“DOKTOR
Adawiyah, Doktor Farhan nak jumpa.” Suraya memberitahu melalui interkom.
Adawiyah yang sedang berehat terkejut.
“Okey,
sekejap lagi saya jumpa.” Adawiyah meraup mukanya yang keletihan. Hari ini dia
sangat letih kerana begitu ramai pesakit yang datang ke klinik hari ini.
‘Hish,
nak rehat sekejap pun tak boleh. Asyik nak panggil jumpa je. Dah lah aku tengah
dok syok teringat zaman sekolah. Dia boleh kacau pulak. Potong stim betullah
mamat ni. Mentang-mentang ni hospital bapak dia, suka-suka hati dia je nak
mengarah aku. Aku cepuk jugak dengan kasut aku ni baru tahu.’ Bebel Adawiyah
seorang diri.
Adawiyah
keluar dari biliknya untuk ke bilik Farhan yang berada bersebelahan biliknya.
Diketuk bilik itu sebelum masuk.
“Assalamualaikum
Doktor. Ada apa yang boleh saya bantu?” Adawiyah memaniskan mukanya semanis
mungkin di hadapanFarhan walhal dia baru sahaja mengutuklelaki itu di dalam
biliknya tadi. Anak bos la katakan. Kena la hormat, baru gaji boleh up. Hehehe…
“Waalaikumussalam.
Duduklah Adawiyah.” Farhan membalas senyumannya sambil menanggalkan kaca
matanya. Lehernya diurut perlahan kerana kepenatan. Setelah Adawiyah duduk di
hadapannya, dia memulakan bicara.
“You
dah makan?” Farhan berbasa-basi.
“Humm…
not yet. Kejap lagi kot saya pergi dengan Suraya. Kenapa doktor?” Adawiyah
mengerutkan keningnya. ‘Dia nak ajak aku makan lagi ke?’
“Good.
Makan jangan lupa tau. Jaga kesihatan awak. Awak tu doktor, jangan asyik
nasihatkan pesakit supaya jaga diri. Awak pun kena jaga jugak. Nanti siapa nak
rawat orang sakit kalau doktor pulak yang sakit.” Farhan ketawa.
‘Kenapa
dia ketawa pulak. Tak lawak pun. Okey, Adawiyah kau pura-pura gelak je la.
Kesian pulak tengok dia gelak sorang-sorang macam orang tak betul. Nasib baik
la kau handsome Farhan.’ Adawiyah turut buat-buat ketawa supaya tidak
mengecilkan hati lelaki itu.
Setelah
ketawanya reda, dia terus memulakan bicara. “Okey, straight to the point la ya.
Saya nak awak ambil alih tugas papa jadi doktor peribadi keluarga Tengku Hamid
sebab papa pun dah tak berapa sihat sekarang ni. I tak nak dia sibuk lagi
dengan hospital and keluarga Tengku tu. I just want him to rest at home. Can
you do it?” Farhan memandang Adawiyah dengan serius.
“InsyaAllah
doktor. I’ll try my best. Lagipun, saya pernah tolong Datuk rawatTengku Hamid.
Rasanya tak ada masalah.” Adawiyah menjawab. “Well, anything else?”
“No,
you may go now. Anyway, thanks.” Lembut Farhan menuturkannya. Matanya masih
lagi memandang Adawiyah yang sudah berdiri.
“For
what?”
“Sebab
sanggup tolong I kat hospital ni.”
“My
pleasure. Besides, its my job.”
BARU
sahaja Adawiyah sampai ke Hospital Pakar Penawar setelah selesai makan tengah
hari, jururawat di situ memaklumkan bahawa keluarga Tengku Hamid menelefon dan
memintanya datang ke rumah beliau. Adawiyah bergegas ke rumah keluarga tersebut
setelah mengambil peralatan yang dirasakan perlu.
Setibanya
di villa Jannah, dia dibawa masuk ke dalam rumah oleh pengawal keselamatan.
Adawiyah dibawa ke sebuah bilik oleh pembantu rumah. Dilihatnya beberapa ahli
keluarga Tengku Hamid sedang berkumpul mengelilingi Tengku Maisarayang
kelihatan pucat di atas katil. Adawiyah melakukan pemeriksaan setelah diarahkan
oleh Tengku Hamid.
