1 bulan kemudian…
“SAYANG, esok pergi kerja dengan abang ya. Esok kan first day sayang kerja lepas honeymoon kita tu. Abang hantar ya.”
Faris memujuk isterinya yang sedang membaca buku di atas katil. Dari pagi tadi
lagi dia memujuk Adawiyah supaya membenarkan dia menghantarnya ke tempat kerja
tapi Adawiyah menolak kerana tidak mahu menyusahkan suaminya. Lagipun, syarikat
Faris dan hospital tempat Adawiyah bekerja sangat jauh dan mengambil jalan yang
berbeza.
Faris pula mahu menghantar Adawiyah kerana dia mahu
memastikan Farhan tidak mengganggu isterinya walhal dia yang terlebih cemburu.
Dia masih llagi cemburukan Farhan walaupun Adawiyah sudah menjadi miliknya.
Ingin disuruh Adawiyah berhenti kerja, dia tahu Adawiyah pasti tidak mahu.
Lagipun, dia tidak mahu memaksa isterinya. Adawiyah juga tidak pernah gagal
menjalankan tugasnya sebagai seorang isteri jadi tidak ada sebab untuk dia
menyuruh Adawiyah berhenti kerja walaupun dia lebih dari mampu menyara Adawiyah
walaupun isterinya tidak bekerja.
“Ala, tak payahlah. Pejabat abang kan jauh. Nanti
lambat masuk office pula. Abang kan banyak kerja.” Adawiyah menolak. Bukan dia
tidak tahu niat suaminya itu.
“Tak apa. Lagipun, abang kan bos. Tak ada siapa yang
boleh marah abang. Bolehlah ya.” Faris menggoncang tangan isterinya persis
budak kecil meminta gula-gula. Matanya dikelip-dikelip supaya kelihatan comel.
Adawiyah tergelak melihat aksi suaminya yang semakin lama semakin manja itu. Siapa
sangka usahawan berjaya yang sering nampak macho
dan serius itu boleh jadi sangat manja. Mungkin kerana sudah sepuluh tahun
dia tidak berperasaan menyebabkan dia kini menjadi seorang yang terlebih perasaan.
“No, abang.
Jangan buat macam ni okey. Adawiyah tahu niat abang yang sebenarnya. Abang
jangan risaulah. Farhan dengan Adawiyah tak ada apa-apa la. Abang tak
percayakan Adawiyah ke?” Adawiyah memegang kedua belah pipi suaminya untuk
meyakinkannya.
“Abang percaya tapi yang abang tak percaya tu Farhan.
Ingat tak masa kita honeymoon dulu.
Hari-hari dia call sayang. Kononnya
nak tanya pasal kerja la. Macamlah tak ada orang lain yang boleh dia tanya.”
Faris memuncungkan bibirnya. Sudah terjangkit dengan perangai Adawiyah yang
akan memuncungkan bibir setiap kali merajuk. Adawiyah hanya tersenyum.
“Abang, dia call
tu sebab memang penting. Patient Adawiyah
nak kena bedah masa tu. Adawiyah pula tak ada. Nasib baik dia sanggup ganti.
Tiap hari dia call sebab nak update pasal patient tu. Takkan sebab tu pun abang nak jealous.”
“Tak kira, nak jealous
jugak.” Faris sudah merajuk. Dia melepaskan tangan Adawiyah yang berada di
pipinya dan menarik selimut yang berada di kaki dan menutup seluruh badannya.
Begitulah dia kalau merajuk. Mama cakap kalau Faris tidak dapat apa yang dia
inginkan ketika kecil dahulu, dia akan merajuk seperti ini. Tak sangka dia akan
ulang balik bila dah kahwin ni. Adawiyah hanya menggelengkan kepalanya. Dia
tahu Faris takkan merajuk lama-lama.
Adawiyah mendekatkan dirinya ke muka Faris yang masih
ditutup selimut. “I’m sorry.” Dikucupnya dahi suaminya. Kemudian, dia
merebahkan dirinya di sebelah suaminya. Sekejap sahaja dia sudah tertidur.
