assalamualaikummm..
maaf la yer sebab dah lama ana tak update pasal citer ni.. Ana agak sibuk dengan kehidupan dan pembelajaran ana. almaklumlah baru je bergelar graduan universiti ni agak menukarkan ana untuk menyambung cerita ini. biasalah, sibuk dengan urusan pembelajaran. ditambah lagi dengan keadaan ana yang tidak sihat akibat dijangkiti demam denggi. kemudian virus homesick yang melanda graduan upsi macam ana ni membuatkan ana tidak boleh menumpukan perhatian untuk menyambung novel ini. apa2 pun terima kasih kepada pembaca yang tak jemu2 membaca dan menunggu sambungan novel ini. apa2 pun, selamat membaca.
.................................................................................................................................
ADAWIYAH termenung di bawah pokok
mangga di hadapan rumahnya. Puan Mariam melihat wajah anak bongsunya yang
kelihatan sedih. Dia tidak tahu apa masalah anaknya itu. Ketika ditanya mengapa
pulang sendirian, dijawabnya Faris tidak dapat cuti. Semenjak anaknya sampai
pagi tadi, anaknya itu asyik termenung sahaja. Dia perasan akan perubahan sikap
Adawiyah itu. Nasib baik Faris menelefon dan memberitahu hal yang sebenar
kepadanya. Dia berjalan menuju ke arah anaknya yang sedang bersantai di bawah
pohon itu.
“Adik menungkan apa tu? Ingatkan
orang di KL ke?” Puan Mariam melabuhkan punggungnya di sebelah Adawiyah.
Adawiyah memandangkan ke arah uminya sambil menggeleng. Diberi senyuman yang
manis kepada uminya.
“Tak adalah umi. Mana ada adik
termenung. Adik tengah tengok pemandangan kat kampung kita ni. Nyaman je, tak
macam kat KL tu. Sibuk memanjang. Nak suruh tenang macam ni memang taklah.”
Adawiyah menipu. Biarlah dia berbohong kepada uminya. Dia tidak mahu uminya
bimbang dengan dirinya itu.
“Ya ke ni dik? Umi tahu perangai adik
luar dan dalam. Umi yang besarkan adik. Umi tahu bila anak umi gembira, bila
sedih. Cuba cerita kat umi, mana tahu umi boleh tolong.” Puan Mariam mengusap
tangan anaknya. Sayang sungguh dia pada anak anak perempuan tunggalnya itu.
“Betul la tak ada apa-apa umi. Adik
Cuma teringat zaman adik kecil-kecil dulu masa kita tinggal kat KL. Lepas tu
bila balik sini, mesti macam rusa masuk kampung. Semua benda nak try. Nak
panjat pokok la, naik lembu la, lastik ayam tok ma la. Last-last kitorang kena
hukum dengan tok ma. Punyalah dia marah masa tu, dia cakap dialek Kelantan
pekat dia tu kitorang tak faham langsung.” Adawiyah tergelak. Lucu mengingatkan
zaman kanak-kanaknya yang sering mengikuti aktiviti-aktiviti nakal abangnya.
Puan Mariam turut ketawa. Memang anak-anaknya agak nakal ketika kecil dahulu
tetapi mereka bukanlah anak-anak yang degil kerana setelah dimarahi oleh ibu
mertuanya, anak-anaknya terus meminta maaf dan mereka tidak mengulangi
kesilapan mereka.
“Memanglah, tapi umi tahu anak-anak
umi baik.”
“Umi, masa umi muda dulu, macam mana
hubungan umi dengan abah?” Adawiyah bertanya.
Puan Mariam memandang anaknya sambil
tersenyum. Fahamlah dia kini. Pasti sekarang anaknya ada masalah dengan Faris.
“Hubungan kami baik je.
Kadang-kadang gaduh tu biasa la. Adat rumah tangga dik. Sedangkan lidah lagi
tergigit, inikan pula suami isteri. Tapi umi tak boleh la nak gaduh lama-lama
dengan abah. Abah adik pandai tau. Kalau umi merajik, dia terus bukak hadis.