“Tahniah,
Tengku Maisara mengandung.” Adawiyah menyampaikan berita gembira kepada
keluarga itu setelah selesai memeriksa Tengku Maisara. Mereka semua gembira dan
saling berpelukan.
“Berapa
bulan doktor?” tanya Tengku Fatimah yang merupakan isteri Tengku Hamid.
“Saya
tak boleh bagi anggaran yang tepat tapi kalau mengikut perkiraan dalam sebulan
lebih. Saya cadangkan Tengku bawa Tengku Maisara ke hospital untuk pemeriksaan
lanjut.” Adawiyah menjawab dengan sopan.
Jawapannya membuatkan semua yang
berada di situ tersenyum. Tengku Maisara dilihat sedang menyeka air matanya.
Air mata gembira barangkali. Adawiyah tidak mahu momen bahagia keluarga itu
segera mengemas peralatannya untuk pulang kerana kerjanya sudah selesai.
“Mai. Mai tak apa-apa ke?” Seorang
lelaki meluru masuk ke bilik tersebut dan memeluk Tengku Maisara. Adawiyah yang
berada di hujung katil hampir dilanggar lelaki itu terkejut. ‘Nasib baik aku
tak terlatah,’bentak Adawiyah.
“Doctor, is she fine?” lelaki itu
bertanya namun wajahnya masih memandang Tengku Maisara. Adawiyah tidak dapat
melihat wajah lelaki itu.
“Abang, I’m pregnant.” Belum sempat
Adawiah menjawab, Tengku Maisara menjawab bagi pihaknya.
“What? Alhamdulillah.” Lelaki itu
menadah tangannya mengucap kesyukuran.
‘Laki dia kot.’ Fikir Adawiyah.
Bukannya dia mengenali semua ahli keluarga Tengku Hamid. Dia hanya mengenali
Tengku Hamid, Tengku Fatimah dan Tengku Maisara sahaja. Yang lain dia tidak
kenal. Ini kerana hanya mereka bertiga yang sering ke hospital untuk mendapatkan
rawatan. Dari situ dia diperkenalkan kepada keluarga ini. Ketika Adawiyah
sedang berfikir-fikir, lelaki tadi berpusing memandangnya. Adawiyah yang sedang
memegang stetoskopnya itu terkejut. Stetoskop yang berada di tangannya
terjatuh.
Dia cepat-cepat mengutip
stetoskopnya dan disimpan di dalam beg. Lelaki itu masih memandangnya. Dia
memberi senyuman yang kelat kepada lelaki itu untuk menutup kekok. Setelah siap
mengemas peralatannya, Adawiyah meminta diri untuk pulang namun keluarga itu
menghalangnya dengan alasan mengajaknya minum petang. Adawiyah tidak dapat
menolak permintaan Tengku Fatimah yang bersungguh-sungguh menyuruhnya tunggu
untuk minum petang. Adawiyah keluar dari bilik itu bersama Tengku Fatimah
tetapi dia sedar bahawa lelaki masih memandangnya. ‘Ya Allah, kenapa aku boleh
berjumpa dengan dia kat sini.’
Di taman, Tengku Fatimah ralit meluahkan
perasaannya yang gembira kerana akan mendapat cucu yang pertama. Tidak lama
selepas itu, lelaki itu datang ke taman untuk menyertai mereka minum petang.
Adawiyah sudah panas punggung. Lelaki itu melonggarkan tali lehernya lalu
mengambil tempat di hadapan Adawiyah. Matanya tajam memerhatikan Adawiyah.
“Mama, Mai panggil tadi. Katanya ada
benda nak tanya.” Lelaki itu memberitahu Tengku Fatimah namun matanya masih
memerhati Adawiyah yang sudah tidak senang duduk.
“Kenapa?”
“Entah. Mana Is tahu. Hal orang perempuan
kot.”
“Papa mana?”
“Tadi dia kata nak keluar sekejap
sebab ada janji dengan Datuk Aziz.”
“Okeylah, mama pergi jumpa Mai dulu
ya. Doktor, duduk dulu ya. Kejap lagi saya datang. Entah apa yang Mai nak tu.”
Tengku Fatimah berjalan cepat-cepat menuju ke bilik anaknya. Runsing pula dia
memikirkan anaknya itu.
Adawiyah diam seribu bahasa.
