“SELAMAT
pengantin baru Adawiyah. Aku tak sangka kau bertemu jodoh dengan Faris.” Maria
memeluk Adawiyah yang kelihatan anggun dengan baju pengantin berwarna kuning
air itu. Terserlah kecantikannya apabila dimekap oleh mak andam. Faris yang
berada di sebelah tersenyum gembira.
“Terima kasih.” Adawiyah memaniskan
mukanya walaupun dia tidak gembira. Dijelingnya Faris yang berada di sebelah.
“Terima kasih Maria. Jemputlah
makan.” Faris bersuara. Tangannya seraya memeluk pinggang isterinya. Muka
Adawiyah mula berubah warna.
‘Mamat ni biar betul. Nak main
peluk-peluk pulak dah ke. Kan ramai orang ni.’ Adawiyah menjegilkan matanya
kepada Faris. Mahu ditepis takut dilihat oleh tetamu yang ramai itu. Beberapa
orang tetamu sudah tersenyum-senyum melihat Faris dan Adawiyah. Pasangan
bahagia.
Maria yang melihat keadaan itu
meminta diri untuk menjamu selera. Dia mengangkat ibu jarinya kepada Adawiyah.
Sempat dibisikkannya ke telinga Adawiyah, “Romantik siot suami kau. Siap la kau
malam ni.” Muka Adawiyah yang sudah merah bertambah merah.
Faris yang berada di sebelah turut
mendengar walaupun Maria hanya berbisik. Dia tersengih gembira. Adawiyah yang
perasan wajah Faris yang tersengih itu, mencubit tangan suaminya. Faris
mengaduh kesakitan namun pelukannya masih tidak dilepaskan.
“Sakitlah sayang. Nakal sayang ni.”
Faris bersuara manja.
Adawiyah membuat lagak seperti
hendak termuntah dengan kata-kata Faris. “Boleh lepas tak? Orang tengoklah. Tak
malu ke?”
“Nak malu apanya. Kita kan dah sah
jadi suami isteri.” Faris tersenyum mendengar kata-kata Adawiyah.
“Lepaslah, panas ni. Tak tahu panas
ke Encik Faris?” Adawiyah masih lagi berbisik kepada Faris. Bibirnya
berpura-pura tersenyum apabila uminya menoleh ke arah mereka berdua.
“Aik? Encik Faris? You should call
me abang or something more sweet sayang. Besides, abang rasa sejuk sangat
sekarang ni.” Faris berbisik ke telinga Adawiyah. Lagak mereka seperti pasangan
bahagia yang sedang bergurau sahaja.
“Ah, whatever. Just let me go.”
Adawiyah masih cuba melepaskan tangan Faris tapi jika dilihat oleh orang lain
ibarat seperti Adawiyah sedang mengusap tangan suaminya yang melingkar di
pinggangnya.
“No, unless…” Faris sudah tersenyum
meleret.
“Unless what?” Adawiyah menyoal
sedikit kasar. Malu rasanya apabila dilakukan sebegini rupa di hadapan orang
ramai.
“Call me baby or abang. Sayang kena
panggil abang macam tu lain kali kalau bercakap dengan abang, boleh. Then I’ll
let you go.” Faris sudah tersengih-sengih apabila melihat wajah Adawiyah yang
berubah pucat. ‘Senang betul muka dia berubah warna. Tadi merah, sekarang putih
pulak. Huh, hebat jugak bini aku ni.’
“Never in my lifetime.”
“Then, we’ll stay like this until
the ceremony is over. Lagipun, abang memang suka kalau kita macam ni. Boleh
peluk sayang lama-lama.” Faris semakin mengeratkan rangkulannya sehingga
Adawiyah bergerak makin rapat dengannya. Nafas Faris dapat dirasa di belakang
telinganya. Adawiyah sudah mula gelisah.
“Okay, I’ll do it.”
“Then, do it.” Faris tersenyum.
Adawiyah memejamkan matanya lalu dia menarik nafas perlahan-lahan. Gayanya
seperti baru lepas bersenam sahaja.
“Okey, abang boleh tolong lepas tak?
Malulah orang tengok.” Adawiyah melembutkan suaranya.
“Dengan berat hati sayang.” Faris
melepaskan rangkulannya dan satu ciuman hinggap di pipi Adawiyah. Adawiyah
segera berlari meninggalkan suaminya yang sudah ketawa. Malu beb. Tetamu yang menyaksikan aksi mereka
sebentar tadi ketawa. Riuh sebentar majlis itu dengan ketawa mereka. Adawiyah
sudah berlari ke dapur mencari uminya. Malu.