Mesti dia akan kaitkan situasi kami dengan hadis-hadis. Umi tahu, tu cara abah
nak pujuk umi. Lagipun, kita ni isteri dik. Tak boleh bermasam muka lama-lama
dengan suami, nanti dilaknat malaikat.” Adawiyah menggangguk. Terasa dengan
kata-kata uminya. Pasti sekarang malaikat sedang melaknat dirinya tapi apakan
daya, hatinya terlalu sakit. Kata-kata tok ma nya kembali di ingatannya.
Ikutkan rasa binasa, ikutkan hati mati.
“Umm… masa umi dengan abah muda-muda
dulu, pernah tak gaduh besar. Maksud adik ada orang ketiga ke?” Adawiyah
memandang mata uminya. Dia tahu uminya tidak pernah menunjukkan kepada dia dan
abang-abangnya apabila dia bergaduh dengan abah sehingga dia berfikir bahawa
sepanjang perkahwinan uminya itu mereka berdua tidak pernah bergaduh atau
mempunyai masalah.
“Adik, negeri mana yang tak ditimpa
hujan dik? Perkahwinan mana yang sentiasa gembira, yang tak ditimpa badai? Yang
berbezanya jenis masalah tu dan macam mana kita selesaikannya. Masa abah muda
dulu, ada seorang perempuan datang ke rumah mengaku yang dia tu kekasih abah
sebelum umi menikah dengan abah. Dia cakap umi ni perampas sebab rampas abah
dari dia. Dia minta umi bagi abah kahwin dengan dia. Dia sanggup jadi isteri
nombor dua sebab dia tak boleh lupakan abah. Lagipun, dia cakap abah masih
berjumpa dengan dia senyap-senyap dan dia mengandungkan anak abah. Masa tu umi
tengah mengandungkan abang ngah. Abang long pun kecil lagi jadi mungkin dia pun
tak ingat.” Sayu wajah Puan Mariam ketika menceritakan perkara itu.
“Lepas tu apa jadi umi?” Adawiyah
terkejut mendengar cerita itu. Pasti uminya sangat tertekan ketika itu.
“Mulanya umi sedih sangat. Umi tak
bercakap dengan abah dan umi lari bawa abang long balik rumah nenek. Umi tak
boleh berfikir sebab umi ingat abah curang. Umi tak boleh terima. Abah cari umi
kat rumah nenek dan abah pujuk umi. Dia tanya kenapa umi lari, tapi umi tak
jawab. Umi marah sangat sebab umi ingat dia pura-pura tak tahu padahal dia
memang tak tahu. Nenek nasihat kat umi suruh berbincang dengan abah sebab nenek
kata umi tak boleh fikir dengan betul masa tu sebab keadaan umi yang tengah
mengandung. Emosi jadi tak betul. Ikutkan perasaan je, tak fikir elok-elok.”
Adawiyah mengangguk. Situasi uminya lebih kurang sepertinya sekarang. Dia pun
macam uminya juga, lari ke kampung apabila mempunyai masalah.
“Umi setuju. Umi cakap dengan abah
kalau nak kahwin lagi satu, ceraikan umi. Abah terkejut. Dia kata bila masa dia
nak kahwin lain. Umi pun cerita la perkara tu kat abah. Abah kata perempuan tu
tipu. Perempuan tu sebenarnya rakan sekerja abah. Dia dah lama sukakan abah tapi
abah tak sukakan dia sebab dia selalu menggedik dengan abah. Bagi abah, dia tu
macam tak tahu malu. Abah tak suka perempuan yang tak jaga ikhtilat macam tu.
Masa kami kahwin, dia mengamuk kat sekolah. Habis pelajar dia jadi mangsa.
