“ADIK, umi dengan abah ada benda nak
cakap sikit dengan adik.” Ujar Puan Mariam lembut.
Ketika itu, dia sedang menonton
filem Hindustan bersama abang-abangnya. Mereka semua berpaling memandang ibu
bapa mereka.
“Ada apa umi. Cakaplah.”
Puan Mariam duduk di sebelah anak
bongsunya. Encik Sulaiman pula mengambil tempat di hadapan anaknya. Puan Mariam
memegang tangan anaknya dan mengusapnya lembut.
‘Aik, macam serius je aku tengok.
Hish, nak bincang pasal apa ni.’
“Adik, abah harap adik faham dan
terima apa yang abah dan umi buat ya. Kami buat ni untuk kebaikan adik.” Encik
Sulaiman memulakan bicara.
Adawiyah yang tidak faham itu hanya
menganggukkan kepalanya. Dipandang wajah abang-abangnya yang berubah serius.
“Adik, minggu lepas ada orang datang
merisik adik. Kami dah terima pun. Bulan depan kahwin ya, tak payah tunang.”
Puan Mariam memandang anaknya.
Adawiyah terkejut dengan berita itu.
Dipandangnya wajah umi dan abahnya memohon pengertian. Otaknya dirasakan
seperti tidak dapat berfikir. Dia berasa dunianya gelap sahaja. Berita yang
dikhabarkan umi dan abahnya sangat mengejutkannya. Siapa yang datang
merisiknya?
“Hah, kena kahwin?”
“Adik, abah tahu adik terkejut lagi
tu tapi percayalah cakap abah. Abah buat semmua ni untuk kebaikan adik. Abah
berkenan sangat dengan budak tu. Baik budinya, selalu datang jenguk umi dengan
abah. Pandai mengaji. Abah tahu dia boleh jadi suami yang terbaik untuk adik.”
Encik Sulaiman memujuk anaknya.
Adawiyah menggaru kepalanya yang
tidak gatal. Dia memang lemah kalau abahnya sendiri yang memujuk tapi
perkahwinan ni bukan perkara kecil. Dia belum bersedia untuk berkahwin. Kenapa
umi dan abahnya tidak berbincang dengan dia dahulu. Siapa lelaki yang merisik
dia? Kusut kepalanya memikirkan hal itu. Dipandang wajah abang-abangnya meminta
bantuan. Mereka hanya menjongketkan bahu mereka dan tersengih-sengih. Fuh, tak
boleh harap punya abang.
“Umi, abah kenapa tak bincang dengan
adik dulu?”
“Sayang, umi dan abah bukan tak nak
bincang tapi kami yakin ini yang terbaik untuk adik. Umi tahu anak umi ni baik.
Anak umi mesti ikut cakap umi kan. Umi nak tengok anak umi bahagia. Umi nak
tengok adik kahwin sebelum umi tutup mata.” Sayu kedengaran suara Puan Maimun.
Adawiyah sudah tidak dapat menahan air matanya.
“Umi jangan cakap macam tu. Adik
sayang umi tapi adik tak kenal sape lelaki tu. Boleh tak kalau umi bagi adik
kenal-kenal dulu dengan dia. Bolehlah..” Adawiyah masih cuba memujuk uminya.
Dipegang tangan uminya yang kelihatan sedih.
“Dia budak baik adik. Dia cakap dia kenal
adik lama dah. Adik dengan dia satu sekolah dulu. Dia selalu datang sini tanya
pasal adik. Adik sihat tak? Adik gembira tak? Dia cakap dia nak dahulukan kami.
Tu yang dia minta dengan kami sendiri tu untuk merisik adik. Kami setuju je.”
Abah pula yang menjawab.
Adawiyah mula berfikir. Satu
sekolah? Kalau satu sekolah, seingatnya hanya Faris sahaja yang pernah berjanji
untuk menjadikannya isteri. Apakah lelaki itu akan mengotakan janjinya. Tapi Faris tidak mengenali kampungnya. Siapa
lagi ya?
“Siapa dia tu abah?” Adawiyah
bertanya. Dalam hatinya dia berdia semoga bukan nama Faris yang disebut
abahnya.
“Tengku Faris Hilman bin Tengku
Hamid.” Abahnya mejawab. Dihulurnya gambar Faris kepada Adawiyah. “Budak dalam
gambar tu adik. Adik ingat lagi tak dia?”
Terlopong mulut Adawiyah
mendengarnya. Abang-abangnya berebut ingin melihat gambar itu. Adawiyah berasa
dunianya kosong. Dia berharap nama yang didengarinya salah. Betulkah? Faris
sudah mengotakan janjinya tapi bukankah dia berhak menolak lamaran itu.
