Wednesday 5 February 2014

Bab 9



1 bulan kemudian…
            “SAYANG, esok pergi kerja dengan abang ya. Esok kan first day sayang kerja lepas honeymoon kita tu. Abang hantar ya.” Faris memujuk isterinya yang sedang membaca buku di atas katil. Dari pagi tadi lagi dia memujuk Adawiyah supaya membenarkan dia menghantarnya ke tempat kerja tapi Adawiyah menolak kerana tidak mahu menyusahkan suaminya. Lagipun, syarikat Faris dan hospital tempat Adawiyah bekerja sangat jauh dan mengambil jalan yang berbeza.
            Faris pula mahu menghantar Adawiyah kerana dia mahu memastikan Farhan tidak mengganggu isterinya walhal dia yang terlebih cemburu. Dia masih llagi cemburukan Farhan walaupun Adawiyah sudah menjadi miliknya. Ingin disuruh Adawiyah berhenti kerja, dia tahu Adawiyah pasti tidak mahu. Lagipun, dia tidak mahu memaksa isterinya. Adawiyah juga tidak pernah gagal menjalankan tugasnya sebagai seorang isteri jadi tidak ada sebab untuk dia menyuruh Adawiyah berhenti kerja walaupun dia lebih dari mampu menyara Adawiyah walaupun isterinya tidak bekerja.
            “Ala, tak payahlah. Pejabat abang kan jauh. Nanti lambat  masuk office pula. Abang kan banyak kerja.” Adawiyah menolak. Bukan dia tidak tahu niat suaminya itu.
            “Tak apa. Lagipun, abang kan bos. Tak ada siapa yang boleh marah abang. Bolehlah ya.” Faris menggoncang tangan isterinya persis budak kecil meminta gula-gula. Matanya dikelip-dikelip supaya kelihatan comel. Adawiyah tergelak melihat aksi suaminya yang semakin lama semakin manja itu. Siapa sangka usahawan berjaya yang sering nampak macho dan serius itu boleh jadi sangat manja. Mungkin kerana sudah sepuluh tahun dia tidak berperasaan menyebabkan dia kini menjadi seorang yang terlebih perasaan.
            “No, abang. Jangan buat macam ni okey. Adawiyah tahu niat abang yang sebenarnya. Abang jangan risaulah. Farhan dengan Adawiyah tak ada apa-apa la. Abang tak percayakan Adawiyah ke?” Adawiyah memegang kedua belah pipi suaminya untuk meyakinkannya.
            “Abang percaya tapi yang abang tak percaya tu Farhan. Ingat tak masa kita honeymoon dulu. Hari-hari dia call sayang. Kononnya nak tanya pasal kerja la. Macamlah tak ada orang lain yang boleh dia tanya.” Faris memuncungkan bibirnya. Sudah terjangkit dengan perangai Adawiyah yang akan memuncungkan bibir setiap kali merajuk. Adawiyah hanya tersenyum.
            “Abang, dia call tu sebab memang penting. Patient Adawiyah nak kena bedah masa tu. Adawiyah pula tak ada. Nasib baik dia sanggup ganti. Tiap hari dia call sebab nak update pasal patient tu. Takkan sebab tu pun abang nak jealous.”
            “Tak kira, nak jealous jugak.” Faris sudah merajuk. Dia melepaskan tangan Adawiyah yang berada di pipinya dan menarik selimut yang berada di kaki dan menutup seluruh badannya. Begitulah dia kalau merajuk. Mama cakap kalau Faris tidak dapat apa yang dia inginkan ketika kecil dahulu, dia akan merajuk seperti ini. Tak sangka dia akan ulang balik bila dah kahwin ni. Adawiyah hanya menggelengkan kepalanya. Dia tahu Faris takkan merajuk lama-lama.
            Adawiyah mendekatkan dirinya ke muka Faris yang masih ditutup selimut. “I’m sorry.”  Dikucupnya dahi suaminya. Kemudian, dia merebahkan dirinya di sebelah suaminya. Sekejap sahaja dia sudah tertidur.
            Setelah setengah jam Adawiyah tertidur, Faris membuka selimut yang menutupi badannya. Dia melambaikan tangan di hadapan muka Adawiyah beberapa kali untuk memastikan isterinya sudah tidur. Setelah memastikan Adawiyah sudah benar-benar terlena, Faris turun dari katil perlahan-lahan. Kemudian, dia keluar dari bilik. Faris berjalan turun ke luar rumah. Ada misi yang harus dijalankan.
            Setelah pintu dibuka, Faris menuju ke garaj kereta. Kereta Camry putih milik Adawiyah elok sahaja terparkir di sebelah keretanya. Faris berpusing beberapa kali untuk memastikan tiada orang yang berada di situ. Dia tidak mahu  perbuatan nakalnya diketahui sesiapa. Setelah benar-benar pasti tiada sesiapa melihatnya, Faris memancitkan tayar kereta Adawiyah. Keempat-empat tayar kereta itu dipancitnya. Dia tetap mahu menghantar Adawiyah ke tempat kerja walaupun isterinya menolak.
            “Ini Faris la. Apa yang aku nak, mesti aku dapat punya.” Faris berdiri sambil mendabik dada. Tersengih sendirian dia. Kemudian, dia berjalan masuk ke dalam rumah. Masuk sahaja ke dalam biliknya, dia segera memanjat katil dan memeluk Adawiyah yang sudah nyenyak tidur. Sudah hilang terus rajuknya setelah berjaya mengenakan isterinya. Malam itu dia bermimpi indah.