Lepas tu, abah minta tukar sekolah sebab tak nak jumpa dia dah. Tapi dua tahun
lepas tu, perempuan tu cari abah balik. Dia minta abah bertanggungjawab sebab
dia mengandung. Abah pelik kenapa abah nak bertanggungjawab sedangkan abah tak
pernah buat apa-apa kat dia. Dia beritahu abah yang dia kena rogol sebab ikut
budak-budak muda pergi kelab lepas abah berpindah. Kononnya nak hilangkan
tekanan. Tapi abah tak nak tanggungjawab. Tu la sampai dia cari umi kat rumah.
Dia ingat kalau umi lari tinggalkan abah, abah akan kahwin dengan dia tapi
tak.” Puan Mariam berhenti sekejap. Dia memandang wajah anaknya yang sedang
memandangnya dengan tekun itu.
“Adik tak sangka sampai macam tu
sekali ya, umi. Adik ingat umi tak pernah ada masalah macam tu. Habis, apa yang
jadi kat perempuan tu umi?
“Umi tak tahu. Abah pun tak nak
cerita kat umi. Lepas je benda tu jadi, abah terus minta tukar pulak. Abah
dapat tukar ke Kuala Lumpur dan lepas tu kami tak jumpa dia dah.”
“Kalau
adik berada kat tempat umi pun adik akan buat benda yang sama macam umi buat.”
Adawiyah sudah tersengih. Memang dia sudah buat pun apa yang umi dia buat tu.
Lari balika kampung tanpa bincang dengan suami sendiri.
“Adik,
dari situ umi belajar sesuatu tau. Kalau kita ada masalah, kita kena berbincang
dik. Bukan lari dari masalah. Kalau kita lari, masalah takkan selesai sampai
bila-bila. Siapa yang dapat faedah dari semua tu? Orang ketiga tu la. Kalau
kita nak marah, boleh tapi kena fikir betul-betul dulu. Bawak berbincang. Tanya
suami betul ke tidak. Kalau kita tak percaya juga, kita siasat. Jangan
terburu-buru buat keputusan. Yang susahnya kita dik.” Puan Mariam mengelus
kepala anaknya yang ditutup dengan tudung itu. Dia berharap anaknya faham
maksud nasihatnya itu.
Adawiyah mengangguk perlahan. Terasa
bersalah pula kepada suaminya. Sepatutnya dia bertanyha dahulu kepada Faris,
bukan membuat keputusan seperti ini. Pasti suaminya sedih dengan sikapnya.
Teringat pula ketika Faris menghantarnya ke KLIA pagi tadi. Muka Faris nampak
sedih semasa dia hendak melangkah ke balai berlepas. Tiba-tiba perasaan rindu
kepada Faris mencengkam dirinya. Dia menangis sendiri.
Puan
Mariam tersenyum melihat anaknya yang tiba-tiba menanngis. Ditariknya Adawiyah
ke dalam pelukannya. Benarlah tekaannya bahawa ada salah faham antara anak
menantunya itu. Arif benar dia dengan perangai Adawiyah yang manja itu dan suka
buat keputusan dengan terburu-buru.
“Dah,
jangan nangis. Nanti Faris datang nanti, cakap elok-elok degan dia. Beritahu
apa yang ada dalam hati tu. Jangan dipendam nanti makan dalam.”
“Umi
tahu?” Adawiyah mendongak memandang uminya.
Puan
Mariam mengangguk. “Faris telefon tadi dan dia cerita segalanya kat umi. Dia
baru tahu kenapa adik lari balik sini. Maria beritahu. Nanti esok, dia nak
datang sini pujuk adik.”
“Abang
nak datang sini?” Muka Adawiyah jelas kelihatan gembira apabila mendengar
kata-kata uminya. Sekali lagi Puan Mariam mengangguk.
“Adik
ni kan perangai masih tak berubah. Adik sekarang ni dah jadi isteri orang. Ubah
la sikap tu sikit. Jangan asyik nak lari dari masalah. Cuba hadapi masalah tu.