“Drama korea apalah yang adik buat
tadi ya? Umm… jeleslah alang rasa. Macam tak sabar je nak kahwin.” Alang yang
berada di dapur mengusik adiknya yang sudah cemberut. Uminya pula hanya ketawa.
“Umi, tengok alang ni. Selalu sangat
kacau adik.” Adawiyah sudah mengeluarkan suara manjanya menandakan yang dia
sudah merajuk.
“Tak payah pujuk umi. Nanti, biar
suami dia pujuk je.” Sekali lagi alang mengacaunya. Adawiyah menunjukkan
penumbuk ke muka abangnya.
“Hish, apa pengantin buat macam tu.
Dah, pergi keluar cepat. Tetamu datang nak tengok awak, yang datang dapur ni
buat apa. Kenapa ditinggalnya suami sorang kat luar tu. Dah pegi teman suami
kamu tu.” Puan Mariam menolak tubuh anaknya yang sedang merajuk itu untuk
keluar namun Adawiyah mengeraskan badannya.
“Hah, tu Faris datang. Faris mari
pujuk isteri kamu ni. Dia merajuk dengan alang ni. Tak kuasa alang nak pujuk.”
Alang memanggil Faris yang sedang tersengih di hadapan pintu dapur. Adawiyah
menjeling suaminya dan alangnya.
“Tak kuasalah nak layan.” Adawiyah
menghentakkan kakinya tanda protes dan keluar dari dapur. Dari jauh dia
terdengar suara umi, alang dan Faris mentertawakannya.
“JAM sudah menunjukkan 12 malam.
Semua tetamu dan saudara-mara sudah pulang. Adawiyah pula sedang mundar-mandir
di hadapan pintu biliknya. Faris sudah masuk ke dalam bilik sejak pukul 11
lagi. Letih katanya. Adawiyah pula sengaja mencari alasan untuk menolong
saudara-mara mengemas di dapur walaupun dia hanya duduk berbual sahaja dengan
saudara-maranya dan langsung tidak melakukan apa-apa kerana dia tidak mahu
berduaan dengan Faris di dalam bilik itu.
“Yang adik duk tawaf depan bilik tu
kenapa? Masuklah, Faris dah masuk dari tadi dah.” Alongnya menyoal. Alongnya
masih lagi berada di hadapan televisyen selepas menyuruh isteri dan anak-anaknya
masuk tidur dahulu. Sengaja dia mahu tidur lewat kerana mahu melihat reaksi
adiknya yang tidak keruan sejak dari tadi lagi.
“Alah, kejap lagi adik masuklah.
Along ni sibuk je lah.” Adawiyah memarahi alongnya. Dia tahu alongnya sudah
berpakat dengan abang-abangnya yang lain untuk mengenakannya. Buktinya mereka
berempat masih belum tidur dan asyik memerhatikan tingkah lakunya dari tadi.
Bukan dia tidak perasan achik dan alang yang sedang menahan ketawa.
“Apa yang adik takut sangat ni?
Masuk je lah.” Giliran angahnya pula menyakatnya.
“Adik tahulah. Angah pergilah masuk
bilik angah tu. Kesian kak ngah tidur sorang-sorang.” Adawiyah mahu mengenakan
abangnya kembali.
“Tak apa. Kak ngah tak kisah pun.”
Selamba sahaja angahnya menjawab.
“Dik, jangan risaulah. Faris takkan
terkam adik punya. Achik dah bagi tips terbaik punya kat dia.” Syafie sudah
terkekek-kekek ketawa. Adawiyah mengetapkan bibirnya.
“Eeee…. Kotorlah fikiran achik ni.
Dia sendiri tak kahwin lagi, ada hati nak nasihat orang.”
“Dik, kalau adik takut sangat,
kitaorang boleh je tidur depan pintu bilik adik malam ni.” Alangnya sudah mula
menyakat. Syafie membuat tanda bagus kepada Hambali.
“Betul tu dik. Lagipun, kitaorang
tidur kat luar je malam ni. Maklumlah, bilik bagi kat pasangan yang dah kahwin.
Bolehlah kitaorang tidur kat depan bilik adik.” Syafie menambah.
