SUDAH dua minggu berlalu dan Adawiyah masih menerima mesej daripada orang yang tidak dikenalinya itu. Adawiyah langsung tidak kisah tentang mesej itu kerana setakat ini suaminya langsung tidak menunjukkan apa-apa perubahan. Suaminya selalu pulang awal dan mereka makin lama makin mesra. Dia tidak percaya suaminya itu mempunya kekasih gelap di luar. Dia pasti ada orang yang tidak gembira mereka bersama.
Esok,
Faris akan berangkat ke Pulau Pinang untuk menghadiri mesyuarat dengan cawangan
syarikat di sana. Banyak perkara yang perlu diuruskan. Adawiyah pula tidak
boleh mengikuti suaminya kerana dia terpaksa bekerja. Kerja sebagai doktor ini
menuntut dia untuk sentiasa berjaga-jaga. Bila-bila masa dia akan dipanggil
apabila terdapat kecemasan. Semenjak berkahwin sahaja, sudah lima kali Adawiyah
dipanggil pada pukul tiga pagi kerana kecemasan. Faris tidak pula merungut dan
dia siap menemani isterinya ke hospital. Pejabat Adawiyah menjadi bilik tidur
keduanya jika Adawiyah terpaksa bekerja lebih masa. Dia lebih rela tidur di
hospital daripada membiarkan isterinya memandu seorang diri ke hospital pada
awal pagi.
Adawiyah
sedang mengemas baju-baju Faris di dalam bilik. Faris pula sedang tidur di atas
paha isterinya. Manjanya masih tidak habis-habis.
“Sayang
betul ke tak nak ikut abang pergi Pulau Pinang esok?” Faris bertanya sambil
tangannya ralit bermain-main dengan hujung baju Adawiyah.
“Bukan
Adawiyah tak nak ikut abang tapi Adawiyah kan kerja. Takkan nak minta cuti
lagi. Hari tu dah sebulan minta cuti sebab kononnya abang nak bermanja
puas-puas dulu la, nak honeymoon
lama-lama la. Takkan nak minta cuti lagi. Hospital tu bukan Adawiyah yang punya
tapi Doktor Farhan tu yang punya.” Adawiyah mencubit pipi suaminya yang sudah
memuncung.
“Ala,
mesti abang rindu dengan sayang. Dua hari tak jumpa rasa macam dua tahun je.”
Faris masih dengan muncungnya.
“Nanti,
Adawiyah bagi abang ubat rindu nak?” Adawiyah tersenyum nakal.
Faris
menaikkan keningnya sebelah ala-ala Ziana Zain. Adawiyah tersenyum. Adawiyah
mendekati wajah suaminya dan mengucup bibir suaminya sekejap. Faris tersengih
dengan tindakan spontan Adawiyah. Baru sahaja Adawiyah ingin mengangkat
mukanya, Faris menarik tangan Adawiyah menyebabkan kepalanya badannya bergerak
ke hadapan. Faris mengucup bibir isterinya lama. Lima minit kemudian, Faris
melepaskan tangan isterinya. Muka Adawiyah sudah merah padam.
“Macam
tu baru namanya ubat rindu. Takkan doktor tak tahu. Yang tadi tu bukan ubat
tu.” Faris tersengih nakal. Tangannya mula nakal merayap ke paha isterinya.
“Abang…”
Adawiyah melarang suaminya. Faris terus muncung.
“Nanti
dua hari tak jumpa mesti rindu. Takkan tak boleh nak manja-manja.” Faris sudah
mula dengan rajuknya. Kadang-kadang rajuk Faris ini mengalahkan rajuk anak-anak
alongnya, Zakri dan Zakira.
“Kan
Adawiyah tengah kemas baju ni. Sabar la. Nanti tak sempat pula esok. Flight abang kan pagi.” Adawiyah
memujuk.
Faris
sudah tersenyum mendengar pujukan isterinya. Dia segera bangun dan duduk tegak.
Diambilnya bajunya yang sedang dilipat isterinya. “Meh, abang tolong. Nanti
cepat sikit siap. Lepas ni boleh manja-manja pulak.” Faris mengenyitkan matanya
kepada Adawiyah. Adawiyah hanya menggeleng sahaja. Faham dah maksud manja-manja
suaminya itu.
