ADAWIYAH kelihatan ayu setelah dimekap oleh jurumekap
artis yang telah ditempah oleh Faris. Gaun putih rekaan Rizalman sudah
tersarung di badan. Kasut kaca yang ditempah khas jenama Jimmy Choo juga telah
tersarung di kakinya. Tudung yang dipakainya agak singkat daripada biasa namun
setelah berkali-kali Adawiyah membantah, jurusolek itu meletakkan seledang
labuh berkain jarang yang dapat menutup dadanya. Setelah berpuas hati, Adawiyah
berdiri di hadapan cermin tinggi di hadapannya.
“Cantik you hari
ni tapi kalau you bagi I pakaikan bulu mata palsu mesti lagi
cantik sebab padan dengan mata you yang bulat tu.” Aliza selaku jurusolek itu
memuji Adawiyah.
“Tak apalah kak. Saya tak suka pakai bulu mata palsu tu.”
Adawiyah menolaknya dengan lembut. Bukan dia tidak tahu bahawa memakai bulu
mata palsu itu berdosa tapi dia tidak mahu mengatakan perkara itu di hadapan
Aliza kerana wanita itu sendiri memakai bulu mata palsu. Tadi merayu-rayu dia
meminta Adawiyah supaya membenarkannya mencukur keningnya tetapi tetap ditolak
baik oleh Adawiyah.
“Lepas ni, kalau Tengku Faris datang ni, mesti terkejut
tengok isteri dia yang cantik ni.” Aliza masih lagi memuji Adawiyah.
“Apalah akak ni. Tak adalah.” Adawiyah tersenyum malu.
Tidak lama kemudian Faris masuk dengan memakai tuksedo berwarna putih. Faris
yang sudah sedia kacak itu kelihatan semakin kacak apabila memakai baju itu.
Nampak lebih bergaya daripada biasa. Adawiyah tersenyum kepada suaminya.
“Mana orang lain abang?” Adawiyah bertanya sambil
menjenguk ke belakang suaminya.
“Tak ada siapa-siapa sayang. Abang sorang je. Abang tak
bagi sesiapa masuk. Abang nak jadi orang pertama yang tengok isteri abang yang cantik
ni.” Faris memuji isterinya. Dia mendekati isterinya dan mencium pipi
isterinya.
“Abang, kak Liza ada tu.” Adawiyah sudah malu. Merah
padam mukanya.
Aliza pula hanya tersengih-sengih melihat pasangan
bahagia itu. ‘Memang bertuah la Adawiyah kerana dapat berkahwin dengan jutawan
muda ni. Ramai perempuan yang tergila-gilakan lelaki ini pun tidak dilayannya,
tetapi gadis manis ini yang menjadi piluhan hati.’ Getus hati Aliza.
“Shall we?
Majlis dah nak mula ni.” Faris mengulurkan tangannya kepada Adawiyah dan
Adawiyah menyambutnya. Mereka sama-sama keluar dari bilik hotel itu dan menuju
ke dewan utama. Sampai di dewan utama, Adawiyah melihat dewan itu gelap. Hanya
pentas sahaja yang terang disimbahi cahaya lampu. Beberapa orang kanak-kanak
memakai baju sekolah dan beg sekolah berada di hadapan dan belakang mereka
sambil memeganga bakul bunga. Dua orang kanak-kanak perempuan memakai baju
sekolah berada di belakang Adawiyah sudah bersedia memegang belakang gaunnya
yang panjang itu.
Adawiyah yang memang mempunyai stage fright itu memegang tangan suaminya kemas.
“Nervous?”
Adawiyah mengangguk perlahan.
“It’s okay. I’m
here with you. Just walk and smile okay.” Faris memegang tangan Adawiyah
kemas.
Kemudian, kedengaran pengerusi majlis memanggil menjemput
pengantin masuk ke dalam dewan. Adawiyah berjalan perlahan-lahan di sisi
suaminya. Risau juga dia andai dia terjatuh di situ kerana dia memang tidak
biasa memakai kasut tumit tinggi. Baginya hanya menyusahkan dan dalam masa yang
sama hanya memberi kesan yang buruk kepada pemakainya.
