“JERRY,
macam mana dengan rancangan kita tu? Berjaya tak?” Sarah bertanya kepada lelaki
upahannya. Suasana di kelab malam yang agak bising menyebabkan dia terpaksa
menjerit sedikit supaya Jerry mendengar.
“Beres
Hana, kau jangan bimbang la. Ni Jerry okey. Takkan kau tak kenal aku lagi.”
Jerry sudah ketawa. Kepalanya sudah terhenjut-henjut mengikut alunan muzik yang
bising itu.
“Bagus,
sekarang aku nak tahu apa dah jadi dengan diaorang. Aku nak kau pastikan yang
diaorang betul-betul berpisah. Aku nak sampai bercerai, kau faham tak?” Hana
mengarah. Air setan di tangannya diteguk perlahan. Dendamnya pada Adawiyah
masih membakar dirinya. Dia ingat lagi bagaimana dia dimalukan di majlis
perkahwinan mereka. Faris yang dikejarnya selama ini sudah dirampas oleh
Adawiyah. Faris langsung tidak melihat betapa dia mencintainya. Dia sudah
mengikut Faris dari zaman mereka masih belajar namun dia tetap memilih Adawiyah
yang baginya sangat kolot itu. Baginya Faris tetap miliknya. Dia akan lakukan
apa sahaja untuk memastikan Faris menjadi miliknya.
“Relax
bos. Sekarang ni aku dah tanya orang aku dan dia cakap Faris nampak serabut
sekarang kat tempat kerja dia tu. Bini dia dah lari balik kampung la. Kau
jangan risau Hana.” Hana ketawa mendengar jawapan Jerry.
“Tu
yang aku nak tapi tu baru sikit Jerry. Bila-bila masa diaorang boleh berbaik.
Aku nak kau suruh orang kau ikut diaorang dan make sure kau update aku.”
“Yes
bos tapi kau dah lupa ke upah aku? Mana upah aku yang kau janji nak bagi tu?”
Jerry sudah tersengih seperti kerang busuk. Hana megeluarkan sekeping sampul
surat dari dalam begnya dan melempar ke atas meja di hadapan Jerry.
“Nah,
ini lima ribu tapi kau akan dapat lebih lagi tapi ingat kau jangan beritahu
sesiapa pasal ni. Kalau tak, siap kau.” Hana mengugut Jerry.
“Kau
jangan risaulah Hana. Selagi kau bagi aku apa yang aku patut dapat, aku akan
zip mulut aku ni. Bukannya kau tak kenal aku. Dah lama aku buat kerja ni.” Jerry
menunjuk gaya zip di mulutnya. Hana tersenyum puas.
“Satu
lagi aku nak tanya, siapa betina yang kau ada dalam gambar dengan Faris tu?”
“Oh,
aku dah siasat pasal tu. Betina tu client dia je. Masa dia nak jatuh tu, aku
terus tangkap gambar diaorang. Kau jangan risau, diaorang dah tak jumpa dah.
Daripada kau risaukan orang yang tak penting tu, apa kata kita balik rumah aku
untuk meraikan kejayaan kita ni.” Tangan
Jerry sudah bermain-main dengan dada Hana yang terdedah. Sebelah lagi sudah
mengusap betis Hana yang gebu itu.
Hana
membiarkan sahaja tindakan Jerry itu. “Malas aku. Kau ni asyik nak tu aje. Tak
ada benda lain ke dalam kepala hotak kau tu? Aku letih la.”
“Ala
Hana, jomlah. Aku tak puas lagi la semalam. Kau tidur rumah aku je la malam ni.
Semalam kau balik awal sangat. Tak sempat kita nak second round. Malam ni kau
relax je, aku yang akan buat semua. Jomlah.” Jerry masih lagi memujuk Hana.
Dia
sudah mula mencium leher Hana yang panjang itu. Nafsunya melonjak dengan
tiba-tiba melihat Hana yang hanya memakai tube yang menampakkan lurahnya dan
mini skirt yang betul-betul singkat. Dari tadi dia memerhati Hana yang sedang
menari dengan beberapa orang lelaki sebelum Hana datang bercakap dengannya.
