“SELAMAT pagi pengantin baru. Awal bangun.” Salahudin
mengusik Adawiyah apabila melihat Adawiyah keluar daripada bilik
“Angahhh…” Adawiyah berjalan ke arah angahnya dan
mencubit perut abangnya itu. Salahudin terkekek-kekek ketawa sambil melindungi
perutnya daripada terus dicubit adiknya itu.
“Ganaslah pengantin kita ni. Mesti teruk Faris kena
semalam ni.” Alangnya pula mengusik. Adawiyah merengus marah. Memang inilah perangai
abang-abangnya yang suka sangat mengusiknya kerana dia merupakan satu-satunya
anak perempuan dalam keluargnya itu. Sudahnya, dialah yang menjadi bahan usikan
mereka.
“Macam mana dengan plan nak jadi pak guard semalam?” Along pula bertanya kepada achik dan alang.
“Fail long.
Abah keluar bilik semalam. Dia tengok kitorang tengah tersengih-sengih depan
bilik pengantin ni, terus je dia tarik telinga kitorang suruh tidur dalam bilik
dia. Kiranya semalam kitorang tidur dengan umi dan abah la.” Achik bercerita
sambil menggaru telinganya yang tidak gatal.
Adawiyah membulatkan matanya. Tidak sangka abang-abangnya
benar mahu melakukan apa yang mereka katakan semalam. Uwais menarik tangan
adiknya untuk duduk di sebelahnya. Adawiyah hanya menurut kerana dia
sememangnya manja dengan alongnya.
“Ala, budak manja nak bermanja dengan along laaa… Tak
malu betul, padahal orang tu dah ada suami.” Salahudin mengejek.
“Along…” Adawiyah merengek. Ditarik tangan alongnya
seperti budak kecil yang hendak mengadu. “Tengok angah tu…” Suaranya
dimanjakan.
“Dah la tu. Kesian dia ni. Kita usik petang-petang sikit
lagi. Hah, Faris mana?” Uwais bertanya sambil menggosok kepala adiknya.
“Dalam bilik lagi. Kejap lagi keluarlah tu.”
“Hah, panjang umur pun. Baru je sebut, dah datang.” Alang
bersuara apabila melihat Faris berjalan menuju ke arah mereka. Faris mengambil
tempat di sebelah Adawiyah dan memeluk pinggang isterinya. Adawiyah terkejut
dengan tindakan Faris tetapi dia tidak menepis kerana tidak mahu memalukan
Faris di hadapan abang-abangnya.
“Borak tentang apa along?” tanya Faris.
“Tak ada apa-apa. Kitorang ni sengaja usik adik. Biasalah
memang dah perangai sejak kecil kan.” Along bercerita. Faris hanya ketawa
mendengar jawapan Uwais manakala Adawiyah pula sudah mula memuncungkan mulutnya
tanda protes.
‘Berlakon baik konon depan along. Kalau dengan aku bukan
main memaksa lagi. Fake betul la dia
ni.’ Adawiyah membebel di dalam hati.
“Muncung je kerjanya kalau merajuk. Cium karang baru
tahu.” Faris menarik mulut Adawiyah. Adawiyah menepis perlahan tangan suaminya
dan menolak tangan Faris yang melingkar di pinggangnya namun Faris makin
menguatkan pelukannya.
“Lepaslah.” Adawiyah berbisik di telinga Faris.
“Nak pergi mana?” Faris juga berbisik. Wajah mereka
berdua rapat.
“Amboi, nak beroamntik kat sini pulak. Tak puas lagi ke
semalam? Kalau nak buat drama hindustan, pergi masuk bilik la. Kesianlah kat
kitorang yang tak kahwin lagi ni. Kempunan nak beromantik jugak.” Alang
mengusik dan disambut oleh ketawa abang-abangnya yang lain. Faris hanya
tersengih manakala Adawiyah sudah merah mukanya.
“Hish, kalau macam ni la, achik pun nak kahwin la. Kena
suruh abah cari calon isteri jugak ni. Terliur betul tengok orang dah kahwin
ni.” Achik menambah.
Muka Adawiyah yang sudah merah makin merah. Telinganya
juga sudah merah. “Nak pergi tolong umi sediakan sarapan. Lepaslah.” Adawiyah
bersuara. Faris melonggarkan pelukan dan Adawiyah segera berlari ke dapur.