Setelah sampai di pelamin yang berwarna putih itu, mereka
duduk. Tiba-tiba sahaja lampu di seluruh dewan terbuka. Adawiyah memandang
semua tetamu yang memakai baju berwarna putih. Warna tema majlis itu. Adawiyah
tersenyum gembira. Faris memang mengetahui bahawa dia memang meminati warna
putih itu. Kemudian, kedengaran pengerusi majlis menjemput Anuar Zain ke atas
pentas untuk menyanyikan lagu Sedetik Lebih.
Setelah tamat persembahan Anuar Zain, dua orang penyanyi
dari Indonesia iaitu Nicky Tirta dan Vanessa Angel keluar menyanyikan lagu
Indah Cintaku. Lagu kegemaran Adawiyah. Di belakang penyanyi itu keluar dua
orang remaja perempuan memakai baju sekolah. Seorang pelajar perempuan sedang
berdiri di sebalik pintu seperti memeriksa sesuatu manakala seorang lagi sedang
memadam permukaan meja dan dan menconteng meja sekolah itu. Adawiyah berpaling
memandang suaminya dan Faris hanya tersenyum. Remaja itu melakonkan perkara
yang sama yang dilakukannya bersama Maria sepuluh tahun lalu. Kemudian dua
orang pelajar lelaki berpakain pengawas keluar dan dua orang pelajar wanita itu
menyorok di bawah meja guru. Tetamu yang hadir ketawa melihat adegan itu. Muka
Adawiyah sudah merah padam menahan malu. Dilihatnya wajah Maria, sahabat baiknya
sedang tersengih bersama Syahril tidak jauh dari mereka.
‘Ni mesti minah ni yang cakap ni.’ Adawiyah membentak
dalam hati. Maria sudah mengangkat ibu jarinya kepada Adawiyah yang sudah merah
padam itu.
Setelah persembahan tamat, pengerusi majlis memberitahu
semua tetamu bahawa lakonan itu merupakan bagaimana cara mereka berdua mula
jatuh hati sehingga kini. Semua penonton bertepuk tangan dan bersorak mendengar
kata-kata pengerusi majlis itu. Adawiyah mencubit paha suaminya tetapi Faris
hanya tersengih sambil mengenyitkan matanya.
‘Lepas ni, confirm kena
serang dengan abang-abang aku ni. Lepas tu kena siasat dengan umi, abah, mama,
papa, Mai. Oh, tidak.’ Getus Adawiyah dalam hati.
“Dijemput Tengku Faris Hilman bin Tengku Hamid untuk
mempersembahkan sesuatu yang istimewa untuk isterinya yang tercinta.” Pengerusi
majlis mula bersuara.
Adawiyah memandang suaminya. Faris sudah sedia bangun dan
menarik Adawiyah untuk bersamanya ke pentas persembahan tadi. Terdapat sebuah
piano berwarna putih dan sebuah kerusi di hadapan piano itu. Faris menemani
Adawiyah ke kerusi itu dan menyuruh isterinya duduk di situ. Kemudian, dia
berjalan ke arah piano dan duduk di hadapan piano itu.
“Lagu ini saya tujukan untuk isteri saya yang tercinta,
Rabiatul Adawiyah binti Haji Sulaiman. Sayang, terimalah.” Usai berucap, Faris
bermain piano lagu kumpulan Westlife
yang bertajuk Catch My Breath. Sangka
Adawiyah, Faris hanya bermain piano sahaja tetapi rupanya suaminya turut
menyanyikan lagu tersebut. Adawiyah memejam matanya sekejap untuk menghayati
lagu itu. Kemudian dia membuka matanya. Faris menyanyikan lagu itu sambil
memandang mata Adawiyah. Mereka berdua kelihatan seperti hanya mereka berdua
sahaja yang wujud ketika itu.
