“Tengku Faris, this is our client, Cik Sarah.” Tajul
selaku pembantu Faris memperkenalkan mereka.
Sarah menghulurkan tangannya untuk bersalam namun ditolak
lembut oleh Faris. Faris menundukkan kepalanya sedikit untuk memberi hormat.
“Oh, sorry.”
Sarah menarik kembali tangannya dan memberikan senyuman manis kepada Faris.
“So, can we start
our discussion now?” Faris bertanya. Sarah mengangguk sambil membuka
failnya. Tajul pula mengeluarkan fail-fail penting daripada beg bimbitnya.
Faris menerangkan tentang pembangunan projek perumahan
yang akan dibangunkan oleh mereka kepada Sarah. Mereka menghabiskan sepanjang
pagi itu untuk membincangkan projek itu. Setelah jam menunjukkan pukul dua
petang, mereka telah menamatkan mesyuarat mereka.
“Well, Encik
Faris I berminat dengan proposal you ni. I tak sangka lelaki semuda you ni boleh handle projek besar macam. Looks
like world have changed now right. Kalau dulu, I tak yakin yang you
mampu handle projek ni tapi sekarang I kagum dengan you.” Sarah memuji setelah mereka bersedia untuk pulang.
“Thank you Cik
Sarah. I pun tak sangka wanita semuda
you mampu menguruskan syarikat gergasi macam ni. Tak sangka kan.”
“Biasa la. I kan
anak tunggal so, memang I la yang kena ambil alih syarikat daddy. Tapi I tak sehebat you Encik Faris.” Sarah tersenyum apabila dipuji
Faris. Dia sempat memerhati wajah Faris. Ternyata lelaki itu sungguh tampan.
Sarah tahu bahawa dia sudah jatuh hati dengan Faris.
“You guys dah
nak balik ke? Apa kata I belanja you guys lunch? Lagipun, kita dah ada
dekat restoren ni.” Sarah masih sayang mahu melepaskan Faris pergi apabila melihat
Faris sudah bersiap-sedia untuk beredar.
Faris memandang wajah Sarah yang penuh berharap. Dia
melihat jam tangannya kerana dia perlu mengejar penerbangannya.
“I’m sorry. Flight
kami lagi setengah jam. Kami kena rush.
Maybe next time.” Faris menolak lembut pelawaan Sarah.
Wajah Sarah jelas menunjukkan riak kecewa. Dia sangat berharap dapat meluangkan
masa bersama Faris dengan lebih lama. Inilah pertama kali hatinya tertarik
kepada seorang lelaki.
“Well, then you owe
me a lunch okay. Next time kalau I pergi KL, you kena belanja I lunch.
Boleh?” Sarah masih lagi berharap.
“Sure, why not.”
Faris bersetuju.
Sarah
tersenyum gembira. Tajul dan Faris sudah bersedia untuk berangkat ke lapangan
terbang. Sarah menemani mereka sehingga ke kereta yang disewa oleh Faris.
Ketika mereka berjalan, tiba-tiba Sarah tergelincir. Hampir sahaja dia
terjatuh. Nasibnya baik kerana Faris berada di sebelahnya. Faris sempat menarik
pinggangnya untuk mengelakkan dia terjatuh namun tindakannya menyebabkan Sarah
jatuh ke atas tubuhnya. Tajul yang berada di situ segera membantu mereka.
“Are you okay?” Faris bertanya setelah
Sarah berjaya berdiri kembali. Sarah hanya menganggukkan kepalanya.
“Macam
mana boleh jatuh ni Cik Sarah?” Tajul yang membantu Sarah bangun tadi bertanya.
“I
tergelincir tadi. Maybe sebab I pakai stiletto.
I’m really sorry.” Sarah memohon maaf. Dia berasa sangat malu kerana
terjatuh di atas Faris. Merah padam mukanya.
“It’s okay.
Kami faham.” Tajul menjawab bagi pihak Faris. Faris hanya mengangguk dan menepuk
seluarnya yang berdebu akibat terjatuh di atas tanah.
Sarah
cuba berjalan ke arah Faris untuk memeriksa keadaan Faris memandangkan dia
jatuh di atas Faris tadi. Tiba-tiba..
“Aduh.”
Sarah mengaduh kesakitan. Faris dan Tajul memandangnya dengan riak yang risau.
“Kenapa?”
tanya Faris.
“I don’t know. Tiba-tiba kaki I rasa sakit.” Sarah terduduk kembali.
Dia menggosok kakinya yang kelihatan bengkak.
Faris
menunduk dan melihat kaki Sarah yang bengkak itu. “I rasa you terseliuh Cik
Sarah. Tajul, jom kita hantar Cik Sarah ke hospital.” Arah Faris kepada
pembantunya. Tajul mengangguk dan membuka pintu kereta manakala Faris memapah
Sarah masuk ke dalam kereta.