Satu lagi, syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Kalau kita buat suami kita
sakit hati, cepat-cepat minta maaf. Kalau ada masalah, cepat-cepat selesaikan.
Umi tahu anak umi baik, dengar cakap suami. Nanti kan nak jadi ketua bidadari
di syurga nanti untuk suami.”
Adawiyah
tersenyum mendengar nasihat uminya. Dia mengaku bahawa dia memang suka
melarikan diri daripada masalah. Dia terlupa akan nasihat umi kepadanya dahulu
sebelum dia berkahwin. Adawiyah terasa berdosa kepada suaminya.
“Umi,
terima kasih. Umi selalu ada untuk adik kalau adik ada masalah. Umilah ibu yang
terbaik di dunia ni. Adik sayang umi sangat-sangat.” Adawiyah memeluk uminya.
Puan Mariam hanya tersenyum. Faham dengan perangai Adawiyah yang suka
memeluknya sedari kecil.
“Amboi,
umi sorang je ke nak peluk? Abah tak nak peluk ke?” Encik Sulaiman yang baru
pulang dari surau. Puan Mariam menyalami suaminya diikuti Adawiyah.
“Abah
baru balik ke abah?” Adawiyah bertanya. Matanya terpandang pada plastik yang
dijinjit abahnya. “Apa tu abah?”
“Yalah
adik. Ni hah, masa nak balik tadi Mahmud yang jual buah tu bagi buah mangga
muda kat abah. Dia kata banyak sangat berbuah kat pokok dia. Abah ambil je la.
Semuanya putik lagi, jadi abah ingat nak suruh umi buat sambal mangga yang
campur dengan ikan goreng tu.” Encik Sulaiman menyerahkan plastik itu kepada
Adawiyah. Adawiyah cepat-cepat melihat isi plastik itu.
“Wah,
bestnya abah. Adik nak sikit boleh tak? Adik nak makan dengan garam kasar la.
Terliur pulak.” Kecur liur Adawiyah melihat mangga muda itu.
Puan
Mariam mengerutkan dahinya mendengar kata-kata Adawiyah. “Bila masa pula adik
minat buah yang masam macam ni? Dulu tak pernah pun makan.”
“Entah
la umi. Tiba-tiba rasa terliur pula.”
“Biarlah
dia nak makan. Ambillah adik tapi simpan dalam enam biji untuk buat sambal tu
ya.” Encik Sulaiman masuk ke dalam rumah untuk menukar pakaiannya.
Adawiyah
bangun masuk ke dalam rumahnya sambil membawa plastik berisi mangga muda
melalui pintu dapur. Sepuluh minit kemudian dia keluar dengan lima biji mangga
yang sudah dibasuh bersama sepinggan garam. Puan Mariam hanya memerhati
tindakan anaknya itu. Adawiyah segera memotong buah itu kecil-kecil dan
mencicah buah itu dengan garam. Bersungguh dia makan sehingga terlupa uminya
yang masih di sebelah itu memerhati.
“Tak
masam sangat ke dik?” Puan Mariam bertanya. Adawiyah menggeleng sahaja kerana
mulutnya sudah penuh dengan buah mangga.
Puan
Mariam mengambil sekeping mangga itu dan
menyuapkan ke dalam mulutnya.
“Masamnya
adik. Macam mana adik boleh makan dengan garam ni?” menyeringai Puan Mariam
menahan masam.
“Ya
ke umi? Adik tak rasa masam pun. Biasa je.” Adawiyah masih terus menyambung
makan.
“Adik
mengandung ke?” teka Puan Mariam. Entah mengapa dia berasa pelik dengan
perubahan anak bongsunya itu.
Adawiyah
yang sedang mengunyah mangga muda itu terbatuk. Nasib baik mangga yang sedang
dikunyahnya tidak tersembur ke muka uminya. Puan Mariam menepuk perlahan
belakang anaknya. Adawiyah pula sudah tidak tentu arah.
