IPHONE milik Adawiyah sudah 3 kali berdering sejak mereka tiba di Restoran Jaya untuk makan tengah hari bersama. Farhan bergilir memandang iPhone itu dan wajah Adawiyah. Dilihatnya Adawiyah tidak mengambil peduli dengan telefon itu. Dibiarkan tetefon itu meraung sendirian.
“Are you sure you tak nak pick up
that call?”
“What?” Adawiyah yang sedang melihat
menu mengangkat mukanya memandang Farhan. “You mean this call?”
Farhan menganggukkan kepalanya.
Dilihatnya lagi skrin telefon wanita itu. ‘Jangan Jawab? Apa punya nama orang
tu. Peliknya nama orang tu.’
Adawiyah menggelengkan kepalanya.
Telefon di atas mejanya diangkat dan ditunjukkan kepada Farhan.
“Look. Saya dah tulis kat sini,
Jangan Jawab. So, I cannot pick up this call. Budak-budak je kot ni. Nak main-
main kacau oranglah tu.”
Tidak lama kemudian telefon itu
berhenti berdering. Adawiyah meletakkan telefon tersebut kepada mode ‘silent’.
Boleh mengganggu ketenteraman orang lain nak makan kalau dibiarkan telefon itu
terus berdering. Farhan hanya memerhati perlakuan Adawiyah. Mereka makan tengah
hari sambil berbual perihal pesakit-pesakit mereka dan keadaan hospital.
Selesai makan tengah hari, mereka
berjalan pulang ke hospital bersama. Restoren Jaya hanya berada di hadapan
hospital mereka jadi, mereka lebih selesa untuk berjalan daripada menggunakan
kereta untuk ke restoren tersebut. Bagus untuk kesihatan badan kata Adawiyah
sewaktu Farhan bertanya kenapa dia lebih gemar berjalan daripada memandu untuk
ke restoren itu keetika mereka baru sahaja berkenalan.
Mereka berjalan seiring semasa
hendak ke bilik masing-masing. Maklumlah, bilik mereka hanya bersebelahan.
Beberapa kakitangan hospital yang melihat mereka hanya tersenyum. Mereka suka
jika Farhan dan Adawiyah bercinta kerana masing-masing sama cantik dan kacak.
Kedua-duanya juga baik dengan semua pekerja sehingga pekerja di hospital itu
seakan-akan merestui hubungan mereka walaupun mereka berdua sering menafikan.
Faris sedang berdiri di hadapan
bilik Adawiyah. Matanya tajam merenung Adawiyah yang sedang bergelak ketawa
dengan Farhan. Perasaan cemburunya membuak-buak. Panas rasanya hati melihat
Adawiyah yang malu-malu apabila dipuji Farhan. Adawiyah masih tidak perasan
kehadirannya kerana terlalu rancak berbual dengan Farhan. Faris sudah tidak
boleh menahan perasaan cemburunya bergerak menghampiri pasangan itu.
“Assalamualaikum.” Faris memberi
salam.
Adawiyah terkejut dengan kehadiran
Faris berdiri kaku. Farhan pula menjawab salam itu dan bersalaman dengan Faris.
Dia memang mengenali Faris kerana mereka sama-sama belajar di luar negara dan
hubungan mereka juga sangat rapat.
“Is, what are you doing here? Kau
sakit ke?” Farhan menyoal sebaik sahaja mereka bersalaman.
“Tak adalah. Aku saje je datang nak
jumpa kau. Ingat nak ajak lunch.” Bohong Faris.
Padahal
dia datang untuk berjumpa Adawiyah untuk mengajak makan bersama. Seharian dia
tidak boleh fokus di pejabat. Ketika mesyuarat pun dia masih teringatkan
Adawiyah yang tidak menjawab panggilannya sejak tiga hari lalu sehingga papanya
terpaksa menegurnya kerana kelalaiannya.
Tetapi sampai sahaja di hospital itu, dia melihat wanita pujaannya sedang
bergelak ketawa dengan rakan karibnya sendiri. Siapa tidak panas.
