SETELAH menghantar Adawiyah
ke KLIA, Faris memandu ke pejabatnya. Kepalanya masih pusing memikirkan
perubahan isterinya. Mengapa Adawiyah merajuk dengannya sedangkan mereka
baik-baik sahaja sebelum itu.
“Kenapa Adawiyah jadi macam tu ya. Tadi pun tak nak cakap
dengan aku. Mesti ada benda yang tak kena ni. Aku kena cari tahu. Tapi aku nak
tanya siapa ya? Try tanya Mai la. Mana tau dia tahu apa-apa ke. Budak tu kan
kaki kepoh, semua benda dia tahu. Mesti dia tahu punya.” Faris mengeluarkan
telefonnya dan menelefon adiknya itu.
“Mai, kat mana ni?” Faris bertanya setelah panggilannya
disambung.
“Waalaikumussalamwarahmatullahiwabarakaaaatuh.” Tengku
Maisara mengusik abangnya dengan sengaja memberi salam.
“Hehehe… Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.” Faris
tersengih sendiri. Termalu dia dengan kegelojohannya itu.
“Ooo.. pandai jugak bagi salam rupanya cik abang kita ni.
Ada apa kekanda yang boleh adindamu ini bantu?” Tengku Maisara masih lagi
mengusik abangnya.
“Wahai adindaku, di manakah gerangan tuan
hamba sekarang?” Faris juga mahu menyambung gurauan adiknya. Layan je la.
“Oh, adinda di pejabat wahai kekanda. Tidakkah kekanda mahu masuk ke pejabat. Sudah pukul
berapa ini wahai kekanda. Lama bebeno kekanda menghantar isteri tercinta ke
KLIA. Ada drama air mata ke kat sana?”
“Hish, susah betul la nak cakap bahasa diraja ni. Tak
payah berkanda dinda la mak buyung. Ni, abang on the way nak ke office dah ni.
Dalam sepuluh minit lagi, abang sampai.
Abang nak cakap something dengan Mai so, make sure masa abang sampai tu, Mai
dah ada dalam bilik abang. No excuse.”
“Patik menjunjung perintah tuanku.”
“Bagus, okey, bye.”
“Babai.” Tengku Maisara menamatkan panggilan.
Faris melajukan lagi keretanya, dia mahu sampai ke
pejabatnya dengan lebih cepat. Dia mahu memahami perkara sebenarnya tentang
masalah dia dan Adawiyah.
“HAH, Mai cakaplah. Dia ada cakap apa-apa ke kat Mai?”
Faris bertanya.
“Tak adalah bang. Mai tak tahulah. Mai pun pelik la
dengan korang berdua ni. Boleh ke bergaduh tak ada sebab. Abang pun satu,
takkan abang tak ingat apa yang abang buat. Kot-kot abang ada buat salah tapi
abang tak ingat ke.” Tengku Maisara cuba mengorek kembali ingatan abangnya.
“Tak ada la. Cuma yang balik lambat tu je la. Tapi masa
abang cakap dia okey je. Takkan sebab tu pun dia nak merajuk sampai balik
kampung kot.” Faris menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kebelakangan ini dia
kerap benar menggaru kepala walaupun tidak gatal. Lama-lama boleh botak dia
dibuatnya.
“Hmmm… Mai rasa ada something wrong somewhere ni. Kak
Adawiyah bukan jenis mudah merajuk pun. Masa minah sengal tu peluk abang kat
wedding korang pun dia relax je.”
“Minah sengal? You mean Hana?”
“Ya la. Hanna Montana wannabe tu la.” Tengku Maria sudah membuat
wajah ingin muntah setelah menyebut nama wanita itu.
“Buat la muka macam tu. Terikut baby dalam perut tu baru
tahu.” Faris mengugut adiknya.
Tengku
Maisara segera memaniskan mukanya. Simpang malaikat 44 anaknya berperangai
macam dia. Biarlah anaknya berperangai seperti suaminya, Tengku Afzarizal yang
tenang dan pendiam namun romantis. Tengku Maisara tersengih seorang diri
mengingatkan suaminya itu.
“Woi, dah la berangan tu. Tolonglah abang ni. Nak pecah
kepala fikir ni. Tak boleh fokus kerja abang ni kalau macam ni.” Faris melambai-lambai
tangannya di hadapan muka adiknya. Orang tengah bincang hal serius, boleh pulak
dia berangan.