“Tak
apa ke? I takut you guys miss your flight. I boleh call driver I.”
Sarah bertanya apabila mereka sudah berada di dalam kereta.
“It’s okay. Lagipun, takkan kami nak
biarkan Cik Sarah sakit sorang-sorang kat situ. Kita kan kena tolong-menolong
sesama manusia.” Faris memberitahu. Tajul yang sedang memandu hanya mengangguk
tanda setuju. Sarah tersenyum gembira. Rupanya berbaloi kakinya sakit.
Sekurang-kurangnya dia dapat ditemani Faris.
Faris
menghantar mesej kepada Adawiyah mengatakan dia terpaksa pulang lewat kerana
ada hal kecemasan dan dia akan pulang menaiki pesawat yang seterusnya.
“ADAWIYAH
membaca mesej pesanan ringkas suaminya dengan sedih. Dia tidak tahu kenapa dia
berasa sangat rindu dengan suaminya ketika ini.
“Apa
yang penting sangat sampai kena balik lewat. Dah la kita rindu kat dia. Entah
rindu ke tidak dengan kita.” Tiba-tiba Adawiyah beremosi. Dia menangis di dalam
pejabatnya sendirian. Habis tisu di dalam kotak digunakannya untuk mengesat
hingusnya. Rindu punya pasal, sampai menangis-nangis dia. Nasib baik shiftnya sudah habis. Kalau tidak pasti
pesakitnya akan pelik melihat dia yang menangis tiba-tiba. Adawiyah bangun dari
kerusi dan menuju ke bilik air untuk mencuci mukanya. Setelah keluar dari bilik
air, iPhonenya berdering. Adawiyah menjawab panggilan tanpa melihat siapa yang
menelefonnya.
“Hello, assalamualaikum.”
“Hai
Puan Adawiyah. Kau apa khabar?” Adawiyah mengerutkan dahinya. Suara lelaki di
hujung talian.
“Maaf
ya, awak ni siapa?” Adawiyah masih keliru. Dia melihat nombor pemanggil itu
tetapi dia tidak mengenali nombor itu.
“Kau
tak perlu tahu siapa aku. Kau ni memang tak reti bahasa kan. Aku dah berulang
kali bagi amaran kat kau yang suami kau tu tak guna tapi kau masih tak percaya
ya. Apa ke bodohnya kau ni.” Lelaki di hujung talian itu menjerkahnya.
“Awak
ni siapa? Kenapa awak nak fitnah suami saya? Apa masalah awak dengan dia?” bertalu-talu
Adawiyah bertanya.
“Aku
tak pernah fitnah suami tak guna kau tu. Aku Cuma nak tolong kau supaya kau tak
terperangkap dengan jantan macam tu tapi
kau ni bodoh sangat kan. Tak sangka aku. Kau nak tunggu dia dah tidur
dengan perempuan lain baru kau nak menyesal kan. Bodoh.” Lelaki itu ketawa
berdekah-dekah.
“Apa
maksud kau ni?” Adawiyah juga sudah menggunakan kata ganti kau dan aku kerana
terlampau marah.
“Suami
kesayangan kau yang tak guna tu tak ada kat KL kan sekarang. Dia ada kat Pulau
Pinang kan. Kau ingat dia buat apa kat sana hah?” Lelaki itu menyindirnya.
“Suami
aku kerja la. Dia bukannya tak ada kerja macam kau yang asyik nak kacau rumah
tangga orang je.” Marah Adawiyah. Naik turun dadanya menahan marah.
“Ya
ke? Bukan dia pergi sana nak jumpa kekasih gelap dia?” sekali lagi lelaki itu
ketawa kuat. Adawiyah terkejut mendengar ketawa jahat lelaki itu.
“Apa
maksud kau?” Adawiyah masih lagi tidak memahami maksud lelaki itu.
“Macam
ni lah doktor bodoh. Aku kesian dengan kau sebenarnya sebab kau dah kena tipu
dengan suami tak guna kau tu. Kalau kau nak tahu, dia bukan je pergi kerja kat
Pulau Pinang tu tapi dia pergi jumpa kekasih gelap dia. Aku tahu kau takkan
percaya sebab kau kan isteri solehah yang percaya seratus peratus kat suami kau
tu kan. Jadi, aku akan bagi bukti kat kau la. Kejap lagi aku akan hantar gambar
affair suami kau pada kau. Kau tenung
la gambar tu puas-puas ya. Tapi kalau kau masih tak percaya, kau memang bodoh
la.” Lelaki itu terus menamatkan panggilan sebelum sempat Adawiyah menjawab.