“Cuba
makan elok-elok sikit. Ni apa ni makan sampai tersedak ni.” Nasihat Puan
Mariam. Adawiyah pula sudah tidak sedap duduk. Panas punggungnya berada di
situ.
“Umi,
adik masuk dulu ya. Nak pergi minum kejap.” Adawiyah cuba melarikan diri. Dia
segera berdiri.
“Adik…
soalan umi tadi adik tak jawab lagi.” Belum sempat Adawiyah melangkah, Puan
Mariam sudah memanggilnya. Adawiyah berpusing memandang uminya.
“Umi…
er… adik… adik…” tergagap Adawiyah. Kalau uminya tahu dia mengandung dan dia
tidak memberitahu uminya dari awal, pasti uminya akan memarahinya.
“Apa
adik adik? Jawab adik. Jangan nak tipu umi nanti berdosa.” Tajam Puan Mariam
merenung anak bongsunya.
“Ya,
adik mengandung umi. Dah sebulan.” Adawiyah menunduk. Takut betul dia untuk
menghadap uminya sekarang ini. Puan Mariam memang seorang ibu yang baik tetapi
apabila dia sudah marah, Encik Sulaiman sendiri pun tidak berani hendak
menegur.
“Astaghfirullahalazim.
Budak bertuah ni kan. Kenapa tak beritahu umi awal-awal?” Puan Mariam kecewa.
Tergamak anak bongsunya menyorok perkara sepenting ini daripada dirinya.
Adawiyah
segera mendapatkan uminya. Diraih tangan uminya dan disalaminya. “Umi, adik
minta maaf. Bukan adik nak sorok dari umi pasal benda ni. Adik sendiri baru
tahu pasal ni semalam. Adik lupa nak beritahu umi tadi sebab adik terlalu fikir
pasal hal adik dengan abang Faris. Maafkan adik ya umi.” Adawiyah membuat muka
seposennya.
“Umi
bukan apa adik. Umi Cuma terkejut dengan adik. Benda penting macam ni pun adik
nak sorok. Kalau ya pun ada masalah dengan suami, takkan sampai lupa yang adik
tu tengah mengandung. Kalau ada apa-apa terjadi, macam mana? Adik kan tak boleh
tertekan masa ni. Kalau umi tak tanya ni, mesti adik takkan beritahu umi lagi
kan.” Puan Mariam merajuk. Terasa dengan sikap anak perempuan tunggalnya itu.
“Umi,
adik minta maaf. Memang adik nak beritahu umi tapi adik ingat nak beritahu
abang dulu. Janganlah merajuk umi.” Adawiyah masih memujuk uminya.
“Jangan
kata kat umi yang adik tak beritahu Faris lagi yang adik dah mengandung.” Tebak
Puan Mariam. Dipandangnya wajah anaknya itu. Adawiyah hanya menundukkan
wajahnya. Terasa bersalah dengan uminya.
“Adik…”
“Tak.
Adik tak beritahu lagi sebab adik merajuk dengan abang.” Adawiyah terpaksa
mengaku.
“Ya
Allah, budak ni. Kenapa adik buat macam ni? Benda penting macam ni pun adik nak
sorok dengan suami sendiri ke dik? Umi tak pernah ajar adik macam ni tau tak.
Umi tak kira, kalau adik nak umi maafkan adik, adik kena beritahu Faris pasal
ni. Kalau tak, umi tak nak cakap dengan adik lagi.” Puan Mariam sudah berdiri
mahu meninggalkan anak perempuannya untuk berfikir.
“Umi,
esok abang Faris datang, adik beritahu la. Umi jangan la merajuk dengan adik.
Adik tak boleh gaduh dengan umi.” Adawiyah memeluk uminya dati belakang. Puan
Mariam hanya tersenyum sahaja namun disorokkan senyumannya daripada pengetahuan
anaknya itu. Dia sengaja ingin menggertak anaknya kerana dia mahu anaknya itu
berterus-terang dengan Faris.
Best nak lagi jangan lama sangat ya tq
ReplyDelete