Kedengaran abang-abangnya sudah ketawa terbahak-bahak.
Sampai sahaja di dapur, Adawiyah melihat uminya sedang
menyediakan nasi lemak bersama kakak-kakak iparnya. Adawiyah segera berjalan ke
arah kak longnya yang sedang memasak sambal tumis ikan bilis.
“Wah, sedapnya bau sambal tumis ni. Mesti sedap ni.” Adawiyah memuji kak
longnya sambil menghidu bau sambal tumis yang masih dimasak. Hannah hanya
tersenyum dengan gelagat adik iparnya itu. Tangannya masih ligat mengacau
sambal tumis yang sedang menggelegak.
“Jangan dekat sangat dik, nanti sambal ni kena kulit baru
tahu. Tak pasal-pasal melecur pengantin baru kita ni.” Hannah menegur Adawiyah
sambil menariknya menjauhi periuk. Adawiyah hanya tersengih-sengih apabila
ditegur kak longnya.
“Hehe… sorry.” Adawiyah bergerak ke arah uminya yang
sedang memotong timun bersama kak ngahnya. Dia menongkat dagunya melihat uminya
dan kak ngahnya yang sedang melakukan kerja.
“Umi, abah mana?”
“Mana lagi? Pagi-pagi macam ni mestilah kat dusun dia tu.
Tok ma kamu yang sibuk nak bawak cicit-cicit dia pergi tengok buah kat dusun
tu.” Umi menjawab. Patutlah rumahnya sunyi sahaja pagi ini. Biasanya rumah itu
sudah riuh dengan suara anak-anak saudaranya. Adawiyah menganggukkan kepalanya
tanda faham.
Dia
melihat kak ngahnya yang sedang sarat mengandung itu memotong timun. Kesian
pula dia melihat kak ngahnya yang sibuk menguruskan majlis perkahwinannya
beberapa hari yang lalu walaupun sudah sarat mengandung. Nak buat macam mana,
kak ngahnya itu memang seorang yang kreatif jadi, kerja-kerja mengubah barang
hantaran memang diserahkan kepada kak ngahnya seratus peratus. Kalau nak
harapkan dia memang habislah barang hantaran tu jadi apa tak tahu. Apa boleh
buat, dia kan tangan kayu kata abang-abangnya. Tu la, orang lain masa kecil
belajar memasak dan menjahit tapi dia pula belajar main bola dan memanjat pokok
dengan abang-abangnya.
“Kak
ngah, tak payahlah buat tu. Biar adik je yang buat. Kesian adik tengok kak
ngah.” Adawiyah menegur kak ngahnya.
“Tak
apalah dik. Kak ngah dah biasa dah. Lagipun, kat rumah pun memang kak ngah buat
semua ni sorang diri dik. Awak tu pengantin baru, tak payah nak gatal-gatal
pegang pisaulah. Kena tangan nanti tak pasal luka.” Suhana menjawab namun
tangannya masih lagi tangkas memotong timun.
“Ala,
tak apalah. Biarlah adik buat. Nanti kak ngah penat. Nak bawak baby dalam perut tu lagi.” Adawiyah
masih memujuk.
“Tak
apalah, lagipun, bukan kerja berat. Kalau nak tolong sangat, pergi kupas kulit
telur kat dalam sinki tu. Kak ngah dah sejukkan dah.” Suhana mengarah.
“Dah,
tak payah nak kacau kak ngah kamu. Pergi kupas kulit telur tu, kejap lagi dah
boleh makan. Nasi lemak dah siap dah. Tunggu sambal tumis tu dengan telur je.
Umi nak buat air ni.” Puan Mariam sudah menolak tubuh Adawiyah untuk ke arah
sinki.
“Ya
la tuanku. Patik menurut perintah.” Adawiyah membuat gaya seperti sedang
menghadap raja kepada uminya. Tergelak kakak-kakak iparnya itu dengan perangai
nakal adik ipar mereka. Riuh suasana di dapur dengan ketawa mereka berempat.
Adawiyah
mengupas kulit telur sambil menyanyi kecil. Digolekkan punggungnya mengikut
rentak lagu yang dinyanyikannya. Walau puas uminya menegur supaya tidak
menyanyi di dapur, namun dia masih meneruskan tabiatnya menyanyi di dapur Cuma
kalau tok manya itu bersama mereka memang dia takkan buat perangai buruknya
yang satu itu. Kalau tidak, memang bernanahlah telinganya mendengar leteran tok
manya dari pagi hinggalah petang, tok manya kalau dah mula membebel memang
susah nak berhenti.