“AMBOI
abang Is. Nak pergi Pulau Pinang dua hari pun dah sedih ke. Baru dua hari bang
oi, bukannya dua minggu.” Tengku Maisara mengusik Faris yang sedang monyok di
meja makan. Setiap pagi mereka bersarapan bersama-sama cuma hari ni Tengku
Afzarizal tiada kerana terdapat panggilan kecemasan pagi tadi.
“Diamlah
mak buyung.” Faris memarahi adiknya yang sudah ketawa terbahak-bahak. Adawiyah
hanya senyum sahaja sambil menuang jus oren untuk suaminya. Tengku Hamid dan
Tengku Fatimah pula sudah ketawa namun tidaklah sekuat ketawa Tengku Maisara.
“Ala,
orang tua sedih. Huduhnya.” Tengku Maisara masih mengejek abangnya. Sudah lama
mereka tidak bergurau seperti ini. Kalau dulu, jangan haraplah Faris ingin
berborak seperti ini setiap pagi. Selepas berkahwin, barulah Faris berubah
seratus peratus. Semakin manja, semakin nakal san kuat mengusik. Villa besar
ini juga sudah kembali berseri seperti dahulu. Orang bahagia dapat kahwin
dengan perempuan pujaanlah katakan.
“Sayang,
tengok Mai tu.” Faris mengadu kepada isterinya. Adawiyah hanya menggelengkan
kepalanya.
“Hish,
macam budak-budaklah korang berdua ni. Dah makan cepat. Flight pukul berapa Is?”
Tengku Hamid bertindak sebagai pendamai. Tengku Maisara menjelirkan lidahnya
kepada Faris dan Faris membalasnya dengan jelingan maut.
“Pukul
sembilan pa tapi kena pergi awal la sikit.” Faris menjawab.
“Pergi
dengan siapa?”
“Isteri
kesayangan Is la. Nak manja puas-puas dulu sebelum naik kapal terbang. Takut tak
boleh tidur kat sana nanti. Maklumlah, tak biasa tidur sorang-sorang. Selalunya
ada yang boleh peluk kita malam-malam. Ni kena tidur sorang-sorang kan.” Faris
memeluk bahu isterinya. Adawiyah yang sedang minum itu tersedak. Terkejut
dengan kenyataan suaminya itu. Tak malu betul. Faris hanya berlagak selamba dan
menggosok belakang isterinya. Tengku Maisara mencebik. Geli dengan perangai
gatal abanngnya yang semakin menjadi-jadi ni.
‘Nasib
baik dah kahwin. Kalau tak kahwin, memang boleh gila meroyan abang aku ni.’
Detik hati Tengku Maisara.
“Kenapa
boleh tersedak ni. Ada orang sebut nama sayang ke?” Faris bergurau. Adwiyah
mencubit paha suaminya.
“Adoiii…”
Faris menjerit sambil menggosok pahanya.
“Kenapa
Is?” Tengku Fatimah bertanya. Pelik dengan perangai anak terunanya itu.
“Kaki
dia tersepak meja kot mama.” Adawiyah menjawab. Tengku Maisara sudah ketawa
terkekek-kekek. Dia nampak kakak iparnya mencubit paha abangnya tadi.
‘Padan
muka. Gatal sangat. Depan mama papa pun nak menggatal. Tak malu betul.’ Getus
Adawiyah dalam hati.
Setelah
bersalaman dengan semua orang, Faris dan Adawiyah bertolak ke KLIA. Mereka ke
sana dengan Toyota Camry putih milik Adawiyah. Faris memandu dengan tenang.
“Abang,
sampai sana nanti jangan lupa telefon tau.” Adawiyah mengingatkan suaminya.
“Ya,
sayang. Takkan dah rindu kot.” Faris mencuit dagu isterinya.
“Hish,
tak adalah. Entah kenapa dua tiga hari ni rasa macam pelik je. Macam benda tak
elok nak jadi.” Adawiyah meluahkan apa yang terkandung di dalam benaknya.
“Kenapa?”
Faris menyoal.
“Entahlah.
Mata kiri Adawiyah ni asyik berkelip je sejak dua tiga hari ni. Orang tua-tua
kata kalau mata kiri asyik berkelip tandanya ada benda buruk nak jadi.”
Adawiyah bercerita. Teringat lagi cerita tok manya dulu tentang pantang larang
orang tua.
“Hish,
mengarutlah sayang. Ada ke percaya benda-benda
macam tu. Masa umi tegur jangan nyanyi kat dapur tu, tak dengar pulak.
