SEPERTI
biasa, Adawiyah sibuk memeriksa pesakitnya. Tiba giliran pesakit yang kelapan
hari ni, Adawiyah membetulkan duduknya. Pintunya diketuk dari luar sebelum
pesakit dipanggil masuk. Faris masuk ke dalam biliknya dan dengan selamba duduk
di hadapannya.
‘Dia
ni lagi. Tak ada orang lain ke yang datang hah? Buat spoil mood aku je la.’
Adawiyah
tetap memberikan senyuman kepada Faris. Etika kerja perlu dipatuhi. Jangan
kerana masalah peribadi, dia harus mengabaikann etika kerjanya. Lagipun, sekarang
waktu bekerja. Dia tidak boleh mencampur adukkan tugasnya dengan urusan
peribadinyaa. Dia tahu dia perlu profesional. Diamatinya wajah Faris hari ini.
Tampak segak dengan kemeja hitam dan tali leher putih. Rambutnya yang lebat
disisir rapi. Huh, kalaulah tidak terkenangkan Faris pernah mengugutnya, memang
dia akan jatuh hati sekali lagi pada lelaki itu.
“Ada
apa yang boleh saya bantu?” seperti biasa, Adawiyah bertanya kepada pesakitnya.
“Saya
sakit.”
Adawiyah
mengamati wajah putih bersih Faris. Tiada tanda-tanda demam. Sihat sahaja Faris
pada pandangan matanya. Mungkin sakit dalaman agaknya.
“Sakit
di bahagian mana tu encik?” Adawiyah masih lagi bertanya. Dia mula memakai
stetoskop untuk memeriksa Haris.
Lelaki
itu diam walaupun Adawiyah bertanya. Adawiyah meletakkan stetoskop di dada
Faris yang sasa itu untuk memeriksa degupan jantungnya. Biasa sahaja. Seperti
orang sihat. Tiada tanda-tanda sakit. Kemudian dia mencatat sesuatu pada fail.
Dia meminta Faris menghulurkan tangannya untuk diperiksa kadar tekanan darah.
Faris hanya menurut. Faris memerhati Adawiyah yang sedang melakukan kerja.
Tangan
Faris terpaksa disentuhnya untuk memasang alat terrsebut. Hatinya berdebar
semasa tangan mereka bersentuhan seperti ada kejutan elektrik sahaja namun
diteruskan kerjanya. Dia tidak mahu kelihatan tidak profesional di mata Faris.
Setelah diperiksa, tekanan darah Faris juga normal. Tiada tanda-tanda sakit.
Sekali lagi dia mecatatkan sesuatu pada fail.
“Encik
ada rasa apa-apa perubahan tak kebelakangan ini?” Adawiyah mula memandang
Faris.
“Ada,
saya tak boleh tidur lena kebelakangan ini. Makan pun tak ada selera. Kerja pun
saya tak boleh nak fokus.” Faris menjawab.
“Ummm…
encik ada rasa sakit tak pada bahagian anggota badan?” Adawiyah menulis semua
simptom-simptom yang Faris nyatakan tadi pada fail.
“Ada.”
“Sakit
apa ya?”
“Sakit
hati.”
Adawiyah
yang sedang menulis, berhenti menulis.
Dia memandang wajah Faris lama. Rasa geram bertandang di hatinya. Dia terasa
seperti dipermainkan oleh lelaki itu tapi lelaki itu masih berwajah serius.
Kalau diikutkan hatinya, mahu sahaja dia menumbuk wajah lelaki itu. Lelaki itu
memang telah merugikan masanya.
“Encik,
saya rasa encik ni dah tersilap doktor sebenarnya. Sepatutnya encik berjumpa
dengan doktor psikatari.” Dapat didengari nada marah di dalam suaranya.
“Awak
tak nak tanya ke kenapa saya sakit hati?”
Faris
tidak mempedulikan kata-kata Adawiyah. Lain yang dikata, lain yang dijawab.
‘Oh,
kau nak main-main dengan aku ya? Fine, let’s play along.’
Setelah
menarik nafas. Adawiyah memberanikan dirinya memandang mata Faris.
“Okey,
kenapa encik sakit hati?”
“Saya
sakit hati sebab awak rapat dengan Farhan. Saya tak nak awak rapat dengan dia
atau dengan mana-mana lelaki. Saya sakit hati sebab awak buat tak endah dengan
saya. You make me like I’m not exist. Awak tak jawab call saya walaupun saya
pernah bagi awak amaran supaya awak jawab call saya. Saya sakit hati dengan
semua yang awak buat pada saya.” Tenang Faris menjawab.
Dia
tidak kisah kalau Adawiyah ingin mentertawakannya. Dia mahu Adawiyah tahu apa
yang dirasanya. Dia mahu Adawiyah menjadi miliknya. Dia tidak mahu Adawiyah
menjadi milik Farhan atau mana-mana lelaki.