Baginya, Hana ini memang murah namun dia suka kerana dia boleh menggunakan
wanita ini sepuas hatinya. Buktinya, semasa Hana sedang menari tadi, beberapa
orang lelaki asyik merabanya tetapi dia membiarkan sahaja dan masih menari.
“Ala,
aku period la hari ni.” Hana memberi alasan.
“Apa
yang peliknya Hana. Bukan kita tak pernah buat masa kau period. Lagipun, aku
lagi suka kalau kau period. Lagi syok. Jomlah. Malam ni aku akan buat kau rasa
macam ada dalam syurga je.” Jerry masih tidak berputus asa. Dia menarik Hana
keluar dari kelab itu.
Hana
hanya tersenyum dan mengikut Jerry masuk ke dalam keretanya. Dia tidak kisah
kalau Jerry ingin menidurinya sekalipun kerana Jerry bukanlah lelaki pertama
yang pernah ditidurinya. Semasa belajar di luar negara dahulu, sudah berpuluh
lelaki ditidurinya sehingga dia sendiri tidak ingat berapa orang lelaki yang
pernah bersamanya. Sebut sahaja bangsa apa, semuanya dia pernah rasa. Baginya,
tidak penting kepada siapa dia serahkan badannya, yang penting hatinya tetap
milik Faris. Hana tersenyum gembira. Malam ini dia betul-betul akan meraikan
kejayaannya.
“ABANG
Is, jangan lupa kirim salam kat Kak Adawiyah dengan keluarga dia tu. Jangan
lupa bawa balik budu sekali. Baby Mai ni dah suka makan budu tu sejak tok ma
kak Adawiyah bagi Mai makan budu. Best giler.” Tengku Maisara sudah berpesan.
“Ya
la mak buyung oiii. Dah la sebut pasal budu tu. Masuk kali ni dah sepuluh kali
dah Mai ingatkan abang. Letih dah abang nak dengar. Kalau wish good luck kat
abang supaya berjaya kak Adawiyah tu bagus jugak.” Bebel Faris.
Tengku
Maisara tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. “Hahaha…
sorry abang. Okey, good luck. Jangan lupa bawa balik kakak ipar Mai ya tapi
budu pun jangan lupa jugak.” Tengku Maisara masih mengusik abangnya.
“Hish,
budak ni kan. Abang karate kan sini baru tahu.” Faris sudah menyekeh kepala
adiknya.
“Abang
ni kan, tak baik la ketuk kepala adik sendiri. Lain kali, kalau abang gaduh
dengan kak Adawiyah, Mai tak nak tolong dah.” Tengku Maisara sudah merajuk.
“Ye
la. Abang minta maaf intan payung. Tak payah nak merajuk la. Buruk abang
tengok.” Giliran Faris pula mengusik adiknya.
“Bie…
tengok abang ni, dia kacau I.” Tengku Maisara mengadu kepada suaminya yang
berada di sisinya.
“Ala,
abang Is gurau je tu. Janganlah merajuk.” Tengku Afzarizal sudah memujuk
isterinya. Faris mencebik melihat Tengku Maisara yang sudah tersenyum apabila
dipujuk suaminya.
“Hish,
dah mula la drama merajuk budak ni. Geli abang menengoknya.” Faris sudah buat
gaya geli gelemannya.
“Eeeee….
Geramnya. Pergilah masuk tu, malas dah teman abang kat sini. Bie, jom balik.
Dah la, tak payah kita teman mamat poyo ni kat sini. Kita tinggal dia kat KLIA
ni sorang-sorang. Menyesal datang hantar abang.” Tengku Maisara menjeling
kepada abangnya. Ditarik tangan suaminya supaya meninggalkan KLIA itu. Faris
hanya menjelir kepada adiknya. Dia tahu adiknya bukanlah benar-benar merajuk
dengannya. Faris pula sudah berdebar-debar untuk berjumpa isterinya. Dia berdoa
semoga isterinya akan memaafkannya dah berhenti merajuk kerana dia tidak boleh
duduk senang memikirkan isterinya.
