“ADAWIYAH tengok kat sana tu. Faris dengan geng dia la”, Maria menyiku sahabatnya yang sedang asyik melayan makanannya. Terjuih-juih bibirnya menunjukkan ke arah sekumpulan pelajar lelaki yang sedang membeli makanan di kantin. Adawiyah buat tidak kisah sahaja padahal ekor matanya asyik mengekori lelaki itu. Lelaki pujaan pelajar sekolah yang juga merupakan ketua pelajar sekolah tersebut.
“Woi perempuan kau dengar tak ni?
Lelaki pujaan kau tu.” Sekali lagi Maria memanggil sahabat baiknya yang sedang
khusyuk melahap. ‘Lapar sangat ke minah ni sampai jejaka pujaan depan mata lalu
pun buat tak dek je. Buang tabiat nak mampus ke budak ni.’ Gerutu Maria dalam
hati.
Adawiyah
masih tidak menjawab dan meneruskan suapan nasi gorengnya. Maria sudah
menjeling-jeling sahabatnya itu kerana dari tadi panggilannya tidak dijawab.
Maria menggoncang bahu sahabatnya itu beberapa kali namun hanya keluhan yang
keluar dari mulut sahabatnya itu.
“Ya, aku nampak Maria. Biarlah dia
lalu pun. Bukannya dia kacau kita pun.” Jawab Adawiyah setelah tidak tahan
dengan sahabatnya itu.
“Kau ni apesal hah? Tiba-tiba je aku
tengok tak semangat je ni. Selalunya kau la yang paling semangat kalau si Faris
tu lalu depan kau. Hari ni tak pulak. Kau dah buang tabiat nak mampus ke?”
Maria yang memang terkenal dengan mulut lasernya itu menyoal.
“Tak ada apa-apa la.”
“Ya la tu. Tak ada apa-apa. Cuba
beritahu aku. Apa masalah kau sebenarnya? PMS ke?” Maria mula menyoal
sahabatnya itu. Tidak pernah sahabatnya itu bermuram seperti itu. Satu sekolah
kenal Rabiatul Adawiyah seorang yang happy go lucky. Kalau dia bermuram mesti
ada apa-apa yang dah jadi.
“Ummm… aku… aku…” Adawiyah
teragak-agak untuk memberitahu sahabatnya itu.
“Apa yang aku… aku… ni. Cepatlah,
kang aku sekeh kang. Tak pasal-pasal biol kepala hotak kau tu,” marah Maria.
“Sebenarnya aku malu dengan Faris
tu.”
“Kenapa?”
“Dia dah tahu yang aku suka kat dia
la.”
“Hah?” Terjerit Maria mendengar
luahan Adawiyah. Pelajar-pelajar lain yang berada di kantin semua berpaling ke
arah mereka termasuklah Faris dan sahabat-sahabatnya. Adawiyah menundukkan
mukanya kerana malu sambil mencubit pinggang sahabatnya itu. Maria yang baru
perasan keterlanjurannya tersengih-sengih malu. Dia melambai-lambaikan
tangannya ke arah pelajar-pelajar yang masih melihat mereka untuk menutup
malunya. Setelah pelajar lain tidak mempedulikan mereka, Maria kembali
bertanya.
“Macam mana beb? Bukan ke tak ada orang yang tahu pasal ni kecuali kita
berdua. Kau ada beritahu dia ke?”
Belum sempat Adawiyah menjawab, Faris
dan sahabat-sahabatnya berdiri di hadapan meja mereka. Maria membulatkan
matanya kerana terkejut manakala Adawiyah yang sedang minum tersedak sehingga
terbatuk-batuk. Maria menepuk-nepuk belakang sahabatnya itu. Faris dan
sahabat-sahabatnya tersenyum-senyum menahan ketawa.
“Boleh ke kitorang duduk kat sini?
Meja lain dah penuh.” Tanya Syahril yang juga merupakan penolong ketua pelajar
sekolah tersebut. Rakan-rakannya yang lain memandang Adawiyah dengan Maria
menunggu jawapan.
“Duduklah. Ni kan tempat semua
orang. Kalau kami tak bagi pun korang memang berhak duduk.” Jawab Adawiyah
tanpa mengangkat wajahnya. Maria terkejut dengan jawapan Adawiyah.
‘Apa yang minah ni melalut ni. Woi, Faris
tu. Kenapa kau cakap kasar macam tu?’ Bentak Maria dalam hati.