“Wah, bertuah la adik. Angah kenal
dia ni. Usahawan berjaya ni. Dah banyak kali nama dia masuk surat khabar. Umur
muda tapi dah jadi CEO syarikat besar. Hebatlah adik.” Salahudin mengacau
adiknya. Adawiyah memberikan jelingan mautnya kepada abangnya itu.
“Yalah adik. Along pernah baca
artikel tentang dia ni. Along pun pernah deal dengan syarikat dia. Bagus
orangnya. Jujur dik.” Uwais menambah perisa.
“Huh, nampaknya kahwin adik kita
dulu la achik.” Alang pula bersuara.
“Hmmm… kena minta hantaran juga kita
ni sebab adik langkah bendul. Dua orang ni adik. Kena minta serba tiga la ni.”
Achik pula mengusik.
Adawiyah menunjuk buku limanya untuk
menumbuk abang-abangnya yang sudah ketawa terbahak-bahak. Bukannya nak tolong
adik sendiri tapi nak mengenakan adiknya adalah.
“Tengoklah dulu abah. Biar adik
fikir dulu.” Adawiyah mengeluh perlahan.
Umi dan abahnya sudah senyum
gembira.
“Umi harap adik faham tindakan kami.
Adik fikir-fikirkanlah ya. Buat istikharah tu. Umi harap sangat adik setuju.
Kami dah terima pinangan mereka tapi kalau adik tak setuju, kami redha.”
Nasihat uminya.
“Adik jaga nama keluarga kita ya.
Abah harap adik jangan malukan kami.” Abah pula bersuara. Kata-kata abahnya
kedengaran seperti ugutan sahaja di telinganya walaupun sebenarnya dia tahu
abahnya bukan bermaksud begitu.
“Adik masuk bilik dahulu ya.”
Adawiyah berjalan lemah menuju ke
biliknya. Abang-abangnya masih galak mengusiknya. Mereka menyanyikan lagu
Selamat Pengantin Baru sambil tergelak. Adawiyah mengetap bibirnya menahan
geram. Sampai sahaja di dalam biliknya, dia menutup pintu dengan kuat sebagai
tanda protes. Makin kuat kedengaran abang-abangnya ketawa.
Masuk sahaja dalam biliknya, dia
mencapai iPhone. Dihubunginya nombor Faris. Dia mahu membasuh lelaki itu
cukup-cukup. Marah betul dia pada Faris yang pandai-pandai membuat sesuatu
tanpa memikirkan dirinya selepas tiga kali berdering, panggilannya dijawab.
“Hello.”
“Tak payah nak hello hello
sangatlah. Hello Kitty lagi baik.” Adawiyah sudah tidak dapat menahan perasaan
marahnya. Disemburnya lelaki itu namun lelaki itu hanya ketawa di hujung
talian.
“So, I assumed yang awak dah tahu
pasal lamaran tu.”
“Ya dan saya tak setuju. Saya nak
awak tarik balik lamaran tu. Jangan nak pandai-pandai buat keputusan sendiri
boleh tak encik.” Dimarahnya lelaki itu sepuas hatinya.
“Kenapa saya kena buat macam tu?
Awak bagi saya lima alasan. Then, saya akan pertimbangkan permintaan awak.”
Faris sengaja bermain-main. Dia tahu Adawiyah sedang marah tetapi dia tidak
kisah. Bukan main gembira dia apabila mendapat panggilan daripada wanita itu
setelah tiga bulan mereka tidak berhubung.
“Pertama, saya tak suka awak. kedua,
saya benci awak. Ketiga, saya tak pernah setuju dengan lamaran awak ni.
Keempat, saya tak kenal awak. Kelima, saya tak pernah cintakan awak. Awak yang
sepatutnya beri penjelasan kepada saya kenapa awak meminang saya.”
bersungguh-sungguh Adawiyah memberikan alasan.
“Okey, awak dengar ya sayang. Alasan
saya pula, pertama, saya suka awak. Kedua saya tahu awak tak bencikan saya, in
fact awak sayang saya. Ketiga, kalau awak tak setuju pun, umi dan abah awak dah
setuju so, kita tetap akan kahwin. Keempat, kita dah lama kenal sayang. Dari
zaman sekolah lagi. Awak nak tipu siapa? And the last one is I know you love
me. You have confessed ten years ago and I love you too.” Faris sengaja
mempermainkan Adawiyah.
Panas telinga Adawiyah mendengar
jawapan Faris. Kalaulah lelaki itu ada di hadapannya, sudah pasti dia akan
meramas mulut lelaki itu dan menyumbat cili ke dalam mulut lelaki itu.