“BIE,
kereta Datin Ruby kan. Buat apa dia datang rumah kita ya?” Tengku Maisara
bertanya kepada suaminya semasa mereka memarkirkan kereta di garaj. Tengku
Afzarizal memandang nombor plat kereta itu dan mengangguk. Memang dia hafal
nombor plat kereta Datin Ruby kerana Datin Ruby merupakan kawan rapat mummynya.
“Jom kita masuk.” Tengku Maisara menarik tangan
suaminya setelah mereka mengunci kereta.
Apabila
masuk sahaja ke dalam rumah, mereka melihat Datin Ruby dan anaknya, Hana sedang
berbual mesra dengan Tengku Fatimah. Sesekali kedengaran mereka ketawa. Tengku
Maisara memandang ke arah Hana yang duduk di sebelah Datin Ruby. Seperti biasa,
Hana masih dengan pakaian zaman paleolitiknya itu.
‘Hish,
nak kata miskin, kaya- raya minah ni. Takkan la nak beli baju yang tertutup
sikit pun tak boleh. Baju asyik tak cukup kain je. Tersesat zaman ke ape minah
ni. Ni bukan zaman paleolitik la. Ni zam moden dah, kain pun dah cukup. Buat
mata aku berbulu je.’ Bebel Tengku Maisara dalam hati.
“Bie,
watch your eyes.” Tengku Maisara memberi amaran kepada suaminya. Tengku
Afzarizal hanya tersenyum. Faham benar dia dengan maksud isterinya. Dia sendiri
pun tidak mahu melihat tubuh Hana. Buat tambah dosa je.
“Mai,
Zal dah balik. Jom duduk dulu. Minum sekali dengan kami.” Tengku Fatimah yang
perasan akan kepulangan anak menantunya memanggil.
“Oh,
tak apa la mama. Rizal nak pergi main golf kejap lagi dengan client dia ni. Mai
nak kena tolong dia bebrsiap.” Tengku Maisara berhelah. Tengku Afzarizal hanya
menggeleng melihat perangai isterinya.
“You
pergilah sayang. Tak baik kita tak layan tetamu. Biar I naik sorang je.
Lagipun, I pun tak nak tengok Hana yang boleh buat dosa I bertingkat-tingkat
naik tu.” Tengku Afzarizal memujuk isterinya. Tengku Maisara mengangguk. Dalam
malas, dia terpaksa melangkah kerana
tidak mahu menderhakai kata suami.
“Hai
Mai. You dari mana ni? Auntie kata you keluar dengan Is ya.” Hana bertanya
apabila Tengku Maisara melabuhkan punggungnya di atas sofa.
“Ya,
I teman abang Is pergi KLIA. Kenapa?” Tengku Maisara menjawab malas. Bosan
betul dia apabila terpaksa berdepan dengan wanita ini. Sesak nafasnya.
“Ooo…
dia kena outstation ya. Kenapa you yang temankan? Wife dia mana? Tak reti nak
teman suami ke?” Hana tersenyum sinis.
Tengku
Maisara mula panas apabila mendengar kata-kata sinis Hana. Pantang betul dia
kalau orang mengata kakak ipar kesayangannya.
‘Kalau
bukan sebab aku mengandung, dah lama aku
terajang minah sengal ni.’ Tengku Maisara berbixara sendiri.
“Hana,
tak baik cakap macam tu.” Datin Ruby menegur anaknya. Sebenarnya dia tidak
kisah kalau anaknya ingin mengutuk Adawiyah sekalipun kerana dia juga membenci
Adawiyah yang telah menyebabkan anaknya itu patah hati tetapi disebabkan Tengku
Fatimah berada bersama mereka, dia perlu berpura-pura menegur anaknya.
“Sorry,
I tak bermaksud apa-apa. Just asking.” Hana masih lagi tersenyum.
“Tak
apa, kami faham. Adawiyah balik kampung dia. Katanya nak jumpa nenek dia sebab
nenek dia rindukan dia.” Tengku Fatimah menjawab. Sememangnya dia tidak
berkenan dengan kata-kata Hana tapi dia tidak mahu berlaku pergaduhan antaranya
dengan Datin Ruby. Jadi, dia cuba bersabar. Lagipun, dia tahu kalau tidak pasti
Tengku Maisara akan mengamuk kepada Hana.