            “ABANG, tayar kereta Adawiyah pancitlah.” Adawiyah mengadu apabila mereka berada di garaj keesokannya.
            “Hah, pancit? Macam mana boleh pancit ni?” Faris berpura-pura tidak tahu. Diperiksanya tayar kereta Adawiyah. Dia menundukkan mukanya untuk menyorokkan senyumannnya.
            “Tu la. Semalam okey je. Tak ada pulak yang pancit. Pelik betul. Nak pergi kerja macam mana ni?” Adawiyah mengerutkan dahinya sambil melihat jam di tangan. Kalau dia lambat ke tempat kerja, pasti ramai pesakit akan menunggunya. Tambahan pula keadaan jalan yang sesak pada waktu begini.
            “Jom, abang hantar. Kereta tu nanti kita suruh Mahmud hantar pergi workshop.” Faris masih lagi berpura-pura. Ditarik tangan isterinya untuk masuk ke dalam keretanya. Adawiyah hanya menurut kata-kata suaminya walau pada masa yang sama dia curiga dengan suaminya. Otaknya ligat memikirkan siapa yang memancitkan tayar keretanya. Walau berkali-kali dia berfikir, otaknya hanya mencerna satu jawapan sahaja iaitu suaminya. Memang suaminya itu panjang akal. Dia akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan apa yang diingininya. Ingin bertanya kepada Faris, dia takut suaminya merajuk lagi. Ah, biarlah.
            Faris menghantarnya sehingga ke hadapan pejabatnya. Walaupun sudah berkali-kali dia melarang, Faris tidak mengendahkan. Sepanjang perjalanan ke pejabatnya, Faris memeluk pinggangnya. Pekerja hospital yang lalu hanya tersenyum dan ada yang mengenyitkan mata kepada dia. Merah padam mukanya tapi Faris pula selamba sahaja.
            “Masuklah. Abang hantar sampai sini saje ya.” Faris mengusik isterinya.
            “Sampai sini je amendenya kalau dah depan pintu pejabat abang hantar.” Bebel Adawiyah. Mulutnya dimuncungkan.
            “Muncunglah lagi depan orang ramai ni. Abang cium baru tau.” Adawiyah sudah menutup mulutnya setelah mendengar kata-kata Faris. Dijelingnya Faris yang sudah tersengih-sengih.
            “Dah, salam cepat. Abang dah lambat ni masuk office.” Faris menghulurkan tangannya.
            “Tahu lambat. Dah gatal nak hantar sampai sini buat apa.” adawiyah membebel namun dia tetap bersalam dan mencium tangan suaminya. Faris kemudian mencium dahinya dan memeluknya dengan kemas. Adawiyah menolak tubuh suaminya namun Faris tetap tidak bergerak. Masih erat memeluk dan mencium ubun-ubun isterinya.
            “Abang… orang tengok ni.” Adawiyah berbisik.
            “Biarlah. Bukan salah pun. Abang peluk isteri abang. Lama tak jumpa ni. Kena ambil semangat dari sayang dulu baru boleh pergi kerja. Kalau tak, abang tak boleh buat kerja.” Faris berbisik kemudian melepaskan pelukannya. “Dah, masuk.”
            Setelah Adawiyah masuk ke dalam pejabatnya, Faris beredar meninggalkan hospital. Dari jauh, Farhan hanya memerhatikan mereka. Dia menundukkan mukanya. Tidak disangka bahawa Faris boleh mendapatkan Adawiyah. Sakit hatinya. Setelah dua tahun dia mengintai Adawiyah dari jauh dan cuba mengambil hati wanita itu tetapi akhirnya wanita itu berkahwin dengan Faris, teman baiknya sendiri. Hatinya remuk apabila melihat wanita yang dipuja dari jauh dipeluk oleh lelaki lain. Hatinya ingin merampas Adawiyah daripada Faris namun akal warasnya menolak. Mana mungkin dia melakukan perkara begitu. Dia sedar hukum hakam yang melarang kita untuk meruntuhkan masjid seseorang. Walaupun dia tidak sealim Adawiyah namun dia tahu dosa dan pahala.
Dia kagum dengan Faris kerana berjaya mendapatkan Adawiyah. Seharusnya dia bertindak dengan cepat seperti Faris dengan melamar Adawiyah tapi dia tidak mahu kecewa andai Adawiyah menolaknya. Dia benar-benar menyesal kerana tidak bertindak terlebih dahulu padahal dia yang bertemu dengan Adawiyah terlebih dahulu sebelum Faris. Farhan berjalan masuk ke dalam pejabatnya. Kekecewaan di hati hanya Allah sahaja yang tahu.
Adawiyah memulakan kerjanya seperti biasa tetapi wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia sedang bahagia sehingga semasa dia ingin memberitahu seorang mak cik tua bahawa dia menghidap kencing manis pun mukanya masih lagi tersenyum. Seperti dia meraikan kesakitan mak cik itu padahal seri pengantin masih belum hilang. Orang tengah bahagilah katakan. Mak cik tua itu menangis apabila mendapat tahu bahawa dia menghidap kencing manis tetapi Adawiyah pula hanya tersenyum sahaja. Tak kena betul emosi dia dengan suasana ketika itu. Sebelum mak cik tua itu keluar dia sempat mendengar anak perempuan mak cik itu berkata gila kepadanya namun perkataan itu sangat indah didengarinya. Bahagia.
Pekerja di hospital itu pula tidak putus-putus mengucapkan tahniah kepadanya. Makin lebar senyumannya mendengar ucapan itu. Farhan pula tidak menunjukkan wajahnya di hadapan Adawiyah semenjak Adawiyah sampai di hospital. Walaupun bilik mereka bersebelahan namun Adawiyah langsung tidak melihat kelibat Farhan. Ingin ditanya kepada jururawat yang menjadi pembantu Farhan, dia malas. Nanti tak pasal-pasal pula timbul gosip yang bukan-bukan di hospital itu. Bukan dia tidak tahu perangai jururawat-jururawat di sini, suka sangat jadi ahli mesyuarat tingkap.
Ketika Adawiyah bersiap untuk pulang ke rumah, telefonnya berbunyi menandakan ada mesej masuk. Adawiyah mencari telefonnya yang sudah diletak di dalam beg tangannya. Apabila dia membuka mesej tersebut, dia mengerutkan wajahnya. Dia menerima mesej daripada nombor yang tidak diketahuinya.

Baik kau tinggalkan Tengku Faris Hilman kalau kau tak nak kecewa. Suami kau tu bukannya orang baik2. Dia main kayu di tiga belakang kau. Kau ingat dia betul2 sayangkan kau. Jangan haraplah. Kau akan kecewa kalau kau tak dengar nasihat aku…

Adawiyah terkejut. Siapa yang menghantar mesej seperti ini kepadanya. Kenapa orang ini mahu meruntuhkan rumah tangganya. Mungkin mesej ini daripada musuh perniagaan suaminya. Adawiyah tidak ambil kisah dengan mesej itu. Tidak mungkin Faris akan menduakan dia sedangkan Faris sanggup menunggunya selama sepuluh tahun. Adawiyah memadamkan mesej itu. Dia tidak mahu suaminya tahu mengenai mesej itu. Pasti Faris akan risau dan marah. Tak pasal-pasal kecoh pula jadinya rumah tangga mereka kerana mesej itu.
Setibanya di luar hospital, Faris sudah sedia menunggunya. Faris sedang menyandar di luar kereta sambil berpeluk tubuh. Tali lehernya sudah ditanggalkan, dua biji butang bajunya yang di atas usdah dibuka dan lengan bajunya disingsing ke atas menampakkan dia semakin seksi. Beberapa orang jururawat wanita yang melalui jalan itu sudah tersenyum-senyum melihat Faris. Terpesona dengan keindahan makhluk Allah yang satu ini. Faris tersenyum apabila melihat Adawiyah sudah berdiri di hadapannya.
“Sayang, lambat. Denda cium pipi abang.” Faris memuncungkan bibirnya. Adawiyah hanya tersenyum lemah. Mana mungkin suaminya yang begitu manja dengannya itu boleh menduakan dia. Pasti ada orang dengki dengan suaminya. Adawiyah menyalami tangan suaminya.
“Mana ciuman untuk abang?” Faris menyoal lagi.
Adawiyah sudah menjeling suaminya. “Gatal.”
“Ala, nak jugak. Denda sebab sayang lambat sepuluh minit.” Faris menghentakkan kakinya seperti budak kecil.
‘Hish, apa kes laki aku ni. Nak buat perangai kat sini pulak. Dah lah ramai orang tengok.’
“Abang, kan orang ramai kat sini. Tunggu balik rumah dulu ya.” Adawiyah memujuk suaminya.
“Tak nak. Kalau sayang tak kiss abang, abang tak nak balik. Kita duduk kat sini sampai malam.” Perangai mengada-ngadanya sudah semakin menjadi.
“Okey, tapi dalam kereta ya.” Adawiyah masih tidak mahu mengalah. Beberapa orang yang lalu lalang hanya tersenyum melihat aksi mereka berdua. Muka Adawiyah sudah mula merah menahan malu.
Faris menggeleng lagi. Adawiyah mengeluh. Dilihatnya kiri dan kanan kemudian chupp! Adawiyah sudah mencium pipi kanan suaminya.
Satisfied?” Faris mengangguk dan tersengih. Dia membuka pintu untuk isterinya. Setelah Adawiyah masuk ke dalam kereta, Faris menghadiahkan satu ciuman di dahinya. Muka Adawiyah kembali merah. Faris masuk ke dalam kereta dan meneruskan perjalanan mereka pulang ke rumah. Setelah kereta Faris bergerak meninggalkan hospital, Faris bersuara.
“Sayang ni kan, dah sebulan kita kahwin tapi masih lagi malu-malu dengan abang. Kenapa ya? Tiap kali abang kiss, mesti sayang blushing. Abang suka.”
“Dah abang tu yang nakal sangat. Tak kira tempat nak peluk la nak kiss la. Perangai manja abang tu dah menjadi-jadi tau. Dulu, tak macam ni pun.” Adawiyah membebel. Geram dengan sikap suaminya yang tidak malu itu.
“Ala, abang manja dengan isteri abang je. Dulu tu sebab sayang kan tak nak terima abang. Yalah, siapalah kita ni. Hidung tak mancung, pipi pulak tersorong-sorong nakkan orang tu tapi dia tak layan kita. Siap janji dengan kita yang dia akan buat kita menyesal kahwin dengan dia. Jadi, kita kena la jadi macho, gentleman. Barulah dia tu suka.” Faris mengusik Adawiyah. Sengaja dia mengingatkan tentang perbualan mereka hampir sebulan yang lalu.
“Abang  ni kan…” Adawiyah sudah ingin mencubit perut suaminya tetapi cepat sahaja Faris memegang tangannya itu dan menggenggamnya. Dibawa tangan Adawiyah itu ke bibirnya. Dicium tangan itu lama.
“Abang, lepaslah. Bawak kereta elok-elok.” Adawiyah sudah menarik tangannya tetapi ditarik balik oleh Faris.
“Shhh… just stay like this until we reach home, okay.” Faris membawa tangan itu ke dadanya. Adawiyah hanya membiarkan sahaja. Dia bahagia. Terlupa terus dengan mesej yang diterimanya tadi.
MALAM itu Adawiyah mendapat pula mesej daripada nombor tadi.