“Apa kata kita tanya kak Maria.” Tengku Maisara memberi
cadangan.
“Buat apa tanya dia?”
“Dia kan bff Kak Adawiyah. Mesti kak Adawiyah cerita kat
dia. Orang perempuan ni biasanya kalau ada masalah dia akan cerita pada
bestfriend dia tau.”
“Ya tak ya jugak kan. Tapi Mai, takkan dia nak beritahu
abang. Mesti Kak Adawiyah suruh dia rahsiakan.” Faris menggaru kepalanya sekali
lagi.
“Ala, yang tu serah kat Mai la. Pandai la Mai goreng Kak
Maria tu.”
“Kalau macam tu, Mai call dia ajak lunch sekali tengah
hari ni. Abang belanja.” Faris sudah bersemangat. Dia mesti mencari punca
Adawiyah merjuk dengannya. Kalau dia perlu mengugut Maria pun dia sanggup.
Faris sudah berangan menjadi Sherlock Holmes.
“KAK Maria, sihat?” Tengku Maisara berbasa-basi. Maria
yang baru sahaja sampai memandang pelik dua beradik di hadapannya itu.
“Alhamdulillah, sihat. Kenapa tiba-tiba ajak akak lunch
ni? Macam ada something je ni.” Maria merenung dua beradik itu. Tengku Maisara
dan Faris pula hanya menggeleng-gelengkan kepala mereka.
“Kita makan dulu la. Mesti kau lapar kan Maria. Order je,
aku belanja.” Faris pula bersuara.
“Oh, bagus jugak. Dah kau kata nak belanja ni, aku makan
je la ya. Tapi aku tahu, kau nak belanja aku ni, mesti kau nak apa-apa dari
aku. Tapi tak apa, aku makan dulu. Kejap lagi aku tahu la apa yang korang nak
dari aku ni.” Maria berterus-terang.
Faris dan Tengku Maisara berpandangan sesama mereka.
Betullah kata Adawiyah bahawa Maria ni jenis cakap je apa yang dia fikir. Tak
tapis langsung. Tak pakai water filter agaknya budak ni.
“Yalah. Makan dulu ya.” Faris memanggil pelayan untuk
mengambil pesanan mereka.
“Akak nak makan apa?” Tengku Mai bertanya.
Maria membelek menu di tangannya. “Umm… for appetizer, I
want mushroom soup, for main course I
want chicken chop. Kasi yang besar tau ayam tu dik. Lebih sikit la kentang tu.
Abang ni bayar, dia kaya. Mahal sikit pun tak apa. Dessert pula bagi akak kek
cheese leleh ya. Air carrot juice. Okay, tu aje.”
Tengku Maisara dan Faris berpandangan sesama mereka.
‘Minah ni tak makan berapa hari dah ni.’ Faris bertanya sendirian.
Maria pula hanya senyum memandang mereka. “Ala, kau yang nak
belanja aku kan, so aku nak makan puaas-puas la. Bila lagi nak tunggu suami bff
aku belanja aku.” Faris hanya mengangguk sahaja. Pening dia melihat perangai
sahabat karib isterinya itu. Patutlah mereka berdua boleh buat kerja gila
semasa zaman sekolah mereka dahulu.
Selesai makan, Tengku Maisara memulakan bicara. “Kak
Maria, nak tanya sikit boleh tak?”
“Akak dah tahu dah. Memang korang nak something kan.
Takkan belanja free aje. Kalau Mai tu akak tak pelik la nak belanja akak tapi
kalau kau, Faris memang pelik la. Aku dah boleh agak dah mesti has prawn behind
noodles ni.”
Tengku Maisara sudah tergelak mendengar kata-kata Maria
manakala Faris tidak memahami maksud Maria itu. “Prawn behind noodles?”
“Ada udang di sebalik batu la abang. Kak Maria tukar ada
udang di sebalik mi. Lawak la kak Maria ni. Terbaik punyalah.” Maria
mengenyitkan matanya kepada Tengku Maisara.
“Hah, cakaplah nak apa?” Maria bertanya.