“Oh,
kenapa balik sorang? Ada apa-apa jadi ke?” Hana masih lagi bertanya.
Tengku
Maisara sudah tidak boleh menahan kemarahannya. “Tak adalah, bukan dia balik
sorang. You salah faham la Hana. Kakak ipar kesayangan I tu merangkap isteri
abang I, Tengku Faris Hilman tu balik awal sehari sebab abang Is ada meeting
penting semalam. Abang Is bukan pergi outstation tapi dia pergi balik kampung
Kak Adawiyah la. Ya la, dia mana boleh tinggalkan isteri kesayangan dia tu,
nanti tak boleh tidur. You tahulah abang Is kan cinta sangat-sangat kat Kak
Adawiyah.” Tengku Maisara menjawab. Sengaja dia menekankan perkataan isteri itu
supaya Hana faham.
Berubah
wajah Hana mendengar kata-kata Tengku Maisara namun dia segera memaniskan
mukanya, dia tidak mahu sesiapa mengesyaki yang bukan-bukan kepada dirinya.
“I
see. I ingat Adawiyah merajuk dengan Faris and lari balik kampung. Maklumlah
perempuan kolot macam dia tu biasanya kalau merajuk lari balik kampung macam
drama-drama Melayu typical tu.” Hana sengaja menekankan perkataan kolot pula.
Biar Tengku Maisara sakit hati dengannya. Dia sebenarnya bukan suka snagat
dengan Tengku Maisara tetapi disebabkan Tengku Maisara merupakan adik lelaki
yang dicintainya, terpaksalah dia berpura-pura baik di hadapan Tengku Maisara.
‘Dia
panggil kakak ipar aku kolot? Wah, dah lebih dah minah ni. Memang nak kena
penumbuk sulung aku macam ni.’ Tengku Maisara sudah panas hati.
“Eh,
mana ada. Diorang bahagia sangat-sangat. You ni merepek la.” Tengku Maisara
cuba mengawal suaranya supaya tidak kendengaran seperti hendak marah. Kemudian,
dia tenampak kesan merah di leher Hana. Dia tersenyum. Dia sudah jumpa peluang
untuk mengenakan perempuan itu.
“Eh,
Hana. Kenapa leher you merah tu? Kena gigit nyamuk ya? Besar betul ya nyamuk
kat rumah you tu.” Tengku Maisara tersenyum sinis.
Hana
yang terkejut meraba-raba lehernya. Rasanya dia sudah menutup kesan love bite
itu. Tengku Fatimah turut melihat ke arah leher Hana apabila mendengar
kata-kata anaknya. Dia menggelengkan kepalanya. Bukan dia tidak kenal dengan
kesan merah seperti itu. Wajah Datin Ruby pula sudah merah. Geram betul dia
dengan anak tunggalnya itu. Dia tidak kisah jika Hana mahu tidur dengan
mana-mana lelaki tetapi jangan sampai memalukan dirinya.
Hana
pula sudah menyumpah Jerry di dalam hati. Padahal dia sudah mengingatkan Jerry
supaya jangan meninggalkan kesan di tempat yang boleh dilihat tetapi lelaki itu
masih tidak mendengar kata-katanya.
“Oh,
ni memang kesan nyamuk pun. I baru balik camping hari tu, mungkin ni kena gigit
hari tu la.” Hana cuba menegakkan benang yang basah.
“Rajin
pula you pergi camping ya. Setahu I you ni paling pantang pergi tempat-tempat
macam tu.” Tengku Maisara masih menyindir Hana.
“Oh…
er… kawan ajak so, I nak try la.” Hana cuba untuk tersenyum namun senyuman itu
jelas nampak kekok. Tengku Maisara bersorak dalam hati kerana berjaya memalukan
Hana di hadapan mummynya sendiri.
“ASSALAMUALAIKUM
umi, abah. Apa khabar?” Faris yang baru sahaja tiba dari Lapangan Terbang
Sultan Ismail dengan menaiki teksi menyalami ibu dan bapa mertuanya.