We were still in high school
When I first met you
Even then you were the prettiest girl
That I ever knew
And we
carved our name on
Everything that we could find
The way that all kids do
And although time has passed I still get surprised
At the pulling in my chest
When I know you're coming by
If this feeling's proving anything
It’s not everything
Is gonna change with time
You're still mine
Did you know when you're around
My heart won’t it can’t slow down
It beats so hard it makes it hard
To catch my breath, to catch my breath
Do not ever ask me if I'm sorry
Or that I'm here with you
Baby you can bet I don’t regret the girls I never knew
Every day's another first
Another chance for me
To fall in love with you
And I do
Did you know when you're around
My heart won’t, it can’t slow down
It beats so hard it makes it hard
To catch my breath, to catch my breath
Oh .. when you're with me I stop seeing
Any way to fail how do I explain
I try to tell you what I'm feeling
But how do I when all words fail
Did you know when you're around
My heart won’t, it can’t slow down
It beats so hard it makes it hard
To catch my breath, to catch my breath
Did you know when you're around
My heart won’t, it can’t slow down
It beats so hard it makes it hard
To catch my breath, to catch my breath
To catch my breath, to catch my breath
To catch my breath, to catch my breath
Bergenang air mata Adawiyah setelah suaminya selesai
menyanyikan lagu itu kepadanya. Bibirnya bergerak mengucapkan I love you. Faris tersenyum dan berjalan
ke arah isterinya dan mencium dahi isterinya di hadapan tetamu yang hadir.
“I love you forever
until my last breath.” Bisik Faris ke telinga Adawiyah.
Tetamu yang hadir bertepuk tangan melihat adegan mereka
romantik mereka berdua. Kru rancangan Walimatul Urus yang berada di situ tidak
melepaskan peluang untuk merakam aksi ini.
Mereka kemudian berpimpin ke arah meja makan pengantin.
Adawiyah dan Faris berada di tengah dan di sebelah Adawiyah, mama dan papa
duduk di situ manakala di sebelah Faris pula umi dan abah yang berada di situ.
Tiba-tiba Tengku Fatimah menarik tangan Adawiyah
menghampirinya seraya berbisik. “Oh, rupanya Adawiyah la perempuan yang dah
buat anak mama sampai angau macam tu. Pandai ya, sorok dari mama.”
Adawiyah hanya tersenyum sahaja mendengar kata-kata
mertuanya itu. Faris menarik isterinya mendekatinya. Cemburu dengan mama
sendirilah tu. Ketika Adawiyah baru sahaja ingin menyuapkan makanan, Faris
terlebih dahulu menghulurkan sudunya ke arah Adawiyah. Adawiyah mengerutkan
dahinya tetapi Faris masih berdegil.
“Aaaaa.” Faris membuka mulutnya supaya Adawiyah meniru
reaksinya itu. Oleh kerana banyak kamera sedang mengambil gambar mereka berdua,
Adawiyah megikut sahaja kehendak suaminya. Selesai sahaja dia Faris menyuap
Adawiyah, dia mengangakan mulutnya lagi meminta Adawiyah menyuapnya pula. Adawiyah
menyuapkan makanan ke dalam mulut Faris. Faris senyum gembira. Wajahnya tampak
bahagia. Mereka bergilir-gilir menyuap antara satu sama lain sehingga makanan
mereka habis.
Setelah selesai makan, mereka bertemu dengan tetamu yang
hadir. Mereka bermula dengan saudara mara Faris sehinggalah rakan bisnesnya.
Kemudian, mereka bertemu pula dengan rakan-rakan mereka.
Farhan menghampiri mereka berdua untuk mengucapkan
tahniah.
“Tahniah Adawiyah, saya tak sangka yang awak berdua akan
berkahwin.” Farhan kelihatan sedih setelah mengucapkannya.
“Terima kasih Farhan. Alhamdulillah, dah jodoh.” Adawiyah
menjawab sambil menghadiahkan senyuman manis kepada Farhan.
“Macam mana korang kenal? Bukan ke hari tu, Faris kata
dia tak kenal awak?” Farhan bertanya lagi. Matanya merenung wajah Adawiyah yang
nampak gembira itu. Hatinya terluka.
“Errrr…” Adawiyah tergagap-gagap untuk menjawab. Takkan
dia ingin memecahkan rahsia mereka.
Faris memeluk pinggang Adawiyah dengan kuat. Adawiyah
memandang wajah suaminya yang kelihatan tegang itu. Sah, suaminya dah cemburu.