Kau kena tinggalkan Faris. Faris dah buat kerja tak senonoh belakang kau. Dia ada perempuan simpanaan. Kau nak bersuamikan lelaki macam tu. Kau kan macam ustazah, kau nak ke lelaki setan macam dia tu.

Adawiyah sudah tidak tahan lagi. Siapa yang ingin mengganggu rumah tangga mereka. Kenapa sampai begitu sekali dia ingin memfitnah Faris. Adawiyah membalas mesej itu. Nasib baik Faris tiada ke rumah kerana ke masjid bersama Tengku Hamid untuk solat Maghrin dan Isyak berjemaah.

Awak siapa hah? Kenapa awak nak ganggu saya? Apa yang awak nak?

Tidak sampai seminit mesejnya dibalas.

Kau tak perlu tahu siapa aku. Aku cuma kesiankan kau je. Kau dah jadi bodoh. Kau diperbodohkan suami kau sendiri.

Adawiyah menjawab pesanan itu.

Apa maksud awak?


Mesejnya tidak dibalas oleh pengirim rahsia itu. Adawiyah mendengus marah. Dia cuba menelefon nombor itu namun nombor itu sudah tidak aktif. Pasti pengirim rahsia itu sudah menutup telefon. Kepala Adawiyah berdenyut pening. Sejak akhir-akhir ni, dia kerap pening. Adawiyah segera memadamkan mesej-mesej tersebut. Dia tidak mahu suaminya syak. Tidak lama lagi Faris akan pulang dari masjid. Adawiyah perlu berpura-pura tiada apa yang berlaku.

Tuesday 4 February 2014

Bab 8


            ADAWIYAH kelihatan ayu setelah dimekap oleh jurumekap artis yang telah ditempah oleh Faris. Gaun putih rekaan Rizalman sudah tersarung di badan. Kasut kaca yang ditempah khas jenama Jimmy Choo juga telah tersarung di kakinya. Tudung yang dipakainya agak singkat daripada biasa namun setelah berkali-kali Adawiyah membantah, jurusolek itu meletakkan seledang labuh berkain jarang yang dapat menutup dadanya. Setelah berpuas hati, Adawiyah berdiri di hadapan cermin tinggi di hadapannya.
            “Cantik you hari ni tapi kalau you bagi I pakaikan bulu mata palsu mesti lagi cantik sebab padan dengan mata you yang bulat tu.” Aliza selaku jurusolek itu memuji Adawiyah.
            “Tak apalah kak. Saya tak suka pakai bulu mata palsu tu.” Adawiyah menolaknya dengan lembut. Bukan dia tidak tahu bahawa memakai bulu mata palsu itu berdosa tapi dia tidak mahu mengatakan perkara itu di hadapan Aliza kerana wanita itu sendiri memakai bulu mata palsu. Tadi merayu-rayu dia meminta Adawiyah supaya membenarkannya mencukur keningnya tetapi tetap ditolak baik oleh Adawiyah.
            “Lepas ni, kalau Tengku Faris datang ni, mesti terkejut tengok isteri dia yang cantik ni.” Aliza masih lagi memuji Adawiyah.
            “Apalah akak ni. Tak adalah.” Adawiyah tersenyum malu. Tidak lama kemudian Faris masuk dengan memakai tuksedo berwarna putih. Faris yang sudah sedia kacak itu kelihatan semakin kacak apabila memakai baju itu. Nampak lebih bergaya daripada biasa. Adawiyah tersenyum kepada suaminya.
            “Mana orang lain abang?” Adawiyah bertanya sambil menjenguk ke belakang suaminya.
            “Tak ada siapa-siapa sayang. Abang sorang je. Abang tak bagi sesiapa masuk. Abang nak jadi orang pertama yang tengok isteri abang yang cantik ni.” Faris memuji isterinya. Dia mendekati isterinya dan mencium pipi isterinya.
            “Abang, kak Liza ada tu.” Adawiyah sudah malu. Merah padam mukanya.
            Aliza pula hanya tersengih-sengih melihat pasangan bahagia itu. ‘Memang bertuah la Adawiyah kerana dapat berkahwin dengan jutawan muda ni. Ramai perempuan yang tergila-gilakan lelaki ini pun tidak dilayannya, tetapi gadis manis ini yang menjadi piluhan hati.’ Getus hati Aliza.
            “Shall we? Majlis dah nak mula ni.” Faris mengulurkan tangannya kepada Adawiyah dan Adawiyah menyambutnya. Mereka sama-sama keluar dari bilik hotel itu dan menuju ke dewan utama. Sampai di dewan utama, Adawiyah melihat dewan itu gelap. Hanya pentas sahaja yang terang disimbahi cahaya lampu. Beberapa orang kanak-kanak memakai baju sekolah dan beg sekolah berada di hadapan dan belakang mereka sambil memeganga bakul bunga. Dua orang kanak-kanak perempuan memakai baju sekolah berada di belakang Adawiyah sudah bersedia memegang belakang gaunnya yang panjang itu.
            Adawiyah yang memang mempunyai stage fright itu memegang tangan suaminya kemas.
            “Nervous?
            Adawiyah mengangguk perlahan.
            “It’s okay. I’m here with you. Just walk and smile okay.” Faris memegang tangan Adawiyah kemas.
            Kemudian, kedengaran pengerusi majlis memanggil menjemput pengantin masuk ke dalam dewan. Adawiyah berjalan perlahan-lahan di sisi suaminya. Risau juga dia andai dia terjatuh di situ kerana dia memang tidak biasa memakai kasut tumit tinggi. Baginya hanya menyusahkan dan dalam masa yang sama hanya memberi kesan yang buruk kepada pemakainya.
            Setelah sampai di pelamin yang berwarna putih itu, mereka duduk. Tiba-tiba sahaja lampu di seluruh dewan terbuka. Adawiyah memandang semua tetamu yang memakai baju berwarna putih. Warna tema majlis itu. Adawiyah tersenyum gembira. Faris memang mengetahui bahawa dia memang meminati warna putih itu. Kemudian, kedengaran pengerusi majlis menjemput Anuar Zain ke atas pentas untuk menyanyikan lagu Sedetik Lebih.
            Setelah tamat persembahan Anuar Zain, dua orang penyanyi dari Indonesia iaitu Nicky Tirta dan Vanessa Angel keluar menyanyikan lagu Indah Cintaku. Lagu kegemaran Adawiyah. Di belakang penyanyi itu keluar dua orang remaja perempuan memakai baju sekolah. Seorang pelajar perempuan sedang berdiri di sebalik pintu seperti memeriksa sesuatu manakala seorang lagi sedang memadam permukaan meja dan dan menconteng meja sekolah itu. Adawiyah berpaling memandang suaminya dan Faris hanya tersenyum. Remaja itu melakonkan perkara yang sama yang dilakukannya bersama Maria sepuluh tahun lalu. Kemudian dua orang pelajar lelaki berpakain pengawas keluar dan dua orang pelajar wanita itu menyorok di bawah meja guru. Tetamu yang hadir ketawa melihat adegan itu. Muka Adawiyah sudah merah padam menahan malu. Dilihatnya wajah Maria, sahabat baiknya sedang tersengih bersama Syahril tidak jauh dari mereka.
            ‘Ni mesti minah ni yang cakap ni.’ Adawiyah membentak dalam hati. Maria sudah mengangkat ibu jarinya kepada Adawiyah yang sudah merah padam itu.
            Setelah persembahan tamat, pengerusi majlis memberitahu semua tetamu bahawa lakonan itu merupakan bagaimana cara mereka berdua mula jatuh hati sehingga kini. Semua penonton bertepuk tangan dan bersorak mendengar kata-kata pengerusi majlis itu. Adawiyah mencubit paha suaminya tetapi Faris hanya tersengih sambil mengenyitkan matanya.
            ‘Lepas ni, confirm kena serang dengan abang-abang aku ni. Lepas tu kena siasat dengan umi, abah, mama, papa, Mai. Oh, tidak.’ Getus Adawiyah dalam hati.
            “Dijemput Tengku Faris Hilman bin Tengku Hamid untuk mempersembahkan sesuatu yang istimewa untuk isterinya yang tercinta.” Pengerusi majlis mula bersuara.
            Adawiyah memandang suaminya. Faris sudah sedia bangun dan menarik Adawiyah untuk bersamanya ke pentas persembahan tadi. Terdapat sebuah piano berwarna putih dan sebuah kerusi di hadapan piano itu. Faris menemani Adawiyah ke kerusi itu dan menyuruh isterinya duduk di situ. Kemudian, dia berjalan ke arah piano dan duduk di hadapan piano itu.
            “Lagu ini saya tujukan untuk isteri saya yang tercinta, Rabiatul Adawiyah binti Haji Sulaiman. Sayang, terimalah.” Usai berucap, Faris bermain piano lagu kumpulan Westlife yang bertajuk Catch My Breath. Sangka Adawiyah, Faris hanya bermain piano sahaja tetapi rupanya suaminya turut menyanyikan lagu tersebut. Adawiyah memejam matanya sekejap untuk menghayati lagu itu. Kemudian dia membuka matanya. Faris menyanyikan lagu itu sambil memandang mata Adawiyah. Mereka berdua kelihatan seperti hanya mereka berdua sahaja yang wujud ketika itu.