Seminit
kemudian, Adawiyah menerima MMS daripada lelaki itu. Dia membuka imej yang
dihantar lelaki itu dan ternyata imej itu merupakan gambar seorang wanita berada
di atas badan suaminya. Menitis air mata Adawiyah melihat gambar itu. Dia tidak
percaya suaminya sanggup melakukan perkara itu. Hatinya bagaikan ditoreh dengan
pisau belati. Adawiyah berasa nafasnya sesak. Dia perlu keluar daripada
pejabatnya. Dia perlu keluar daripada hospital itu. Kepalanya sudah mula
berdenyut-denyut. Adawiyah bingkas bangun dan mengambil beg tangannya dan
keluar dari pejabatnya.
Tiba-tiba
Adawiyah melihat seperti dunia di sekelilingnya berpusing. Adawiyah masih cuba
berjalan namun dia berasa gelap sahaja. Adawiyah terjatuh di situ. Dia hanya
sempat mendengar seseorang memanggil namanya. Kemudian dia tidak sedarkan diri.
Adawiyah
membuka matanya tetapi terasa seperti berat sahaja. Dia mendengar suara orang
bercakap-cakap di tepinya. Adawiyah menggagahkan dirinya untuk membuka matanya.
Dilihat Maria sedang bercakap dengan Farhan. Mereka kelihatan bercakap sesuatu
yang sangat serius.
“Maria…”
Adawiyah memanggil Maria. Maria yang sedang bercakap dengan Farhan menoleh dan
tersenyum kepada Adawiyah.
“Kau
dah sedar? Baguslah. Runsing aku bila abang An call aku kata kau pengsan. Kau ni kan minah, geram betul aku. Hari tu
aku suruh kau check, kau tak buat
kan?” Seperti biasa Maria membebel kepada Adawiyah dengan suara speakernya itu. Farhan hanya menggeleng
melihat perangai adiknya itu.
“Apa
maksud kau ni?” Adawiyah mengerutkan dahinya kerana tidak memahami maksud
Maria.
“Kau
mengandunglah minah. Dah sebulan.” Maria memberitahu berita gembira itu dengan
gembira. Adawiyah terkejut mendengar berita itu. Dia tidak tahu samada dia
harus gembira atau sedih dengan berita itu setelah apa yang dilihatnya tadi.
“Kenapa
ni Adawiyah? Awak nampak tak gembira je?” Farhan yang berdiam diri dari tadi
bersuara. Adawiyah hanya menggelengkan kepalanya.
“Tu
la. Pelik betul minah ni. Hah, satu lagi. Abang kata kau ni stress sangat. Tekanan
darah kau rendah. Kenapa hah? Kau fikir apa?”
“Tak
adalah. Mungkin stress pasal kerja agaknya.” Adawiyah berdalih. Maria melihat
Adawiyah dengan riak curiga. Dia kenal benar wajah Adawiyah apabila dia
mempunyai masalah. Pasti ada sesuatu yang berlaku. Maria akan mencungkil
perkara itu nanti.
“Awak
rehatlah dulu Adawiyah. Saya dah call Faris
tapi dia ada kat Pulau Pinang kan. Dia akan terus datang ke sini selepas dia
sampai KLIA dia cakap.” Farhan memberitahu.
“Doktor
Farhan, awak beritahu dia ke pasal ni?” Adawiyah bertanya dengan terkejut. Kalau
boleh dia tidak mahu Faris tahu bahawa dia mengandung.
“Tak.
Saya faham Adawiyah. Saya tahu, awak mesti nak beritahu dia sendiri tentang hal
ni kan.” Farhan tersenyum.
“Kalau
boleh saya nak minta korang berdua rahsiakan benda ni dari dia. Tolong jangan
beritahu dia tentang hal ni sampai bila-bila.” Adawiyah meminta. Dia memandang
Maria dan Farhan bersilih ganti. Marian dan Farhan masing-masing berpandangan
sesama sendiri dan memandang Adawiyah dengan pelik.
“Tapi
kenapa beb?” Maria bertanya.
“Please.” Adawiyah memohon sehinggalah
mereka berdua mengangguk lambat-lambat.
Adawiyah
tersenyum lemah. Dia bangun lambat-lambat memandangkan kepalanya masih lagi
berdenyut.
“Kau
nak pergi mana ni?” Maria pelik dengan tidakan Adawiyah.
“Kau
kan lemah lagi. Rehatlah dulu. Nanti Faris datang ambil kau karang.”
“Aku
cakap aku nak balik.” Tegas Adawiyah. Farhan hanya menganggukkan kepada adiknya
tanda supaya mengikut sahaja kehendak Adawiyah.
“Okey,
tapi aku hantar kau balik. Kau lemah lagi ni.” Maria memberi kata putus. Adawiyah
mengangguk. Lagipun, dia tahu dia takkan mampu untuk memandu dalam keadaanya
seperti itu. Keretanya boleh ditinggalkan sahaja di hospital.