Setelah setengah jam Adawiyah tertidur, Faris membuka
selimut yang menutupi badannya. Dia melambaikan tangan di hadapan muka Adawiyah
beberapa kali untuk memastikan isterinya sudah tidur. Setelah memastikan
Adawiyah sudah benar-benar terlena, Faris turun dari katil perlahan-lahan.
Kemudian, dia keluar dari bilik. Faris berjalan turun ke luar rumah. Ada misi
yang harus dijalankan.
Setelah pintu dibuka, Faris menuju ke garaj kereta.
Kereta Camry putih milik Adawiyah
elok sahaja terparkir di sebelah keretanya. Faris berpusing beberapa kali untuk
memastikan tiada orang yang berada di situ. Dia tidak mahu perbuatan nakalnya diketahui sesiapa. Setelah
benar-benar pasti tiada sesiapa melihatnya, Faris memancitkan tayar kereta
Adawiyah. Keempat-empat tayar kereta itu dipancitnya. Dia tetap mahu menghantar
Adawiyah ke tempat kerja walaupun isterinya menolak.
“Ini Faris la. Apa yang aku nak, mesti aku dapat punya.”
Faris berdiri sambil mendabik dada. Tersengih sendirian dia. Kemudian, dia
berjalan masuk ke dalam rumah. Masuk sahaja ke dalam biliknya, dia segera
memanjat katil dan memeluk Adawiyah yang sudah nyenyak tidur. Sudah hilang
terus rajuknya setelah berjaya mengenakan isterinya. Malam itu dia bermimpi
indah.
“ABANG, tayar kereta Adawiyah pancitlah.” Adawiyah
mengadu apabila mereka berada di garaj keesokannya.
“Hah, pancit? Macam mana boleh pancit ni?” Faris
berpura-pura tidak tahu. Diperiksanya tayar kereta Adawiyah. Dia menundukkan
mukanya untuk menyorokkan senyumannnya.
“Tu la. Semalam okey je. Tak ada pulak yang pancit. Pelik
betul. Nak pergi kerja macam mana ni?” Adawiyah mengerutkan dahinya sambil
melihat jam di tangan. Kalau dia lambat ke tempat kerja, pasti ramai pesakit
akan menunggunya. Tambahan pula keadaan jalan yang sesak pada waktu begini.
“Jom, abang hantar. Kereta tu nanti kita suruh Mahmud
hantar pergi workshop.” Faris masih
lagi berpura-pura. Ditarik tangan isterinya untuk masuk ke dalam keretanya.
Adawiyah hanya menurut kata-kata suaminya walau pada masa yang sama dia curiga
dengan suaminya. Otaknya ligat memikirkan siapa yang memancitkan tayar
keretanya. Walau berkali-kali dia berfikir, otaknya hanya mencerna satu jawapan
sahaja iaitu suaminya. Memang suaminya itu panjang akal. Dia akan melakukan apa
sahaja untuk mendapatkan apa yang diingininya. Ingin bertanya kepada Faris, dia
takut suaminya merajuk lagi. Ah, biarlah.
Faris menghantarnya sehingga ke hadapan pejabatnya.
Walaupun sudah berkali-kali dia melarang, Faris tidak mengendahkan. Sepanjang
perjalanan ke pejabatnya, Faris memeluk pinggangnya. Pekerja hospital yang lalu
hanya tersenyum dan ada yang mengenyitkan mata kepada dia. Merah padam mukanya
tapi Faris pula selamba sahaja.
“Masuklah. Abang hantar sampai sini saje ya.” Faris
mengusik isterinya.
“Sampai sini je amendenya kalau dah depan pintu pejabat
abang hantar.” Bebel Adawiyah. Mulutnya dimuncungkan.
“Muncunglah lagi depan orang ramai ni. Abang cium baru
tau.” Adawiyah sudah menutup mulutnya setelah mendengar kata-kata Faris.