We were still in high school
When I first met you
Even then you were the prettiest girl
That I ever knew
And we carved our name on
Everything that we could find
The way that all kids do

And although time has passed I still get surprised
At the pulling in my chest
When I know you're coming by

If this feeling's proving anything
It’s not everything
Is gonna change with time
You're still mine

Did you know when you're around
My heart won’t it can’t slow down
It beats so hard it makes it hard
To catch my breath, to catch my breath
Do not ever ask me if I'm sorry
Or that I'm here with you
Baby you can bet I don’t regret the girls I never knew
Every day's another first
Another chance for me
To fall in love with you
And I do

Did you know when you're around
My heart won’t, it can’t slow down
It beats so hard it makes it hard
To catch my breath, to catch my breath

Oh .. when you're with me I stop seeing
Any way to fail how do I explain
I try to tell you what I'm feeling
But how do I when all words fail

Did you know when you're around
My heart won’t, it can’t slow down
It beats so hard it makes it hard
To catch my breath, to catch my breath

Did you know when you're around
My heart won’t, it can’t slow down
It beats so hard it makes it hard
To catch my breath, to catch my breath
To catch my breath, to catch my breath
To catch my breath, to catch my breath

            Bergenang air mata Adawiyah setelah suaminya selesai menyanyikan lagu itu kepadanya. Bibirnya bergerak mengucapkan I love you. Faris tersenyum dan berjalan ke arah isterinya dan mencium dahi isterinya di hadapan tetamu yang hadir.
            “I love you forever until my last breath.” Bisik Faris ke telinga Adawiyah.
            Tetamu yang hadir bertepuk tangan melihat adegan mereka romantik mereka berdua. Kru rancangan Walimatul Urus yang berada di situ tidak melepaskan peluang untuk merakam aksi ini.
            Mereka kemudian berpimpin ke arah meja makan pengantin. Adawiyah dan Faris berada di tengah dan di sebelah Adawiyah, mama dan papa duduk di situ manakala di sebelah Faris pula umi dan abah yang berada di situ.
            Tiba-tiba Tengku Fatimah menarik tangan Adawiyah menghampirinya seraya berbisik. “Oh, rupanya Adawiyah la perempuan yang dah buat anak mama sampai angau macam tu. Pandai ya, sorok dari mama.”
            Adawiyah hanya tersenyum sahaja mendengar kata-kata mertuanya itu. Faris menarik isterinya mendekatinya. Cemburu dengan mama sendirilah tu. Ketika Adawiyah baru sahaja ingin menyuapkan makanan, Faris terlebih dahulu menghulurkan sudunya ke arah Adawiyah. Adawiyah mengerutkan dahinya tetapi Faris masih berdegil.
            “Aaaaa.” Faris membuka mulutnya supaya Adawiyah meniru reaksinya itu. Oleh kerana banyak kamera sedang mengambil gambar mereka berdua, Adawiyah megikut sahaja kehendak suaminya. Selesai sahaja dia Faris menyuap Adawiyah, dia mengangakan mulutnya lagi meminta Adawiyah menyuapnya pula. Adawiyah menyuapkan makanan ke dalam mulut Faris. Faris senyum gembira. Wajahnya tampak bahagia. Mereka bergilir-gilir menyuap antara satu sama lain sehingga makanan mereka habis.
            Setelah selesai makan, mereka bertemu dengan tetamu yang hadir. Mereka bermula dengan saudara mara Faris sehinggalah rakan bisnesnya. Kemudian, mereka bertemu pula dengan rakan-rakan mereka.
            Farhan menghampiri mereka berdua untuk mengucapkan tahniah.
            “Tahniah Adawiyah, saya tak sangka yang awak berdua akan berkahwin.” Farhan kelihatan sedih setelah mengucapkannya.
            “Terima kasih Farhan. Alhamdulillah, dah jodoh.” Adawiyah menjawab sambil menghadiahkan senyuman manis kepada Farhan.
            “Macam mana korang kenal? Bukan ke hari tu, Faris kata dia tak kenal awak?” Farhan bertanya lagi. Matanya merenung wajah Adawiyah yang nampak gembira itu. Hatinya terluka.
            “Errrr…” Adawiyah tergagap-gagap untuk menjawab. Takkan dia ingin memecahkan rahsia mereka.
            Faris memeluk pinggang Adawiyah dengan kuat. Adawiyah memandang wajah suaminya yang kelihatan tegang itu. Sah, suaminya dah cemburu. Memang suaminya cemburu dengan Farhan sejak dulu lagi. Adawiyah menggosok lembut tangan suaminya supaya bersabar. Wajah Faris mengendur dan nampak tenang kembali. Adawiyah menghadiahkan senyuman yang paling manis kepada suaminya.
            “Well, as you can see the play before. That’s how we met ten years ago.” Faris menjawab tenang.
            “Oh. Tahniah sekali lagi. Aku rasa dah tiba masa untuk aku beredar. Aku pergi dulu ya. I wish the best for both of you.” Lemah Farhan menuturkannya. Dia menyalami Faris dan beredar dari situ.
            Adawiyah memandang suaminya yang sedang tersenyum puas. Puas kerana dapat mengenakan saingannya.
            “Abang, I don’t like what you did just now. Behave yourself okay.”
            “Siapa suruh kacau isteri abang. You’re mine. Only mine.” Faris menjawab bersungguh.
            “Ya. Sayang milik abang. Puas hati?” Faris mengangguk dan memeluk pinggang isterinya lebih erat. Faris memang tidak malu untuk menunjukkan kasih sayangnya di hadapan orang ramai. Adawiyah menggelengkan kepalanya.
            “Well, well, well. So, this is your wife huh?” Seorang wanita yang berambut perang berdiri di hadapan mereka. Adawiyah melihat wanita itu dari bawah hingga ke atas. Tubuh wanita itu persis model dan pakaian yang dipakainya juga sangat menjolok mata. Dress singkat yang menampakkan lurahnya. Dress itu pula elok sahaja melepasi punggungnya. Adawiyah memandang suaminya yang sudah memandang ke arah lain.
            ‘Huh, nasib baik dia tak tengok perempuan ni. Kalau tak, memang aku korek biji mata dia ni.’
            “Hana, kenalkan isteri I, Adawiyah. Sayang, ni Hana anak Datuk Aziz.” Faris memperkenalkan isterinya kepada Hana.
            Adawiyah menghulurkan tangan untuk bersalam tetapi tidak disambut wanita itu. Perlahan-lahan Adawiyah menarik tangannya kembali. Malu puladia apabila tidak dipedulikan. Wanita itu bergerak menghampiri Faris dan memeluk lengannya.
            “Faris darling. Kenapa you kahwin dengan perempuan kolot macam ni?” Hana sudah mula menggedik.
            “Hana, behave yourself. This is my wife and please respect her.” Faris menarik tangannya yang dipeluk oleh Hana.
            “So what? I don’t care who she is. Faris, you know right how much I love you yet why you this woman. She’s not your match Faris. I am your match.” Hana memujuk Faris.
            Adawiyah ternganga mendengar kata-kata Hana. Ada jugak perempuan yang desperate macam ni. Ingatkan dalam novel sahaja ada watak macam ni tapi rupanya di dunia realiti pun wujud juga manusia macam ni. Adawiyah memandang Faris yang masih tenang.
            “Hana, jangan nak buat drama swasta kat sini ya. Kalau you nak buat drama jugak, you better leave.  You don’t want me to report your behaviour to your father right?” Faris sudah mengugut Hana. Adawiyah pula menyorokkan senyumannya kerana terasa lucu pula apabila melihat wajah Hana yang sudah berubah.
            “Kau dengar sini perempuan. Faris hak aku dan aku akan pastikan dia jadi milik aku. You better watch out.” Hana menunjukkan jari telunjuknya ke wajah Adawiyah namun tangannya itu ditarik oleh Datuk Aziz. Entah sejak bila lelaki itu berada di situ, dia pun tidak tahu.
            “Hana jangan nak kurang ajar. Papa dah kata kalau nak datang jangan buat perangai. Sekarang papa nak Hana balik.” Tegas suara Datuk Aziz. Wajah Hana sudah berubah takut. Dia memang takutkan papanya. Hana menghentakkan kakinya tanda protes dan berjalan dengan laju keluar dari dewan. Hana terlanggar seorang pelayan yang sedang membawa minuman sehingga gelas di dalam dulang pecah dan habis terkena bajunya.
            “What the f*ck are you doing you stupid bitch.” Hana menyumpah pelayan itu sebelum berjalan keluar. Tetamu yang melihat kejadian itu terkejut mendengar kata-kata makian Hana. Datuk Aziz memohon maaf dengan Faris dan Adawiyah sebelum meminta diri untuk pulang. Mungkin malu dengan perlakuan anaknya.
            “Abang minta maaf ya. Dia memang macam tu. Jangan pedulikan dia ya.” Faris memujuk Adawiyah. Adawiyah hanya senyum mengangguk. Tidak mahu memanjangkan cerita walaupun sebenarnya dia ingin mengetahui siapa Hana yang sebenarnya. Tak apa, dia boleh bertanya kepada Tengku Maisara.
            Setelah Faris meminta diri untuk berjumpa dengan geng-geng sekolah menengahnya dulu, Adawiyah dan Maria menarik Tengku Maisara ke satu meja kosong.
            “Siapa Hana tu Mai?” tanya Adawiyah curiga.
            “Oh, dia tu satu universiti dengan abang Is dulu. Dia memang gilakan abang tapi abang tak layan. Tengoklah perangai dia tadi macam mana. Dengan cara pemakaian macam tu. Memang taklah. Abang Is memang tak sukakan dia tapi tak adalah sampai benci tapi boleh dikatakan menyampahlah dengan perangai dia tu. Mama dengan papa pun tak suka dia tapi sebab dia anak Datuk Aziz, bestfriend papa so, kitorang kenalah terima dia kalau dia datang ke rumah. Tapi dalam adik-beradik dia, dia sorang je macam tu. Keluarga dia tak ada pun jadi macam dia. Dia sorang je yang pelik. Dulu, dia suruh Datuk Aziz mintak dengan papa suruh abang  Is kahwin dengan dia tapi abang Is tak nak. Tu la yang buat dia marah sangat sebab abang Is  kahwin dengan akak. Dulu, dia sampai sanggup ikut abang Is belajar kat London padahal dia tu bukannya pandai pun. Pergi belajar bukan main lama tapi tak grad pun sebab dia bukannya belajar. Asyik enjoy je. Tapi bila abang Is balik Malaysia, dia nak balik juga. Belajarnya tak habis-habis pun. Pelik betul perempuan tu.” Panjang lebar Maisara bercerita. Terangguk-angguk Adawiyah dan Maria mendengar.
            “Oh, jadinya memang abang Is tak layan dia la?” Adawiyah meminta kepastian.
            “Memang taklah. Kau ni apalah perempuan. Panjang lebar Mai cerita takkan kau tak paham-paham lagi. Dari dulu sampai sekarang kau ni memang tak berubah betul la.” Maisara sudah mula kecoh lagi. Tengku Maisara pula hanya tersengih melih dua orang sahabat baik ini bergaduh manja.
            “Best la Kak Maria ni. Sempoi gila. Boleh kamceng dengan Mai ni.” Tengku Maisara bersuara.
            “Bereh…” Maria meniru gaya orang Kelantan mengucapkan beres. Terbahak-bahak Tengku Maisara ketawa. Adawiyah pula hanya menggelengkan kepalanya.
            “Punoh adik ipar aku buleh ko mung pahni Maria. (rosak adik ipar aku kalau dapat kat kau Maria)” Adawiyah pula menggunakan loghat Kelantannya. Kuat mereka bertiga ketawa sehingga para tetamu yang masih belum pulang memandang mereka. Masing-masing tersengih-sengih dan menunduk malu.
            Faris menggelengkan kepalanya dari jauh. ‘Aduhai, isteri aku ni.’