“Adik,
kan umi dah tegur jangan nyanyi kat dapur, kalau tak…”
Belum
sempat Puan Mariam menghabiskan ayatnya, Adawiyah suah mencelah. “Kalau tak,
nanti dapat suami tua kan umi? Ala, karut je semua tu umi. Tak baik percaya
benda tu. Tengok buktinya, suami adik muda je lagi. Sama umur dengan adik pulak
tu. Ala, kalau dapat suami tua pun tak apa, adik tak kisah. Lagi macho apa. tak macam yang kat atas tu.”
Adawiyah ketawa kecil setelah mengata suaminya. Nasib baik suaminya tiada di
situ, jadi bolehlah dia kutuk suaminya sepuas hatinya. Hahaha….
Tiba-tiba
Adawiyah terasa pinggangnya dipeluk dari belakang. Terjerit dia kerana
terkejut. “Aghhh… umi….”
Uminya
sudah ketawakan dia namun tak pula ditolongnya. Kakak-kakak iparnya pula
tersenyum-senyum malu. Berkerut dahinya. Dia cuba berpusing untuk melihat siapa
yang memeluknya namun pelukan yang begitu kemas menyebabkan dia tidak dapat
bergerak.
“Bestnya
orang tu kutuk kita ya. Nak kahwin dengan suami tua ya.”
Pucat
muka Adawiyah mendengar suara itu. Ahhh… sudah… siapa lagi yang berani peluk
pinggangnya di tempat terbuka kalau bukan Faris. Macam mana dia boleh tak
perasan yang suaminya sudah berada di dapur. Habislah dia.
“Ummm…
tak… gu… gu… gurau je tadi.” Tergagap Adawiyah menjawab.
“Hmmm…
gurau je. Betul ke?” Faris bertanya sambil meletakkan dagunya di atas bahu
Adawiyah. Adawiyah pula tidak boleh menolak dagunya. Takkan nak menepis depan
uminya pula. Nanti dikata tak hormat suami pulak. Tak pasal-pasal dapat kuliah
perkahwinan free pula. Mamat ni pun
satu, nak beromantik pulak depan orang. Mentang-mentanglah dia tahu aku selalu
lari dari dia kalau cuma berdua-duaan dengan dia dalam bilik. Pandai betul dia
ambil kesempatan.
“Betul.
Lepaslah, umi tengok tu. Malulah.”
“Biarlah,
umi tak kata apa pun. Ala, umi pun pernah muda jugak. Dia faham la.” Faris
berbisik di telinga Adawiyah. Sempat lagi dia menghembus telinga Adawiyah untuk
mengusik isterinya. Wajah isterinya sudah mula merah. “You blushing. I love it.”
“Nak
kupas kulit telur ni. Pergilah.” Sekali lagi Adawiyah cuba menghalau suaminya
supaya pergi. Malu kerana umi dan kakak-kakak iparnya masih berada di dapur
memerhatikan mereka.
“Abang
tolong sayang ya.” Faris sudah melepaskan pelukannya tapi dia masih lagi
berdiri di belakang Adawiyah dan dagunya masih berada di atas bahu Adawiyah.
Dia memegang tangan Adawiyah dan mengupas telur yang berada di tangan Adawiyah.
“Kalau
nak tolong, ambillah telur lain.” Adawiyah mahu melepaskan tangannya yang
dipegang Faris seperti sedang mengajar budak kecil mengupas kulit telur.
Faris
tidak mengendahkan kata-kata Adawiyah dan masih meneruskan kerjanya. Habis
sepuluh biji telur mereka kupas bersama dan keadaan seperti itu. Selesai
mengupas telur, Faris mencium pipi Adawiyah sebelum melangkah keluar dari
dapur. Merah muka Adawiyah dengan perlakuan suaminya.
Puan
Mariam tersenyum gembira melihat kebahagiaan anaknya. Dia sentiasa berdoa
semoga Allah memberikan kebahagiaann kepada anak bongsunya itu. Dia tahu
Adawiyah masih belum dapat menerima Faris lagi namun anaknya itu menerima
lelaki itu kerana mereka tetapi dia tahu Faris boleh membahagiakan anaknya itu.