Dijelingnya Faris yang sudah tersengih-sengih.
“Dah, salam cepat. Abang dah lambat ni masuk office.” Faris menghulurkan tangannya.
“Tahu lambat. Dah gatal nak hantar sampai sini buat apa.”
adawiyah membebel namun dia tetap bersalam dan mencium tangan suaminya. Faris
kemudian mencium dahinya dan memeluknya dengan kemas. Adawiyah menolak tubuh
suaminya namun Faris tetap tidak bergerak. Masih erat memeluk dan mencium
ubun-ubun isterinya.
“Abang… orang tengok ni.” Adawiyah berbisik.
“Biarlah. Bukan salah pun. Abang peluk isteri abang. Lama
tak jumpa ni. Kena ambil semangat dari sayang dulu baru boleh pergi kerja.
Kalau tak, abang tak boleh buat kerja.” Faris berbisik kemudian melepaskan
pelukannya. “Dah, masuk.”
Setelah Adawiyah masuk ke dalam pejabatnya, Faris beredar
meninggalkan hospital. Dari jauh, Farhan hanya memerhatikan mereka. Dia
menundukkan mukanya. Tidak disangka bahawa Faris boleh mendapatkan Adawiyah.
Sakit hatinya. Setelah dua tahun dia mengintai Adawiyah dari jauh dan cuba
mengambil hati wanita itu tetapi akhirnya wanita itu berkahwin dengan Faris,
teman baiknya sendiri. Hatinya remuk apabila melihat wanita yang dipuja dari
jauh dipeluk oleh lelaki lain. Hatinya ingin merampas Adawiyah daripada Faris
namun akal warasnya menolak. Mana mungkin dia melakukan perkara begitu. Dia
sedar hukum hakam yang melarang kita untuk meruntuhkan masjid seseorang.
Walaupun dia tidak sealim Adawiyah namun dia tahu dosa dan pahala.
Dia
kagum dengan Faris kerana berjaya mendapatkan Adawiyah. Seharusnya dia
bertindak dengan cepat seperti Faris dengan melamar Adawiyah tapi dia tidak
mahu kecewa andai Adawiyah menolaknya. Dia benar-benar menyesal kerana tidak
bertindak terlebih dahulu padahal dia yang bertemu dengan Adawiyah terlebih
dahulu sebelum Faris. Farhan berjalan masuk ke dalam pejabatnya. Kekecewaan di
hati hanya Allah sahaja yang tahu.
Adawiyah
memulakan kerjanya seperti biasa tetapi wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia
sedang bahagia sehingga semasa dia ingin memberitahu seorang mak cik tua bahawa
dia menghidap kencing manis pun mukanya masih lagi tersenyum. Seperti dia
meraikan kesakitan mak cik itu padahal seri pengantin masih belum hilang. Orang
tengah bahagilah katakan. Mak cik tua itu menangis apabila mendapat tahu bahawa
dia menghidap kencing manis tetapi Adawiyah pula hanya tersenyum sahaja. Tak
kena betul emosi dia dengan suasana ketika itu. Sebelum mak cik tua itu keluar
dia sempat mendengar anak perempuan mak cik itu berkata gila kepadanya namun
perkataan itu sangat indah didengarinya. Bahagia.
Pekerja
di hospital itu pula tidak putus-putus mengucapkan tahniah kepadanya. Makin
lebar senyumannya mendengar ucapan itu. Farhan pula tidak menunjukkan wajahnya
di hadapan Adawiyah semenjak Adawiyah sampai di hospital. Walaupun bilik mereka
bersebelahan namun Adawiyah langsung tidak melihat kelibat Farhan. Ingin
ditanya kepada jururawat yang menjadi pembantu Farhan, dia malas. Nanti tak
pasal-pasal pula timbul gosip yang bukan-bukan di hospital itu. Bukan dia tidak
tahu perangai jururawat-jururawat di sini, suka sangat jadi ahli mesyuarat
tingkap.
