adawiyah beremosi. Dia menangis di dalam pejabatnya sendirian. Habis tisu di dalam kotak digunakannya untuk mengesat hingusnya. Rindu punya pasal, sampai menangis-nangis dia. Nasib baik shiftnya sudah habis. Kalau tidak pasti pesakitnya akan pelik melihat dia yang menangis tiba-tiba. Adawiyah bangun dari kerusi dan menuju ke bilik air untuk mencuci mukanya. Setelah keluar dari bilik air, iPhonenya berdering. Adawiyah menjawab panggilan tanpa melihat siapa yang menelefonnya.
Hello, assalamualaikum.”
“Hai Puan Adawiyah. Kau apa khabar?” Adawiyah mengerutkan dahinya. Suara lelaki di hujung talian.
“Maaf ya, awak ni siapa?” Adawiyah masih keliru. Dia melihat nombor pemanggil itu tetapi dia tidak mengenali nombor itu.
“Kau tak perlu tahu siapa aku. Kau ni memang tak reti bahasa kan. Aku dah berulang kali bagi amaran kat kau yang suami kau tu tak guna tapi kau masih tak percaya ya. Apa ke bodohnya kau ni.” Lelaki di hujung talian itu menjerkahnya.
“Awak ni siapa? Kenapa awak nak fitnah suami saya? Apa masalah awak dengan dia?” bertalu-talu Adawiyah bertanya.
“Aku tak pernah fitnah suami tak guna kau tu. Aku Cuma nak tolong kau supaya kau tak terperangkap dengan jantan macam tu tapi  kau ni bodoh sangat kan. Tak sangka aku. Kau nak tunggu dia dah tidur dengan perempuan lain baru kau nak menyesal kan. Bodoh.” Lelaki itu ketawa berdekah-dekah.
“Apa maksud kau ni?” Adawiyah juga sudah menggunakan kata ganti kau dan aku kerana terlampau marah.
“Suami kesayangan kau yang tak guna tu tak ada kat KL kan sekarang. Dia ada kat Pulau Pinang kan. Kau ingat dia buat apa kat sana hah?” Lelaki itu menyindirnya.
“Suami aku kerja la. Dia bukannya tak ada kerja macam kau yang asyik nak kacau rumah tangga orang je.” Marah Adawiyah. Naik turun dadanya menahan marah.
“Ya ke? Bukan dia pergi sana nak jumpa kekasih gelap dia?” sekali lagi lelaki itu ketawa kuat. Adawiyah terkejut mendengar ketawa jahat lelaki itu.
“Apa maksud kau?” Adawiyah masih lagi tidak memahami maksud lelaki itu.
“Macam ni lah doktor bodoh. Aku kesian dengan kau sebenarnya sebab kau dah kena tipu dengan suami tak guna kau tu. Kalau kau nak tahu, dia bukan je pergi kerja kat Pulau Pinang tu tapi dia pergi jumpa kekasih gelap dia. Aku tahu kau takkan percaya sebab kau kan isteri solehah yang percaya seratus peratus kat suami kau tu kan. Jadi, aku akan bagi bukti kat kau la. Kejap lagi aku akan hantar gambar affair suami kau pada kau. Kau tenung la gambar tu puas-puas ya. Tapi kalau kau masih tak percaya, kau memang bodoh la.” Lelaki itu terus menamatkan panggilan sebelum sempat Adawiyah menjawab.
Seminit kemudian, Adawiyah menerima MMS daripada lelaki itu. Dia membuka imej yang dihantar lelaki itu dan ternyata imej itu merupakan gambar seorang wanita berada di atas badan suaminya. Menitis air mata Adawiyah melihat gambar itu. Dia tidak percaya suaminya sanggup melakukan perkara itu. Hatinya bagaikan ditoreh dengan pisau belati. Adawiyah berasa nafasnya sesak. Dia perlu keluar daripada pejabatnya. Dia perlu keluar daripada hospital itu. Kepalanya sudah mula berdenyut-denyut. Adawiyah bingkas bangun dan mengambil beg tangannya dan keluar dari pejabatnya.