Adawiyah
terkejut dengan pengakuan Faris tetapi dia berpura-pura tidak mempedulikan
kata-kata lelaki itu.
“Boleh
saya tahu siapa encik pada saya? Adik saya, abang saya, ayah saya, boyfriend
saya, tunang saya or perhaps suami saya? Apa hak encik untuk mengawal diri
saya?” sinis Adawiyah bertanya.
“I
may not be one of those but I’ll make sure I will be your husband.” Tegas
Faris.
Terpempan
Adawiyah mendengarnya namun dia tetap tidak mahu kalah.
“No,
you won’t.” Adawiyah menggelengkan kepalanya dan menyandar pada kerusinya.
“Yes,
I will. Bukan awak dulu sukakan saya?” Faris mengenakan Adawiyah kembali.
“Look,
it just puppy love okay. Every teenagers have that kind of feeling. Now we have
grown up. Just forget about it.” Pujuk Adawiyah. Sebenarnya dia ingin memujuk
Faris supaya tidak mengungkit kisah lalu kerana dia masih malu setiap kali
mengenangkan hal tersebut.
“No.
not for me. Once, you have confessed to me, you must take the
responsibilities.”
“What
responsibilities?” Adawiyah meninggikan suaranya. Geram betul dia dengan lelaki
yang tidak faham bahasa seperti Faris.
“You
must marry me. You told me last few years that you love me so, you must marry
me.” Faris masih bertegas.
“Saya
dah tak ada apa-apa perasaan pada awak, percayalah.” Rayu Adawiyah.
Tetapi
entah mengapa, hatinya berasa sakit apabila dia berkata begitu.
“Then,
you will love me again. I’ll make sure you will confess to me again with all
your heart.”
Berdebar
hati Adawiyah mendengar luahan Faris. Apa yang Faris hendak daripadanya? Mereka
baru sahaja bertemu seminggu yang lalu setelah lapan tahun tidak berjumpa.
Sekarang, lelaki itu telah mengganggu hidupnya. Pening kepalanya. Apa tujuan
Faris melakukan seperti itu.
“Maafkan,
saya Encik Faris. Saya rasa encik tak sakit apa-apa. so, saya rasa encik boleh
keluar. Saya ada pesakit lain. Encik dah mengganggu masa saya bekerja. We have
nothing to talk anymore.” Adawiyah berdiri membelakangi Faris. Dia tidak mahu
Faris melihat wajahnya yang sudah merah. Jantungnya berdegup kencang seperti
ada ribut taufan sahaja di dalam hatinya.
Faris
berdiri. Sakit hatinya mendengar kata-kata Adawiyah.
“Dengar
sini Rabiatul Adawiyah bt Haji Sulaiman, saya akan pastikan awak jadi milik
saya. Apa pun awak cakap, saya tahu awak masih cintakan saya. Saya boleh
rasakan melalui sinar mata awak. Awak pegang janji saya Adawiyah, selepas ini
awak tak akan jumpa saya lagi. Awak hanya akan jumpa saya setelah awak sah
menjadi isteri saya. Saya akan buat awak jatuh cinta pada saya sekali lagi.”
Selesai
mengucapkan kata-katanya, Faris keluar dari bilik Adawiyah. Terduduk Adawiyah
mendengar kata-kata Faris.
“Dia
dah gila. Tengku Faris Hilman bin Tengku Hamid dah gila. I hate you!!!” ujar
Adawiyah. Tetapi entah kenapa air matanya berlinangan. Dia tidak tahu kenapa
hati berdebar dan sakit dalam masa yang sama. Perasaan yang sama yang pernah
dia rasakan sepuluh tahun lalu. Kenapa dia merasakan semua ini. Kenapa???
FARIS
benar-benar mengotakan janjinya. Dia memang tidak berjumpa langsung dengan
lelaki itu sejak tiga bulan yang lalu. Faris juga tidak pernah menelefonnya.
Setiap kali dia ke rumah Tengku Hamid untuk memeriksa keadaannya, dia tidak
pernah terserempak dengan Faris. Adakah Faris benar-benar berjauh hati
dengannya. Nampak sangat Faris mudah berputus asa. Jauh di sudut hatinya, dia
berharap Faris akan datang berjumpanya lagi tapi disimpannya perasaan dan
keinginan itu jauh-jauh di dalam lubuk hatinya.
Tiada
guna dia sukakan Faris kerana Faris sudah banyak berubah. Dia pernah sukakan
Faris dahulu kerana kebaikan lelak itu. Dia sering melihat Faris membantu
guru-guru. Faris juga menjadi anak emas pengetua sekolah. Setiap kali dia
mendengar Faris mengaminkan doa dan mengetuai bacaan Yassin, hatinya selalu
berdebar. Faris juga baik dengan semua pelajar. Sikap itulah yang membuatkan
dia jatuh hati kepada Faris tetapi lelaki itu sudah jauh berubah sekarang.