Kepalanya ditundukkan. Kakinya bermain-main dengan rumput karpet. Lelaki di
hadapannya juga diam namun matanya tidak lepas daripada memandang Adawiyah.
Akhirnya lelaki itu memecahkan
kesunyian mereka. “Adawiyah apa khabar?”
“Alhamdulillah, sihat. Encik Faris?”
dia tidak tahu bagaimana untuk berkomunikasi dengan lelaki yang pernah berada
di hatinya suatu ketika dahulu. Rasa malunya pada lelaki itu masih tebal walaupun
perkara tersebut telah sepuluh tahun berlalu.
“Umm… Macam ni lah. Adawiyah makin
cantik sekarang ni. By the way, call me Faris. Its better.” Faris memandang
Adawiyah lama. Satu-satunya wanita yang mampu membuat tidurnya tidak nyenyak.
“Ha? Eh, mana boleh. Boleh. Eh… tak
lah. Um… nak cakap apa ya. Oh, Encik Faris pun makin kacak.” Adawiyah masih menggunakan
panggilan Encik di hadapan nama lelaki itu. Adawiyah mula mengeluarkan perangai
kelam-kabutnya itu. Namun masih sempat matanya memandang wajah Faris. Wajahnya semakin
kacakdan makin matang namun karisma yang dimiliki lelaki itu dari dahuli tetap
terserlah. Rambut yang dipotong pendek membuatkan wajah lelaki itu mirip
pelakon Aaron Aziz. Badannya juga semakin sasa. Mungkin hasil latihan di gim.
Faris ketawa. Sudah lama dia tidak
melihat wajah lembut itu. Dia rindu dengan perangai gadis itu yang sentiasa
kelam-kabut setiap kali bertemu dengannya. Lapan tahun dia dia menahan rasa rindupada
wajah itu namun dia tidak pernah berjaya menjejaki gadis itu. Mereka membawa
haluan masing-masing setelah tamat SPM. Dia menyambung pengajian di luar
Negara. Pulang sahaja ke tanah air, dia sibuk menguruskan syarikat keluarga.
Pernah dia cuba bertanya kepada sahabatnya yang lain mengenai Adawiyah namun
mereka juga tidak mengetahui perihal Adawiyah. Siapa sangka, Adawiyah merupakan
doktor peribadi keluarga mereka. Faris tersenyum sendiri.
‘Eh, senyum pulak mamat ni. Sasau ke
apa. Yang dok tengok aku dari tadi ni kenapa. Tak reti ke bini awak tu tengah
mengandung. Pergilah teman bini tu. Jangan tengok aku dah. Malulah. Jangan
disebut hal dulu sudah.’ Sempat Adawiyah berdoa di dalam hati semoga lelaki ini
hilang ingatan terhadap apa yang berlaku sepuluh tahun dahulu. ‘Amnesialah kau
sekejap. Puh.. puh…’
“Dah kahwin?”
‘Eh, berani tanya aku dah kahwin ke
belum. Soalan berani mati ni. Kalau aku tak kahwin kenapa? Kau nak jadi laki
aku ke? Menyibuk je. Pergilah jauh-jauh.’ Adawiah hanya mendiamkan diri. ‘Tak
payah jawab lagi bagus.’
“Alhamdulillah.”
“Alhamdulillah, kenapa?” Adawiyah
bingung. Kenapa lelaki itu mengucap syukur. Pelik betul lelaki itu pada kaca
matanya.
“kalau tak jawab tu tandanya tak
kahwin lagilah.” Faris menjawab. Matanya masih merenung wajah lembut Adawiah. ‘How
I miss her.’detik hatinya.
“Okeylah, Encik Faris saya minta
diri dulu ya. Kirim salam kat Tengku Fatimah ya.” Adawiyah meminta diri tanpa
memandang wajah Faris. Semakin lama dia berada di situ, risiko untuk mati
terkejut memang tinggi akan berlaku pada dirinya.
“Cepatnya. Duduklah dulu. Kita borak-borak
dulu.” Faris masih sayang mahu melepaskan Adawiyah pergi. Wajahnya berubah
hampa.
“Tak boleh. Saya masih ada kerja di
hospital. Ramai lagi patient yang saya kena jumpa.” Adawiyah menipu. Tipu sunat
kot. Padahal dia boleh terus pulang ke rumah selepas ini. Dia tidak betah
berlama di sini. Memandang wajah Faris cukup membuatnya tidak mampu bernafas.
