SETIBANYA Faris di rumah, dia segera menuju ke biliknya
untuk berjumpa isterinya. Tadi, ketika dia ke hospital, Farhan memberitahunya
bahawa isterinya sudah pulang bersama Maria. Faris sudah tidak sabar untuk
berjumpa isterinya kerana dia sangat merindui isterinya.
“Abang Is tuuuu… nak pergi jumpa isteri ke?” usik Tengku
Maisara yang sedang minum petang bersama suaminya.
“Sibuk la mak buyung ni. Mestilah. Jeles ke?”
“Tak ada maknanya. Kak Adawiyah ada dalam bilik. Kesian
Mai tengok dia. Pucat betul muka dia masa balik dari hospital tadi. Sakit rindu
jugaklah tu kot.” Perli Tengku Maisara.
Faris hanya tersengih-sengih mendengar kata-kata adiknya.
Dia segera berlalu ke biliknya. Perlahan-lahan dia membuka pintu biliknya.
Dilihat Adawiyah sedang tidur. Faris mendekati isterinya dan merenung wajah
isterinya. Benar kata adiknya bahawa muka Adawiyah memang kelihatan pucat.
Kasihan dia melihat isterinya. Terasa bersalah pula kerana memungkiri janjinya
untuk pulang awal. Dikucup dahi isterinya perlahan supaya tidak mengejutkan
isteri yang sedang tidur. Faris segera ke bilik air untuk mandi. Dia mahu
Adawiyah berehat sepuas-puasnya. Dia akan kejutkan isterinya sebentar lagi.
Setelah Faris masuk ke dalam bilik air, Adawiyah membuka
matanya. Dia menangis sekali lagi di situ. Kepalanya pening memikirkan perkara
yang belaku. Adakah benar suaminya menduakan dia. Adawiyah tidak mahu percaya
tetapi bukti sudah ada di hadapan matanya. Adawiyah segera bangun. Dia tidak
mahu berdua-duaan dengan Faris di dalam bilik itu. Nafasnya terasa sesak
memikirkan perkara yang berlaku. Dia turun ke dapur untuk menyertai adik
iparnya dan birasnya minum petang.
Setelah selesai mandi, Faris keluar daripada bilik air.
Dia mencari Adawiyah kerana isterinya sudah tiada di situ. Dia segera memakai
pakaian dan keluar dari biliknya untuk mencari isterinya. Dilihat Adawiyah
sedang berbual dengan Tengku Maisara. Dia segera mendapatkan isterinya.
Faris berjalan ke arah Adawiyah namun Adawiyah yang ralit
berbual dengan Tengku Maisara tidak menyedari suaminya sudah berada di
belakangnya. Faris memeluk ppinggang Adawiyah dengan mesra. Adawiyah ternyata
terkejut dengan tindakan Faris hanya membekukan diri. Dia tidak mahu Tengku
Maisara mengetahui tentang kepincangan rumah tangganya. Dia harus berlakon seperti
tiada apa yang berlaku.
“Kenapa sayang tak tunggu abang. Kan abang dah janji nak
ambil sayang kat hospital tadi. Farhan
tak beritahu ke?” Faris bertanya namun dia masih tidak melepaskan pelukannya.
Tengku Maisara hanya memerhati sahaja aksi manja Faris yang melampau itu.
Adawiyah pula hanya membisukan diri tanpa menjawab soalan
suaminya. Hatinya masih sakit mengingatkan gambar yang dikirim oleh lelaki
misteri itu kepadanya. Tiba-tiba Adawiyah berasa geli apabila dipeluk Faris.
Dia membayangkan Faris memeluk dirinya sama seperti Faris memeluk perempuan di
dalam gambar itu.
Adawiyah bangun dan melepaskan pelukan Faris. Dia tidak
betah berlama di situ. Dia tidak mahu Tengku Maisara perasan perubahan
sikapnya.
“Mai, akak naik dulu ya. Akak nak berehat sekejap.” Maria
hanya mengangguk dan memandang Adawiyah berlalu pergi tanpa menghiraukan
suaminya yang kelihatan terkejut dengan tindakannya.
“Kenapa tu?” tanya Tengku Maisara kepada abangnya apabila
melihat perubahan sikap kakak iparnya.
“Entah la. Abang balik-balik dah macam tu.” Faris
menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia tidak memahami perubahan sikap
isterinya itu.