Ketika
Adawiyah bersiap untuk pulang ke rumah, telefonnya berbunyi menandakan ada
mesej masuk. Adawiyah mencari telefonnya yang sudah diletak di dalam beg
tangannya. Apabila dia membuka mesej tersebut, dia mengerutkan wajahnya. Dia
menerima mesej daripada nombor yang tidak diketahuinya.
Baik
kau tinggalkan Tengku Faris Hilman kalau kau tak nak kecewa. Suami kau tu
bukannya orang baik2. Dia main kayu di tiga belakang kau. Kau ingat dia betul2
sayangkan kau. Jangan haraplah. Kau akan kecewa kalau kau tak dengar nasihat
aku…
Adawiyah
terkejut. Siapa yang menghantar mesej seperti ini kepadanya. Kenapa orang ini
mahu meruntuhkan rumah tangganya. Mungkin mesej ini daripada musuh perniagaan
suaminya. Adawiyah tidak ambil kisah dengan mesej itu. Tidak mungkin Faris akan
menduakan dia sedangkan Faris sanggup menunggunya selama sepuluh tahun.
Adawiyah memadamkan mesej itu. Dia tidak mahu suaminya tahu mengenai mesej itu.
Pasti Faris akan risau dan marah. Tak pasal-pasal kecoh pula jadinya rumah
tangga mereka kerana mesej itu.
Setibanya
di luar hospital, Faris sudah sedia menunggunya. Faris sedang menyandar di luar
kereta sambil berpeluk tubuh. Tali lehernya sudah ditanggalkan, dua biji butang
bajunya yang di atas usdah dibuka dan lengan bajunya disingsing ke atas menampakkan
dia semakin seksi. Beberapa orang jururawat wanita yang melalui jalan itu sudah
tersenyum-senyum melihat Faris. Terpesona dengan keindahan makhluk Allah yang
satu ini. Faris tersenyum apabila melihat Adawiyah sudah berdiri di hadapannya.
“Sayang,
lambat. Denda cium pipi abang.” Faris memuncungkan bibirnya. Adawiyah hanya
tersenyum lemah. Mana mungkin suaminya yang begitu manja dengannya itu boleh
menduakan dia. Pasti ada orang dengki dengan suaminya. Adawiyah menyalami
tangan suaminya.
“Mana
ciuman untuk abang?” Faris menyoal lagi.
Adawiyah
sudah menjeling suaminya. “Gatal.”
“Ala,
nak jugak. Denda sebab sayang lambat sepuluh minit.” Faris menghentakkan
kakinya seperti budak kecil.
‘Hish,
apa kes laki aku ni. Nak buat perangai kat sini pulak. Dah lah ramai orang
tengok.’
“Abang,
kan orang ramai kat sini. Tunggu balik rumah dulu ya.” Adawiyah memujuk
suaminya.
“Tak
nak. Kalau sayang tak kiss abang,
abang tak nak balik. Kita duduk kat sini sampai malam.” Perangai
mengada-ngadanya sudah semakin menjadi.
“Okey,
tapi dalam kereta ya.” Adawiyah masih tidak mahu mengalah. Beberapa orang yang
lalu lalang hanya tersenyum melihat aksi mereka berdua. Muka Adawiyah sudah
mula merah menahan malu.
Faris
menggeleng lagi. Adawiyah mengeluh. Dilihatnya kiri dan kanan kemudian chupp! Adawiyah sudah mencium pipi kanan
suaminya.
“Satisfied?” Faris mengangguk dan
tersengih. Dia membuka pintu untuk isterinya. Setelah Adawiyah masuk ke dalam
kereta, Faris menghadiahkan satu ciuman di dahinya. Muka Adawiyah kembali
merah. Faris masuk ke dalam kereta dan meneruskan perjalanan mereka pulang ke
rumah. Setelah kereta Faris bergerak meninggalkan hospital, Faris bersuara.