Dia yakin keputusannya dan suaminya tepat. Faris memang diciptakan untuk
Adawiyah. Air mata gembira tumpah di wajah tua itu namun cepat-cepat diseka
supaya tidak dilihat oleh anak menantunya.
SETELAH
dua hari berada di Kelantan, Faris dan Adawiyah pulang ke Kuala Lumpur. Mereka
perlu bersedia untuk majlis di sebelah pihak lelaki yang akan berlangsung dua
hari lagi. Majlis pihak lelaki diadakan secara besar-besaran kerana Faris
merupakan CEO Syarikat Permata Holdings. Ramai kenalannya datang daripada orang
yang berada jadi majlis resepsi tidak boleh dibuat kecil-kecilan seperti pihak
perempuan. Pada mulanya Adawiyah menolak untuk membuat majlis di hotel milik
keluarga Faris namun setelah dipujuk dan diugut sedikit oleh Faris dia akhirnya
bersetuju. Keluarganya akan tiba sehari sebelum majlis bermula. Faris sudah
menyediakan pesawat khas untuk keluarga dan saudara-maranya yang berada di
Kelantan untuk ke Kuala Lumpur. Mereka juga akan menginap di hotel tersebut.
Dia tidak tahu sekaya mana keluarga suaminya ini sehingga semua perbelanjaan
keluarga mereka di Kuala Lumpur nanti akan ditanggung suaminya seratus peratus.
Sepanjang
berada dia dalam pesawat dia hanya mendiamkan dirinya. Suaminya pula dari tadi
hanya memeluk pinggangnya walaupun telah ditepis dan dicubit oleh Adawiyah beberapa kali. Katanya dia suka
memeluk pinggang Adawiyah yang kecil itu. Mereka sengaja memilih untuk pulang
pada waktu malam kerana Adawiyah masih belum mahu berpisah dengan keluarganya. Perjalanan
dari Kelantan ke Kuala Lumpur mengambil masa 45 minit sahaja.
Setibanya
di KLIA, mereka disambut oleh keluarga Faris. Adawiyah bersalam dengan ibu dan
bapa mertuanya kemudian memeluk adik iparnya pula. Kepada birasnya pula dia
hanya mengangguk sebagai tanda hormat. Bahagia rasa dirinya apabila dirinya
disambut baik oleh keluarga ini. Dia tidak sangka keluarga terhormat ini boleh
menerimanya sebagai menantu mereka dengan gembira. Mamanya pula tidak
henti-henti mencium pipinya dan memeluknya. Setibanya di villa keluarga Faris,
Adawiyah dibawa untuk melihat sekeliling rumah oleh Tengku Fatimah dan Tengku
Maisara. Faris masih berada di ruang keluarga bersama Tengku Hamid dan Tengku
Afzarizal.
Setibanya
di dapur, Tengku Fatimah menggenggam tangannya. Mata Tengku Fatimah mula
berkaca. Dia memandang Adawiyah sambil tersenyum.
“Mama,
kenapa ni? Adawiyah ada buat salah ke?” Adawiyah bertanya. Sebelah tangannya
mengelap mata mamanya yang telah berair.
“Tak
sayang. Mama rasa gembira sangat sebab mama dapat tengok Is bahagia. Mama
gembira sebab boleh tengok dia senyum tak berhenti. Mama bersyukur sangat sebab
Adawiyah dapat terima dia dalam hidup Adawiyah dan menyinari hidup dia.” Tengku
Fatimah berkata sambil mengesat air matanya. Tengku Maisara yang berada di
sebelah juga turut mengelap air matanya yang telah mengalir.
“Apa
yang mama cakap ni. Sepatutnya Adawiyah yang cakap macam tu. Adawiyah beruntung
sangat sebab mama boleh terima Adawiyah walaupun Adawiyah ni bukanlah sesiapa
pun. Tak layak dengan keluarga mama.” Adawiyah menjawab jujur.
“Tak,
sayang. Kami yang patut bersyukur. Disebabkan Adawiyah, hidup Is dah bersinar
kembali. Dia dah jadi dirinya yang dulu. Is dah jadi anak mama yang ceria
balik.”
“Maksud
mama?” Adawiyah mengerutkan wajahnya. Dia tidak faham maksud ibu mertuanya itu.