“Alhamdulillah,
sihat. Kenapa tak telefon kata dah sampai? Boleh abah pergi ambil.” Encik
Sulaiman bertanya.
“Tak
apalah, abah. Tak nak susahkan abah dengan umi. Lagipun, teksi banyak.” Faris
menjawab. Matanya melilau mencari isterinya di sekitar rumah itu.
“Ish,
apa susahnya. Dekat je pun. Kalau pergi dengan kereta sepuluh minit dah
sampai.” Puan Mariam mencelah. Dia perasan menantunya itu asyik memandang ke
sekeliling rumahnya.
‘Cari
isteri dialah tu.’ Puan Mariam tersenyum sendiri.
“Yalah
Is. Lagipun, abah tak kisah la.” Encik Sulaiman menambah.
“Yalah
abah. Lain kali kalau Is balik sini, Is telefon
abah ya suruh ambil Is kat airport.” Faris menjawab namun seperti tadi,
matanya masih melilau di sekeliling rumah.
“Kamu
cari siapa tu Faris?” Tanya Puan Mariam. Kesian pula dia melihat menantunya
yang sudah seperti kucing hilang anak itu.
“Tok
Ma mana umi? Tak nampak dari tadi pun.” Faris berbohong. Tidak mahu kelihatan
seperti keterlaluan sangat dia sedang mecari Adawiyah.
“Oh,
tok ma kamu ke? Dia pergi rumah Pak Ngah kamu teman Adawiyah. Katanya nak pergi
cari pauh kat situ. Maklumlah, rumah Pak Ngah kamu tu kan dah macam dusun buah
dah.” Abah menjawab bagi pihak umi.
‘Laaa…
tak ada kat rumah rupanya isteri aku ni. Ingat boleh jumpa terus. Ni nak lari
dari aku ke apa. Sayang, balik la cepat. Abang rindu.’ Keluh Faris sendirian.
“Dah
la Is. Pergi naik dulu, rehat la. Tengah hari nanti kita makan sama-sama. Kejap
lagi balik la Adawiyah tu.” Puan Mariam memerhati sahaja menantunya yang
kelihatan sedih.
Faris
hanya mengangguk. Diangkat beg pakaiannya untuk dibawa masuk ke dalam rumah.
“Adawiyah
oiii.. slow la sikit bowok muto ni. Nok kecing tok ma ni. (Adawiyah oiii…
perlahan la sedikit tunggang motor ni. Nak terkencing tok ma ni)” Dari jauh
kedengaran suara tok ma menjerit. Kedengaran Adawiyah gelak sambil melajukan
lagi motorsikal itu.
Faris
yang baru sahaja hendak masuk rumah, tidak jadi meneruskan langkah. Dia
berpusing ke belakang dan melihat isterinya yang sedang ketawa di atas
motorsikal itu.
“Hish,
apolah budok ni. Letih aku suruh bowok muto slow tapi tok dengar. Menyesal aku
ikut budok ni naik muto, tokse doh aku naik muto dengan budok ni. (Hish apalah
budak ni. Letih aku suruh perlahankan motor tapi tak dengar. Menyesal aku ikut
bonceng motor dengan budak ni, tak nak dah aku bonceng motor dengan budak ni.)”
Bebel tok ma setelah turun dari motorsikal. Adawiyah pula hanya tersengih
seperti kerang busuk. Dia tidak perasan suaminya yang berada di hadapan pintu
rumah itu.
“Kenapa
mak?” tanya Puan Mariam.
“Ni
hah, anok bongsu mung ni. Ado ko bowok muto supo denge minoh rempit. Aku ni doh
la tuo, kalu mati kejut atah muto tu. Lagu mano? (Ni hah, anak bongsu kau ni.
Ada ke bawa motor macam minah rempit. Aku ni dah la tua, kalau mati terkejut
atas motor tu. Macam mana?)” Encik Sulaiman pula sudah tersenyum mendengar
bebelan ibunya.
“Adik,
kenapa bawak motor macam tu. Kan umi dah pesan kalau nak bonceng tok ma bawak
perlahan. Nakal la adik ni.” Puan Mariam memarahi anaknya.