“Sorry man. Aku dah makan dengan
Adawiyah tadi. Kau dah kenal ke dia ni? Dia ganti papa aku untuk jaga family
kau.”
Farhan
mengerling Adawiyah di sebelahnya dan senyum. Adawiyah membalas senyuman itu
namun senyuman itu mati apabila dia melihat Faris merenung tajam ke arahnya
seperti seekor singa ingin menerkam mangsanya. Kecut perut Adawiyah melihat
wajah lelaki itu.
“Oh
ya ke. Aku tak jumpa lagi dia. Aku ingat girlfriend kau tadi. Nice to meet
you.” Faris menundukkan kepalanya sebagai salam perkenalan.
‘Kenapa
dia nak tipu?’ Adawiyah terkejut dengan lakonan Faris namun diikutinya lakonan
itu. Dia juga berpura-pura menundukkan kepalanya kepada Faris.
Farhan
ketawa mendengar jawapan Faris. Ditepuk bahu sahabatnya itu. “I wish man.”
Dikerlingnya Adawiyah yang terkejut dengan jawapannya.
Semakin
cemburu Faris mendengar jawapan Farhan. Mukanya sudah merah kerana terpaksa
menahan amarahnya sejak tadi. Hatinya sudah panas. Kalau diikutkan hati, sudah
ditariknya tangan Adawiyah ke dalam dakapannya dan menjerit kepada Farhan
‘She’s mine.’ Adawiyah yang merasakan kehangatan suasana iitu meminta diri untuk
ke biliknya. Faris hanya memerhatikan dari hujung matanya dengan perasaan
cemburu yang meluap-luap.
Sepuluh
minit kemudian, Farhan masuk ke dalam bilik Adawiyah. Adawiyah yang sedang
mencatat sesuatu di diarinya tersenyum.
“Dah
balik ke kawan doktor tu?” Sengaja Adawiyah bertanya mengenai Faris kepada
Farhan. Runsing juga Adawiyah jika lelaki itu masuk ke dalam biliknya. Takkan
dia nak menyorok di bawah meja lagi macam sepuluh tahun dahulu.
“Dah.
Dia just datang nak ajak kita pergi kenduri kesyukuran family dia.” Farhan
duduk di kerusi di hadapan Adawiyah.
“Oh,
Tengku Fatimah pun ada cakap hari tu. Bila tu?”
“Tomorrow
night.”
“Kalau
tak ada hal, saya pergilah kot.” Adawiyah berbohong. Padahal sudah
terang-terang bahawa esok dia cuti tapi dia mencipta alasann untuk tidak pergi.
Mana mungkin dia mahu terserempak dengan Faris lagi. Buatnya lelaki itu
menceritakan perangainya kepada keluarga itu, mesti dia malu.
“Bukan
esok awak cuti ke?” Farhan yang memang maklum dengan hari cuti Adawiyah
bertanya. “Pergilah, awak kan doktor peribadi keluarga dia. Awak kena tunjukkan
muka awak kat sana. Lagipun, mudahlah untuk awak deal dengan family tu lain
kali.” Farhan memujuk.
“Tengoklah.”
Adawiyah menjawab acuh tak acuh.
Dia
berpura-pura menyibukkan dirinya lagi. Farhan keluar dari bilik itu apabila
melihat Adawiyah sibuk. Dia tidak mahu mengganggu Adawiyah. Adawiyah mahu
keluar makan dengannya tadi pun sudah baik kerana wanita itu jarang mahu keluar
dengan lelaki. Nasib baik dia menggunakan alasan untuk berbincang sesuatu
bersama, barulah Adawiyah bersetuju untuk makan bersamanya.
Setelah
Farhan keluar, iPhone miliknya berdering. Adawiyah tidak sempat melihat nama
pemanggilnya dan terus menjawab panggilan itu.
“Hello.”
“Best
dapat keluar dengan boyfriend?”