“Abang
Is yang akak tengok sekarang lain sangat dari dulu kak. Abang Is yang dulu
jarang sangat senyum. Dia tak pernah berborak dengan kami macam tu. Dia
biasanya akan serius sepanjang masa kak. Dia tak pernah marah, senyum, malah
sedih pun tak pernah. Dia suka sibukkan diri dia dengan kerja. Balik pun selalu
lambat. Walaupun macam tu, dia masih akan tanya tentnag diri kami. Cuma abang
Is sangat serius dan kami rasa macam dia hidup macam robot pun ada. Macam orang
tak ada perasaan je.” Tengku Maisara membuka cerita.
Terpempan
Adawiyah mendengarnya. Kenapa dia tidak tahu. Kenapa sebelum ini Faris tidak
pernah bersikap begitu dengannya sejak pertama kali mereka berjumpa. Kenapa
lain sekali peribadi Faris yang digambarkan oleh mama dan adiknya daripada yang
dilihat oleh dirinya ini. Pertama kali bertemu Faris sehinggalah hari ini, dia
rasa seperti hidup dengan orang yang terlebih perasaan adalah. Marah, senyum,
sedih, semuanya telah ditunjukkan olwh Faris kepadanya.
“Sejak
bila dia jadi macam tu?” Adawiyah memberanikan diri untuk bertanya.
“Sepuluh
tahun yang lalu. Lepas dia ambil result SPM dia tu, dia terus berubah. Kami tak
tahu kenapa. Nak kata result dia
teruk, takkanlah sebab dia pelajar cemerlang SPM kat sekolah tu. Lepas dia
balik dari oversea, sikap dia masih
sama. Sampailah hari dia pertama kali nampak Adawiyah. Kami ingatkan dia
berubah sebab dia gembira yang Mai mengandung tapi tak. Dia tiba-tiba je cakap
yang dia nak kahwin dengan Adawiyah sehari lepas majlis kesyukuran tu. Kami
terkejut tapi kami gembira sangat sebab dia nak kahwin. Sebelum ni, dia tak
berminat dengan sesiapa pun. Kami dah kenalkan dengan ramai gadis tapi dia tak
nak jumpa pun mereka.” Tengku Fatimah menyambung.
“Mama
tahu tak sebab apa dia jadi macam tu.” Adawiyah masih cuba untuk mengorek
cerita.
“Kami
dah tanya kawan-kawan dia tapi seorang pun tak tahu. Tapi satu hari tu, Mai
jumpa dengan kawan baik dia masa sekolah
dulu namanya Syahril. Dia cakap dia perasan yang Is berubah lepas ada perempuan
yang sukakan dia tu menghilangkan diri. Tiba-tiba hilang lepas habis sekolah.
Puas mereka berdua cari tapi tak jumpa. Mama tak sangka sampai macam tu sekali
perempuan tu mampu buat anak mama menderita. Mulanya mama ingat semua ni akan
berakhir sebab mungkin cinta monyet je kan tapi tak. Is masih sama sampailah
sekarang.”
Adawiyah
menelan air liurnya apabila mendengar cerita Tengku Fatimah. Tidak dia sangka
Faris akan menjadi seperti itu sekali hanya kerana dirinya, Rabiatul Adawiyah
yang tidak ada apa-apa ini. Menitis air matanya mendengar cerita mereka. “Mama
tahu tak siapa perempuan tu?”
“Tak.
Mama dah suruh Mai tanya kat Syahril tapi dia tak nak cakap. Dia kata perempuan
tu tak salah apa-apa. Dia tak nak kami salahkan perempuan tu. Lagipun, dia dah
janji dengan Is yang dia takkan ceritakan pasal perempuan tu kat sesiapa pun.”
Mama menjawab lagi.
“Akak,
Mai harap akak boleh bahagiakan abang Is. Kembalikan balik abang Mai yang dulu
ya kak.” Tengku Maisara berkata. Mereka bertiga berpelukan setelah
masing-masing mengelapkan air mata.
“Mama
buat apa ni? Oh, mana aci peluk isteri Is dari tadi lagi. Bagilah Is peluk
pulak.” Tiba-tiba Faris datang dan duduk di sebelah Adawiyah. Nasib baik
Adawiyah sudah mengelap matanya jadi tidak nampak sangatlah yang mereka baru
lepas menangis.