Adawiyah sudah sebal dengan
abang-abangnya. Dia bergerak ke arah abang-abangnya untuk memukul mereka. Namun
baru sahaja tangannya ingin memukul achiknya yang sedang ketawa, pintu biliknya
dibuka. Faris berdiri di hadapan pintu bilik dan memandangnya dengan pelik.
“Kenapa tak masuk tidur lagi?” Faris
menyoal.
Adawiyah memalingkan wajahnya kepada
abang-abangnya yang sudah menekup mulut mereka untuk mengelakkan daripada
ketawa terbahak-bahak. Achik dan alangnya pula sudah berair mata mereka menahan
ketawa. Adawiyah bergerak ke bilik umi dan abahnya tanpa pedulikan suaminya
yang sedang memerhati. Diketuk bilik uminya dengan kuat.
“Ada apa ni adik?” tanya uminya
setelah membuka pintu.
“Adik nak tidur dengan umi malam ni
boleh?” Adawiyah memujuk uminya.
“Jangan nak mengarut. Dah, pegi
masuk bilik kamu tu. Is, mari ambik isteri kamu ni.” Usai umi berkata, dia
menutup pintu biliknya. Adawiyah yang tercengang dengan tidakan uminya
memuncungkan mulutnya.
Abang-abangnya pula sudah ketawa
berdekah-dekah. Alongnya ketawa sehingga jatuh dari kerusi. Faris hanya
tersenyum melihat tindakan isterinya. Perlahan-lahan dia menapak ke arah
isterinya.
“Jom kita masuk tidur sayang. Abang
mengantuklah.” Faris memimpin tangan Adawiyah untuk masuk ke dalam bilik mereka.
“Eh, abang tidurlah dulu. Adawiyah
nak teman dorang tengok tv.” Adawiyah cuba berhelah.
“Tak payah dengar cakap dia tu Is.
Tarik je masuk bilik tu.” Syafie mula mengenakannya setelah tawanya reda.
“Angahhh…” Adawiyah menjerit
perlahan.
“Dah, jom tidur.” Faris menarik
tangan isterinya. Adawiyah cuba untuk melepaskan tangannya namun genggaman
Faris yang kuat menyebabkan dia tidak berjaya.Abang-abangnya pula sudah
bersorak kegembiraan.
“Dik, jangan risau angah dengan
alang jadi guard malam ni.” Hanbali mengusiknya lagi.
“Terima kasih semua. Kami tidur dulu
ya.” Faris melambaikan tangannya kemudian menutup pintu bilik. Adawiyah
dibawanya ke katil.
“Sayang buka tudung dulu ya. Takkan
nak tidur pakai tudung.” Faris mencabut tudung isterinya yang dipakai sejak
tadi ketika saudara-mara masih berada di rumah mertuanya dan menyangkutnya pada
hujung katil. Adawiyah pula sudah gelisah.
“Encik Faris tidur la kat atas katil
tu. Saya tidur kat bawah je.” Adawiyah memanggil suaminya seperti dahulu.
Biarlah panggilan abang itu hanya dilafazkan di hadapan keluarga sahaja.
Adawiyah
mengambil bantal dan selimut lalu dia segera berbaring di atas lantai. Adawiyah
menutup matanya dan berpura-pura tidur sedangkan hatinya sedang gelisah. Dia
mahu berlagak seperti Faris tiada di dalam bilik itu.
Faris hanya memerhatikan sahaja.
Kemudian, Faris mengambil bantal dan meletakkan di sebelah Adwiyah. Dia
berbaring di sisi Adawiyah di atas lantai dan memeluk isterinya. Adawiyah
terkejut kerana terasa dirinya dipeluk membuka matanya. Dia melepaskan pelukan
suaminya seraya berdiri.
“Encik Faris nak tidur kat bawah ke?
Kalau macam tu saya tidur atas katil je lah.” Adawiyah mengambil bantal dan
meletakkan di atas katil. Baru sahaja dia ingin baring, Faris turut mengambil
bantal dan meletaknya di sebelah Adawiyah.
“Encik Faris ni kenapa? Encik Faris
nak tidur kat atas ke kat bawah?” Adawiyah yang sudah mula geram dengan
perangai suaminya.
“Abang akan tidur kat mana pun
sayang tidur. Kan tempat isteri sepatutnya di sisi suami.”
“Encik Faris boleh tak jangan buat
perangai macam ni. Tolonglah. Saya tak sedia lagi.”