“Tak
adalah umi. Adik dah tunggang slow dah tadi tapi tiba-tiba dekat nak sampai
rumah, tok ma kata adik bawa slow macam siput sedut. Tu la pasal adik bawak
motor laju tu.” Adawiyah ketawa berdekah-dekah. Tok manya pula sudah masuk ke
dalam rumah melalui pintu dapur. Mulutnya masih tidak berhenti-henti membebel.
Adawiyah pula masih lagi ketawa di sisi motorsikal abahnya itu.
“Dah
la tu adik. Pergi naik. Faris dah sampai dah. Hah, tu ada kat depan pintu tu.” Encik
Sulaiman menunjuk ke arah Faris.
Adawiyah
yang sedang ketawa berhenti ketawa tiba-tiba. Dia memandang ke arah suaminya
yang sedang merenungnya. Adawiyah masih tidak bergerak. Tiba-tiba dia berasa
takut hendak berjumpa suaminya. Malu dengan perangainya yang merajuk tak tentu
pasal dan takut kerana perlu memberitahu suaminya tentang kandungannya ini.
“Hah,
tegak macam patung cendana apa lagi tu. Pergilah salam dengan Faris tu.” Arah
Puan Mariam. Adawiyah masih tidak bergerak. Dia tidak berani mendekati suaminya
itu.
“Adik…”
Sekali lagi Puan Mariam memanggil.
Perlahan-lahan
Adawiyah berjalan ke arah suaminya. Tangan suaminya dicapai dan dicium. Faris
tersenyum dan mencium dahi isterinya. Gembira kerana isterinya sudah berada di
hadapan matanya.
“Abang
letih la. Jom masuk bilik, tolong picit bahu abang. Semalam, tak ada orang nak
urut la.” Faris bersuara.
Adawiyah
serba salah. Dia tidak mahu berduaan dengan Faris. Dia tidak bersedia lagi
tetapi apabila melihat uminya merenungnya dan mengingatkan janjinya kepada
uminya semalam, dia mengangguk lemah. Faris memimpin tangan Adawiyah ke dalam
bilik Adawiyah.
Masuk
sahaja di dalam bilik, Adawiyah melepaskan pegangan tangan Faris dan bergerak
ke arah meja solek. Dia tidak mahu bertentang mata dengan Faris. Faris mengeluh
melihat reaksi isterinya. Dia fikir isterinya itu sudah tidak memarahinya,
ternyata dia salah. Faris meletakkan beg pakaiannya di sebelah katil dan
mendekati isterinya.
“Jangan
dekat. Kalau awak dekat, saya…”
“Saya
apa sayang? Sayang nak jerit ke? Jeritlah kalau nak suruh umi dengan abah
dengar. Tok ma pun ada kan, baguslah.” Faris memotong ayat isterinya. Suka
betul dia melihat muka Adawiyah yang kelihatan serba salah itu.
“Saya
bukan nak jerit la. Saya pukul awak kalau awak dekat dengan saya.” Adawiyah
menyembunyikan rasa malunya. Mudah betul Faris menangkap apa yang ada di dalam
fikirannya.
“Pukul
la kalau sayang nak pukul abang kalau sayang rasa lepas pukul abang sayang akan
lega dan sayang akan maafkan abang.” Faris masih lagi bergerak mendekati
Adawiyah.
Adawiyah
bangun dan bergerak untuk masuk ke dalam tandas namun ruang bilik mereka yang
agak sempit itu menyukarkan dia untuk berlari masuk ke dalam tandas. Belum
semapt dia hendak masuk ke dalam tandas, Faris terlebih dahulu menangkapnya dan
memeluk pinggangnya.
“Lepaslah.
Saya tak nak awak pegang saya.” Adawiyah cuba menolak pautan Faris namun
seperti biasa, tenaganya mana boleh melawan tenaga Faris yang memang lebih kuat
darinya.