Kata tak percayalah.” Faris menyedapkan hati Adawiyah.
“Tu
lain. Tapi dua tiga hari ni memang tak sedap hatilah abang. Abang hati-hati ya
pergi sana nanti.” Adawiyah masih lagi gusar.
“Yalah.
Dah jangan fikir yang bukan-bukan. Kalau tak sedap hati balik kerja nanti buat
solat sunat hajat. Minta tenangkan hati tu. insyaAllah tak ada apa-apalah.”
Faris menggosok kepala isterinya. Adawiyah hanya mengangguk sahaja mengharapkan
apa yang dikata suaminya itu betul.
Setelah
menghantar Faris ke KLIA, Adawiyah memandu ke arah KLCC untuk berjumpa Maria.
Sudah lama dia tidak berjumpa sahabatnya itu. Lagipun, hari ini dia cuti.
Setelah memarkirkan keretanya, Adawiyah menuju ke Kedai Buku Popular untuk
mencari novel. Dia sudah berjanji dengan Maria untuk berjumpa di sana. Adawiyah
membelek beberapa buah novel yang berada di atas rak. Dia berura-ura untuk
membeli beberapa buah novel. Sedang dia membaca sinopsis novel itu, Maria
datang dan memberi salam.
“Assalamualaikum
kawan lama. Apa khabar?” Maria sudah tersengih di hadapnnya.
“Waalaikumussalam.
Khabar baik sahabat lama. Sahabat lama kita ni pulak apa khabar?” Adawiyah
turut tersengih.
“Aku,
macam biasa la. Relaks je. Amboi, aku tengok kau sekarang ni bukan main
berseri-seri lagi. Yalah, orang tengah bahagialah katakan. Dulu, beria-ria
mengadu kat aku tak nak kahwin la. Tak suka la. Sekarang dia pulak yang
terlebih suka.” Seperti biasa Maria menyerang Adawiyah dengan mulut lasernya itu. Adawiyah hanya tersenyum
sahaja.
“Hish,
kau ni. Kot ya pun nak cakap, slow la
sikit suara tu. Dari dulu lagi suara kau tu memang power kan. Tak payah pakai microphone
kalau nak cakap.” Adawiyah menyindir. Maria hanya menggaru kepalanya yang
tidak gatal.
“Sorry. Eh, dah la. Jom kita borak kat mana-mana.
Kat sini tak best la. Tak boleh borak
panjang-panjang.” Maria sudah mengajak Adawiyah.
“Okey
tapi kejap ya. Aku nak bayar novel ni. Kau tunggu kat luar la, kejap lagi aku
datang.” Adawiyah sudah bergerak ke kaunter pembayaran. Setelah membayar tiga
buah novel yang dipilihnya, dia menuju ke tempat Maria sedang menunggunya.
“Nak
borak kat mana?” Maria bertanya.
“Ummm…
kita pergi Pizza Hutla. Rasa macam
nak makan Hawaian Chicken je. Sejak semalam lagi.” Adawiyah sudah mula membayangkan
makanan tersebut. Kecur liurnya.
“Ya
la mak cik oii. Eh, kau ni cakap macam ni macam orang mengandung pulak. Dah ada
isi ke?” Maria tersengih-sengih. Tangannya pantas menggosok perut Adawiyah.
Adawiyah menepis perlahan tangan sahabatnya itu.
“Jangan
nak mengarut boleh tak? Tak ada rezeki lagilah.” Adawiyah sudah memulakan
langkahnya menuju ke Pizza Hut. Maria mengikut di sebelahnya.
“Tak
apa, take your time. Tapi jangan lama
sangat. Dah lama aku ni berangan-angan nak jadi mak cik. He he he.”
“Banyak
la kau punya mak cik. Dah yang kau tu kenapa tak nak kahwin lagi, beranak
sendiri la. Ada ke nak tunggu aku.”
“Aku
bukan tak nak tapi aku tengah tunggu putera idaman aku la. Mana tahu tiba-tiba
ada mamat muka ala-ala Kim Soo Hyun tu berkenan kat aku. Memang aku tak tolak
dah. Tak payah tunggu dia pinang aku, aku sendiri yang akan pergi pinang dia.”
Maria sudah berangan.