“I know. Abang takkan paksa sayang
tapi abang cuma nak tidur sebelah sayang je. I promise, I won’t do anything.”
Faris bersuara lembut. “Come here. Ke nak abang tarik sayang?” Faris menepuk
tempat di sebelahnya yang kosong.
“Betul ni?” Adawiyah meminta kepastian.
Faris mengangguk.
Adawiyah
perlahan-lahan memanjat katil. Sengaja di berbaring membelakangi Faris. Usai
dia berbaring, Faris memeluknya dari belakang dan menariknya rapat ke dada
lelaki itu. Disebabkan tubuhnya yang kecil, mudah sahaja dia terdorong rapat
dengan suaminya.
“Encik Faris janji takkan buat
apa-apa.” Adawiyah mengingatkan suaminya dengan janjinya. Adawiyah cuba
melepaskan pelukan suaminya tetapi tenaga perempuannya tidak dapat menandingi
tenaga suaminya. Adawiyah menggerakkan badannya apabila Faris bermain dengan
rambutnya. Dia meronta-ronta mahu dilepaskan.
“Ya, abang janj tapi rasanya sayang
pun ada janji dengan abang kan yang sayang nak panggil abang dengan panggilan
abang. Bukan ke tadi sayang dah janji and you broke your promise so, face it.”
Faris mencium rambut Adawiyah yang panjang dan berwarna sedikit keperangan itu.
Kemudian, dia mencium leher Adawiyah.
Adawiyah yang kegelian masih lagi
meronta-ronta ingin melepaskan dirinya. Berdiri bulu romanya apabila
diperlakukan seperti itu. Dia menjerit perlahan menyuruh suaminya berhenti.
“Encik Faris, stop it.”
“No, kenapa abang nak kena berhenti?
You broke your promise.” Faris masih lagi mencium leher isterinya.
“Okey, fine. Abang tolong jangan
buat macam tu. Please…” Adawiyah merayu.
“Okey tapi dengan syarat sayang kena
tidur dengan abang. Always. Dan jangan belakangkan abang macam ni. Abang tak
suka. Dalam Islam pun kan ada hukum yang menyebut bahawa berdosa kalau isteri
tidur membelakangkan suami dan menolak permintaan suami. Abang baru je suruh
sayang laksanakan yang first tu, yang lagi satu abang akan tunggu sampai sayang
ready. Okey?” Faris memusingkan badan isterinya.
Dipeluknya Adawiyah dan dibawa ke
dadanya. Tangannya yang satu lagi mengusap belakang Adawiyah. Adawiyah makin
tidak selesa. Nafas suaminya dapat dirasa di atas kepalanya. Adawiyah mula
merengek. “Abang…”
“Shhh… tidurlah sayang. Ke nak abang
buat macam tadi?” Belum sempat Adawiyah membantah, Faris mencelah. Adawiyah
berhenti meronta. Dia mendiamkan dirinya. Tidak berani lagi membantah kerana
dia bimbang suaminya akan bertindak di luar pertimbangannya. Sekejap sahaja
Adawiyah terlena di dalam pelukan suaminya.
TEPAT jam lima pagi, Adawiyah
membuka matanya. Sudah menjadi kebiasaanya untuk bangun awal. Pada waktu inilah
dia menghadap yang Maha Esa. Pada waktu ini jugalah dia memohon keampunan,
mengadu dan memohon pertolongan dari sang Pencipta, Allah SWT.
Adawiyah cuba bangun namun terasa
badannya sangat berat untuk bangun. Dilihatnya tangan Faris yang masih
melingkari pinggangnya. Dia menolak tangan lelaki itu dengan perlahan-lahan
supaya tidak mengejutkan suaminya yang sedang nyenyak tidur. Sesekali tidur
Faris terganggu dan badannya bergerak. Adawiyah berhenti dari menolak tangan
suaminya dan terdiam. Hampir lima minit barulah Adawiyah berjaya menolak tangan
suaminya daripada memeluknya. Terjongket-jongket dia berjalan ke almari untuk
mengambil tuala dan baju. Baru sahaja dia ingin membuka pintu bilik air, Faris
tersedar dari tidurnya.
“Sayang, nak pergi mana tu?” tanya
Faris. Suaranya kedengaran serak kerana baru sahaja bangun dari tidur. Dia
menggosok matanya beberapa kali.