Faris tersenyum dan kemudian
meletakkan pinggan nasinya di hadapan Adawiyah. Sahabat-sahabatnya yang lain
turut melakukan perkara yang sama. Adawiyah masih lagi menunduk seperti tadi.
Maria pula masih membulatkan matanya memandang mereka. ‘Alahai, hensemnya
korang ni.’ Puji Maria dalam hati.
“Kenapa tak makan lagi?” tanya Faris
kepada Adawiyah apabila melihat Adawiyah masih menundukkan muka sedangkan nasi
gorengnya masih tinggal separuh. “Dah kenyang ke?” sambung Faris lagi apabila
Adawiyah masih tidak menyentuh makanannya.
Tiba-tiba
Adawiyah bangun dan menarik Maria untuk meninggalkan meja itu. Maria yang masih
lagi terkejut itu terpinga-pinga dengan tindakan Adawiyah. Tanpa menjawab
soalan Faris dia berlalu meninggalkan meja itu bersama Maria tanpa mengangkat
wajahnya. Baru sahaja tiga langkah berjalan, Adawiyah terdengar namanya
dipanggil. Dia berpaling untuk melihat siapa yang memanggilnya.
“Adawiyah, terima kasih ya atas
lukisan kartun saya tu. Pandai awak lukis. Comel sangat tapi saya tak faham la
maksud ‘Faris Shillang love RA buin’ tu. Lain kali awak tulis la maksud
perkataan tu kat atas tu. Nanti saya baca.” Faris tersenyum selepas berkata.
Sahabat-sahabatnya hanya tersenyum ke arah Adawiyah manakala Maria sekali lagi
membulatkan matanya. ‘Oh My Gucci.’ Hatinya berdetik.
Muka
Adawiyah memerah mendengar kata-kata Faris. Dia segera menarik tangan Maria dan
beredar dari situ. Kata-kata Faris sebentar tadi masih terngiang-ngiang di
telinganya. Setelah tiba di Pondok Harapan, Maria segera bertanya kepada
Adawiyah.
“Macam mana dia tahu?” Maria
bertanya sambil memerhatikan Adawiyah yang sedang mundar-mandir di hadapannya.
“Tahu apa?” Adawiyah masih lagi mahu
berteka-teki dengan Maria sedangkan dia tahu bahawa Maria faham apa yang
dikatakan oleh Faris tadi.
“Come on la Adawiyah. Aku pun tahu
jugak la pasal tu. Aku nak tahu macam mana dia boleh tahu kau yang buat.” Maria
masih tidak berpuas hati. Bukan dia tidak tahu yang Adawiyah menconteng meja
Faris dengan melukis kartun gambar mereka dan menyatakan rasa cintanya pada
Faris di atas meja itu.
“Aku tersilap tandatangan kat meja
dia.”
“Ye la. Tapi macam mana dia boleh
tahu yang tandatangan tu kau punya. Takkan dia main agak je. Bukan aku tak
kenal tandatangan kau. Mana ada nama kau kat tandatangan kau tu. Macam bentuk
beruang panda je sekali aku tengok tandatangan kau tu. Takkan la dia boleh tahu
tu tandatangan kau.” Panjang Maria bercakap.
“Hari tu Syahril dengan Faris datang
kelas kita nak ambil tandatangan semua pengawas dan aku pun bagilah tandatangan
aku. Aku tak ingat langsung yang aku ada sign meja Faris masa tu. Mesti Faris
perasan tandatangan tu.” Adawiyah bercerita sambil mengaru kepalanya yang tidak
gatal.
“Astaghfirullahalazim. Tu la kau,
aku dah kata hari tu. Jangan luah perasaan kau kat meja dia. Kan sekarang dah
kena. Habis tu dia dah padam belum lukisan kau kat meja dia tu?” soal Maria.
“Belum. Aku ingat dia akan padam
tapi dah seminggu lukisan tu ada atas meja dia tapi dia tak padam-padam pun.
Aku saja je buat macam tu. Kadang-kadang bila dah datang perangai gila aku ni,
aku dah tak terfikir akibatnya.” Keluh Adawiyah kesal.
“Padan muka. Kan dah malu. Tak
pasal-pasal mamat tu dah tahu yang kau syok kat dia. Tak padan dengan pengawas
sekolah kau ni. Conteng meja bagai. Vendelisme betul la.” Bebel Maria. Walaupun
sudah berkali-kali dinasihati sahabatnya itu tapi masih lagi dengan perangai
keanak-anakannya sedangkan usia mereka dah masuk 17 tahun.