Bab 7


            “SELAMAT pagi pengantin baru. Awal bangun.” Salahudin mengusik Adawiyah apabila melihat Adawiyah keluar daripada bilik
            “Angahhh…” Adawiyah berjalan ke arah angahnya dan mencubit perut abangnya itu. Salahudin terkekek-kekek ketawa sambil melindungi perutnya daripada terus dicubit adiknya itu.
            “Ganaslah pengantin kita ni. Mesti teruk Faris kena semalam ni.” Alangnya pula mengusik. Adawiyah merengus marah. Memang inilah perangai abang-abangnya yang suka sangat mengusiknya kerana dia merupakan satu-satunya anak perempuan dalam keluargnya itu. Sudahnya, dialah yang menjadi bahan usikan mereka.
            “Macam mana dengan plan nak jadi pak guard semalam?” Along pula bertanya kepada achik dan alang.
            “Fail long. Abah keluar bilik semalam. Dia tengok kitorang tengah tersengih-sengih depan bilik pengantin ni, terus je dia tarik telinga kitorang suruh tidur dalam bilik dia. Kiranya semalam kitorang tidur dengan umi dan abah la.” Achik bercerita sambil menggaru telinganya yang tidak gatal.
            Adawiyah membulatkan matanya. Tidak sangka abang-abangnya benar mahu melakukan apa yang mereka katakan semalam. Uwais menarik tangan adiknya untuk duduk di sebelahnya. Adawiyah hanya menurut kerana dia sememangnya manja dengan alongnya.
            “Ala, budak manja nak bermanja dengan along laaa… Tak malu betul, padahal orang tu dah ada suami.” Salahudin mengejek.
            “Along…” Adawiyah merengek. Ditarik tangan alongnya seperti budak kecil yang hendak mengadu. “Tengok angah tu…” Suaranya dimanjakan.
            “Dah la tu. Kesian dia ni. Kita usik petang-petang sikit lagi. Hah, Faris mana?” Uwais bertanya sambil menggosok kepala adiknya.
            “Dalam bilik lagi. Kejap lagi keluarlah tu.”
            “Hah, panjang umur pun. Baru je sebut, dah datang.” Alang bersuara apabila melihat Faris berjalan menuju ke arah mereka. Faris mengambil tempat di sebelah Adawiyah dan memeluk pinggang isterinya. Adawiyah terkejut dengan tindakan Faris tetapi dia tidak menepis kerana tidak mahu memalukan Faris di hadapan abang-abangnya.
            “Borak tentang apa along?” tanya Faris.
            “Tak ada apa-apa. Kitorang ni sengaja usik adik. Biasalah memang dah perangai sejak kecil kan.” Along bercerita. Faris hanya ketawa mendengar jawapan Uwais manakala Adawiyah pula sudah mula memuncungkan mulutnya tanda protes.
            ‘Berlakon baik konon depan along. Kalau dengan aku bukan main memaksa lagi. Fake betul la dia ni.’ Adawiyah membebel di dalam hati.
            “Muncung je kerjanya kalau merajuk. Cium karang baru tahu.” Faris menarik mulut Adawiyah. Adawiyah menepis perlahan tangan suaminya dan menolak tangan Faris yang melingkar di pinggangnya namun Faris makin menguatkan pelukannya.
            “Lepaslah.” Adawiyah berbisik di telinga Faris.
            “Nak pergi mana?” Faris juga berbisik. Wajah mereka berdua rapat.
            “Amboi, nak beroamntik kat sini pulak. Tak puas lagi ke semalam? Kalau nak buat drama hindustan, pergi masuk bilik la. Kesianlah kat kitorang yang tak kahwin lagi ni. Kempunan nak beromantik jugak.” Alang mengusik dan disambut oleh ketawa abang-abangnya yang lain. Faris hanya tersengih manakala Adawiyah sudah merah mukanya.
            “Hish, kalau macam ni la, achik pun nak kahwin la. Kena suruh abah cari calon isteri jugak ni. Terliur betul tengok orang dah kahwin ni.” Achik menambah.
            Muka Adawiyah yang sudah merah makin merah. Telinganya juga sudah merah. “Nak pergi tolong umi sediakan sarapan. Lepaslah.” Adawiyah bersuara. Faris melonggarkan pelukan dan Adawiyah segera berlari ke dapur. Kedengaran abang-abangnya sudah ketawa terbahak-bahak.
            Sampai sahaja di dapur, Adawiyah melihat uminya sedang menyediakan nasi lemak bersama kakak-kakak iparnya. Adawiyah segera berjalan ke arah kak longnya yang sedang memasak sambal tumis ikan bilis.
            “Wah, sedapnya bau sambal tumis  ni. Mesti sedap ni.” Adawiyah memuji kak longnya sambil menghidu bau sambal tumis yang masih dimasak. Hannah hanya tersenyum dengan gelagat adik iparnya itu. Tangannya masih ligat mengacau sambal tumis yang sedang menggelegak.
            “Jangan dekat sangat dik, nanti sambal ni kena kulit baru tahu. Tak pasal-pasal melecur pengantin baru kita ni.” Hannah menegur Adawiyah sambil menariknya menjauhi periuk. Adawiyah hanya tersengih-sengih apabila ditegur kak longnya.
            “Hehe… sorry.” Adawiyah bergerak ke arah uminya yang sedang memotong timun bersama kak ngahnya. Dia menongkat dagunya melihat uminya dan kak ngahnya yang sedang melakukan kerja.
            “Umi, abah mana?”
            “Mana lagi? Pagi-pagi macam ni mestilah kat dusun dia tu. Tok ma kamu yang sibuk nak bawak cicit-cicit dia pergi tengok buah kat dusun tu.” Umi menjawab. Patutlah rumahnya sunyi sahaja pagi ini. Biasanya rumah itu sudah riuh dengan suara anak-anak saudaranya. Adawiyah menganggukkan kepalanya tanda faham.
Dia melihat kak ngahnya yang sedang sarat mengandung itu memotong timun. Kesian pula dia melihat kak ngahnya yang sibuk menguruskan majlis perkahwinannya beberapa hari yang lalu walaupun sudah sarat mengandung. Nak buat macam mana, kak ngahnya itu memang seorang yang kreatif jadi, kerja-kerja mengubah barang hantaran memang diserahkan kepada kak ngahnya seratus peratus. Kalau nak harapkan dia memang habislah barang hantaran tu jadi apa tak tahu. Apa boleh buat, dia kan tangan kayu kata abang-abangnya. Tu la, orang lain masa kecil belajar memasak dan menjahit tapi dia pula belajar main bola dan memanjat pokok dengan abang-abangnya.