Wajah Faris berubah masam namun
dipaksa juga bibirnya untuk senyum. “Kalau macam tu, can I have your phone
number?”
“Hah, nak buat apa?” Adawiyah terkejut.
Nak bagi ke? No way.
“Awak kan doktor keluarga saya so, I
need your phone number. Mana tahu ada kecemasan ke. Mai tak sihat pulak ke.”
Faris menjawab dengan senyuman.
‘Eh, senyum lagi. Kuat gamaknya
mamat ni makan gula, asyik senyum aje dari tadi. Confirm pesakit kencing manis
ni. Eh, apa aku merapu ni. Tak baik doakan orang macam tu. Dia minta nombor
phone aku untuk wife dia la. Bagi je la atas urusan kerja ni.’ Pujuk hatinya.
“Sure. This is my card. Anything,
just call me.” Adawiyah mengeluarkan sekeping kad dari begnya.
Faris menyambutnya. Disimpan kad itu
di dalam dompetnya. “Thanks. I’ll make sure I akan call you. Don’t worry. Come,
biar saya hantar awak sampai kat kereta awak.” Faris berjalan seiring dengan
Adawiyah.
Sesampai di keretanya, Adawiyah
mengucapkan selamat tinggal kepada Faris. Tengku Fatimah keluar dan bersalaman
dengan Adawiyah. “Lain kali datang lagi ya doktor. Kami ingat nak buat kenduri
kesyukuran sikit sempena Mai hamil. Doktor kena datang tau sebab doktor yang bertanggungjawab
sampaikan berita gembira ini pada kami. Nanti saya bagi invitation card ya,”
Tengku Fatimah memegang tangan Adawiyah.
“InsyaAllah Tengku. Kalau tak sibuk
saya datanglah. Kalau ada apa-apa hal Tengku boleh call saya terus. InsyaAllah
saya akan cuba datang secepat mungkin. Phone number saya ada pada Encik Faris.”
Adawiyah memberi senyuman yang manis pada Tengku Fatimah. Dia selesa dengan
Tengku Fatimah kerana wanita itu tidak sombong dan melayannya dengan baik bak
layanan seorang ibu kepada anaknya.
Tengku Fatimah memandang Faris lalu
mengerutkan dahinya. “Kenapa Is tipu mama? Mai tak panggil mama pun.” Adawiyah
yang mendengaar turut mengerutkan dahinya.
‘Dia tipu? Tapi, kenapa?’
Faris hanya menjongketkan bahunya
namun dia masih memandang Adawiyah. Ditolaknya tubuh Adawiyah ke dalam kereta
lalu ditutupnya pintu kereta itu. Adawiyah dan Tengku Fatimah terkejut dengan
tindakan Faris namun masing-masing membuat muka selamba. Adawiyah menurunkan
cermin tingkap sebagai tanda hormat. Dipaksa bibirnya memberi senyuman yang
manis kepada anak-beranak itu.
“Saya call awak malam ni.” Faris
mengakhiri perbualan mereka dan melangkah masuk ke dalam rumahnya. Adawiyah
yang ternyata masih terpinga-pinga memandu keretanya keluar dari kawasan villa
itu. Makin lama dia berada di situ makin mengarut telinganya ni. Ada ke dengar
benda tak betul.
FARIS tersenyum sendirian di dalam
biliknya. Wanita yang ditunggu selama lapan tahun akhirnya sudah berada di
hadapan matanya. Nyata doanya selama ini akhirnya termakbul. Kuasa Allah siapa
sangka setelah sepuluh tahun, mereka ditemukan semula malah dengan lebih dekat
lagi. Siang malam dia berdoa untuk menemui wanita pertama yang berjaya mengetuk
pintu hatinya. Tidak sangka penantiannya selama ini membuahkan hasil.
Dikeluarkan kotak kayu dari dalam
almarinya. Di dalam kotak itu terdapat sekeping gambar Adawiyah semasa di
Tingkatan Lima dahulu. Gambar itu diambilnya secara curi-curi ketika Adawiyah
sedang bertugas menjaga pagar sekolah. Gambar itulah yang sering dibawanya ke
mana-mana. Gambar itu juga menjadi pengubat rindunya kepada Adawiyah ketika dia
berada di luar negara.