“Akak, kak Adawiyah ada cerita apa-apa tak kat akak?”
Tengku Maisara memulakan projek Sherlock Holmesnya dan abangnya.
“Ada, banyak. Macam-macam cerita. Cerita apa yang korang
nak dengar? Cerita masa dia mula-mula period ke?” Maria menjawab. Dia tahu
maksud mereka berdua ini. Adawiyah sudah memberitahunya bahawa dia sudah pulang
ke kampungnya. Pasti mereka berdua mahu tahu kenapa Adawiyah tiba-tiba mahu
pulang ke kampungnya. Dia sengaja mahu melihat sejauh mana Faris bersungguh
untuk memujuk kawan baiknya itu.
“Ala, yang tu tak payah la cerita kak. Yang lain tak ada
ke? Yang terbaru ke?” Tengku Maisara masih berdalih.
“Ooo… ada, dia cerita yang dia balik kampung…” Faris dan
Tengku Maisara pula sudah bersungguh mahu mendengar. Bulat mata dua beradik
itu.
“Nak jumpa umi dan abah dia la.” Maria menyambung lagi.
“Biar aku terus terang je la Maria. Aku dah tak sabar dah
nak tahu hal sebenar ni. Kepala aku dah nak pecah fikir.” Faris pula bersuara
setelah mendiamkan diri dari tadi.
“Hal sebenar apa?” Maria masih berpura-pura tidak tahu.
“Kau tahu tak kenapa Adawiyah marah aku? Dia ada cakap
apa-apa kat kau masa kau hantar dia balik hari itu?”
“Oh, hal tu ya. Aku dah agak dah mesti kau nak tanya
benda tu. Adawiyah tak ada beritahu kau apa-apa ke?” Maria sudah mula serius.
“Tak, dia diam je. Aku tak tahu apa salah aku. Tolong
aku.” Faris merayu.
Maria mengeluh. Dia sudah berjanji untuk merahsiakan hal
ini daripada Faris tetapi dia tidak mahu rumah tangga sahabatnya musnah
memandangkan keadaan Adawiyah yang sedang beremosi. Pasti dia tidak boleh
berfikir dengan betul.
“Kak Maria tolonglah. Kesian abang Is, takkan akak nak
tengok diorang bermasam muka lama-lama. Akak nak tengok kawan baik akak sedih
ke?” Giliran Tengku Maisara pula memujuk.
“Faris aku dah janji dengan Adawiyah tapi aku tak nak
rumah tangga korang berantakan. Baru sangat kot kalau nak gaduh pun. Macam ni
la, lepas aku cerita kat kau apa yang dia beritahu aku, aku rasa baik kau balik
kampung dia dan pujuk dia.”
“Yes, I will. Memang aku nak buat macam tu tapi sekarang
ni aku perlu tahu apa yang buat dia marah kat aku tu.”
“Macam ni ceritanya. Masa kau call dia kata kau tak jadi
balik pagi tu, dia memang sedih tapi dia faham dengan kerja kau tapi lepas tu
dia dapat call dari seorang lelaki ni. Dia kata orang tu selalu kacau dia and
hantar sms tentang kau. Selalu buruk-burukkan kau kat Adawiyah tapi dia tak
layan dan tak percaya sampailah lelaki tu hantar gambar kau berpeluk dengan
seorang perempuan kat Pulau Pinang tu.” Faris mengerutkan dahinnya mendengar
cerita Maria.
“Wait, berpeluk? Bila masa aku ada peluk perempuan lain
ni? Seingat aku, aku tak ada peluk sesiapa pun.” Faris menafikan cerita Maria.
“Entah-entah gambar super imposed tak.” Tengku Maisara
mencelah.
“Tu la. Akak pun fikir macam tu tapi Adawiyah cakap
mustahil sebab lelaki tu ambil gambar tu dengan phone dan gambar tu baru je
diambil. Dia cakap tak sempat punya kalau nak edit gambar tu.”
“Kau tahu siapa perempuan yang aku peluk dalam gambar
tu?”
Maria berfikir-fikir seketika. “Adawiyah ada tunjuk
gambar tu kat aku. Kalau tak silap aku
la, perempuan tu tinggi, rambut panjang sampai takat pinggang rasanya. Masa tu
dia pakai kemeja putih dengan skirt paras lutut warna hitam. Nampak macam
sofistikated la.”