“Kak ngah, tak payahlah buat tu. Biar adik je yang buat. Kesian adik tengok kak ngah.” Adawiyah menegur kak ngahnya.
“Tak apalah dik. Kak ngah dah biasa dah. Lagipun, kat rumah pun memang kak ngah buat semua ni sorang diri dik. Awak tu pengantin baru, tak payah nak gatal-gatal pegang pisaulah. Kena tangan nanti tak pasal luka.” Suhana menjawab namun tangannya masih lagi tangkas memotong timun.
“Ala, tak apalah. Biarlah adik buat. Nanti kak ngah penat. Nak bawak baby dalam perut tu lagi.” Adawiyah masih memujuk.
“Tak apalah, lagipun, bukan kerja berat. Kalau nak tolong sangat, pergi kupas kulit telur kat dalam sinki tu. Kak ngah dah sejukkan dah.” Suhana mengarah.
“Dah, tak payah nak kacau kak ngah kamu. Pergi kupas kulit telur tu, kejap lagi dah boleh makan. Nasi lemak dah siap dah. Tunggu sambal tumis tu dengan telur je. Umi nak buat air ni.” Puan Mariam sudah menolak tubuh Adawiyah untuk ke arah sinki.
“Ya la tuanku. Patik menurut perintah.” Adawiyah membuat gaya seperti sedang menghadap raja kepada uminya. Tergelak kakak-kakak iparnya itu dengan perangai nakal adik ipar mereka. Riuh suasana di dapur dengan ketawa mereka berempat.
Adawiyah mengupas kulit telur sambil menyanyi kecil. Digolekkan punggungnya mengikut rentak lagu yang dinyanyikannya. Walau puas uminya menegur supaya tidak menyanyi di dapur, namun dia masih meneruskan tabiatnya menyanyi di dapur Cuma kalau tok manya itu bersama mereka memang dia takkan buat perangai buruknya yang satu itu. Kalau tidak, memang bernanahlah telinganya mendengar leteran tok manya dari pagi hinggalah petang, tok manya kalau dah mula membebel memang susah nak berhenti.
“Adik, kan umi dah tegur jangan nyanyi kat dapur, kalau tak…”
Belum sempat Puan Mariam menghabiskan ayatnya, Adawiyah suah mencelah. “Kalau tak, nanti dapat suami tua kan umi? Ala, karut je semua tu umi. Tak baik percaya benda tu. Tengok buktinya, suami adik muda je lagi. Sama umur dengan adik pulak tu. Ala, kalau dapat suami tua pun tak apa, adik tak kisah. Lagi macho apa. tak macam yang kat atas tu.” Adawiyah ketawa kecil setelah mengata suaminya. Nasib baik suaminya tiada di situ, jadi bolehlah dia kutuk suaminya sepuas hatinya. Hahaha….
Tiba-tiba Adawiyah terasa pinggangnya dipeluk dari belakang. Terjerit dia kerana terkejut. “Aghhh… umi….”
Uminya sudah ketawakan dia namun tak pula ditolongnya. Kakak-kakak iparnya pula tersenyum-senyum malu. Berkerut dahinya. Dia cuba berpusing untuk melihat siapa yang memeluknya namun pelukan yang begitu kemas menyebabkan dia tidak dapat bergerak.
“Bestnya orang tu kutuk kita ya. Nak kahwin dengan suami tua ya.”
Pucat muka Adawiyah mendengar suara itu. Ahhh… sudah… siapa lagi yang berani peluk pinggangnya di tempat terbuka kalau bukan Faris. Macam mana dia boleh tak perasan yang suaminya sudah berada di dapur. Habislah dia.
“Ummm… tak… gu… gu… gurau je tadi.” Tergagap Adawiyah menjawab.
“Hmmm… gurau je. Betul ke?” Faris bertanya sambil meletakkan dagunya di atas bahu Adawiyah. Adawiyah pula tidak boleh menolak dagunya. Takkan nak menepis depan uminya pula. Nanti dikata tak hormat suami pulak. Tak pasal-pasal dapat kuliah perkahwinan free pula. Mamat ni pun satu, nak beromantik pulak depan orang. Mentang-mentanglah dia tahu aku selalu lari dari dia kalau cuma berdua-duaan dengan dia dalam bilik. Pandai betul dia ambil kesempatan.
“Betul. Lepaslah, umi tengok tu. Malulah.”
“Biarlah, umi tak kata apa pun. Ala, umi pun pernah muda jugak. Dia faham la.” Faris berbisik di telinga Adawiyah. Sempat lagi dia menghembus telinga Adawiyah untuk mengusik isterinya. Wajah isterinya sudah mula merah. “You blushing. I love it.
“Nak kupas kulit telur ni. Pergilah.” Sekali lagi Adawiyah cuba menghalau suaminya supaya pergi. Malu kerana umi dan kakak-kakak iparnya masih berada di dapur memerhatikan mereka.
“Abang tolong sayang ya.” Faris sudah melepaskan pelukannya tapi dia masih lagi berdiri di belakang Adawiyah dan dagunya masih berada di atas bahu Adawiyah. Dia memegang tangan Adawiyah dan mengupas telur yang berada di tangan Adawiyah.
“Kalau nak tolong, ambillah telur lain.” Adawiyah mahu melepaskan tangannya yang dipegang Faris seperti sedang mengajar budak kecil mengupas kulit telur.
Faris tidak mengendahkan kata-kata Adawiyah dan masih meneruskan kerjanya. Habis sepuluh biji telur mereka kupas bersama dan keadaan seperti itu. Selesai mengupas telur, Faris mencium pipi Adawiyah sebelum melangkah keluar dari dapur. Merah muka Adawiyah dengan perlakuan suaminya.
Puan Mariam tersenyum gembira melihat kebahagiaan anaknya. Dia sentiasa berdoa semoga Allah memberikan kebahagiaann kepada anak bongsunya itu. Dia tahu Adawiyah masih belum dapat menerima Faris lagi namun anaknya itu menerima lelaki itu kerana mereka tetapi dia tahu Faris boleh membahagiakan anaknya itu. Dia yakin keputusannya dan suaminya tepat. Faris memang diciptakan untuk Adawiyah. Air mata gembira tumpah di wajah tua itu namun cepat-cepat diseka supaya tidak dilihat oleh anak menantunya.