Adawiyah
terkejut mendengar suara lelaki. Dilihatnya skrin iPhone nya. Nama Jangan Jawab
terpampang di skrin itu. Adawiyah tidak menjawab apa-apa. Menyesal dia kerana
tidak melihat nama pemanggil sebelum menjawab panggilan itu.
“Kenapa
diam? Dah tak ada suara?” Setelah soalannya tidak dijawab, Faris bersuara lagi.
Kali ini lebih sinis bunyinya.
Adawiyah
memberanikan dirinya menjawab soalan itu. Ditahan rasa sakit di hati dengan
soalan Faris itu.
“Ya,
ada apa saya boleh bantu, Encik Faris.” Adawiyah melembutkan suaranya. Dia
dapat mendengar suara Faris yang mendengus kasar. ‘Tak apa, api kena lawan dengan air.’ Pujuk hatinya.
“Ada.
Memang saya nak awak tolong saya. Tolong jawab telefon kalau saya call boleh?”
Faris masih lagi mengeraskan suaranya. Lagaknya seperti seorang bos kepada
pekerja.
“Oh, saya memang jawab panggilan encik pun.
Buktinya sekarang kita tengah bercakap.”
Faris
mendengus mendengar jawapan Adawiyah. Kenapa perasaannya tidak tenteram kalau
bersama Adawiyah sedangkan sebelum ini dia tidak pernah marah-marah seperti
ini. Dia memang dikenali sebagai lelaki paling tenang dalam keluarganya. Tapi
kenapa tiba-tiba dia emosi dia mudah berubah-ubah semenjak dia berjumpa
Adawiyah lagi.
“Listen
here Adawiyah. Don’t play any jokes with me right now. I’m not in a good mood
now.” Bentak Faris.
Adawiyah
terkejut mendengar lelaki itu menjerit. Dijauhkan telefon dari telinganya.
Boleh pekak dia kalau mendengar lelaki itu menjerit. Kuat juga suara lelaki
itu. Kecut perutnya. Tak ada lagi sesiapa yang pernah menengkingnya seperti
itu. Abahnya sendiri tidak pernah memarahinya seperti itu. Hampir menitis air
matanya.
Faris
tersedar selepas Adawiyah tidak mendiamkan diri. “I’m sorry.” Rayunya lembut.
Mukanya diraup. Menyesal betul dia kerana menengking Adawiyah. Sepatutnya dia
bijak mengawal perasaan cemburunya.
“It’s…
okay.” Lambat-lambat Adawiyah menjawab. Hatinya masih terasa dengan tengkingan
lelaki itu.
“Look,
saya call awak ni nak ajak awak datang ke majlis kesyukuran sempena Mai
mengandung. So, saya harap awak datang.”
Suara
Faris sudah bertukar lembut. Dia mesti cuba memujuk wanita itu untuk hadir ke
majlis itu.
“Maaf,
saya tak boleh datang. Saya sibuk sangat.” Adawiyah berhelah.
“I
don’t care. You better coming or I tell everyone about what you have done eight
years ago.”
Faris
memutuskan talian. Adawiyah terkejut mendengar ugutan Faris. Tidak disangka
lelaki itu sanggup mengugutnya seperti itu. Menyesal rasanya dia kerana pernah
jatuh hati kepada lelaki itu dahulu. Faris sekarang dengan Faris yang
dikenalinya sepuluh tahun dahulu sungguh berbeza.
“THANK
YOU sebab sudi datang Adawiyah.” Tengku Maisara bersalam dan mencium kedua
belah pipi Adawiyah.
“Tak
apa. Saya mestilah datang kalau Tengku jemput.” Adawiyah berbasa-basi.
Matanya
dialih kepada Faris yang berdiri di sebelah Tengku Maisara. Sakit hatinya
melihat lelaki itu. Ugutan lelaki itu masih segar di ingatannya. Petang tadi
pun Faris masih menghantar mesej berbaur ugutan kepadanya supaya hadir ke
majlis itu. Disebabkan marah kepada lelaki itu, dia sengaja datang ke majlis
itu agak lewat.