“Ni mesti abang Is ada buat apa-apa kat dia ni. Dengan
Mai okey je. You must have done something
bad that can hurt her. Cuba ingat balik.” Tengku Maisara memandang tajam ke
arah abangnya. Marah betul dia sekiranya abangnya sendiri menyakiti hati kakak
iparnya yang sudah dianggap seperti kakak kandungnya sendiri.
Faris menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal sambil
berfikir. “Mungkin sebab abang mungkir janji kot. Abang janji nak balik pagi
tadi tapi ada emergency sikit so kena tunda la balik petang. Tu yang
dia marah tu kot.” Faris tersengih-sengih.
“Dah tu buat apa lagi kat sini. Pergilah pujuk dia.
Kesian dia tau. Masa abang tak ada, nampak sangat Kak Adawiyah sunyi sangat. Ni
mesti kes rindu melampau la ni. Tu sebab sampai boleh merajuk kot.” Tengku
Maisara membuat andaian. Dia menolak abangnya itu untuk masuk ke dalam
biliknya. Tengku Afzarizal hanya menggelengkan kepala melihat perangai
isterinya yang masih brutal walaupun sudah berbadan dua.
“Yalah, nak pergilah ni mak buyung oiii. Tak payah
tolak-tolak la, kan dengan awak tertolak sekali. Tak pasal-pasal ada buah
nangka tergolek kat sini.” Faris tergelak
dan segera berlari ke biliknya apabila Tengku Maisara sudah memasamkan
mukanya dan seperti sedang mengadu kepada suaminya. Tengku Afzarizal hanya
mengusap lembut tangan isterinya untuk memujuk isterinya itu.
Faris membuka pintu biliknya dan melihat isterinya sedang
termenung di balkooni bilik mereka. Faris perlahan-lahan berjalan ke arah
isterinya.
“Jauh termenung?” Faris memulakan bicara. Dia berdiri
betul-betul di belakang isterinya sambil memeluk pinggang Adawiyah.
Adawiyah cuba melepaskan pelukan suaminya tetapi Faris semakin
menguatkan pelukannya. Faris tahu bahawa Adawiyah mahu melarikan diri darinya.
Perangai Adawiyah yang sama sejak dari zaman sekolah lagi iaitu selalu lari
dari masalah. Baginya lebih baik mereka selesaikan masalah itu sebelum berlaku
pergaduhan yang lebih besar.
“Sayang nak pergi mana? Nak lari? Kenapa selalu sangat
nak lari kalau ada masalah?” Bertubi-tubi Faris bertanya. Adawiyah hanya
membisukan dirinya. Dia malas menjawab.
Faris mengeluh apabila Adawiyah tidak menjawab soalannya.
Inilah kali pertama Adawiyah merajuk dengannya semenjak mereka berkahwin. Dia
buntu kerana dia tidak tahu bagaimana untuk memujuk isterinya.
“Sayang tak nak jawab ke? Kalau tak nak jawab tak apa.
kita duduk macam ni sampai sayang jawab soalan abang ya.” Faris menguatkan lagi
pelukannya dan meletakkan dagunya di atas bahu Adawiyah. Kadang-kadang dia
meniup rambut Adawiyah yang jatuh di atas bahu Adawiyah.
Adawiyah pula sudah berasa rimas. Inilah taktik Faris
yang paling dia tidak suka iaitu mengugut. Adawiyah pasti akan kalah setiap
kali Faris mengugutnya. Ada sahaja idea lelaki itu untuk memastikan dia kalah.
“Lepaslah. Panas ni.” Adawiyah memukul tangan Faris yang
berada di pinggangnya.
“Ummm… baru dengar suara puteri kita ni. Susah betul nak
cakap ya. Ada emas ke dalam mulut tu.” Faris mengusik isterinya namun Adawiyah
hanya memasamkan mukanya.
“Kenapa sayang tak nak cakap dengan abang? Sayang merajuk
ek?” Faris bertanya seperti budak kecil. Suaranya dihaluskan supaya kedengaran
seksi di telinga isterinya.
Bagi Adawiyah pula dia terasa seperti hendak muntah
mendengar suaminya membuat suara sperti itu. ‘Mesti dia cakap dengan perempuan
tu macam ni.’
“Sayang…” Faris memanggil isterinya sekali lagi.
“Tak ada la. Tak merajuk pun. Boleh lepas tak?”