ADAWIYAH yang sedang mencatat nama
pelajar yang datang lambat berpaling apabila merasakan ada cahaya berkelip di
tepinya. Dipandangnya ke arah itu dan dia melihat Faris sedang mengambil
gambarnya. Muka Adawiyah mula memerah. Peristiwa dia menyorok di bawah meja
guru itu masih segar di ingatannya. Setelah dia selesai menulis nama pelajar
yang datang lewat itu, dia berjalan ke arah Faris.
“Kenapa awak tangkap gambar saya?”
Adawiyah bertanya namun dia tidak memandang wajah Faris.
“Kenapa awak padam apa yang tulis
tu? Ada saya bagi padam ke?” Faris menyoalnya kembali. Suka dia dapat melihat
wajah Adawiyah yang sudah merah kerana soalannya itu.
‘Senang
betul muka dia merah. Padanlah dengan kulit dia yang putih tu. Comellah pulak
bila dia malu-malu macam tu.’
Adawiyah teragak-agak untuk menjawab. Dia
mengambil keputusan melarikan dirinya. Lintang pukang dia berlari. Nasib baik
tidak tersungkur kerana dia memakai kain. Semenjak kejadian itu, Adawiyah tidak
pernah menegurnya lagi. Setiap kali dia ingin menegur Adawiyah, wanita itu akan
lari lintang pukang daripadanya. Perkara itu berlanjutan sehinggalah tamat
sekolah. Faris bertekad untuk meluahkan perasaannya ketika mereka mengambil
keputusan SPM namun Adawiyah tidak hadir kerana datuknya meninggal dunia.
Selepas itu, mereka memang terputus hubungan. Pernah dia cuba meminta nombor
telefon Adawiyah daripada Maria pada hari keputusan SPM keluar namun Maria juga
bertindak melarikan diri daripadanya.
“AKU takkan sia-siakan peluang ini.
Aku akan cuba pikat dia. She will be mine by hook or by crook.” Faris
meletakkan gambar Adawiyah di dadanya. Dia melihat jam sudah menunjukkan pukul
9.30 malam. Dia mengambil telefonnya di sisi katil untuk menghubungi Adawiyah.
iPhone Adawiyah mengeluarkan lagu
Muslimah yang dinyanyikan Nazrey Johari dicapai Maria. Adawiyah yang berada di
dapur terkocoh-kocoh keluar untuk mendapatkan telefonnya.
“Siapa?” Adawiyah bertanya. Maria
hanya menjongketkan bahunya dan menonton televisyen kembali. Dia mengambil
iPhone nya yang berada di tangan Maria. ‘Private number?’
“Hello, assalamualaikum.” Lembut
Adawiyah menjawab telefonnya.
“Waalaikumussalam. Can I talk to
Doktor Adawiyah please.” Suara di sana menjawab salam.
“Yes, I’m speaking. Siapa ni?”
Adawiyah mengerutkan dahinya. ‘Lelaki mana yang call aku malam-malam ni.’
“Faris.” Sepatah Faris menjawab.
Adawiyah membulatkan matanya. Mulutnya tidak mengeluarkan sebarang suara.
Terasa bisu sekejap. Faris juga diam. Maria melihat Adawiyah yang berdiri kaku
seperti patung menggoncangkan bahu sahabatnya itu.
Adawiyah yang sudah tersedar
berdehem sekejap. “Ya, Encik Faris. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Maria
membulatkan matanya apabila dia mendengar nama itu. Dipandang wajah sahabatnya
yang sudah pucat itu. Dia sudah maklum dengan pertemuan mereka berdua kerana
Adawiyah telah menceritakan segalanya kepadanya petang tadi.
“Kenapa Adawiyah masih panggil saya
Encik Faris? Kan saya dah suruh panggil Faris je.” Faris mengeluh. Kenapa
wanita ini seolah-olah cuba menjauhkan diri daripadanya.
“Oh, tak boleh. Saya kena
profesional dalam hal kerja. Ada apa ya?” Adawiyah masih berlagak formal.
‘Tak apa Faris, biarlah.
Perlahan-lahan dulu.’ Getus Hati Faris.
“Tak ada apalah. Saya saja call
awak. Bosanlah.” Faris bersuara romantik. Berdiri bulu roma Adawiyah mendengar
suara Faris. Dia menelan air liur. Maria masih lagi memandangnya.