SETELAH dua hari berada di Kelantan, Faris dan Adawiyah pulang ke Kuala Lumpur. Mereka perlu bersedia untuk majlis di sebelah pihak lelaki yang akan berlangsung dua hari lagi. Majlis pihak lelaki diadakan secara besar-besaran kerana Faris merupakan CEO Syarikat Permata Holdings. Ramai kenalannya datang daripada orang yang berada jadi majlis resepsi tidak boleh dibuat kecil-kecilan seperti pihak perempuan. Pada mulanya Adawiyah menolak untuk membuat majlis di hotel milik keluarga Faris namun setelah dipujuk dan diugut sedikit oleh Faris dia akhirnya bersetuju. Keluarganya akan tiba sehari sebelum majlis bermula. Faris sudah menyediakan pesawat khas untuk keluarga dan saudara-maranya yang berada di Kelantan untuk ke Kuala Lumpur. Mereka juga akan menginap di hotel tersebut. Dia tidak tahu sekaya mana keluarga suaminya ini sehingga semua perbelanjaan keluarga mereka di Kuala Lumpur nanti akan ditanggung suaminya seratus peratus.
Sepanjang berada dia dalam pesawat dia hanya mendiamkan dirinya. Suaminya pula dari tadi hanya memeluk pinggangnya walaupun telah ditepis dan dicubit oleh  Adawiyah beberapa kali. Katanya dia suka memeluk pinggang Adawiyah yang kecil itu. Mereka sengaja memilih untuk pulang pada waktu malam kerana Adawiyah masih belum mahu berpisah dengan keluarganya. Perjalanan dari Kelantan ke Kuala Lumpur mengambil masa 45 minit sahaja.
Setibanya di KLIA, mereka disambut oleh keluarga Faris. Adawiyah bersalam dengan ibu dan bapa mertuanya kemudian memeluk adik iparnya pula. Kepada birasnya pula dia hanya mengangguk sebagai tanda hormat. Bahagia rasa dirinya apabila dirinya disambut baik oleh keluarga ini. Dia tidak sangka keluarga terhormat ini boleh menerimanya sebagai menantu mereka dengan gembira. Mamanya pula tidak henti-henti mencium pipinya dan memeluknya. Setibanya di villa keluarga Faris, Adawiyah dibawa untuk melihat sekeliling rumah oleh Tengku Fatimah dan Tengku Maisara. Faris masih berada di ruang keluarga bersama Tengku Hamid dan Tengku Afzarizal.
Setibanya di dapur, Tengku Fatimah menggenggam tangannya. Mata Tengku Fatimah mula berkaca. Dia memandang Adawiyah sambil tersenyum.
“Mama, kenapa ni? Adawiyah ada buat salah ke?” Adawiyah bertanya. Sebelah tangannya mengelap mata mamanya yang telah berair.
“Tak sayang. Mama rasa gembira sangat sebab mama dapat tengok Is bahagia. Mama gembira sebab boleh tengok dia senyum tak berhenti. Mama bersyukur sangat sebab Adawiyah dapat terima dia dalam hidup Adawiyah dan menyinari hidup dia.” Tengku Fatimah berkata sambil mengesat air matanya. Tengku Maisara yang berada di sebelah juga turut mengelap air matanya yang telah mengalir.
“Apa yang mama cakap ni. Sepatutnya Adawiyah yang cakap macam tu. Adawiyah beruntung sangat sebab mama boleh terima Adawiyah walaupun Adawiyah ni bukanlah sesiapa pun. Tak layak dengan keluarga mama.” Adawiyah menjawab jujur.
“Tak, sayang. Kami yang patut bersyukur. Disebabkan Adawiyah, hidup Is dah bersinar kembali. Dia dah jadi dirinya yang dulu. Is dah jadi anak mama yang ceria balik.”
“Maksud mama?” Adawiyah mengerutkan wajahnya. Dia tidak faham maksud ibu mertuanya itu.
“Abang Is yang akak tengok sekarang lain sangat dari dulu kak. Abang Is yang dulu jarang sangat senyum. Dia tak pernah berborak dengan kami macam tu. Dia biasanya akan serius sepanjang masa kak. Dia tak pernah marah, senyum, malah sedih pun tak pernah. Dia suka sibukkan diri dia dengan kerja. Balik pun selalu lambat. Walaupun macam tu, dia masih akan tanya tentnag diri kami. Cuma abang Is sangat serius dan kami rasa macam dia hidup macam robot pun ada. Macam orang tak ada perasaan je.” Tengku Maisara membuka cerita.
Terpempan Adawiyah mendengarnya. Kenapa dia tidak tahu. Kenapa sebelum ini Faris tidak pernah bersikap begitu dengannya sejak pertama kali mereka berjumpa. Kenapa lain sekali peribadi Faris yang digambarkan oleh mama dan adiknya daripada yang dilihat oleh dirinya ini. Pertama kali bertemu Faris sehinggalah hari ini, dia rasa seperti hidup dengan orang yang terlebih perasaan adalah. Marah, senyum, sedih, semuanya telah ditunjukkan olwh Faris kepadanya.
“Sejak bila dia jadi macam tu?” Adawiyah memberanikan diri untuk bertanya.
“Sepuluh tahun yang lalu. Lepas dia ambil result SPM dia tu, dia terus berubah. Kami tak tahu kenapa. Nak kata result dia teruk, takkanlah sebab dia pelajar cemerlang SPM kat sekolah tu. Lepas dia balik dari oversea, sikap dia masih sama. Sampailah hari dia pertama kali nampak Adawiyah. Kami ingatkan dia berubah sebab dia gembira yang Mai mengandung tapi tak. Dia tiba-tiba je cakap yang dia nak kahwin dengan Adawiyah sehari lepas majlis kesyukuran tu. Kami terkejut tapi kami gembira sangat sebab dia nak kahwin. Sebelum ni, dia tak berminat dengan sesiapa pun. Kami dah kenalkan dengan ramai gadis tapi dia tak nak jumpa pun mereka.” Tengku Fatimah menyambung.
“Mama tahu tak sebab apa dia jadi macam tu.” Adawiyah masih cuba untuk mengorek cerita.
“Kami dah tanya kawan-kawan dia tapi seorang pun tak tahu. Tapi satu hari tu, Mai jumpa dengan kawan baik dia  masa sekolah dulu namanya Syahril. Dia cakap dia perasan yang Is berubah lepas ada perempuan yang sukakan dia tu menghilangkan diri. Tiba-tiba hilang lepas habis sekolah. Puas mereka berdua cari tapi tak jumpa. Mama tak sangka sampai macam tu sekali perempuan tu mampu buat anak mama menderita. Mulanya mama ingat semua ni akan berakhir sebab mungkin cinta monyet je kan tapi tak. Is masih sama sampailah sekarang.”
Adawiyah menelan air liurnya apabila mendengar cerita Tengku Fatimah. Tidak dia sangka Faris akan menjadi seperti itu sekali hanya kerana dirinya, Rabiatul Adawiyah yang tidak ada apa-apa ini. Menitis air matanya mendengar cerita mereka. “Mama tahu tak siapa perempuan tu?”
“Tak. Mama dah suruh Mai tanya kat Syahril tapi dia tak nak cakap. Dia kata perempuan tu tak salah apa-apa. Dia tak nak kami salahkan perempuan tu. Lagipun, dia dah janji dengan Is yang dia takkan ceritakan pasal perempuan tu kat sesiapa pun.” Mama menjawab lagi.
“Akak, Mai harap akak boleh bahagiakan abang Is. Kembalikan balik abang Mai yang dulu ya kak.” Tengku Maisara berkata. Mereka bertiga berpelukan setelah masing-masing mengelapkan air mata.
“Mama buat apa ni? Oh, mana aci peluk isteri Is dari tadi lagi. Bagilah Is peluk pulak.” Tiba-tiba Faris datang dan duduk di sebelah Adawiyah. Nasib baik Adawiyah sudah mengelap matanya jadi tidak nampak sangatlah yang mereka baru lepas menangis.
“Aci kat India la.” Adawiyah menjawab sambil tersenyum.
“Ooo… nak kenakan abang ya. Hah, mari sini abang nak geletek ni. Oh, hari tu kata nak kahwin dengan orang tua, hari ni kenakan abang pula.” Faris sudah geletek Adawiyah. Adawiyah yang memang penggeli ini ketawa berdekah-dekah sehingga jatuh dari kerusi.