Tiba-tiba Adawiyah melihat seperti dunia di sekelilingnya berpusing. Adawiyah masih cuba berjalan namun dia berasa gelap sahaja. Adawiyah terjatuh di situ. Dia hanya sempat mendengar seseorang memanggil namanya. Kemudian dia tidak sedarkan diri.
Adawiyah membuka matanya tetapi terasa seperti berat sahaja. Dia mendengar suara orang bercakap-cakap di tepinya. Adawiyah menggagahkan dirinya untuk membuka matanya. Dilihat Maria sedang bercakap dengan Farhan. Mereka kelihatan bercakap sesuatu yang sangat serius.
“Maria…” Adawiyah memanggil Maria. Maria yang sedang bercakap dengan Farhan menoleh dan tersenyum kepada Adawiyah.
“Kau dah sedar? Baguslah. Runsing aku bila abang An call aku kata kau pengsan. Kau ni kan minah, geram betul aku. Hari tu aku suruh kau check, kau tak buat kan?” Seperti biasa Maria membebel kepada Adawiyah dengan suara speakernya itu. Farhan hanya menggeleng melihat perangai adiknya itu.
“Apa maksud kau ni?” Adawiyah mengerutkan dahinya kerana tidak memahami maksud Maria.
“Kau mengandunglah minah. Dah sebulan.” Maria memberitahu berita gembira itu dengan gembira. Adawiyah terkejut mendengar berita itu. Dia tidak tahu samada dia harus gembira atau sedih dengan berita itu setelah apa yang dilihatnya tadi.
“Kenapa ni Adawiyah? Awak nampak tak gembira je?” Farhan yang berdiam diri dari tadi bersuara. Adawiyah hanya menggelengkan kepalanya.
“Tu la. Pelik betul minah ni. Hah, satu lagi. Abang kata kau ni stress sangat. Tekanan darah kau rendah. Kenapa hah? Kau fikir apa?”
“Tak adalah. Mungkin stress pasal kerja agaknya.” Adawiyah berdalih. Maria melihat Adawiyah dengan riak curiga. Dia kenal benar wajah Adawiyah apabila dia mempunyai masalah. Pasti ada sesuatu yang berlaku. Maria akan mencungkil perkara itu nanti.
“Awak rehatlah dulu Adawiyah. Saya dah call Faris tapi dia ada kat Pulau Pinang kan. Dia akan terus datang ke sini selepas dia sampai KLIA dia cakap.” Farhan memberitahu.
“Doktor Farhan, awak beritahu dia ke pasal ni?” Adawiyah bertanya dengan terkejut. Kalau boleh dia tidak mahu Faris tahu bahawa dia mengandung.
“Tak. Saya faham Adawiyah. Saya tahu, awak mesti nak beritahu dia sendiri tentang hal ni kan.” Farhan tersenyum.
“Kalau boleh saya nak minta korang berdua rahsiakan benda ni dari dia. Tolong jangan beritahu dia tentang hal ni sampai bila-bila.” Adawiyah meminta. Dia memandang Maria dan Farhan bersilih ganti. Marian dan Farhan masing-masing berpandangan sesama sendiri dan memandang Adawiyah dengan pelik.
“Tapi kenapa beb?” Maria bertanya.
Please.” Adawiyah memohon sehinggalah mereka berdua mengangguk lambat-lambat.
Adawiyah tersenyum lemah. Dia bangun lambat-lambat memandangkan kepalanya masih lagi berdenyut.
“Kau nak pergi mana ni?” Maria pelik dengan tidakan Adawiyah.
“Kau kan lemah lagi. Rehatlah dulu. Nanti Faris datang ambil kau karang.”
“Aku cakap aku nak balik.” Tegas Adawiyah. Farhan hanya menganggukkan kepada adiknya tanda supaya mengikut sahaja kehendak Adawiyah.