“Sudah-sudah
la dengan angan-angan mat jenin kau tu. Tu la, aku dah cakap jangan tengok
sangat cerita korea tu. Kan dah terpengaruh. Apa kau ingat senang ke nak jumpa
mamat macam tu. Pilih yang Melayu je la. Berlambak je yang hensem, baik dan
yang paling penting taat pada agama. Contohnya..”
“Ya
ya ya. Contohnya laki kau tu la si Faris tu kan?” Maria memotong kata-kata
Adawiyah.
“Betul
tu. Si abang hensem yang aku cinta tu.” Adawiyah mengangguk beberapa kali.
“Ya
la. Bagi kau dia la yang paling hensem tapi bagi aku Kim Soo Hyun la yang
paling hensem. Bila la aku nak jumpa lelaki macam tu.”
“Kalau
kau nak tunggu, jawabnya memang jadi anak dara tua la kau jawabnya.”
“Amboi..
mulut tak sayang ya. Aku ingat aku sorang je yang mulut laser, rupa-rupanya kau ni boleh tahan laser ya. Tolong sikit ya minah. Kau lupa ke yang aku ni muda dua
bulan dari kau?” Maria menjegilkan matanya.
“Berjangkit
dengan kau la ni. Dah dari sekolah sampai sekarang aku kawan dengan kau je kan.
Ala, dua bulan je kot bukan dua tahun kan.”
Mereka
berdua serentak ketawa. Sampai sahaja di Pizza
Hut, mereka terus memesan makanan. Adawiyah pula makan dengan seleranya.
Maria hanya menggeleng kepala melihat sahabatnya.
“Kau
kena dera ke kat rumah tu?” Maria bersuara setelah menghabiskan sekeping pizza.
“Kenapa
kau cakap macam tu?” Adawiyah mengangkat mukanya. Pelik dengan soalan Maria.
“Tak
la. Aku tengok kau ni lapar bebeno nampaknya. Suami kau tak bagi makan ke?”
“Hish,
kau ni kan kalau cakap dah tak pandang kiri kanan. Nasib baik suami aku tak
ada, kalau tak mesti dia marah. Mengarut betul la kau ni. Mana ada. Aku ni Cuma
dah lama teringin nak makan pizza ni.”
“Dah
tu kenapa tak ajak cik abang kau makan benda ni?”
“Dia
mana makan fast food ni. Dia kata tak
bagus untuk kesihatan la.”
“Pelik
betul la korang ni. Yang jadi doktor tu kau tapi kau ni tak jaga pulak
pemakanan kau. Main makan je semua benda depan mata kau. Laki kau tu pulak
orang bisnes tapi jaga pemakanan mengalahkan doktor. Memang korang deserve each other la. Memang padan
sangat.”
“Memanglah.
Eh, kau nak tak pizza ni? Kalau tak nak, bagi kat aku ya. Aku lapar la.”
Maria
menggelengkan kepalanya. Adawiyah tersenyum dan menarik pizza milik Maria. Dia
makan dengan lahapnya. Maria pula hanya memerhati sahaja sambil menghirup
minumannya.
“Aku
rasa kau ni mengandung la minah.”
“Hah?”
terjatuh sekeping pizza yang sedang dipengang oleh Adawiyah. Dia melihat Maria
dengan muka tidak percaya.
“Apa
yang kau merepek ni. Tak adalah. Lagipun, kami baru je kahwin. Tak sampai dua
bulan pun lagi. Takkanlah.” Adawiyah ketawa perlahan. Ditepuk bahu sahabatnya
beberapa kali.
“Kau
dah period ke bulan ni?” Maria
bertanya.
“Tak
tapi kau kan tahu yang period aku memang
selalu tak tepat kan.” Adawiyah menjawab endah tak endah. Dia yakin yang dia
tidak mengandung.
“Aku
rasa lebih baik kau check. Lagipun,
tak salah kalau kau check kan.” Maria
masih lagi serius.
“Eh,
mak cik. Aku kan doktor. Takkan aku tak tahu benda ni. Aku tahulah. Takkan
benda macam ni aku tak tahu. Lagipun, aku tak ada alami pun simptom-simptom
orang mengandung. Aku tahu la yang aku tak pregnant.”
“Habis
aku ni apa? aku ni bukan doktor ke? Oi minah, aku ni bukan setakat doktor cabuk
macam kau tau. Aku ni siap ada phD lagi bukan macam kau tu. Doktor degree je.”
Maria menyekeh kepala Adawiyah.