“Stop
calling me Tengku. Just call me Mai. Meet my husband, Tengku Afzarizal.” Tengku
Maisara menarik tangannya ke arah seorang lelaki yang sedang bercakap dengan
Tengku Hamid.
Adawiyah
mengerutkan kepalanya. Pelik dengan kenyataan Tengku Maisara. ‘Bukan Faris ke
husband dia?’ Dilihatnya Faris masih tenang di sisi Maisara.
“Bukan
ni ke suami Tengku?” Adawiyah menunjukkan ke arah Faris.
Faris
mengerutkan dahinya. Tengku Maisara dan suaminya ketawa. Tengku Hamid yang
mendengar hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.
“Lawaklah
you ni Adawiyah. Tu abang I la, Tengku Faris Hilman. Macam mana you boleh fikir
yang abang Is tu suami I. For your information, he still single. Kalau you nak
try tackle dia pun boleh. I sokong je.” Tengku Maisara menyambung ketawanya.
Tengku
Afzarizal mencuit pipi isterinya yang nakal itu. Faris di sebelah turut ketawa.
Tengku Hamid tersenyum. Dia tidak kisah jika apa yang dikatakan anak keduanya
itu betul. Hati tuanya juga berkenan dengan Adawiyah yang kelihatan
lemah-lembut pada matanya. Siapa tidak berkenan jika wanita yang bertudung
labuh dan ayu itu menjadi menantunya. Pasti anak terunanya itu akan bahagia.
Muka
Adawiyah mula berubah merah. Malu betul rasanya. Bagaimanalah dia boleh
tersalah cakap tadi. Sekarang dia sudah diketawakan oleh keluarga Tengku Hamid.
“Stop
it Mai. She’s blushing.” Tegur Faris. Suka benar dia apabila dapat melihat
wanita itu malu. Cute.
“I’m
sorry Adawiyah. Its just so funny because you orang pertama yang cakap abang Is
ni husband I. Selama ni tak pernah ada orang pun yang terfikir macam tu.”
Tengku Maisara bersuara setelah ketawanya reda.
“Its
okay.” Adawiyah masih malu. Mukanya terasa membahang.
Setelah
berbual-bual dan berkenalan dengan ahli keluarga Tengku Hamid, dia meminta diri
untuk menjamu selera. Perutnya terasa lapar kerana dia masih belum makan. Faris
pula mengekorinya dari sejak dari tadi lagi. Dia berpura-pura tidak menyedari
kehadiran lelaki itu walaupun lelaki itu cuba bercakap dengannya dari tadi.
Semasa dia mengambil makanan, lelaki itu pandai-pandai meletakkan makanan lain
di dalam pinggannya sehingga makanan di dalam pinggannya penuh. Dia hanya diam
walaupun lelaki itu mengganggunya.Soalan Faris juga tidak dijawabnya.
‘Buat
tak layan je Adawiyah. Buat biasa je. Buat macam dia tak wujud.’ Ujar Adawiyah
di dalam hati.
Selesai
mengambil makanan, dia mencari meja yang masih kosong. Kemudian, dia ternampak
Farhan sedang makan. Dia melangkah dengan cepat ke arah Farhan. Faris masih
tidak sedar ke mana arah tuju Adawiyah hanya mengikutnya dari belakang.
“Mind
if I join you?” Adawiyah meletakkan pinggannya di sebelah Farhan. Faris yang
mengekori dari belakang berhenti mengekori Adawiyah.
Farhan
hanya mengangguk. “Saya ingat awak tak datang tadi.”
“I
changed my mind.” Adawiyah duduk lalu makan.
Farhan
hanya memerhatikan Adawiyah makan. Matanya kemudian jatuh kepada makanan di
dalam Adawiyah. Bulat matanya memandang makanan yang banyak di dalam pinggan
Adawiyah. Terlampau banyak untuk seorang makan.
“Awak
lapar sangat ke?” Farhan bersuara kerana Adawiyah terlalu asyik menjamu selera
sehingga tidak menghiraukannya.