“Sayang,
abang akan lepaskan sayang tapi dengan syarat sayang dengar dulu apa yang abang
nak cakap. Kita selesaikan masalah kita sekarang ya. Abang dah tak larat tengok
sayang bermasam muka dengan abang. Abang rindu Adawiyah abang yang manja, yang
comel. Abang tak boleh kalau sayang bermasam dengan abang.” Faris memujuk.
Adawiyah
yang meronta-ronta minta dilepaskan berhenti meronta. Dia diam dan memandang
mata suaminya. Setelah Adawiyah mendiamkan diri, Faris melepaskan isterinya dan
memimpin Adawiyah ke katil. Adawiyah didudukkan ke atas katil dan dia melutut
di hadapan isterinya. Tangan isterinya digenggam kemas. Dia merenung ke dalam
mata isterinya cuba untuk menyelami hati isterinya.
“Abang
minta maaf dengan sayang sebab abang dah buat sayang sakit hati and abang marah
sayang hari tu. Abang salah, abang tahu abang tak patut marah syang. Abang dah
tahu semuanya. Maria dah ceritakan pada abang.” Faris bersuara setelah lama
mereka berdua berdiam diri.
‘Hah,
Maria beritahu? Apa punya kawan la. Aku dah suruh rahsiakan benda ni.’ Bebel
Adawiyah dalam hati.
“Sayang
jangan marahkan Maria. Dia tak nak bagitahu sebenarnya tapi abang yang paksa
dia beritahu abang. Lagipun dia buat semua ni sebab dia nak tengok kita happy.
Dia tak nak sayang sedih dan masih salah faham dengan abang.” Faris menyambung.
‘Aik,
macam mana dia tahu apa yang aku fikirkan ni? Dia dah jadi Park Soo Ha macam
dalam cerita I Hear Your Voice tu ke? Ke dia pergi menuntut ilmu kat Gunung
Ledang semalam’
“Sayang,
abang akan terangkan semuanya. Abang tak nak sayang salah gaham lagi dengan
abang. You know I love you very much right. Sayang tahu yang abang takkan
menduakan sayang. You the only girl who can shake my heart and make me dreaming
about for so many years.” Faris menggenggam tangan Adawiyah lebih erat.
Adawiyah hanya mendiamkan diri. Hatinya tersentuh mendengar pengakuan suaminya
tetapi dia mengeraskan hatinya supya tidak tewas dengan pujukan suaminya itu.
Dia tidak mahu ditipu suaminya.
“Perempuan
yang sayang nampak dalam gambar tu, client abang. Dia hampir terjatuh masa kami
nak balik, jadi abang sambutlah dia. Mana tahu dengan abang-abang sekali jatuh
tergolek kat situ. Abang tak tahu siapa yang ambil gambar kami masa tu. Kalau
sayang tak percaya, sayang boleh tanya Tajul. Dia pun ada kat situ. Kan abang
pergi Pulau Pinang dengan dia. Dia boleh buktikan apa yang abang cakap ni
betul. Abang tak tahu siapa yang sakit hati dengan kita dan nak hancurkan kita
sampai ambil gambar macam tu. Abang betul-betul tak menduakan sayang.” Pujuk
Faris lagi.
“Habis,
kenapa awak balik lambat? Bukan awak pergi dating dengan dia ke?” setelah
sekian lama berdiam diri, Adawiyah bersuara. Faris tersenyum gembira mendengar
suara isterinya itu. Akhirnya isterinya memberi tindak balas positif walaupun
masih tidak sepenuhnya.
“Masa
tu memang abang nak balik tapi client abang tu tiba-tiba je masa dia nak bangun
tu, kaki dia terseliuh so, kami hantar dia pergi klinik dulu. Takkan abang nak
abaikan je orang sakit kan. Lagipun dia client abang. Mana boleh abang buat tak
tahu je. Masa hantar dia pergi klinik tu la, flight abang terlepas so, abang
kena ambil next flight. Nasib baik ada yang kosong, kalau tak mungkin abang tak
boleh balik hari tu.” Faris bercerita.
“Ya
ke?” Adawiyah meminta kepastian.
“Ya.
Takkan abang nak tipu isteri kesayangan abang ni. Lagipun, buat apa abang sibuk
nak cari perempuan lain kat luar tu kalau depan abang ni dah ada perempuan yang
palin cantik dalam dunia ni.” Faris mencuit hidung isterinya.