Memang suaminya cemburu dengan Farhan sejak dulu lagi. Adawiyah menggosok
lembut tangan suaminya supaya bersabar. Wajah Faris mengendur dan nampak tenang
kembali. Adawiyah menghadiahkan senyuman yang paling manis kepada suaminya.
“Well, as you can
see the play before. That’s how we met ten years ago.” Faris menjawab
tenang.
“Oh. Tahniah sekali lagi. Aku rasa dah tiba masa untuk
aku beredar. Aku pergi dulu ya. I wish
the best for both of you.” Lemah Farhan menuturkannya. Dia menyalami Faris
dan beredar dari situ.
Adawiyah memandang suaminya yang sedang tersenyum puas.
Puas kerana dapat mengenakan saingannya.
“Abang, I don’t
like what you did just now. Behave yourself okay.”
“Siapa suruh kacau isteri abang. You’re mine. Only mine.” Faris menjawab bersungguh.
“Ya. Sayang milik abang. Puas hati?” Faris mengangguk dan
memeluk pinggang isterinya lebih erat. Faris memang tidak malu untuk
menunjukkan kasih sayangnya di hadapan orang ramai. Adawiyah menggelengkan
kepalanya.
“Well, well, well.
So, this is your wife huh?” Seorang wanita yang berambut perang berdiri di
hadapan mereka. Adawiyah melihat wanita itu dari bawah hingga ke atas. Tubuh
wanita itu persis model dan pakaian yang dipakainya juga sangat menjolok mata.
Dress singkat yang menampakkan lurahnya. Dress itu pula elok sahaja melepasi
punggungnya. Adawiyah memandang suaminya yang sudah memandang ke arah lain.
‘Huh, nasib baik dia tak tengok perempuan ni. Kalau tak,
memang aku korek biji mata dia ni.’
“Hana, kenalkan isteri I, Adawiyah. Sayang, ni Hana anak Datuk Aziz.” Faris memperkenalkan
isterinya kepada Hana.
Adawiyah menghulurkan tangan untuk bersalam tetapi tidak
disambut wanita itu. Perlahan-lahan Adawiyah menarik tangannya kembali. Malu
puladia apabila tidak dipedulikan. Wanita itu bergerak menghampiri Faris dan
memeluk lengannya.
“Faris darling. Kenapa
you kahwin dengan perempuan kolot macam ni?” Hana sudah mula menggedik.
“Hana, behave
yourself. This is my wife and please respect her.” Faris menarik tangannya
yang dipeluk oleh Hana.
“So what? I don’t
care who she is. Faris, you know right how much I love you yet why you this
woman. She’s not your match Faris. I am your match.” Hana memujuk Faris.
Adawiyah ternganga mendengar kata-kata Hana. Ada jugak perempuan
yang desperate macam ni. Ingatkan
dalam novel sahaja ada watak macam ni tapi rupanya di dunia realiti pun wujud
juga manusia macam ni. Adawiyah memandang Faris yang masih tenang.
“Hana, jangan nak buat drama swasta kat sini ya. Kalau you nak buat drama jugak, you better leave. You don’t want me to report your
behaviour to your father right?” Faris sudah mengugut Hana. Adawiyah pula
menyorokkan senyumannya kerana terasa lucu pula apabila melihat wajah Hana yang
sudah berubah.
“Kau dengar sini perempuan. Faris hak aku dan aku akan
pastikan dia jadi milik aku. You better
watch out.” Hana menunjukkan jari telunjuknya ke wajah Adawiyah namun
tangannya itu ditarik oleh Datuk Aziz. Entah sejak bila lelaki itu berada di
situ, dia pun tidak tahu.
“Hana jangan nak kurang ajar. Papa dah kata kalau nak
datang jangan buat perangai. Sekarang papa nak Hana balik.” Tegas suara Datuk
Aziz. Wajah Hana sudah berubah takut. Dia memang takutkan papanya. Hana
menghentakkan kakinya tanda protes dan berjalan dengan laju keluar dari dewan.
Hana terlanggar seorang pelayan yang sedang membawa minuman sehingga gelas di
dalam dulang pecah dan habis terkena bajunya.