“Sayang
ni kan, dah sebulan kita kahwin tapi masih lagi malu-malu dengan abang. Kenapa
ya? Tiap kali abang kiss, mesti
sayang blushing. Abang suka.”
“Dah
abang tu yang nakal sangat. Tak kira tempat nak peluk la nak kiss la. Perangai manja abang tu dah
menjadi-jadi tau. Dulu, tak macam ni pun.” Adawiyah membebel. Geram dengan
sikap suaminya yang tidak malu itu.
“Ala,
abang manja dengan isteri abang je. Dulu tu sebab sayang kan tak nak terima
abang. Yalah, siapalah kita ni. Hidung tak mancung, pipi pulak tersorong-sorong
nakkan orang tu tapi dia tak layan kita. Siap janji dengan kita yang dia akan
buat kita menyesal kahwin dengan dia. Jadi, kita kena la jadi macho, gentleman. Barulah dia tu suka.”
Faris mengusik Adawiyah. Sengaja dia mengingatkan tentang perbualan mereka
hampir sebulan yang lalu.
“Abang ni kan…” Adawiyah sudah ingin mencubit perut
suaminya tetapi cepat sahaja Faris memegang tangannya itu dan menggenggamnya.
Dibawa tangan Adawiyah itu ke bibirnya. Dicium tangan itu lama.
“Abang,
lepaslah. Bawak kereta elok-elok.” Adawiyah sudah menarik tangannya tetapi
ditarik balik oleh Faris.
“Shhh…
just stay like this until we reach home,
okay.” Faris membawa tangan itu ke dadanya. Adawiyah hanya membiarkan
sahaja. Dia bahagia. Terlupa terus dengan mesej yang diterimanya tadi.
MALAM itu Adawiyah mendapat pula mesej
daripada nombor tadi.
Kau kena tinggalkan
Faris. Faris dah buat kerja tak senonoh belakang kau. Dia ada perempuan
simpanaan. Kau nak bersuamikan lelaki macam tu. Kau kan macam ustazah, kau nak
ke lelaki setan macam dia tu.
Adawiyah sudah tidak tahan lagi. Siapa
yang ingin mengganggu rumah tangga mereka. Kenapa sampai begitu sekali dia
ingin memfitnah Faris. Adawiyah membalas mesej itu. Nasib baik Faris tiada ke
rumah kerana ke masjid bersama Tengku Hamid untuk solat Maghrin dan Isyak
berjemaah.
Awak siapa hah? Kenapa
awak nak ganggu saya? Apa yang awak nak?
Tidak sampai seminit mesejnya dibalas.
Kau tak perlu tahu
siapa aku. Aku cuma kesiankan kau je. Kau dah jadi bodoh. Kau diperbodohkan
suami kau sendiri.
Adawiyah menjawab pesanan itu.
Apa
maksud awak?
Mesejnya
tidak dibalas oleh pengirim rahsia itu. Adawiyah mendengus marah. Dia cuba
menelefon nombor itu namun nombor itu sudah tidak aktif. Pasti pengirim rahsia
itu sudah menutup telefon. Kepala Adawiyah berdenyut pening. Sejak akhir-akhir
ni, dia kerap pening. Adawiyah segera memadamkan mesej-mesej tersebut. Dia
tidak mahu suaminya syak. Tidak lama lagi Faris akan pulang dari masjid.
Adawiyah perlu berpura-pura tiada apa yang berlaku.
best.. nak lagi
ReplyDelete-Anis-
Cepat la wat sambungan die...Best cite ni
ReplyDeletecepat nak sambungan.... :D
ReplyDelete-Rif-
nak lagi!
ReplyDeletebila nak ade bab baru? dah lame tggu ni..huhu
ReplyDeletecerita ni best...cepat laaa sambung :)
ReplyDeletebila ada bab baru ne....fall in love with Faris
ReplyDeleteCepat la sambung lagi cerita ni.. best sangat. ♡
ReplyDelete