Adawiyah
ketawa perlahan. “Oh, lupa pulak kawan aku ni doktor. Tu la, ambil kos doktor
tapi alih-alih jadi pensyarah. Tu yang aku lupa kawan aku ni doktor.”
“Kau
kan tahu aku tak suka kerja doktor ni. Demand
sangat la. Kadang-kadang on call tak
kira masa. Kau boleh la tahan tapi aku no
way. Sebab tu aku sambung terus belajar and
minta jadi pensyarah terus. Nasib baik papa bagi sebab abang aku yang baik tu
sanggup ambil alih hospital dia.”
“Ya
la, best la kau. Anak orang kaya kan.
Boleh laa. Aku kan terikat dengan biasiswa jpn mak cik. Memang la kena
berkhidmat untuk kerjaan dulu. Kau tak payah. Habis housemanship je terus sambung belajar.”
Adawiyah
tahu macam mana seksanya Maria ketika mereka sama-sama masih dalam
housemanship. Pernah sekali dia dimarahi doktor senior kerana mencuri tulang
gara-gara terlampau letih. Nasib baik tiada pesakit yang kritikal kerana
tindakan Maria. Maria memang jenis yang tak peduli dengan apa orang cakap pada
dia. Kalau dia rasa nak buat, dia buat. Sebab tu Adawiyah gembira berkawan
dengan Maria. Dia seorang yang berfikiran bebas namun dalam masa yang sama dia
seorang yang baik. Dia tahu Maria sebenarnya tidak meminati bidang kedoktoran
dan meminati bidang psikologi namun atas desakan keluarganya yang merupakan
ahli keluarga doktor, dia terpaksa mengikuti kehendak orang tuanya. Hospital
yang Adawiyah bekerja sekarang pun milik keluarga Maria.
“Dah
la minah. Makan cepat. Aku nak balik pula ni. Sejak kau dah pindah dari rumah
sewa kita tu, papa suruh aku pindah rumah dia terus. Memang kaki aku kena ikat
la kat rumah tu. Nasib baik la dapat mak tiri baik, boleh buat jadi kawan.
Kalau nak keluar dengan kawan malam-malam memang tak boleh. Papa dah sah-sah
tak bagi. Papa tak bagi balik lambat. Nanti kena kurung dalam tandas pula.”
Maria mendengus.
Adawiyah
ketawa. Teringat lagi Maria menceritakan yang dia dikurung di dalam tandas oleh
papanya minggu lepas kerana pulang lambat kerana terpaksa menghadiri majlis
perpisahan seorang pensyarah di universitinya sehingga terpaksa pulang pada
pukul 10 malam. Papanya pula sudah mula risau. Maklumlah satu-satunya anak dara Datuk Fahmi merangkap adik kepada Doktor
Farhan rakan setugasnya itu. Memang sah-sah Datuk Fahmi akan jaga betul-betul.
Nasib baik ibu tirinya itu baik dan mengeluarkannya dari tandas itu.
“Kau
tahu tak, sekarang ni aku dah jadi macam budak kecil sejak papa dah pencen ni.
Dia awasi aku betul-betul. Stres aku.” Maria mengeluh.
Adawiyah
menepuk bahu sahabatnya untuk memberi semangat. Kesian betul dia dengan Maria
kerana dia memang kenal Maria, seorang wanita berjiwa bebas yang tidak suka
dikongkong. Setelah kematian Datin Syaqirah, Datuk Fahmi sangat menjaga anak
bongsunya itu kerana wajah Maria saling tidak tumpah dengan wajah ibunya. Bak
kata orang copy and paste. Maria pula
banyak mewarisi sikap ibunya yang sangat periang dan berjiwa bebas. Disebabkan
itu Datuk Fahmi sentiasa mengawasi anak daranya itu kerana jiwa bebas itulah
yang sering meletakkan Maria dalam keadaan bahaya kerana dia suka mencuba benda
baru.
Setelah
selesai makan dan berbual mereka berdua pulang ke rumah masing-masing. Sebelum
berpisah, Maria sempat mengusik Adawiyah supaya memeriksa bahawa dia
benar-benar mengandung atau tidak. Adawiyah hanya menggelengkan kepala
mengenangkan kenakalan Maria.
Setelah lama saya tunggu, akhirnya ada juga!
ReplyDeleteBest sangat nak lagi .
ReplyDelete