“Aci
kat India la.” Adawiyah menjawab sambil tersenyum.
“Ooo…
nak kenakan abang ya. Hah, mari sini abang nak geletek ni. Oh, hari tu kata nak
kahwin dengan orang tua, hari ni kenakan abang pula.” Faris sudah geletek
Adawiyah. Adawiyah yang memang penggeli ini ketawa berdekah-dekah sehingga
jatuh dari kerusi.
“Abang…
dah la… tak… tahan ni…” tersekat-sekat Adawiyah bersuara kerana asyik ketawa.
Tengku Fatimah dan Tengku Maisara turut ketawa bahagia.
Faris
berhenti menggeletek isterinya dan mengangkatnya sambil tersengih.
“Let’s go to our room okay?” Faris
mengenyitkan matanya kepada mama dan adiknya yang sudah tersengih-sengih. Muka
Adawiyah mula merah lagi.
“You know what? When you blushing, you make
me love you more and making me want you more.” Faris berbisik setelah
mereka berada di hadapan bilik mereka. Adawiyah masih lagi diangkatnya namun
wanita itu tidak menolak.
“Sayang,
this is our romantic world from now on.
We will create many sweet memories in here okay.” Faris mendepangkan
tangannya menunjukkan bilik mereka setelah menurunkan Adawiyah. Rekaan bilik
itu sangat cantik dan mewah. Bilik tidur Faris itu boleh dikatakan dua kali
ganda lebih besar daripada ruang tamu rumah sewanya dahulu. Di atas kepala
katil pula, gambar perkahwinan mereka ketika Faris mengucup dahinya setelah
menyarungkan cincin elok sahaja tergantung. Entah bila suaminya menyiapkan
semua itu dia juga tidak tahu. Dia hanya berdiri di hadapan pintu bilik sambil
memerhati bilik itu. Terasa kecil dirinya dibandingkan dengan suaminya ini.
Walaupun dia merupakan seorang doktor, namun dia tidak mampu menandingi
kekayaan suaminya itu.
Faris
menarik tangan Adawiyah yang masih berdiri di hadapan pintu itu. Dibawa
Adawiyah ke katil mereka dan didudukkannya di situ. “What’s wrong? Sayang tak suka dengan dekorasi bilik ni ke? Tak apa,
abang akan tukar decoration bilik ini
okey. Ikut cara yang sayang suka.” Faris memandang wajah isterinya yang sudah
menunduk ke lantai.
Adawiyah
menggeleng kepalanya. Faris masih lagi melutut di hadapan isterinya itu.
Diangkat wajah isterinya dan direnung wajah polos itu. Mata mereka bersatu.
Hati Adawiyah berdebar-debar dan seakan tidak boleh berhenti. Perasaan yang
sering dirasakannya suatu ketika dahulu telah terjadi lagi. Adawiyah melarikan
pandangannya. Dia takut. Takut dengan hatinya yang selalu berdebar dengan
kewujudan lelaki yang telah bergelar suaminya itu. Takut dengan perasaannya.
Dia sudah berjanji untuk membuatkan lelaki itu menyesal kerana ingin
mengahwininya pada lelaki itu tetapi dia tahu dia tidak boleh menipu lelaki itu
bahawa dia masih menyimpan perasaan cinta kepada lelaki itu. Cinta pertama
memang sukar untuk dilupakan.
Kenapa
sukar untuk dia mengaku dia masih mencintai lelaki ini. Bukankah dahulu dia
yang selalu berharap supaya Allah membuka pintu hati lelaki ini untuknya. Dia
juga yang tidak malu mengaku perasaan cintanya kepada lelaki ini ketika mereka
masih bersekolah dahulu. Malah, ketika dia melanjutkan pelajaran ke universiti,
dia masih tidak dapat melupakan lelaki ini. Kerana itu juga dia masih tidak
pernah bercinta. Bukankah hatinya berdebar saat pertama kali mereka bersua dua
bulan yang lalu. Malah lelaki ini turut mengaku yang dia mencintainya dan
layanan Faris kepadanya sangat sempurna seperti layanan kepada seorang isteri.
Apa lagi yang dia mahu? Allah sudah mengakbulkan doanya sejak 10 tahun lalu.