“Aku nak buat apa ni Maria. Kau
tolonglah aku. Aku malu sangat ni. Rasa macam dah tak boleh nak tengok muka
Faris dah.” Mata Adawiyah mula berair ingin menangis. Maria memandang
sahabatnya dengan rasa belas.
“Okey, aku cuba fikir. Apa la nasib
aku boleh kawan macam kau ni.” Bebel Maria sambil mengerut-ngerutkan kepalanya
untuk berfikir. Dia tahu kata-katanya tadi tidak disimpan dalam hati Adawiyah
kerana Adawiyah tahu tentang mulutnya yang laser itu.
Tiba-tiba
Maria berdiri. “Ha!!!”
` “Apa yang ha tu?” Adawiyah terkejut
dengan jeritan sahabatnya itu.
Maria tersengih-sengih lalu menarik
Adawiyah mendekatinya. Dibisiknya sesuatu kepada Adawiyah. Mata Adawiyah
membulat mendengar cadangan Maria yang gila.
‘Biar betul kau ni Maria. Takkan nak
buat lagi.’ Getus hati Adawiyah. Maria menjongketkan keningnya meminta
persetujuan daripada Adawiyah. Lambat-lambat Adawiyah mengangguk.
“MARIA, kau tengok betul-betul tau.
Pastikan line clear. Jangan sampai ada yang lalu tau. Malu kita kalau ada orang
tahu kerja kita ni.” Bisik Adawiyah kepada Maria.
“Yalah, aku tahu. Kau buat jelah
plan kita tu. Aku jaga line betul-betul ni. Kau tak payah risau la. Kau buat
cepat-cepat la. Tak silap aku diorang tak balik lagi, tengah main bola kat
padang,” Maria menolak sahabatnya masuk ke dalam kelas Faris.
Maria
mengintai di sebalik pintu kelas Faris untuk memastikan tiada sesiapa lalu di
kawasan itu. Keadaan sekolah yang sudah lenggang kerana ramai pelajar sudah
pulang ke rumah masing-masing memudahkan mereka menjalankan rancangan mereka
itu tanpa diketahui sesiapa. Adawiyah mengeluarkan pemadamnya dari poket baju
sekolahnya lalu dengan segera memadamkan lukisannya di atas meja Faris. Dalam
hati dia tidak berhenti membebel kepada Faris.
“Kenapalah mamat tu tak padam je
lepas baca. Nak tayang satu sekolah ke? Tak pasal-pasal aku yang kena padam
pulak. Ish, geram betullah aku.” Adawiyah menyental meja Faris dengan geram
ibarat seperti dia menyental muka Faris. Akibat malu yang melampau, perasaan
suka kepada Faris bertukar menjadi geram.
“Alah,
salah kau jugak. Yang kau gatal tangan nak meluahkan perasaan ‘chenta’ kau tu
kat dia buat apa. Terima je la.” Maria masih lagi mengintai di sebalik pintu.
Khuatir jika Faris dan sahabat-sahabatnya datang. Mati mereka berdua.
“Ala,
aku ingat dia tak tahu.” Adawiyah membela dirinya namun dia masih cuba memadam
lukisannya di meja Faris dan segala jenis mak nenek yang ditulisnya di atas
meja itu. Lima minit kemudian, dia siap memadam semuanya.
“Dah
siap pun.” Adawiyah tersenyum kerana meja Faris sudah bersih disentalnya malah
lebih bersih daripada sebelum dia menconteng meja lelaki itu.
“Kalau
dah siap, jomlah kita pergi. Nanti diorang sampai mampus kita.” Maria bersedia
untuk meninggalkan kelas itu.
“Kejap
la beb. Aku nak tulis something ni kat meja dia.” Adawiyah mengeluarkan pensel
mekanikal jenama pilot daripada poketnya.
“Laaa…
ada lagi ke? Kau tak habis lagi ke nak conteng meja dia? Tak serik ke? Dah la
poket dia macam poket doraemon, macam-macam ada,” Maria mula membebel lagi.
Adawiyah hanya tersengih-sengih. “Hah, kau nak tulis apa pulak kali ni?” Maria
mendekati Adawiyah untuk melihat apa yang ditulisnya.
SAYA
TAK SUKA AWAK. SAYA GURAU JE MASA SAYA CONTENG MEJA AWAK TU. HARAP AWAK PAHAM
YE. KALAU TAK PAHAM, BUAT2 LA PAHAM.
p/s
: jangan lupa PADAM lepas baca.