“Ya la tu. Macamlah kita tak kenal dia tu. Merajuk sebab
abang balik lambat ya. Sorry la
sayang. Kan abang dah cakap ada emergency.”
‘Sorry naik lori la. Emergency la sangat kan. Emergency
minah Pinang tak nak lepas balik.’ Adawiyah membentak dalam hati.
“Sayang, say something.
Janganlah diam je. Abang minta maaf okey. Janji tak buat dah.” Faris
memusingkan badan Adawiyah dan memegang tangannya untuk meminta maaf.
“Saya nak balik kampung jumpa umi dengan abah esok.”
Adawiyah menjawab.
“Okey,
abang teman tapi you have to forgive me first.”
“Saya nak balik sorang. Awak kan kena kerja esok.”
“Sayang, kenapa panggil abang macam tu. Sejak bila kita
pakai awak saya ni. Call me abang. Abang tak izinkan sayang balik sorang.”
“Boleh tak awak faham saya? Saya nak balik kampung sorang
je. Dah dua bulan saya tak jumpa umi dan abah. Saya perlukan rehat okey. Saya
stress dengan semua benda ni.” Adawiyah meninggikan sedikit suaranya.
“Adawiyah, what’s wrong with you? Takkan sebab abang
balik lambat sikit Adawiyah nak lari balik Kelantan. Kalau ada apa-apa kita
selesaikan kat sini. Besar sangat ke salah abang sampai nak lari balik
Kelantan. Hari tu masa abang suruh ikut pergi Pulau Pinang tak nak. Lepas tu,
sekarang bila abang balik boleh pulak nak balik Kelantan. Kenapa ni?” Faris
bertanya dengan keras namun dia masih mengawal suaranya. Dia tidak mahu
meninggikan suaranya kepada wanita kesayangannya ini.
“Tak ada apa-apa. Saya nak rehat kat kampung. Farhan
cakap saya perlukan rehat and dia bagi MC tiga hari kat saya. Satu-satunya
tempat yang saya boleh berehat sekarang ni hanyalah di kampung. Tolonglah faham
saya. Awak nak saya pengsan macam tadi lagi ke?” Adawiyah sengaja membangkitkan
isu pengsan itu kerana suaminya langsung tidak bertanya tentang hal itu.
Faris terkejut mendengar kata-kata isterinya. Dia terlupa
bahawa isterinya telah pengsan di hospital. Semuanya kerana sikap Adawiyah yang
tiba-tiba berubah itu. Faris melepaskan tangan isterinya dan meraup mukanya.
“Sayang tak apa-apa kan. Farhan cakap tekanan darah
sayang rendah. Kenapa ni? Sayang stress sebab abang ke? I’m sorry again.” Faris
melembutkan kembali suaranya. Dia menarik isterinya ke dalam dakapannya. Terasa
bersalah kerana menyebabkan isterinya tertekan.
Air mata Adawiyah yang ditahan sejak tadi tumpah apabila
dia dipeluk suaminya. “Saya nak balik kampung.” Sekali lagi Adawiyah meminta
dengan tangisannya yang makin laju.
“Okey, kita balik esok. Dah, jangan nangis lagi. Tak
cantik isteri abang ni nangis. Dah la nangis macam budak kecil je.” Faris
menggosok kepala isterinya.
Adawiyah menggeleng kepalanya. Dia mahu bersendirian. Dia
mahukan masa untuk berfikir bagaimana dia harus menangani masalahnya bersama
Faris. Dia tahu dia tidak boleh berfikir dengan tenang kerana keadaan emosinya
yang tidak menentu sekarang ni. Dia perlukan masa.
“Kenapa?” Faris bertanya.
“Nak balik sorang.” Adawiyah menjawab dengan esakan yang
semakin jelas kedengaran.
“Tapi…”
“Tolonglah. Kali ni je…” Adawiyah merayu. Faris mengeluh
perlahan. Dia mengangguk lambat-lambat. Faris terpaksa melepaskan isterinya
pulang dengan berat hati. Biarlah Adawiyah pulang untuk menenangkan dirinya.
Mereka akan berbincang kembali setelah Adawiyah pulang dari Kelantan. Dia tahu
pasti ada sesuatu terjadi. Kalau tidak, Adawiyah tidak akan berperangai seperti
itu. Itu tekadnya.
Kakak! Nak lagi! pleaselah!
ReplyDeletenape lambat update...x sabar nk taw yg seterusnya...cian Faris..huhuhu
ReplyDelete