“Boleh
la,” Adawiyah masih tidak mengangkat mukanya. Dia tahu Farhan maksudkan makanan
di dalam pinggannya yang banyak. Dia sendiri bingung bagaimana mahu
menghabiskan makanan itu. Semuanya gara-gara dia tidak mahu melayan Faris.
Lelaki itu bertindak mengacaunya. Dia juga tahu Faris sedang memerhatikannya
dari meja sebelah. Lelaki itu pasti dapat mendengar apa yang diborakkannya
bersama Farhan. Kerana itulah dia tidak mahu mengangkat mukanya dan bertekad
untuk menghabiskan makanannya. Dia perlu tunjuk kepada lelaki itu bahawa dia
tidak akan melayan lelaki itu lagi.
“Banyak
betul awak ambil makanan.” Farhan masih cuba
menarik perhatian Adawiyah.
“Bukan
saya yang ambil.”
“Habis
kalau bukan awak siapa?” pelik Farhan mendengar jawapan Adawiyah.
“Pekerja
katering yang perasan handsome manalah tak tau. Dia yang letak makanan dalam
pinggan saya banyak macam ni. Dah tak berapa betul agaknya mamat tu.” Perli Adawiyah.
Sengaja
dia menguatkan suara supaya Faris mendengar.
‘Padan
muka kau. Kau ingat aku takut? Sorry laa..’
Farhan
tersenyum mendengar jawapan Adawiyah.
“Dia
nak mengurat awak kot. Yalah, awak kan cantik.” Farhan memuji Adawiyah.
Tersedak
Adawiyah mendengarnya. Dia terbatuk-batuk. Dah la dia belum mengambil air lagi.
Keluar air matanya kerana terbatuk-batuk. Farhan ingin bangun untuk mengambil
air untuknya. Baru sahaja Farhan pergi, Faris meletakkan air sirap di tepinya.
Kerana terlalu pedih tekaknya, dia mencapai gelas itu lalu diminum dengan
rakus.
“Fuh..
lega. Thanks Farhan.” Adawiyah mengangkat mukanya. Tetapi rupanya air itu bukan
daripada Farhan tetapi daripada Faris. Sekali lagi dia terbatuk-batuk.
Faris
mengurut belakangnya dengan lembut walaupun pandangan lelaki itu tajam menikam
wajahnya. Ditepisnya tangan lelaki itu dengan kasar.
‘Apa
pegang belakang orang ni. Haramlah.’ Bebel Adawiyah sendirian.
Farhan
yang baru sahaja tiba dengan segelas air tersenyum ke arah Faris.
“Kau
dah bagi air kat Adawiyah ya.” Farhan meletakkan air yang diambilnya di hadapan
Adawiyah. Dia duduk di tepi Faris kerana lelaki itu telah mengambil tempatnya
di sebelah Adawiyah.
“Taklah,
tu air aku. Tiba-tiba je dia ambik minum.” Selamba Faris menjawab. Air yang
masih separuh di dalam gelas itu dihabiskannya.
Merah
padam muka Adawiyah. Dipandangnya wajah Faris dengan terkejut. Faris pula
dengan selambanya minum menggunakan gelas yang sama dengannya. Farhan melihat
dengan terlopong.
‘Gila
ke mamat ni? Minum air aku.’
“Encik
Faris, tu air saya.” Marah Adawiyah.
“Technically,
its mine. Awak ambil gelas saya. So, saya berhak minum dalam gelas tu.” Faris
tersenyum sinis. ‘Akhirnya kau cakap jugak dengan aku. Ingatkan kuat sangat.’
Adawiyah
menjeling Faris. Disumbatnya makanan yang berada di dalam pinggan ke dalam
mulutnya. Dia sudah tidak mahu berlama di situ. Habis makan cepat, boleh balik
cepat. Faris tersenyum kemenangan. Dia lebih rela Adawiyah tidak melayannya
daripada melayan Farhan. Dia tidak berganjak dari tempat itu dan berpura-pura
berbual dengan Farhan. Dia tahu dia sudah menang malam itu. Hahahaha…
No comments:
Post a Comment