Adawiyah
menepis lembut. Matanya berkaca mendengar penjelasan suaminya. Memang benar
kata Maria dan uminya bahawa dia tidak sepatutnya bertindak terburu-buru.
Sepatutnya dia bertanya dahulu kepada Faris. Dia terasa berdosa dengan suaminya.
Pasti suaminya letih terpaksa melayan sikapnya.
“Adawiyah
minta maaf.” Adawiyah menyalami tangan suaminya. Dicium tangan Faris lama. Air
matanya menitis di atas tangan Faris. Faris mengelap mata Adawiyah yang sudah
penuh dengan air mata dan menarik Adawiyah ke dalam pelukannya.
“Shhh…
stop crying. Sayang tak salah. Abang yang salah. Dah jangan nangis. Abang dah
maafkan. Lain kali, kalau ada apa-apa, kita mesti beritahu satu sama lain okay. No more secrets. Kalau tak puas
hati, kita bincang and kita perbaiki apa yang kita tak suka.” Faris menggosok
belakang isterinya yang masih menangis di dalam pelukannya. Adawiyah
mengangguk.
“Dah,
jangan nangis. Abang datang jauh-jauh ni bukan nak tengok sayang abang ni
menangis. I want to see my sayang happy and smile always.”
Adawiyah
meleraikan pelukannya dan memandang mata suaminya. “I’ve got something to tell
you.”
“Apa?”
“Abang
janji lepas dengar ni, abang takkan marah Adawiyah ya.” Adawiyah masih tidak
berani memberitahu hal sebenar kepada Faris.
“Okey,
abang janji. Now tell me.”
“I’m
pregnant.” Adawiyah menundukkan mukanya. Takut Faris memarahinya kerana
merahsiakan perkara itu.
“Oh,
pregnant. Ingat apa tadi. Hah, pregnant? You mean mengandung?” Faris bertanya
kembali.
Adawiyah
mengangguk. Pelik betul dengan suaminya ini. Sejak bila Faris tidak faham
bahasa Inggeris sampai perlu translate dalam bahasa Melayu. Faris segera
memeluk Adawiyah. Gembira betul dia mendengar berita ini. Patutlah Adawiyah
agak sensitif dengannya. Rupanya kerana pembawakan anak.
“Bila
sayang tahu?” tanya Faris setelah meleraikan pelukannya.
“Masa
Adawiyah pengsan hari tu.”
“And
you didn’t tell me?” Faris merenung isterinya. Adawiyah menunduk. Akur dengan
kesalahannya.
“Sebab
abang tak berkelakuan baik masa tu. So, I think you don’t care about me and our
baby even if I tell you.” Perlahan Adawiyah menjawab.
“You
know it won’t happen right even in thousand years.” Faris mengusap pipi
isterinya. Adawiyah mengangguk.
“Sorry?”
“Apology
accepted tapi next time sayang kena beritahu abang dulu. Abang nak jadi orang
pertama yang tahu pasal ni, understand?”
“Next
time?” Adawiyah mengerutkan wajahnya. Tidak faham dengan maksud suaminya.
“Ya
la. Next time bila sayang mengandung lagi. Takkan nak sorang je kot. Abang ni
kan kuat. Kalau tak percaya, tengoklah nanti. Setahun sorang kita buat anak.
Entah-entah setahun dua orang.” Faris sudah tersengih nakal. Adawiyah mencubit
perut suaminya.
“Aduh,
sakitlah sayang.” Faris menggosok perutnya.
“Gatal
sangat. Ingat senang ke nak buat anak? Macam buat anak patung ke? Ada ke
setahun sorang, macamlah kita ni kilang buat anak.” Adawiyah menjeling. Geram
dengan sikap selamba suaminya.
“Yalah,
memang sayang kilang pun.” Faris mengusik isterinya. Adawiyah membulatkan
matanya kepada Faris.
“Kilang
cinta abang.” Faris menyambung ayatnya tadi. Adawiyah tersenyum mendengar
kata-kata suaminya.