“Saya
bagi awak rehat tiga hari Adawiyah. Awak boleh cuti.” Farhan memberitahu semasa
Adawiyah bersedia untuk keluar dari wad dipapah oleh Maria.
“Thank you for your understanding.”
Farhan mengangguk sahaja.
“KAU
ni kenapa. Kalau kau ada masalah, kau share je dengan aku. Kau kan tahu kita tak
pernah berahsia selama ni.” Maria memulakan perbualan ketika mereka berdua
dalam perjalanan pulang.
Adawiyah
menangis mendengar kata-kata Maria. Mudah benar air matanya tumpah semenjak
kebelakangan ini. Mungkin pembawakan budak.
“Hish,
apa nangis ni? Dah, jangan nangis. Nanti anak sedara aku pun jadi manja macam
mak dia jugak.” Maria bergurau.
Adawiyah
ketawa perlahan mendengar gurauan Maria.
“Maria,
kaulah kawan aku yang terbaik dunia dan akhirat. Kau seorang je yang faham aku,
yang boleh gembirakan aku masa aku sedih, yang selalu protect aku bila aku ada masalah, yang selalu dengar masalah aku. Aku
sayang kau Maria.” Adawiyah berkata sambil mengesat matanya yang berair.
“Ya,
aku tahu. Aku kan guardian angel kau.
Dah, jangan nangis. Tak boleh aku nak concentrate
memandu ni. Cuba kau cerita kat aku apa yang dah jadi sebenarnya ni?” Maria
masih lagi bertanya.
Adawiyah
menceritakan apa yang berlaku dari awal hingga akhir. Maria terkejut mendengar
cerita itu sehingga dia terpaksa memberhentikan keretanya di pinggir jalan.
“Ada
orang dengki dengan korang kot. Takkan la Faris nak buat kau macam tu.” Maria
masih mempertahankan Faris. Setahunya Faris bukanlah orang seperti itu.
“Mula-mula
aku fikir macam tu tapi orang tu siap bagi bukti Maria. Kalau kau tak percaya,
kau boleh tengok.” Adawiyah mengeluarkan iPhonenya dan diberi kepada Maria. Terlopong
mulut Maria melihat gambar itu.
“Entah-entah
ni gambar super imposed kot.” Maria
masih tak percaya.
“Tak
mungkin. Gambar ni baru je diambil tengah hari tadi. Lagipun, dia ambil pakai phone. Mana sempat nak edit gambar ni. Lagipun,
tadi tiba-tiba je Faris call aku yang
dia tak boleh balik ikut jadual dia. Dia pergi jumpa perempuan ni la.” Adawiyah
menangis sekali lagi.
“Adawiyah,
sekarang ni kau tengah emosi. Kau tak boleh fikir dengan betul. Apa kata kau
tanya dia dulu. Jangan buat spekulasi kau sendiri. Nanti kau juga yang
menyesal. Mana tau memang betul ada orang dengki dengan korang dan nak pisahkan
korang. Kau fikir betul-betul. Kau jangan cepat melatah.” Maria menasihati
Adawiyah.
“Dia
nak mengaku ke?”
“Kalau
dia tak buat, dia takkan mengaku. Kau bincang dulu dengan dia.”
“Entahlah
Maria. Aku rasa tertekan sangat sekarang ni. Aku rasa aku tak boleh kawal emosi
aku kalau aku tanya dia. Biarlah dulu. Aku nak balik Kelantan. Aku nak
tenangkan fikiran aku. Aku tak nak fikir pasal ni. Kau sendiri yang cakap kalau
aku stress bahaya kat baby.” Adawiyah
membuat keputusan. Maria hanya mengangguk. Dia memulakan kembali perjalanan
mereka untuk menghantar Adawiyah pulang. Dia berharap Adawiyah boleh berfikir dengan tenang dan membuat
keputusan yang tepat. Dia tidak mahu rumah tangga sahabatnya yang baru sahaja
menginjak usia dua bulan itu goyah.
BEST 3X.
ReplyDeleteBEST ... nak sambungan lagi ..:D
ReplyDeletehidup brmhtgga mmg xsnts indah...kjujuran & komunikasi amat pntg...snts bdoa..Allah pasti akn mlindungi...good job cik writer...xsabar nk bc next n3
ReplyDeletesuka citer ni...bl nk smbung cik pnulis?....xsbr nk tahu kisah hati sterusnya...
ReplyDeleteThink wisely Dr. Adawiyah n act like an adult.
ReplyDeletenak lg tp nape lambat utk next entry yerr..
ReplyDeleteNak N3 lagi. sapa la yang dengki sgt ngn adawiyah. rasa mcm farhan je yg send gmbr tue. bila nk smbg cik penulis x sabar nk tggu apa yg akn berlaku? :)
ReplyDelete