“Okey, tapi aku hantar kau balik. Kau lemah lagi ni.” Maria memberi kata putus. Adawiyah mengangguk. Lagipun, dia tahu dia takkan mampu untuk memandu dalam keadaanya seperti itu. Keretanya boleh ditinggalkan sahaja di hospital.
“Saya bagi awak rehat tiga hari Adawiyah. Awak boleh cuti.” Farhan memberitahu semasa Adawiyah bersedia untuk keluar dari wad dipapah oleh Maria.
Thank you for your understanding.” Farhan mengangguk sahaja.

“KAU ni kenapa. Kalau kau ada masalah, kau  share je dengan aku. Kau kan tahu kita tak pernah berahsia selama ni.” Maria memulakan perbualan ketika mereka berdua dalam perjalanan pulang.
Adawiyah menangis mendengar kata-kata Maria. Mudah benar air matanya tumpah semenjak kebelakangan ini. Mungkin pembawakan budak.
“Hish, apa nangis ni? Dah, jangan nangis. Nanti anak sedara aku pun jadi manja macam mak dia jugak.” Maria bergurau.
Adawiyah ketawa perlahan mendengar gurauan Maria.
“Maria, kaulah kawan aku yang terbaik dunia dan akhirat. Kau seorang je yang faham aku, yang boleh gembirakan aku masa aku sedih, yang selalu protect aku bila aku ada masalah, yang selalu dengar masalah aku. Aku sayang kau Maria.” Adawiyah berkata sambil mengesat matanya yang berair.
“Ya, aku tahu. Aku kan guardian angel kau. Dah, jangan nangis. Tak boleh aku nak concentrate memandu ni. Cuba kau cerita kat aku apa yang dah jadi sebenarnya ni?” Maria masih lagi bertanya.
Adawiyah menceritakan apa yang berlaku dari awal hingga akhir. Maria terkejut mendengar cerita itu sehingga dia terpaksa memberhentikan keretanya di pinggir jalan.
“Ada orang dengki dengan korang kot. Takkan la Faris nak buat kau macam tu.” Maria masih mempertahankan Faris. Setahunya Faris bukanlah orang seperti itu.
“Mula-mula aku fikir macam tu tapi orang tu siap bagi bukti Maria. Kalau kau tak percaya, kau boleh tengok.” Adawiyah mengeluarkan iPhonenya dan diberi kepada Maria. Terlopong mulut Maria melihat gambar itu.
“Entah-entah ni gambar super imposed kot.” Maria masih tak percaya.
“Tak mungkin. Gambar ni baru je diambil tengah hari tadi. Lagipun, dia ambil pakai phone. Mana sempat nak edit gambar ni. Lagipun, tadi tiba-tiba je Faris call aku yang dia tak boleh balik ikut jadual dia. Dia pergi jumpa perempuan ni la.” Adawiyah menangis sekali lagi.
“Adawiyah, sekarang ni kau tengah emosi. Kau tak boleh fikir dengan betul. Apa kata kau tanya dia dulu. Jangan buat spekulasi kau sendiri. Nanti kau juga yang menyesal. Mana tau memang betul ada orang dengki dengan korang dan nak pisahkan korang. Kau fikir betul-betul. Kau jangan cepat melatah.” Maria menasihati Adawiyah.
“Dia nak mengaku ke?”
“Kalau dia tak buat, dia takkan mengaku. Kau bincang dulu dengan dia.”

“Entahlah Maria. Aku rasa tertekan sangat sekarang ni. Aku rasa aku tak boleh kawal emosi aku kalau aku tanya dia. Biarlah dulu. Aku nak balik Kelantan. Aku nak tenangkan fikiran aku. Aku tak nak fikir pasal ni. Kau sendiri yang cakap kalau aku stress bahaya kat baby.” Adawiyah membuat keputusan. Maria hanya mengangguk. Dia memulakan kembali perjalanan mereka untuk menghantar Adawiyah pulang. Dia berharap Adawiyah  boleh berfikir dengan tenang dan membuat keputusan yang tepat. Dia tidak mahu rumah tangga sahabatnya yang baru sahaja menginjak usia dua bulan itu goyah.