“What the f*ck are
you doing you stupid bitch.” Hana menyumpah pelayan itu sebelum berjalan
keluar. Tetamu yang melihat kejadian itu terkejut mendengar kata-kata makian
Hana. Datuk Aziz memohon maaf dengan Faris dan Adawiyah sebelum meminta diri
untuk pulang. Mungkin malu dengan perlakuan anaknya.
“Abang minta maaf ya. Dia memang macam tu. Jangan
pedulikan dia ya.” Faris memujuk Adawiyah. Adawiyah hanya senyum mengangguk.
Tidak mahu memanjangkan cerita walaupun sebenarnya dia ingin mengetahui siapa
Hana yang sebenarnya. Tak apa, dia boleh bertanya kepada Tengku Maisara.
Setelah Faris meminta diri untuk berjumpa dengan
geng-geng sekolah menengahnya dulu, Adawiyah dan Maria menarik Tengku Maisara
ke satu meja kosong.
“Siapa Hana tu Mai?” tanya Adawiyah curiga.
“Oh, dia tu satu universiti dengan abang Is dulu. Dia
memang gilakan abang tapi abang tak layan. Tengoklah perangai dia tadi macam
mana. Dengan cara pemakaian macam tu. Memang taklah. Abang Is memang tak
sukakan dia tapi tak adalah sampai benci tapi boleh dikatakan menyampahlah
dengan perangai dia tu. Mama dengan papa pun tak suka dia tapi sebab dia anak
Datuk Aziz, bestfriend papa so,
kitorang kenalah terima dia kalau dia datang ke rumah. Tapi dalam adik-beradik
dia, dia sorang je macam tu. Keluarga dia tak ada pun jadi macam dia. Dia
sorang je yang pelik. Dulu, dia suruh Datuk Aziz mintak dengan papa suruh abang
Is kahwin dengan dia tapi abang Is tak
nak. Tu la yang buat dia marah sangat sebab abang Is kahwin dengan akak. Dulu, dia sampai sanggup
ikut abang Is belajar kat London padahal dia tu bukannya pandai pun. Pergi
belajar bukan main lama tapi tak grad
pun sebab dia bukannya belajar. Asyik enjoy je. Tapi bila abang Is balik
Malaysia, dia nak balik juga. Belajarnya tak habis-habis pun. Pelik betul
perempuan tu.” Panjang lebar Maisara bercerita. Terangguk-angguk Adawiyah dan
Maria mendengar.
“Oh, jadinya memang abang Is tak layan dia la?” Adawiyah
meminta kepastian.
“Memang taklah. Kau ni apalah perempuan. Panjang lebar
Mai cerita takkan kau tak paham-paham lagi. Dari dulu sampai sekarang kau ni
memang tak berubah betul la.” Maisara sudah mula kecoh lagi. Tengku Maisara
pula hanya tersengih melih dua orang sahabat baik ini bergaduh manja.
“Best la Kak Maria ni. Sempoi gila. Boleh kamceng dengan
Mai ni.” Tengku Maisara bersuara.
“Bereh…” Maria meniru gaya orang Kelantan mengucapkan
beres. Terbahak-bahak Tengku Maisara ketawa. Adawiyah pula hanya menggelengkan
kepalanya.
“Punoh adik ipar aku buleh ko mung pahni Maria. (rosak
adik ipar aku kalau dapat kat kau Maria)” Adawiyah pula menggunakan loghat
Kelantannya. Kuat mereka bertiga ketawa sehingga para tetamu yang masih belum
pulang memandang mereka. Masing-masing tersengih-sengih dan menunduk malu.
Faris menggelengkan kepalanya dari jauh. ‘Aduhai, isteri
aku ni.’
best best hee
ReplyDeletecukur kening haram ! yup betul bulu mata palsu ! betul jugak ! labuhkan pakaian haram :)
-shah-
good job writer...truskan bdakwah...biar pun dgn cr yg sempoi...kdg2 cr mcm ni lg sng anak remaja nk fhm&terima...tak rmi yg btul2 fhm knsep mnutup aurat yg sbnr...tdung mestilah mnutupi dada...
ReplyDelete