“Abang… dah la… tak… tahan ni…” tersekat-sekat Adawiyah bersuara kerana asyik ketawa. Tengku Fatimah dan Tengku Maisara turut ketawa bahagia.
Faris berhenti menggeletek isterinya dan mengangkatnya sambil tersengih.
Let’s go to our room okay?” Faris mengenyitkan matanya kepada mama dan adiknya yang sudah tersengih-sengih. Muka Adawiyah mula merah lagi.
You know what? When you blushing, you make me love you more and making me want you more.” Faris berbisik setelah mereka berada di hadapan bilik mereka. Adawiyah masih lagi diangkatnya namun wanita itu tidak menolak.
“Sayang, this is our romantic world from now on. We will create many sweet memories in here okay.” Faris mendepangkan tangannya menunjukkan bilik mereka setelah menurunkan Adawiyah. Rekaan bilik itu sangat cantik dan mewah. Bilik tidur Faris itu boleh dikatakan dua kali ganda lebih besar daripada ruang tamu rumah sewanya dahulu. Di atas kepala katil pula, gambar perkahwinan mereka ketika Faris mengucup dahinya setelah menyarungkan cincin elok sahaja tergantung. Entah bila suaminya menyiapkan semua itu dia juga tidak tahu. Dia hanya berdiri di hadapan pintu bilik sambil memerhati bilik itu. Terasa kecil dirinya dibandingkan dengan suaminya ini. Walaupun dia merupakan seorang doktor, namun dia tidak mampu menandingi kekayaan suaminya itu.
Faris menarik tangan Adawiyah yang masih berdiri di hadapan pintu itu. Dibawa Adawiyah ke katil mereka dan didudukkannya di situ. “What’s wrong? Sayang tak suka dengan dekorasi bilik ni ke? Tak apa, abang akan tukar decoration bilik ini okey. Ikut cara yang sayang suka.” Faris memandang wajah isterinya yang sudah menunduk ke lantai.
Adawiyah menggeleng kepalanya. Faris masih lagi melutut di hadapan isterinya itu. Diangkat wajah isterinya dan direnung wajah polos itu. Mata mereka bersatu. Hati Adawiyah berdebar-debar dan seakan tidak boleh berhenti. Perasaan yang sering dirasakannya suatu ketika dahulu telah terjadi lagi. Adawiyah melarikan pandangannya. Dia takut. Takut dengan hatinya yang selalu berdebar dengan kewujudan lelaki yang telah bergelar suaminya itu. Takut dengan perasaannya. Dia sudah berjanji untuk membuatkan lelaki itu menyesal kerana ingin mengahwininya pada lelaki itu tetapi dia tahu dia tidak boleh menipu lelaki itu bahawa dia masih menyimpan perasaan cinta kepada lelaki itu. Cinta pertama memang sukar untuk dilupakan.
Kenapa sukar untuk dia mengaku dia masih mencintai lelaki ini. Bukankah dahulu dia yang selalu berharap supaya Allah membuka pintu hati lelaki ini untuknya. Dia juga yang tidak malu mengaku perasaan cintanya kepada lelaki ini ketika mereka masih bersekolah dahulu. Malah, ketika dia melanjutkan pelajaran ke universiti, dia masih tidak dapat melupakan lelaki ini. Kerana itu juga dia masih tidak pernah bercinta. Bukankah hatinya berdebar saat pertama kali mereka bersua dua bulan yang lalu. Malah lelaki ini turut mengaku yang dia mencintainya dan layanan Faris kepadanya sangat sempurna seperti layanan kepada seorang isteri. Apa lagi yang dia mahu? Allah sudah mengakbulkan doanya sejak 10 tahun lalu. Malah setiap kali dia menunaikan solat istikharah, wajah Faris sering muncul dalam mimpinya. Apa lagi yang dia inginkan?
‘Ya Allah, tamakkah aku? Tamakkah aku sehingga tidak nampak apa yang telah Engkau berikan kepadaku. Sesuatu yang aku sering minta sejak dahulu dan aku tidak menghargainya apabila Engkau kurniakannya kepadaku. Kejamkah aku kerana membuatkan hidupnya merana selama ini? Berilah aku kesempatan untuk menebus kesalahanku ini ya Allah.’ Doa Adawiyah dalam hati. Bergenang air matanya mengingatkan kelakuannya kepada suaminya dan mengingatkan cerita Tengku Fatimah dan Tengku Maisara kepadanya.
Kerana dia juga suaminya menjalani hidup yang tidak berperasaan selama sepuluh tahun. Tegakah dia melihat suaminya menderita jika dia berterusan menyakiti hati lelaki itu.
Why?” Faris bertanya apabila melihat wajah isterinya seperti ingin menangis.
Sekali lagi Adawiyah menggeleng namun air matanya sudah mengalir di pipinya. Faris mengelap air matanya dan menarik Adawiyah ke dalam dakapannya. Adawiyah menangis di dada Faris sehingga lencun baju suaminya. Semakin erat Faris memeluk isterinya. Digosok belakang Adawiyah untuk menenangkan isterinya.
I’m sorry.” Perlahan Adawiyah menyebut setelah dia berhenti menangis.
Faris mengerutkan dahinya kerana tidak mengerti. “For what?
For everything I did to you before. Adawiyah minta maaf sangat-sangat dengan abang. Boleh tak abang maafkan Adawiyah?” Adawiyah mendongak memandang suaminya yang masih merenungnya.
Faris tersenyum mendengar kata maaf isterinya. Dipeluk lagi isterinya. Dicium ubun-ubun isterinya berkali-kali. “Abang dah lama maafkan sayang. Abang tahu sayang tak sengaja kan?” Faris memandang mata isterinya sekali lagi. Adawiyah menunduk dan mengangguk. Faris tersenyum dan menarik Adawiyah ke dalam pelukannya sekali lagi.
“Abang cintakan sayang. Cinta sangat-sangat sampai abang rasa macam abang tak boleh nak bernyawa kalau sayang tak ada di sisi abang.” Faris meluahkan isi hatinya. Adawiyah yang mendengarnya sudah mula merah telinga. Merah padam mukanya.
I told you before that when you blushing, you make me feel like I want you more darling.” Faris mengusik isterinya.
“Abang…” Adawiyah mengeluarkan suara manjanya tahap kelima. Lemah lutut Faris mendengarnya.
You making things hard on me sayang.” Adawiyah melepaskan pelukan suaminya dan melihat suaminya sudah menelan liurnya. Adawiyah bergerak ke belakang menjauhi suaminya sedikit. Faris menarik tangan Adawiyah dan menyuruhnya duduk di hadapannya. Dia memandang mata Adawiyah lama. “Do you love me, sayang?” Faris memandang mata Adawiyah tajam. Adawiyah mengangguk.
I want to hear it directly from your mouth sayang.” Faris masih lagi memandangnya tajam. Jikalau Faris memandangnya tajam, apa yang dikatakannya bukanlah lagi permintaan tetapi arahan. Dia tahu itu.
I love you… so much.” Muka Adawiyah kembali merah. Faris tersenyum puas.
Since when?” Faris memandangnya matanya tajam sekali lagi.
Since the past ten years and the feelings never change.” Perlahan Adawiyah menuturkannya.
Faris senyum puas sekali lagi. Dipeluknya Adawiyah dan diciumnya ubun-ubu isternya. Lama mereka berpelukan seperti itu. Setelah mencium ubun-ubun Adawiyah, Faris mencium dahi, pipi, hidung, mata dan akhir sekali di bibir isterinya. Lama. Adawiyah membiarkan bibir suaminya yang sudah meliar di seluruh badannya. Dia rela dan redha. Sesungguhnya dia sedar diri dia ini merupakan milik Faris. Kamar itu menyaksikan kehangatan cinta mereka pada malam itu.