Setelah siap menulis, Adawiyah
tersengih seperti kerang busuk. Puas hatinya kerana dapat membetulkan salah
faham. Maria menggeleng melihat apa yang ditulis sahabatnya. Tiba-tiba mereka
terdengar suara Faris sedang bercakap dengan seseorang. Semakin lama suara
tersebut makin jelas didengari. Adawiyah kenal sangat dengan suara Faris kerana
dia merupakan pengawas yang selalu membaca doa setiap pagi.
Adawiyah dan Maria berpandangan.
Mulut mereka ternganga kerana terkejut. Mereka sudah tidak sempat lari lagi. Adawiyah
menarik tangan Maria dan menyorok di bawah meja guru. Mereka sama-sama berdoa
supaya mereka tidak ditemui oleh Faris.
Faris masuk ke kelas bersama Syahril
sambil bersembang. Sesekali kedengaran mereka ketawa. Sampai di mejanya, Faris
mengerutkan mukanya setelah membaca apa yang ditulis oleh Adawiyah sebentar
tadi. Syahril melihat ke meja sahabatnya lalu ditepuk bahu sahabatnya sambil
tersenyum. Adawiyah yang sedang mengintai berpeluh-peluh di bawah meja.
“Bila diorang nak keluar ni,
panaslah bawah meja ni.” Bisik Adawiyah.
“Kau kira kau punya panas je, aku
yang nak terkencing ni macam mana? Dah la aku tak tahan ni.” Maria memarahi
Adawiyah namun diperlahankan suaranya supaya tidak didengari Faris dan Syahril.
Adawiyah ketawa terkekek-kekek mendengar luahan Maria. Kesian kawannya,
terpaksa tahan kencing. Maria yang marah dengan reaksi Adawiyah mengeluarkan
sepit ketamnya lalu mencubit perut Adawiyah.
Adawiyah serta-merta menjerit.
“Adoi, sakitnya perut aku, apasal kau ni Maria? Sakit la.” Maria menepuk
kepalanya. Matilah aku.
Faris dan Syahril melihat ke meja
guru. Berkerut dahi mereka. ‘Aik, siapa yang duduk bawah meja cikgu tu?’ Mereka
berdua berjalan ke arah meja guru. Faris menundukkan badannya dalam posisi
bercangkung. Dia tersenyum melihat muka Adawiyah dan Maria yang sudah pucat.
Kalau ditoreh mesti tak berdarah. Syahril di sisi hanya ketawa sahaja namun
dikawal ketawanya kerana kasihankan mereka berdua.
“Awak buat apa bawah meja ni? Tak
panas ke?” Faris bertanya. Senyuman di bibirnya masih tidak hilang.
“Eh, Maria kau dah jumpa belum
contact lense kau yang hilang tu? Rasanya jatuh bawah ni tadi kan?” Adawiyah
berpura-pura mencari sesuatu. Tiba-tiba akalnya terfikir untuk menipu. Maria
yang tiba-tiba ditanya itu kebingungan.
“Contact lense? Bila masa pulak aku
pakai contact lense. Aku tak rabun la.” Maria membalas. Kepalanya yang tidak
gatal itu digaru.
‘Kenapalah kau ni bodoh sangat time
kritikal macam ni. Hish.’ Adawiyah membentak dalam hati.
Faris yang hanya memerhati akhirnya
ketawa. Syahril juga sudah tidak dapat menahan tawanya ketawa besar. Rupanya
Adawiyah masih mahu menegakkan benang yang basah.
“Sudahlah tu. Keluar je lah. Kesian
saya tengok awak berdua ni. Ke nak saya tolong?” Faris bertanya. Adawiyah dan
Maria menggeleng serentak. Faris seraya berdiri ke tepi untuk memberi laluan
kepada mereka berdua untuk keluar dari meja. Perlahan-lahan Adawiyah merangkak
keluar diikuti Maria. Setelah mereka berdiri, mereka segera berlari untuk
meninggalkan kelas Faris.
“Adawiyah, I hope what you write on
my table just now does not reflect what in your heart. I like what you write
before better and I won’t erase it.” Laju Faris menuturkannya.
Adawiyah yang sudah agak jauh
berlari hanya mendengarnya sayup-sayup. ‘Betul ke apa yang aku dengar ni?’
Hatinya berdetik namun untuk kembali bertanya dia terlalu malu. Dia meneruskan
langkahnya tanpa menoleh ke belakang lagi.
Menarik !!
ReplyDeletebest....kelakar betul.
ReplyDeleteBest....mesti comel je adawiyah ni kan?? hehehe
ReplyDelete