Malah setiap kali dia menunaikan solat istikharah, wajah Faris sering muncul
dalam mimpinya. Apa lagi yang dia inginkan?
‘Ya
Allah, tamakkah aku? Tamakkah aku sehingga tidak nampak apa yang telah Engkau
berikan kepadaku. Sesuatu yang aku sering minta sejak dahulu dan aku tidak
menghargainya apabila Engkau kurniakannya kepadaku. Kejamkah aku kerana
membuatkan hidupnya merana selama ini? Berilah aku kesempatan untuk menebus
kesalahanku ini ya Allah.’ Doa Adawiyah dalam hati. Bergenang air matanya
mengingatkan kelakuannya kepada suaminya dan mengingatkan cerita Tengku Fatimah
dan Tengku Maisara kepadanya.
Kerana
dia juga suaminya menjalani hidup yang tidak berperasaan selama sepuluh tahun.
Tegakah dia melihat suaminya menderita jika dia berterusan menyakiti hati
lelaki itu.
“Why?” Faris bertanya apabila melihat
wajah isterinya seperti ingin menangis.
Sekali
lagi Adawiyah menggeleng namun air matanya sudah mengalir di pipinya. Faris
mengelap air matanya dan menarik Adawiyah ke dalam dakapannya. Adawiyah
menangis di dada Faris sehingga lencun baju suaminya. Semakin erat Faris
memeluk isterinya. Digosok belakang Adawiyah untuk menenangkan isterinya.
“I’m sorry.” Perlahan Adawiyah menyebut
setelah dia berhenti menangis.
Faris
mengerutkan dahinya kerana tidak mengerti. “For
what?”
“For everything I did to you before. Adawiyah
minta maaf sangat-sangat dengan abang. Boleh tak abang maafkan Adawiyah?”
Adawiyah mendongak memandang suaminya yang masih merenungnya.
Faris
tersenyum mendengar kata maaf isterinya. Dipeluk lagi isterinya. Dicium
ubun-ubun isterinya berkali-kali. “Abang dah lama maafkan sayang. Abang tahu
sayang tak sengaja kan?” Faris memandang mata isterinya sekali lagi. Adawiyah
menunduk dan mengangguk. Faris tersenyum dan menarik Adawiyah ke dalam
pelukannya sekali lagi.
“Abang
cintakan sayang. Cinta sangat-sangat sampai abang rasa macam abang tak boleh
nak bernyawa kalau sayang tak ada di sisi abang.” Faris meluahkan isi hatinya.
Adawiyah yang mendengarnya sudah mula merah telinga. Merah padam mukanya.
“I told you before that when you blushing,
you make me feel like I want you more darling.” Faris mengusik isterinya.
“Abang…”
Adawiyah mengeluarkan suara manjanya tahap kelima. Lemah lutut Faris
mendengarnya.
“You making things hard on me sayang.”
Adawiyah melepaskan pelukan suaminya dan melihat suaminya sudah menelan liurnya.
Adawiyah bergerak ke belakang menjauhi suaminya sedikit. Faris menarik tangan
Adawiyah dan menyuruhnya duduk di hadapannya. Dia memandang mata Adawiyah lama.
“Do you love me, sayang?” Faris
memandang mata Adawiyah tajam. Adawiyah mengangguk.
“I want to hear it directly from your mouth sayang.”
Faris masih lagi memandangnya tajam. Jikalau Faris memandangnya tajam, apa yang
dikatakannya bukanlah lagi permintaan tetapi arahan. Dia tahu itu.
“I love you… so much.” Muka Adawiyah
kembali merah. Faris tersenyum puas.
“Since when?” Faris memandangnya matanya
tajam sekali lagi.
“Since the past ten years and the feelings
never change.” Perlahan Adawiyah menuturkannya.
Faris
senyum puas sekali lagi. Dipeluknya Adawiyah dan diciumnya ubun-ubu isternya.
Lama mereka berpelukan seperti itu. Setelah mencium ubun-ubun Adawiyah, Faris
mencium dahi, pipi, hidung, mata dan akhir sekali di bibir isterinya. Lama.
Adawiyah membiarkan bibir suaminya yang sudah meliar di seluruh badannya. Dia
rela dan redha. Sesungguhnya dia sedar diri dia ini merupakan milik Faris.
Kamar itu menyaksikan kehangatan cinta mereka pada malam itu.
No comments:
Post a Comment