“Hah? Kalau tak silap aku, perempuan yang kau cakap tu
Sarah. Client syarikat aku. Mesti ada orang ambil gambar tu masa aku dia
terjatuh atas aku. Masalahnya siapa yang nak rosakkan rumah tangga kami?”
“Sekarang benda tu tak penting abang Is. Abang kena pergi
pujuk dia. Selesaikan masalah korang dulu baru fikir pasal lahabau mana yang
nak rosakkan rumah tangga korang.” Tengku Maisara menasihati abangnya.
“Betul tu Faris. Kau jagalah Adawiyah elok-elok. Dia kan
tak berapa sihat kebelakangan ni. Kau jagalah dia betul-betul.” Nasihat Maria
pula.
“Aku tahu. Aku rasa bersalah dengan Adawiyah. Mesti dia
tertekan kebelakangan ni sampai boleh pengsan. Aku nak pergi jumpa dia petang
ni jugak.” Faris meraup mukanya.
“Kau kena hati-hati sikit. Kau kena jaga perasaan
Adawiyah sebab sekarang dia…” Maria terdiam. Dia tidak boleh memberitahu Faris
tentang Adawiyah mengandung kerana dia sudah berjanji. Cukuplah dia memungkiri
janji untuk tidak memberitahu soal gambar itu. Dia tidak mahu menjadi seorang
yang tidak berpegang pada janji.
“Sebab sekarang dia apa?” tanya Faris curiga.
“Sebab sekarang kan dia tertekan sangat. Jangan sampai dia
pengsan lagi dah la.” Maria menipu.
“Abang nak pergi jumpa kak Adawiyah bila?” Tengku Maisara
bertanya.
“Petang ni abang ambil flight yang paling awal ke
Kelantan. Tak boleh nak biar kakak ipar Mai merajuk lama-lama. Tak tenang jiwa
abang.”
“Mai rasa tak payah la abang. Biar Kak Adawiyah tenangkan
fikiran dia dulu. Dia tengah tertekan sangat tu. Kalau abang balik jumpa dia
pun, dia takkan dengar punya. Biar dia relax dulu hari ni. Esok atau lusa abang
pergi la jumpa dia. Masa tu mungkin dia dah tenang and korang boleh bincang
dari hati ke hati” Tengku Maisara memberi cadangan. Maria hanya mengangguk
setuju.
“Betul tu Faris. Aku pun fikir macam tu jugak. Biar la
dia tenangkan diri kat sana. Lagipun, kau nak risau apa sebab umi dengan abah
dia ada kat sana. Saudara-mara dia ramai yang boleh tolong tengok-tengokkan
dia. Lagipun, suasana kat Kelantan tu tak sama dengan KL. Dia boleh relax,
tenangkan fikiran. Lagipun, dia ada cakap yang dia nak fikir betul-betul kat
kampung tu. Kalau kau pergi jumpa dia sekarang, silap-silap korang makin gaduh.
Tunggu la. Kalau tak, family dia pun mungkin pun mungkin akan syak sesuatu.”
Tambah Maria.
Faris mengangguk setuju. Biarlah isterinya berehat. Pasti
hati isterinya terluka. Langsung tidak terlintas di hati Faris unutk melukai
hati wanita kesayangannya itu apalagi menduakan isterinya. Kepalanya berdenyut
memikirkan masalah mereka. Sekarang, dia perlu mencari tahu siapa yang telah
mengganggu rumah tangga mereka. Apa yang lelaki itu tidak puas hati dengan
mereka. Faris memikirkan siapa yang memusuhinya. Setahu dia, sepanjang hidupnya
dia tidak pernah bermusuhan dengan sesiapa. Kalau pesaing syarikatnya, tidak
mungkin. Apa yang mereka dapat dengan cuba meruntuhkan rumah tangganya. Lainlah
kalau mereka cuba menjatuhkan syarikatnya.
Hana or Farhan...
ReplyDeleteHana + Farhan
ReplyDeleteBest....nak lagi.
ReplyDeletehaish sapa la yg jahat sgt nk hancurkn umh tgga org .. kesian adawiyah dah la tgh mengandung. nak N3 lagi :D best
ReplyDelete