‘Bosan? Bini dia mana? Tak apa ke dia
call aku malam-malam ni semata-mata kerana bosan. Bini dia tak marah ke? Biar
betul mamat ni. Dahlah buat suara romantik macam ni. Bertenang Adawiyah,
bertenang.’
“Oh, saya ingat ada hal penting
tadi. Maaflah Encik Faris, saya ni bukannya pekerja servis perkhidmatan pelanggan ya. Saya tak boleh bantu Encik
kalau encik bosan.” Adawiyah menjawab. Namun hanya kedengaran Faris ketawa
setelah dia menjawab. ‘Bila masa pulak aku buat lawak ni. Yang dia ketawa ni
apa kes. Kena sampuk ke?’
“Hahaha… lawaklah awak ni. Saya nak
ajak awak borak je lah.” Faris masih lagi menggunakan nada romantik.
“Laaa… kiranya tak ada benda
pentinglah ya. Kalau macam tu, saya minta maaf ya. Saya tak boleh tolong encik
sebab saya letih sangat malam ni. Saya nak tidur dah ni. Tak larat nak berborak
dengan encik. Maaflah ya. Assalamualaikum.” Adawiyah memutuskan panggilan tanpa
sempat Faris menjawab apa-apa.
“Beraninya kau. Client besar tuuu…”
Maria bersuara setelah Adawiyah mencampak iPhone miliknya ke atas sofa.
“Besar tak besar aku peduli hape.
Aku bagi nombor aku suruh dia call kalau ada emergency, bukannya kalau nak jual
minyak gamat.” Marah Adawiyah. iPhone nya berbunyi lagi. Nombor yang sama.
Adawiyah tidak mempedulikan panggilan itu. Diambil telefonnya lalu dimatikan.
“Yang kau marah sangat dengan dia tu
kenapa? Sebab hal dulu ke? Kenapa kau
nak marah dia pulak. Kau yang gatal tangan nak luahkan perasaan kau kat meja
dia tu. Sepatutnya dia yang marah kau, ni tak. Terbalik pulak.” Bebel Maria.
Dia menggelengkan kepalanya melihat sahabatnya itu.
“Bukanlah. Kalau pasal tu, memang
aku mengaku salah aku. Ni sebab lain. Dia tu dah terang-terang ada isteri, tapi
dok call aku lagi nak jual minyak. Dahlah isteri dia tengah mengandung, dia
buat hal pulak.” Adawiyah memuncungkan bibirnya. Pantang betul dia dengan
leleaki mata keranjang ni.
“Kau sure ke tu wife dia?” Maria
masih ragu-ragu.
“Dah, kalau balik-balik pergi peluk
Tengku Maisara tu, buat apa. Lagipun, dia nampak happy je bila tahu Tengku
Maisara pregnant. Sah la tu isteri dia.” Adawiyah masih dengan spekulasinya
sendiri.
“Okey, katakan tu wife dia la. Yang
kau nampak marah ni kenapa? Kau jealous ke? Kau syok kat dia lagi eh?” Maria
serkap jarang. Pelik pula dia tengok Adawiyah yang emosi tiba-tiba.
“Hish, mengarutlah kau ni. Mana ada.
Dulu tu kan cinta monyet je. Bukan betul-betul pun. Dah la, malas aku nak layan
kau ni. Baik aku masuk tidur lagi bagus.”
Adawiyah melangkah meninggalkan
Maria yang sedang tersengih padanya. ‘Aku jealous? Mengarutlah. Tapi kenapa aku
rasa macam sakit hati je bila cakap dia ada wife. Hish, astaghfirullahalazim.
Adawiyah, sedarlah diri kau tu. Kau dah tak ada apa-apa perasaan kat dia. Dulu
tu perasaan monyet je sebab cinta monyet. Sedarlah…’ Adawiyah meyakinkan
dirinya.
salam..
ReplyDeletesye ske cara writer garapkan cte ni...plot cte agak baik...u have ur own writing cume kalau writer lebih kembangkan sedikit emosi dlm penulisan tue i think ur writing will be much better...
really waiting for next chapter
tq
Menarik!
ReplyDeleteAdakah karya ini sudah dihantar ke syarikat penerbitan untuk dinilai?