“Oh, mak kau tidur lagi. Hah, tidur,
tidur.” Adawiyah terlatah kerana terkejut. Faris yang sudah sedar sepenuhnya
ketawa perlahan.
“Sayang, nak mandi ya?” Faris
berjalan ke arah isterinya dan menggosok belakang isterinya.
“Ummm…”
“Okey, jom mandi sekali. Alang-alang
abang dah bangun ni.”
“Encik… eh, silap. Abang, janganlah
macam ni.” Adawiyah mula kalut. Mati dia kalau suaminya benar-benar mahu mandi
dengannya. Dia tak sanggup memperlihatkan badannya kepada suaminya. Malu.
“Ummm… yalah, abang gurau je. Sayang
nak kiamullail ke? Kita buat sekali ya. Sayang mandi dulu, lepas tu tunggu
abang. Kita berjemaah ya.” Faris menggosok kepala isterinya.
Adawiyah hanya mengangguk dan
menapak masuk ke dalam bilik air. Sepuluh minit kemudian dia keluar dari bilik
air dengan berpakaian lengkap. Faris pula mengambil giliran untuk mandi. Tidak
lama selepas itu, Faris keluar dengan hanya bertuala.
Adawiyah yang sedang membentangkan
sejadah terkejut. Merah mukanya melihat suaminya yang seksi itu. Dia segera
memusingkan badannya kerana terkejut. Faris tersengih melihat reaksi isterinya.
‘Pemalu jugak isteri aku ni.’ Faris
tersenyum sendirian.
“Jom, sayang. Kita tahajjud dulu ya.
Lepas tu kita solat sunat taubat, hajat and witir ya.” Faris sudah berdiri di
atas sejadah. Adawiyah hanya menggangguk. Pagi itu, julung-julung kalinya
Adawiyah diimamkan oleh suaminya sendiri.
Mereka membaca Mathurat bersama
sementara menunggu azan Subuh berkumandang. Merdu suara Faris membaca Mathurat.
Adawiyah masih mengingati suara lelaki ini ketika membaca doa di sekolah
dahulu. Masih lagi sama tetapi semakin garau suaranya. Lebih berkelakian dan
lebih baik bacaannya daripada dahulu. Betapa dia merindui zaman sekolahnya.
Siapa sangka akibat perbuatan
nakalnya pada zaman sekolah dahulu, dia akhirnya dipaksa berkahwin dengan
lelaki ini. Lelaki yang pernah mengetuk tangkai hatinya pada zaman remajanya.
Namun, dia mengakui bahawa lelaki ini adalah cinta pertamanya tetapi apabila
menginjak dewasa, dia hanya menganggap cintanya pada lelaki ini suatu ketika
dahulu hanyalah cinta monyet. Dia tidak menyangka kerana cinta monyetnya out,
lelaki ini menyuruhnya bertanggungjawab. Bertanggungjawab untuk apa? Untuk
cinta monyet itu?
“Sayang, jom solat subuh. Dah habis
azan tu.” Faris mematikan lamunan Adawiyah. Adawiyah sekali lagi mengangguk.
Entah kenapa dia lebih senang mengangguk sahaja daripada bercakap. Malas
berbicara dengan lelaki ini.
Usai solat Subuh, Faris memberi
tangannya untuk disalam Adawiyah. Adawiyah teragak-agak untuk bersalam dengan
Faris tetapi dia tidak mahu Faris menunggu terlalu lama. Sudah tanggungjawabnya
sebagai isteri untuk menyalami tangan suami. Setelah dia mencium tangan
suaminya, Faris menarik badannya dan mencium dahinya lama. Adawiyah cepat-cepat
bangun setelah Faris melepaskan badannya.
Wow...Sangat menarik... :) terima kasih...
ReplyDeletethanks... ^^
Deletebest!
ReplyDeletethanks.. enjoy your reading.. ^^
DeleteHeee, best! Cant wait for the next chapter! 👍😄
ReplyDeletethank you.. insyaALLAH the next chapter will be out soon,. thanks for your support...
DeleteHihi . Sama-2 ;) Wohoo, tak sabaq gilaaaa *screaming*
Deletebila nak sambung?? plsss...sambung cepat
ReplyDeleteinsyaALLAH, sambungannya akan siap tidak lama lagi...
DeleteBest, tapi bila nak sambung lagi....
ReplyDeleteceritanya agak typical
ReplyDeleteMeremang bulu roma.
ReplyDelete~Nurul~
Best!
ReplyDelete