Faris
yang dia kenali kini suka marah-marah. Sudah banyak kali dia dimarahi lelaki
itu. Lelaki itu juga pernah mengugutnya untuk membongkar kenakalannya sepuluh
tahun lalu. Dia juga sering memandang wajah Adawiyah dengan pandangan yang
menakutkan. Lelaki itu juga tidak segan silu menyentuh belakangnya dan minum
air dari gelas yang sama dengannya sedangkan semua itu tidak boleh dilakukan.
Mungkin kerana pengaruh budaya barat ketika dia melanjutkan pelajarannya di
luar negara.
Adawiyah
mengeluh lagi. Kenapa wajah lelaki itu selalu hadir dalam mindanya. Puas
ditepis namun dilihatnya juga. iPhone yang berada di hujung meja berbunyi.
Adawiyah tersenyum melihat nombor yang tertera. Uminya di kampung menelefon.
“Assalamualaikum
umi.”
“Waalaikumussalam,
anak umi sihat tak?” Seperti biasa umi pasti akan bertanya tentang
kesihatannya. Maklumlah dia merupakan satu-satunya anak perempuan daripada lima
beradik dan dia juga merupakan anak bongsu. Masakan umi tidak bimbangkan
dirinya.
“Adik
sihat umi. Umi dengan abah macam mana? Sihat tak? Adik rindulah nak balik
Kelantan jumpa umi dan abah. Rindu sangat.”
“Alhamdulillah,
sihat. Abah kamu tu lagi sihat. Makin sihat dari dulu.” Umi berjenaka. Dia tahu
Adawiyah memahami maksudnya bahawa suaminya makin tua makin gemuk. Bahagialah
katakan.
Ketawa
Adawiyah mendengar jenaka uminya.
“Ada
apa hal umi call adik. Rindu ek?”
“Ha’ah,
umi rindu sangat dengan adik. Siapa tak rindu anak umi yang comel ni. Tok ma
kamu pun selalu sebut nama kamu. Rindu sangat tu.”
“Iya?
Wahhh.. adik pun rindu kat tok ma. Rindu nak makan masakan tok ma. Singgang
ikan dengan budu. Wahhh… bestnya umi.” Adawiyah mula terbayangkan lauk
kegemarannya yang sering dimasak neneknya. Kecur air liurnya mengingatkan
masakan neneknya.
“Kalau
rindu, adik baliklah. Adik balik ya, hujung minggu ni.” Pujuk Puan Mariam.
“Ummm…
tengoklah dulu umi. Adik tak boleh janjilah. Adik sibuk sangat sekarang ni. Nak
minta cuti pun susah.” Rengek Adawiyah.
“Baliklah
sayang. Along, angah, achik, alang semua balik. Balik ya.” Pujuk Puan Mariam
lagi.
Mendengarkan
hal itu, Adawiyah bersorak kegembiraan.
“Kalau
macam tu, adik nak balik jugalah. Tapi kan umi, kenapa semua balik. Macam ada
udang di sebalik mi je ni.” Gurau Adawiyah.
“Memang
pun. Udang di sebalik mi memang sedap. Adik nak makan ke?” Puan Mariam melayan
gurauan anaknya.
“Hahaha…
umi ni lawaklah. Okeylah umi, nanti adik balik. Tapi umi jangan lupa suruh abah
jemput adik kat airport tau. Adik malas drive. Nanti adik bagitahu bila adik
berlepas ok.”
Puan
Mariam tersenyum mendengar jawapan anaknya. Mudah benar dia memujuk anak bongsunya
ini. Dia tahu Adawiyah memang anak yang baik. Hatinya sangat lembut. Pasti apa
yang direncanakan olehnya dan suaminya berjalan lancar. Dia mahu melihat
anaknya bahagia. Satu-satunya puteri dalam kehidupannya.
“Baiklah.
Jaga diri elok-elok. Nanti umi bagitahu abah.”
“Okey,
kirim salam kat abah dengan tok ma tu. Cakap adik rindu sangat. Cakap kat tok
ma adik nok make gula singge denge budu (nak makan gulai singgang dengan budu).” Adawiyah
sengaja menggunakan loghat Kelantan.
Neneknya
itu hanya tahu bercakap loghat Kelantan. Maklumlah, orang Kelantan sejati. Dia
dan abang-abangnya pula dilahirkan di Kelantan tetapi dibesarkan di Kuala
Lumpur kerana mengikut abahnya yang bekerja sebagai ustaz di sekolah menengah.
Hanya selepas datuknya meninggal lapan tahun lalu, mereka berpindah ke Kelantan
untuk tinggal bersama neneknya. Disebabkan itu dia tidak fasih sangat berbahasa
Kelantan.
“Yalah,
assalamualaikum.” Uminya ketawa di hujung talian.
“Waalaikumussalam.”
Usai
bercakap dengan uminya, Adawiyah segera membuka komputernya. Dia ingin menempah
tiket kapal terbang secara online.
No comments:
Post a Comment