“Tolong jangan perasan boleh tak.
Awak tak faham lagi ke? Bukan ke saya dah terangkan pada awak dulu. Kenapa awak
masih tak reti bahasa ni. Tolonglah, jangan sampai saya hilang hormat pada awak
Encik Faris.” Adawiyah melenting.
“Saya tak kisah dan saya tak ada
masa nak fikirkan semua tu. Yang saya tahu bulan depan kita nikah. Fullstop.”
Mudah sahaja Faris menjawab.
“Awak dengar sini ya. Perkahwinan ni
tak akan terjadi. Awak dengar betul-betul cakap saya ni. Saya akan pastikan
perkahwinan ni tak terjadi.” Adawiyah menjerit kepada Faris.
Faris terpaksa menjauhkan
telefonnya. Kuat juga suara Adawiyah menjerit.
“Saya tahu perkahwinan ni akan
terjadi. Saya tahu awak takkan bantah cakap umi dan abah awak. Saya kenal awak
Adawiyah.”
“Fine, kalau itu yang awak nak tapi
saya akan pastikan awak menyesal kahwin dengan saya. Trust me.” Ugut Adawiyah.
“And I’ll make sure you going to
love me so much sayang.” Usai mengatakan hal itu, Faris memutuskan panggilan.
Adawiyah melemparkan iPhone nya ke
atas katil. Marah betul dia dengan sikap Faris. Apa salahnya sehingga Faris
mengganggu hidupnya sebegini rupa. Apa dosanya pada Faris. Aghhhh…. Dia rasa
seperti mahu menangis. Dipeluk bantal peluknya dan air matanya tumpah di situ.
Dia tidak mungkin mengecewakan umi dan abahnya tetapi dia tidak mahu meneruskan
perkahwinan ini. Akhirnya, dia terlena dalam keadaan menangis.
Keesokan harinya Adawiyah bangun
seawal lima pagi. Selesai menunaikan solat sunat tahajud, taubat dan hajat, dia
membaca Al-Quran sementara menunggu azan Subuh. Dia selalu membaca Al-Quran di
saat hatinya gelisah kerana dia akan menjadi lebih tenang. Dia sudah membuat
keputusan untuk mengikut sahaja permintaan umi dan abahnya. Dia tidak mahu
menjadi anak derhaka. Biarlah dia tidak bahagia, asalkan umi dan abahnya
bahagia. Inilah sahaja caranya untuk dia membalas jasa umi dan abah yang telah
membesarkannya.
Selesai solat Subuh, Adawiyah ke
dapur untuk menyediakan sarapan. Dia mengeluarkan bahan-bahan dari dalam peti
sejuk. Dia akan memasak nasi lemak kegemarannya. Setelah hampir satu jam berada
di dapur, Adawiyah telah siap memasak. Dia segera menghidangkan makanan
tersebut kerana keluarganya akan pulang dari surau sebentar lagi. Dia sengaja
tidak mahu mengikuti mereka ke surau hari ini. Dia mahu berada di rumah
sendirian.
Sepuluh minit kemudian, ahli
keluarganya sudah pulang ke rumah. Mereka menjamu selera bersama.
“Wahh, bakal pengantin kita masak
lah. Nak test skill ke adik?” angahnya mengusik. Adawiyah buat-buat tidak
dengar sahaja kata-kata abangnya itu.
“Umi, abah adik setuju dengan
perkahwinan ni. Tapi adik nak buat kecil-kecil je. Buat kenduri kesyukuran
cukuplah. Semuanya umi dengan abah uruskanlah. Adik ikut je.” Adawiyah
menjawab. Dia tidak mahu tahu langsung mengenai hal perkahwinan itu.
Puan Mariam dan Encik mengucapkan
syukur serentak. “Alhamdulillah.”
Best. ..nak lg. ..sambung la cepat. ..
ReplyDeleteterima kasih..insyaALLAH akan disambung...
Deletebest..teruskan usaha
ReplyDeleteterima kasih...
DeleteSalam sejahtera cik,
ReplyDeleteSaya berminat untuk membaca karya cik...Adakah karya cik ini telah lengkap?? atau ada lagi beberapa bab yang belum dimasukkan??
terima kasih di atas komen anda. novel ini masih belum lengkap dan masih dalam proses pembikinan. insyaALLAH, novel ini akan disambung dari masa ke semasa.
DeleteEncik nak tanya siket....karya encik ni hanya sampai bab 6 je ke atau pon encik nak sambung ke bab yg seterusnya...
ReplyDeleteSebab cirita ni memang Best...